ads

Sunday, January 16, 2011

The Last Apparatchik

  
Dulu, saya tak pernah menyangka akan menjadi tua....
 
Kadangkala apabila saya ingat tentang akibat besar yang muncul daripada perkara kecil...
Saya cenderung untuk berfikir... tiada perkara kecil. Lalu saya mencatat kisah Abang Zul untuk kenangan walaupun perkara ini kecil dan enteng...


Saya mengenali Abang Zul ni agak lama. Tahun 1986 saya mendapat tawaran bekerja di DBP sebagai Pelukis Grafik. Abang Zul turut hadir menjalani interview. Sewaktu itu saya bekerja di Pustaka Antara sebagai Grafik Artist di majalah Alam Wanita dan setiap hujung minggu saya belajar di MIA (Malaysian of Art) di Bukit Bintang. Ketika interview itu, Timbalan Pengarah DBP antara 3 orang lain menemuduga kami. Salah seorang lagi Pengarah Seni DBP. Timbalan Pengarah berminat dengan hasil kerja dan menawarkan bekerja di syarikatnya di Advertisng Ros & Rem dan seterusnya di Majalah Minggunan Era sebagai Ketua Perekebentuk. Saya tidak ketemu susuk bernama Zul lagi...

Selang 2 tahun keadaan ekonomi dunia meleset. Banyak syarikat pengiklanan dan penerbitan gulung tikar. Syarikat kami tidak terlepas. Seterusnya saya berkerja di BPM sebagai Pegawai Contract dan freelancer di Mingguan Tanahair.

Ogos tahun 1989 sekembali dari Syarikat Penerbitan Fajar Bakti dan mendapat tawaran bekerja, saya terus singgah di penerbitan terbesar kerana hanya mengikut gerak hati. Seterusnya mendapat tawaran bekerja di Penerbitan terbesar di Malaysia dan bertemu susuk bernama Zul. Orangnya sederhana dan bila berbual pengucapannya teratur dan lambat. Sambil menyedut asap rokok dan melepaskan pelahan-lahan matanya sedikit terpejam. Itulah Abang Zul... Tidak disangka kami bertemu kembali. "Aku dari Izzara Advertising bersama Azizi dan Clement...." boraknya ketika itu.


Abang Zul ni bukan calang orang. Tahun 90an kami sama-sama bermain bola mewakili jabatan. Dia juga pakar stroke bila bermain carrum. Ramai teruja bila beliau mengeluarkan buah di belakang dan memasukkan ke dalam lubang...

Sebuah nostalgia dukacita tahun 93. Beliau diserang dan dipukul di kepala oleh orang yang tidak dikenali semasa hendak menunaikan sembahyang Asar di Masjid Negara. Selama tiga hari kami di pejabat tidak dapat khabar berita dan menghubunginya. Pada pagi hari ketiga isterinya menghubungi Azizi (arwah) dan bertanya ke mana suaminya yang dicintai menghilang? Kami menjadi bingung... dalam kebingungan ada suara sumbang ... "Balik rumah isteri kedua kot?...

Pada sebelah petang ada panggilan mengatakan yang Abang Zul dimasukkan ke GH kerana teruk dibelasah. Kami bergegas ke GH dan mendapati kepalanya berbalut dan bengkak. Kes pukul salah orang kata sedaranya. Bila didekati beliau tidak mengenali kami lagi...  "Sudah..., macam-mana Abang Zul nak bekerja... ingatannya sudah hilang?...

Kini 22 tahun berlalu. Abang Zul melangkau 55 tahun dan sudah bersara. Abang Zul kekal sihat dan ceria. Berat badan bertambah semenjak berhenti merokok atas nasihat doktor. "Paru-paru ada selaput hitam, ini kes berat", katanya bersahaja ketika bersembang. Itulah Abang Zul... Apabila tenaganya dipusatkan kepada masa kininya  - tidak kepada masa lampaunya - barulah kita dapat celik dan benar-benar menghayati hidup.


Hati mempunyai alasan yang akal tidak perasaan bila bercerita tentang susuk bernama Haji Zaini.

Orangnya simple dan sederhana saja. Rambutnya memeta uban disebak ke belakang. Genap dua bulan sekali rambutnya dipotong pendek setengah cm. "Haram mewarnakan hitam rambut kita...", nasihatnya lagak ustaz Zamani. Peminum air suam tegar ini teliti dalam pemakanan. Beliau tidak pernah mengambil MC dan file rekodnya pun tiada di klinik.

