YB Ramlan dari Malaysia dihantar ke Iran untuk mewakili
Internasional Festival & Fairs of Press and News Agency ke 16.
Beliau seronok kerana sering dipelawa diambil gambar bersama
gadis-gadis cun Iran. Orang Malaysia baik-baik belaka berbanding orang Eropah kata
gadis-gadis itu kepada YB Ramlan. "Aku nak bawak sorang balik Malaysia... boleh?
Messi, kata Ramlan menggunakan bahasa Farsi bermakna terima kasih... tapi sistem Intenet yang teruk merencatkan hala-tuju hubungan dengan gadis-gadis itu. Bayangkanlah nak mengases masej, jpg @ etc... memakan masa berjam-jam... boardband tak lepas semua kena blok oleh penguasa... keluh YB Ramlan dan penganjur Festival...
Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.
Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.
Ahmadinejad mewakili golongan bawahan kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.
Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.
Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.
Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama untuk kepentingan berjangka panjang tidak akan menggugat Iran.
Apa sebenarnya terjadi di Iran?
Hishamuddin Rais | 25 Jun, 09 2:01pm
.............................................
Maintaining Stability Iranian Style
......................................
Aqil Fithri, adalah aktivis media alternatif, merangkap editor ummahonline.com, sebuah majalah internet yang menganjurkan wacana jamak perspektif. Beliau boleh dihubungi menerusiaqil@ummahonline.com. Artikal berkenaan perjalanannya di Iran dilampirkan untuk tatapan....
Setelah empat tahun bergumul dengan ujikaji ¨pokok gelam,¨ akhirnya teman semakmal telah pulang ke republiknya dengan ijazah kedoktoran. Terpancar riak kepuasan dalam wajah pekat Farsinya. Kali ini, sudah tentu mereka seisi keluarga bakal menyambut Nouruz dengan penuh ria, berhias tanah kandungnya, dan tanpa lagi duka kerinduan. Kami bertukar hadiah. Sebagai tanda kenang-kenangan, saya hadiahkan kain songket Terengganu.
Sebenarnya, mereka ternyata senang sekali di sini. Rakyat Malaysia, bagi mereka, sangat beruntung. Di sini, bukannya seperti Iran, yang memerlukan pakaian yang berbeza setiap kali berdaur musim. Selama empat tahun juga, anak-anak kecilnya sudah mula berbicara dalam Bahasa Melayu. Kelak barangkali, bila dimamah ruang, tentu kepetahan lidah Martha dan Pouya akan surut. Yang tinggal mungkin hanya perkataan, ¨makan¨ atau “pakcik” saja. Nanti, ruang akan menguji mereka, betapa tebalnya Farsi mereka–setebal nama-namanya, yang jelas mengusung identiti asli Shiraz mereka, jantungnya bumi Cyrus itu. Saya dikira agak bertuah. Darinya, saya maklum beberapa hal tersorok tentang republik ini.
Selain itu, menerusi buku-buku cadangannya, saya diceritakan yang negara tersebut cukuplah meriah, serta penuh dengan alunan tradisi, bagaikan cerita-cerita kayangan dari sang fereshteh (malaikat). Tapi, haktula (stereotype) setiap cerita tentu ada kesah indah berbaur suram. Cerita tentang Republik Islam Iran juga sama sekali tak terpisah dengan haktula tersebut. Ketika Terence Ward dan keluarganya mencari kembali Hassan, Fatimeh, dan anak-anaknya, maka segala denyut yang dirasainya tentang republik ini diluahkan dengan anggun sekali dalam Searching for Hassan: A Journey to the Heart of Iran.
