Sebuah Sketsa
Pejam celik pejam celik sudah sampai pertengahan Syawal. Sungguh pantas masa berlalu.
Nasib baik raya kali ini jatuh hari Ahad, dapatlah pulang beraya dengan hati yang lapang kerana jalanraya tidaklah begitu sesak. Tapi bila dikenang-kenang dan fikir-fikirkan balik, rasanya Hari Raya di Malaysia semakin lama makin kurang uummmnya!. Dah tak happening macam masa kecik-kecik dahulu. I dono why?. Mungkin faktor veteren, jadi dah makin hilang auranya.
Aku nak mengimbau dan mengajak kita mengenang kembali Hari Raya zaman kanak-kanak dulu. Zaman dulu raya memang best!. Meriah tak terkata. Antara benda-benda best masa raya dulu yang kami buat ialah:-
1. Aku dan Abg. Jab serta sepupu (Atan, Mat Robort, Lee, Abek) di rumah Atan di kampung Benom bermain meriam buluh menggunakan karbait yang dibakar dengan minyak tanah. Di hujung mariam buluh diletakkan bekas tin susu. Bila dibakar, tin susu terbang akibat tekanan. Meriam dihalakan ke pokok mangga yang buahnya hampir ranum. Sesiapa yang tepat sasaran dan dapat menjatuhkan buah mangga akan dihadiahkan mercun batik warna merah yang 'power'. Selalunya bukan buah yang gugur sebalikkan daun mangga berleraian!.
2. Main mercun roket merah berwarna batik dan menghala ke jalan raya. Sepupu sorang pergi tunggu tepi jalan tengok ada kereta datang ke tak. Kalau ada kitorang bajet-bajet dengan sumbu mercun tue then bakar. Berdentum mercun roket tue kat tepi kereta. Siap ada kereta berhenti terus membelek-belek tayar... ingat tayar kereta meletup!.
3. Kes Mat Robort, sepupuku memang haru. Peristiwa ini belaku ketika bulan puasa sewaktu (Atan, Lee dan Abek) merancang menangkap ikan menggunakan mercun di isi dalam botol dan karbait di sungai Pahang. "Ini experiment baru, kata Atan. Orang lain tak berani melakukan missi itu dan menyerahkan tugas kepada Mat Robort yang hero. Akibatnya dia terkena serpihan kaca dari botol yang dimasukkan mercun batik serta karbait. Mercun itu meletup sebelum dicampakkan ke sungai. Akibatnya serata badan berdaram dan berdarah kaca terlekat langsung dihantar ke hospital Mentakab. Itulah sejarah yang masih terpahat...
Disurahkan Mat Robort sepupuku yang dicintai telah dibebaskan mahkamah dari dakwaan kesalahan menjual mercun power tahun lalu.
4. Bab mercun batik ni saya teringat ada orang lama di kampung membakarnya di setiap pintu rumah bagi menghancurkan iblis syaitan yang menginap disekitarnya. "Biar hantu lari...., katanya.
5. Main karbait. Ala menatang benda yang diorang letak dalam meriam buluh tue. Tapi kami tak letak dalam meriam buluh. Kitorang buat lubang. Letak air sikit dalam tue. Pastue letak karbait. Pastu letak tin atas lubang tue then cucuh ngan lidi. Kadabom!. Makin tinggi tin terbang makin syok dibuatnya. Selalu serombong dihalakan ke objek tertentu...
6. Cara dapat duit raya dengan menyertai kumpulan bertahlil di kubur di Kuala Tekal. Maka lepas satu tahlil ke satu tahlillah kami menyertainya... Sampai seharian kami di kuburan. Masa tu jarang orang menghadiahkan RM hanya siling semata. Teringat kawan lama Arwah Sy Darun, Gab, Lit, Sy Mail, Syed Iqra (YB), Yati, Jamie, Jah dan lain-lain yang dilupai...
7. Malam raya atau petang raya kedua kami berkumpul depan TV selalunya cerita P. Ramlee. Rumah yang ada TV ketika itu boleh dibilang. Rumah Cikgu Seman, Rumah Pak Cu Mal (Jamil) dan rumah Pak Cik Melee.