Ketika saya berkerja di Pustaka Antara susuk ini sudah mencipta nama. Banyak illustrasi buku novel ciptaannya seperti buku Arena Wati, Nobel Sukinah dan seangkatannya dan Pak Hamka - Tengelamnya Kapal Van Der Wijck. Alunan warna yang bersahaja dan lembut memcerminkan personalitiesnya yang suka kedamaian.

Ditemukan jodoh dengan seorang pelajar periang ketika beliau bertugas di Pustaka Antara dan kini mempunyai 5 orang anak kesemuanya perempuan.

Ketika musim buah sekitar tahun 95 saya menpelawanya berkunjung ke kampung saya di Temerloh. Kami memanjat langsat, makan buah durian dan mandi sungai Pahang. Nostalgia semasa kanak-kanak muncul kembali kerika mandi di jamban masjid dan Haji Zaini takut-takut turun ke air. "Ada buaya ke?, ada buntal? tanyanya ketika melabuhkan kaki. Saya bersama sepupu Mahadir (arwah) melawat Gunung Senyum dan Kota Gelanggi di Jerantut. Zaini cukup teruja.

Ketika pertandingan akhir Piala Thomos tahun 1996. Saya, Abang Hashim, Nordin dan Haji Zaini meraikan kemenangan Piala berprestej itu di Pulau Kapas. 2 kemenangan dan 2 kejayaan 1 kegagalan kerana Abang Hashim masih tidak pandai berenang...

Hj. Anep... Ikan tak kenal aku...

Suatu ketika yang lain kami mengikuti rombongan ke Tasik Kenyir beriadah sambil memancing. Haji Anep membawa kelengkapan memancing. Dengan gaya pro-joran beliau menerangkan jenis-jenis mata pancing... Kami terkejut, satu kotak bertingkat lengkap jenis mata kail dari yang kecil hingga sebesar ibu kaki. "Kau orang tunggu, nak makan ikan apa? jerawat?, tanya Haji Anep bersahaja menunjukkan kemahirannya. Tunggu punya tunggu susuk Anep tidak muncul. Ketika muncul dengan mulut muncungnya berkata, "Ikan tak kenal aku..."Sepatutnya aku bawa satu lagi joran...", Mengakui kesilapan sambil mengerak-gerakkan kopiahnya. Rupanya kelengkapan yang cukup tidak semestinya membuahkan hasil...


Di musim terkukur sekitar '97, kami mengikuti rombongan ke Pulau Tioman. Ketika di Pulau Tioman kami menginap di sebuah calet berhadapan pantai Salang. Saya, Hj. Zaini, Well dan sepupu Sh. Ali (duda ketika itu, untuk menghilangkan kesepian saya mempelawanya) cukup seronok dan teruja dengan persekitaran pulau berbatu karang itu. Kami bersama rombongan Kelab Sukan meredah pulau dari timor ke barat hingga ke Pekan Takek dan makan tengahari sekitar anak sungai. Pengalaman baru kata Hj. Zaini yang terkenal dengan diam ubi kayunya. Pengalaman bersama kini hanya tinggal kenangan seperti lagu 'Bangawan Solo' nyanyian Gesang Martohartono (1 October 1917 – 20 May 2010) itu...


Bengawan Solo, riwayat mu ini

Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari

Music kemarau, tak berapa airmu

Di musim hujan air meluap sampai jauh


Chorus:

Mata airmu dari Solo,

Terkurung gunung seribu

Air mengalir sampai jauh

Akhirnya kelaut


Itu perahu, riwayatnya dulu

Kaum pedagang selalu

Naik itu perahu




(Sesiapa nak mendengar lagu ini sila layari YOUTUBE Bengawan Solo)
   


Itulah serba sedikit sekadar catatan persahabatan.

Selamat bersara, dudes! Let's get it on! Tempus fugit!

Kalau ada lagundi pahit,
Belanga baharu dijerang orang;
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu dikenang orang.


Dulu, saya tak pernah menyangka akan menjadi tua.... Sebuah kata-kata dengan gaya bahasa khas Pramoedya Ananta Toer. Pengarang Indonesia termasyhur (1925 - 2006).


... Yang apparatchik terakhir
apparatchik |ˌäpəˈrä ch ik|
noun ( pl. -chiks or -chiki |- ch iˌkē|) derogatory or humorous
an official in a large organization, typically a political one : Tory apparatchiks.


