ads

Monday, August 30, 2010

3 pertanyaan dari gadis sunti



Siri 2 ceramah Bulan ramadhan

Menurut Iman Muda, pada zaman sahabat, didatangi seorang gadis cantik. Seorang gadis tergesa-gesa datang dan sedikit menganggu sahabat nabi yang sedang bermuzakarah itu. Cerita ini memang  benar dan wujud.

Gadis comel bertanya sahabat nabi yang ramai dalam kumpulan itu. Sanggupkah mereka beramal ibadat seperti yang diinginkan. Dan jika sanggup  gadis itu menawarkan dirinya sebagai hadiah. Berkahwin dengan gadis cantik tanpa hantaran mas-kahwin yang mahal-mahal. "Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu, walaupun hanya cincin dari besi". (HR. Bukhari-Muslim)

Saya akan menjadikannya suami jika ditemui orang yang boleh mengerjakan amalan mulia ini berpanjangan:

1. Berpuasa sepanjang tahun

2. Sembahyang sunat sepanjang malam

3. Membaca al-Quran sepanjanjang masa



Mustahil boleh mengerjakan amalan sebegitu rupa. Sahabat nabi tidak sanggup dengan tawaran gadis itu. Masing-masing mengelengkan kepala tepi kelihatan air liur meleleh di bibir. Nasib badan kata orang kita.

Tiba-tiba ada seorang pemuda bersetuju dan menonjolkan diri. Sahabat-sahabat hairan dan bertanya sama-sendiri. Ada juga yang berani untuk mencuba tetapi cara menyelesaikan masalah itu ingat-ingat lupa. Pemuda tadi mendapatkan gadis comel itu dan menangani permasalahan yang dikemukan satu-persatu.

Jawaban 1: Puasa 6 selepas Ramadhan

Jawaban 2: Bersembahyang subuh di masjid

Jawaban 3: Membaca surah Al-Ikhlas 100 kali


Jelas, itulah jawaban pada permasalahan yang wajib itu. Jika kita tidak mampu beramal sedemikian umatnya ditawarkan alternatif. KekayaanNya, dimudahkan umat-umat Islam beramal.





 -  Takzirah Ramadhan disampaikan oleh Iman Muda, Ustaz Yusuf Talib dari Wilayah Potisat, Kemboja. Di samping meimankan solat Tarawih beliau mengutip derma mengumpul dana untuk membangunkan Tahfiz Al-Quran di tempatnya. 

Tahun lepas beliau datang dan telah berjaya mengutip derma membangunkan masjid. Melihat gambar-gambar yang ditunjukkan membuktikan masjid telah didirikan. Ramai anak-anak murid, kalangan orang ramai bersembahyang di masjid itu. Dilampirkan juga kanak-kanak, remaja dan gadis-gadis pelajar berhijab yang comel lote sedang belajar di pondok buruk tahfiz itu.

Tahun ini di surau kami beliau berjaya mengumpul RM3,000 ringgit selama 3 hari hasil ikhlas dan dermawan rakyat Malaysia yang prihatin. Insyak Allah akan terdiri Tahfiz itu tidak lama lagi dan beliau mempelawa datang ke tempatnya. Ada suara sumbang bertanya, kalau nak tambah cawangan, kahwin kat sana macam-mana ustaz?. "Silakan.... hantaran tidak mahal, yang penting jadi... demi ummah....", sahut Ustaz Yusuf Talib selamba.

Tuesday, August 17, 2010

Pemutus Segala Kenikmatan

 Siri Tazkirah Bulan Ramadhan

Nak jadi iktibar kepada sesiapa yang mendapat hidayah. Memulakan takzirah, Iman Muda menceritakan kisah teman-temannya yang telah pergi awal mengadapNya, sebagai mukadimah tazkirah selepas sembahyang tarawih malam itu.

Dahulu mereka ini bersama-sama kita dan masih terasa gelak-ketawanya. Tahun ini tidak lagi, semakin berkurangan kawan-kawan tahun demi tahun. Mereka yang telah pergi ini sama-sama satu kumpulan tadarus. Mereka ini telah banyak menyumbangkan bakti, katanya Iman Muda lagi.

Iman Muda bertanya, tahun ini siapa nak bertadarus dengannya?. Semacam ada badi, gementar rasanya, diambilNya nyawa saya pula selepas ini, kata Iman Muda selamba sambil teringatkan teman yang bertadarus bersamanya. Tercuit hati mengenangkan kawan-kawan yang telah pergi.

Seterusnya Iman Muda menceritakan kisah Nabi Sulaiman ketika sedang memberi nasihat kepada pengikutnya. Dalam kumpulan yang ramai itu ada seorang jejaka yang khyusuk mendengar nasihat Nabi Sulaiman. Jejaka itu merasa tidak selesa kerana ditenung oleh seorang lelaki tampan. Nada tenungan yang semacam ini seakan memberi sesuatu gambaran yang mengerunkan. Dia cuba mengelak diri tetapi lelaki ganjil tetap tidak berubah merenungnya tanpa beranjak dan mengalih pandangan. Jejaka yang ditenungi itu paranoid dengan tingkah laku pemuda asing itu.

Sejurus usai majlis, jejaka itu datang mendapatkan nasihat Nabi Sulaiman dan menceritakan segala-galanya. Jejaka itu ingin melarikan diri dan pergi ke suatu tempat jauh supaya tidak lagi bertemu dengan jejaka ganjil itu. Dia meminta pertolongan Nabi Sulaiman. Dan Nabi Sulaiman mengabulkan hasrat hati pengikutnya yang setia itu.

Selang kemudian, jejaka asing ganjil itu datang mengadap Nabi Sulaiman dan memperkenalkan diri. Dia adalah malikat Izrael yang diarahkan mencabut nyawa jejaka itu. Sepatutnya jejaka itu akan mati. Dan dia merasa hairan kenapa jejaka itu masih berada bersama Nabi Sulaiman sedangkan nyawanya akan tercabut dan kematiannya di tempat lain yang jauh. Tujuannya merenung jejaka itu untuk memastikan identiti lelaki yang akan dicabut nyawanya itu seperti diarahkanNya.


Itulah ketentuanNya. Kematian tetap datang. Tidak beranjak walau sesaat umur kita.



1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kokoh atau berlindung di balik teknologi kedokteran yang canggih serta ratusan dokter terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walau pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikurniai hidayah-Nya. Berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jembatan jembatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya.

Nasihat Iman Muda kepada dirinya dan tuan-tuan dan puan-puan sekaliannya...


..............................


Rujukan: http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/proses-kematian.html


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.