8. Malam raya mesti tidur lambat, nak buat tu buat ni. Tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar karpet, isi biskut & kuih-miuh dalam balang, bersihkan laman rumah. Mak dan kakak sibuk masak macam-macam benda. Bebudak pulak sibuk main bunga api (mercun), memang seronok. Hiburan lain tiada ketika itu.
9. Pagi raya…Subuh2 lagi dah bangun, dengar Takbir Raya dari surau…best je rasa. Tak sabar nak pakai baju melayu nak gi sembahyang raya. Keluar rumah pagi-pagi raya rasa tenang… bersih je, bau masakan dari rumah-rumah jiran…pergh. Kalau hari raya, pagi-pagi tu yang best, terasa betul kerayaan dia tu.
Kata-kata ajaib ibu itu terus menjadi motivasi buatku untuk selalu berpuasa dan tak ingin bolong satu hari pun. Namun, seiring usia, justru aku merasa puasa terasa semakin berat dan penuh godaan tinggal di KL ini.
11. Yang sangat berat bagiku ketika kecil tentu saja bangun untuk makan sahur. Selepas sahur maka bermulalah puasa. Aku masih teringat ada yang kata tidak boleh telan air liur, maka bermasaahlah aku. Setiap 10 minit terpaksa meludah... siap disediakan tin susu da...
12. Tahun 80an masih ramai tidak mempunyai peti ais. Aku mengambil kesempetan menjual air batu di tepi jalan di KDSA yang dihantar bekalan oleh arwah Ami Man. Boleh tahan juga income... belanja raya!.
13. Masa nak berbuka puasa di rumah Pak Lang Cha, terminum minyak ikan yang diletakkan di dalam gelas di atas meja. Aku dengan muka sardin mencari air kosong... Awak Ok, Kama?, tanya Mak Ngah Limah.
14. Pakaian baru - semalaman mencuba dan mengayakannya. Tak menyabor...
15. Raya ke 3 pergi ke rumah Mak Saudara Chu Kecik di simpang 3, Temerloh-Mentakab. Ketika itu aku berumur 9 tahun tidak pernah ke pekan bersorangan tetapi aku nekad (duit raya banyak) walaupun rumah Mak Saudara tidak diketahui. Nasib baik ketika merayau-rayau di kedai dan terjumpa dengan Tok Wah (nenek) ketika sedang membeli sesuatu yang ketika itu menginap di rumah Chu Kecik.
16. Selalunya raya ketiga kami pergi memonton wayang di panggung Rex di Temerloh. Seronoknya ketika menyerbu ke kaunter dan berebut-rebut membeli tiket. No displin. Ada yang terkoyak baju, jatuh, dompet hilang dan sebaginya. Kedengaran riuh-piruk jeritan.
17. Pada suatu petang hari raya yang ke berapa aku bersama Ab. Jab pergi ke Jerantut untuk melawat abang sulung. Kerana ketika itu filem Hindustan 'Rapoo Chakar' filem hebat lakonan Ragist Khana dan Zaneat Aman. Apa lagi kami pulun filem dulu, pergi rumah abang lain cerita. Keluar panggung hari dah senja, takut kena marah. Apa kami buat? Tidur di masjid besar Jerantut. Dikejutkan bilal surau kerana tidak dibenarkan tidur di dalam masjid atas carpet, tidur kat luar atas simen, arahnya...
Apa kami buat? Tidur di masjid besar Jerantut la...
Sampai di rumah ayahenda kami dijamukan. Aku tidak menyentuh air milo panas kerana takut diracun akibat momokan filem Nasib Si Anak Yatim...
Setiap insan pasti mempunyai 1001 kenangan Hari Raya yang tersimpan di fikiran yang tidak mungkin boleh dilupakan. Kenangan-kenangan ini pasti akan menjelma saat menjelang Hari Lebaran. Tidak kira sama ada ianya kenangan manis, sedih atau pahit sudah pasti sukar untuk dilenyapkan.