Bagi saya, catatan kembara ini betul-betul mengesankan, dan juga mengesahkan terhadap segala maklumat-hidup yang diterima sebelum ini. Memang benar, kisah yang indah memang mudah saja berbaur dengan yang suram. Sampai-sampai saja, natijah dari lembar-lembar terakhir buku ini telah mendorong saya merumuskan, ¨…adalah tak mungkin hampir seluruh Farsi menjadi muslim, sekiranya Ahuramazda, Ahriman, tidak ditandingi oleh sosok-sosok dalam Islam. Bahkan, takkan mungkin Avesta disisihkan mereka, jika tanpa adanya al-Qur´an dan Nahjul Balaghah.¨
Iran, saya kian pasti, adalah sebuah negara yang sangat rumit. Meskipun budaya-bangsanya persis seragam, tapi etniknya sangat berbilang. Ini merangkumi antara Yahudi, Turkis, Arab, Gilani, Uzbek, Armenian, dll. Bertembung dengan sejagatisme, Iran cuba menyesuaikan diri antara tradisi dengan kemodenan. Kemudian sejarahnya antara Islam dan Zoroastrian turut mengendong kelelahan zaman. Ini tidak termasuk lagi dikotomi antara Sunni dan Shi´ah, serta pertarungan identiti mereka antara Timur dan Barat, yang masing-masing memantulkan rencamnya yang tersendiri.
Memang rumit. Lihat sajalah bagimana mutakhir ini kekuatan reformisme di Iran beradu dengan kekuasaan fundamentalisme. Jelas, kalangan mullah tampak tidak senang dengan kalangan intelektual yang mahukan lebih keterbukaan. Kritik pada konsep Velayat ul-Faqeh sering saja membuak kontroversi serta emosi. Tradisi pula sering dianggap belakangan, manakala kemodenan cuba ditawarkan sebagai alternatif. Saya fikir, tanpa pergelutan seni ini, takkan mungkin ada idea-idea menarik yang terbit dari Mehdi Bazargan, Ali Shariati, Jalal-e Ahmad, Ahmad Kasrawi, Abdolkarim Soroush, dll.
Di samping itu, Iran juga tersimpang antara Islam dan Zoroastrian. Pengalaman bangsa ini yang sarat sejarah Zoroastrian-nya sukar untuk dilenyapkan. Sebaleknya, saya sendiri amat tidak selesa dengan sebarang cubaan ke arah menyingkirkan segala yang berbau Zoroastrian dari lubok Farsi ini. Islam, seperti yang diajar Nabi pada kita, hadhir bukan untuk menghapuskan sejarah lepas, tapi untuk membentuk sejarah masa depan. Inilah yang diterjemahkan Islam menerusi “revolusi keruhanian” yang ketara terzahir dari pengislaman hajj. Maknanya, ilmu akan terus lestari, ibarat selestarinya kuil api di Pasargadae.
Buat saya, itulah makna terbaik dari Islam: meleburkan segala sempadan fizikal. Sebab itu, Islam di dataran Fars ini amat berlainan. Islam di sini memuatkan kebitaraan berbanding negara-negara muslim yang lain. Iran adalah tanah Shi´ah—wilayah yang tegas mendukung keluarga Nabi. Ini jelas terpapar sewaktu ketibaan Muharram, bagaimana mereka memerahkan tanah buat keluarga adiulung ini. Tapi, sayang lagi, kekeliruan ada di mana-mana. Khalayak Iran, meskipun mereka mempunyai Ruhollah, tetapi tetap saja keliru. Sama seperti sebahagian kita, yang menganggap kononnya chador adalah pakaian Shi’ah. Tapi hakikatnya itu adalah budaya abadi mereka semenjak Sassania lagi. Sebab itu, Islam yang meriah harusnya difahami dengan qalb, bukannya dengan ta’asub dan jahil!
Kemudian, tatkala Barat bertandang di ranah Elburz ini, terutamanya bermula dari Revolusi Perlembagaan 1905, Nyah-revolusi Mossadeq 1953, dan Revolusi Islam Iran 1979, lalu Iran menjadi sorotan perdana atas pertarungan kental antara Timur dan Barat. Dalam faham kolonialisme, Barat datang dengan agenda. Anglo-Iranian Oil Company, pada Shahanshah, harus diserahkan pada perusahaan Barat.