Sunday, January 9, 2011

Beban Sebuah Kapak


 

Saat kematian seribu wajah menjelma. Illustrasi di hasilkan tahun 1986 semasa di BPM.


Sebuah kisah anthrax menjadi tablet untuk direnungi. Seorang raja yang disayangi rakyat. Suatu hari raja memanggil penasIhatnya. "Beta ingin menguji kesetiaan kamu", katanya membuka bual bicara. "Bagaimana caranya Tuanku?", tanya penasihat. "Jika beta mangkat, beta ingin ditemani di dalam kubur nanti selama 40 hari. Siapakah yang sanggup?, akan beta berikan kekayaan harta benda...", bentang Sang Raja. Penasihat Istana terkulat-kulat dan bertanya sesama sendiri.

Ditakdirkan raja mangkat selepas perancangan itu, maka berita itu diuar-uarkan ke seluruh negeri. Sekian lama, belum ada satu pun yang sanggup tinggal di dalam kubur termasuk keluarga terdekat yang disayangi. Sebelum raja mangkat lagi penawaran untuk ditemani di kubur pernah diajukan kepada isteri tersayang. "Apa, buang terbiat orang tua ni fikir permaisuri? Diajukan kepada anak-anaknya. "Apakah ayahenda sanggup melihat anakenda di sana?....

Hingga satu hari datang seorang pencari kayu dengan hanya membawa sebatang kapak yang dimilikinya sanggup menemani Sang Raja. Isteri Sang Pencari Kayu pun reda dengan niat suci suaminya. "Apa nak ditakutkan, abang pun sering keluar masuk hutan berhari-hari mencari kayu?... 

Peluang baik bukan selalu datang. Kita juga ingin menjadi kaya...
"Akan kau jaga dengan apa Sang Raja nanti didalam kuburan?" tanya penasihat terkebil-kebil melihat telatah Sang Pencari Kayu yang miskin itu. "Hanya dengan ini.... Kapak", kata Sang Pencari Kayu menjawab. Akhirnya penguburan dilaksanakan di sebelah Sang Raja dan Sang Pencari Kayu menemani Sang Raja dengan berbekal kapak serta dilengkapi makanan serta minuman dan jugak saluran yang dihubungkan ke atas tanah, untuknya bernafas.


Al Fatihah buat Pak Saudara, Chu Nipah yang disemadikan
di kuburan, Cheras, KL.

Hari pertama berlalu begitu mengerunkan, Sang Pencari Kayu didatangi malaikat yang mananyakan perihal kapak yang dibawanya. Begitu pula dengan hari kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Setiap malaikat yang datang kepadanya hanya menanyakan akan hal sebilah kapak yang dipegangnya.

Dari mana Sang Pencari Kayu mendapatkan, untuk apa digunakan, bagaimana ia menggunakannya, dan pertanyaan-pertanyaan lainnya. Hutan siapa yang ditarahnya, apa jenis pokok, tanah siapa dan sebagainya. Si Pencari Kayu kebingungan mengila. Hingga selama 40 hari itu tidak ada satu pun hal dan pertanyaan yang menyangkut peri hal Sang Raja.

Setelah lewat keempat puluh hari, Sang Pencari Kayu memberi tanda ke atas bahwa dia hendak keluar dari dalam kubur Sang Raja. Sesampainya di atas, terburu-buru Sang Pencari Kayu pulang ke rumah. "Hai Pencari Kayu!, kau harus menerima dahulu hadiah yang telah dijanjikan Sang Raja." kata si penasihat bersemangat.

Antara takut dan gusar Sang Pencari Kayu menjawab, "Tidak, tidak. saya tidak sanggup menerimanya. Untuk sebilah kapak saja, hingga empat puluh hari pertanyaan-pertanyaan dari malaikat kubur tak juga kunjung selesai. Bagaimana saya harus menjawab pertanyaan dari beban harta yang akan saya terima sebanyak itu kelak ?". Sang Pencari Kayu menonong berlalu. Pembesar-pembesar istana temenggu, mata terkebil-kebil...


..........................


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah bersabda: Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya. (Shahih Muslim).

- Seterusnya Iman yang arif menasihatkan jemmah jangan lupa berzakat. Berzakat dapat mensucikan harta kita. Sekarang kaedah telah dimudahkan kepada sesiapa ingin berzakat, ujar Pak Iman lagi.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.