Tapi, kehendak rakyat berbeza–mahu dimilik-negarakan, bukannya dicekik oleh penjajah! 1979, akhirnya Barat kecundang jua atas nama revolusi. Meskipun Iran itu sendiri bukanlah sepenuhnya boleh dianggap bangsa Asia–lebih-lebih lagi mereka berselisih pula dengan Irish–itu semua tidaklah menjamin simpati Iran buat Barat.
Itulah tegarnya Iran yang kita kenal dewasa ini. Sebuah permaidani buat ruang, bukan buat waktu. Negara yang dianggap Donna, ibu Terence Ward itu, sebagai telah melampaui segala kewujudan agama-agama. Mereka akhirnya menemui mojezeh menerusi kembara mustahilnya dalam mencari kembali keluarga Hassan–keluarga gajian mereka yang telah lama terputus berita. Larut dalam sejarah panjang pergunungan Zargos ini, perasaan Donna tersusun dalam ungkapan: jika ditanya apa agamaku, akan kujawab agama Hafez.
Pujangga besar kesayangan bangsa Arya ini telah pun lama pergi. Tapi, suaranya sentiasa berpuisi dalam sanubari hati-hati mereka yang cintakan “kerumitan yang tersembunyi.”
Kini, tanah di mana terletaknya Persepolis, bukti awal tamadun dunia, sedang bersiap meraikan 30 tahun revolusi Islam mereka. Di sana, 11 Februari setiap tahun, di Medan Azadi, akan dikenang sebagai hari hebat buat sejarah moden mereka. Di sini, saya juga tidak ketinggalan merayakannya. Tapi–dengan segala ceruk pengetahuan Iran yang dikenal hari ini–maka sambutan kali ini akan saya raikan dengan sebuah pertanyaan lengai, ¨apakah mungkin Tuhan telah tersalah menurunkan Revolusi Islam Iran 1979?¨
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
Aqil Fithri, adalah aktivis media alternatif, merangkap editor ummahonline.com, sebuah majalah internet yang menganjurkan wacana jamak perspektif. Beliau boleh dihubungi menerusiaqil@ummahonline.com.

Gadis comel Iran bergaya bersama bendera negaranya.

Gadis Moden Iran yang sering diketemui memakai chador membeli-belah.

Duit Iran Riyal atau Toman.
Nilai Rials 50,000 - RM18.00
Nilai Rials 50,000 - RM18.00
Kemudian, tatkala Barat bertandang di ranah Elburz ini, terutamanya bermula dari Revolusi Perlembagaan 1905, Nyah-revolusi Mossadeq 1953, dan Revolusi Islam Iran 1979, lalu Iran menjadi sorotan perdana atas pertarungan kental antara Timur dan Barat. Dalam faham kolonialisme, Barat datang dengan agenda. Anglo-Iranian Oil Company, pada Shahanshah, harus diserahkan pada perusahaan Barat.
Tapi, kehendak rakyat berbeza–mahu dimilik-negarakan, bukannya dicekik oleh penjajah! 1979, akhirnya Barat kecundang jua atas nama revolusi. Meskipun Iran itu sendiri bukanlah sepenuhnya boleh dianggap bangsa Asia–lebih-lebih lagi mereka berselisih pula dengan Irish–itu semua tidaklah menjamin simpati Iran buat Barat.
Itulah tegarnya Iran yang kita kenal dewasa ini. Sebuah permaidani buat ruang, bukan buat waktu. Negara yang dianggap Donna, ibu Terence Ward itu, sebagai telah melampaui segala kewujudan agama-agama. Mereka akhirnya menemui mojezeh menerusi kembara mustahilnya dalam mencari kembali keluarga Hassan–keluarga gajian mereka yang telah lama terputus berita. Larut dalam sejarah panjang pergunungan Zargos ini, perasaan Donna tersusun dalam ungkapan: jika ditanya apa agamaku, akan kujawab agama Hafez.
Pujangga besar kesayangan bangsa Arya ini telah pun lama pergi. Tapi, suaranya sentiasa berpuisi dalam sanubari hati-hati mereka yang cintakan “kerumitan yang tersembunyi.”
Ramona Rina, model Iran dari Worldwide Wednesday: The 9 Hottest Iranian Women.

Jan 30th, 2009