Sisi hitam Gaddafi
Kisah kematian Gaddafi masih misteri. Bagaimanapun, keperibadian tokoh itu dianggap lebih eksentrik.
The Green Book memperlihatkan perjuangan Gaddafi sebagai seorang pemimpin Islam, tetapi retorik keagamaan yang dibawa Gaddafi sukar dibendung kerana sifat penyalah-gunaan kuasa, kekejaman, mengumpul kemewahan dan sebagainya diperkatakan selepas kematiannya.
Kemuncak kepada kemarahan rakyat ialah apabila pada saat rakyatnya hidup dalam kemiskinan kerana kadar pengangguran yang tinggi, Gaddafi didapati memiliki harta berjumlah AS$60 bilion (RM182.64 bilion).
Akhirnya, selepas memerintah Libya lebih empat dekad beliau dibunuh oleh rakyatnya sendiri. "Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk.
Ironi akhir kehidupan Gaddafi, yang penuh dengan anekdot eksentrik dan ironis itu dikenang pemberontak yang sering dicela Qaddafi sebagai "tikus".
"Dia memanggil kita tikus, tapi lihat di mana kami menemukannya," kata seorang pemuda. Gaddafi menggelar pemberontak sebagai 'tikus' namun akhirnya dia yang ditangkap dalam saluran kumbahan yang dipenuh najis dan sampah.
Berita mengejutkan. Muammar Gaddafi (June 1942 – 20 October 2011) yang menggelarkan dirinya "raja bagi segala raja di Afrika" akhirnya tersungkur di kaki para penentangnya. Dia meninggal dunia dengan penuh sengsara. Penuh kesakitan. Penuh keaiban. Ditembak di kepala dan kaki ketika sedang bersembunyi di lubang saluran air. Lagi menyedihkan, terngiang di telinga penentangnya kata-kata terakhir Gaddafi. "Anak, tolong jangan tembak saya", "jangan tembak saya". Namun, ajal sudah menjemputnya ke pangkuan Tuhan.
Kata-kata egonya sebelumnya yang mengelarkan penentangnya sebagai "tikus" dan akan menjejaki penentangnya sehingga ke lubang cacing rupanya memakan diri. Dia sebaliknya yang terbunuh di saluran kumbahan di penuhi najis dan sampah!.
Pemuda 17 Tahun didakwa menembak Muammar Gaddafi. Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya. Terbunuhnya Gaddafi bermakna 42 tahun pemerintahan kuku besi beliau akhirnya runtuh. "Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.
Begitulah nasib dikatator dunia. Lihatlah di mana-mana. Hebat dan gah semasa berkuasa tapi berakhir penuh sengsara. Saddam Hussein di Iraq - ditangkap, dibicara dan akhirnya terkulai di tali gantung angkara campur tangan AS. Hosni Mubarak di Mesir - terpaksa melepaskan jawatan dan kini menunggu bicara. Ben Ali di Tunisia juga tersingkir akibat pemberontakan rakyatnya. Khabarnya di Negara Yaman, masih kecoh...
Fatwa Yusuf Qardhawi: Bunuh Gaddafi Presiden Libya Yang Kejam!!
"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.
Kengerian saat nazak
MAHARAJA Hiroshito tenat ketika itu. (29 April 1901 – 7 Januari 1989). Dia terlantar di istana di dampingi dayang bidadari setia patuh melutut menurut perintah. Sehimpunan doktor yang gagah bertungkus-lumus menghentikan pendarahan.
Hiroshito dibayangi mimpi-mimpi ngeri semasa perang dunia kedua tahun 1941. Dialah lambang kuasa dan dibawa telunjuknyalah arahan waktu itu hingga Jepun dapat menguasai sebahagian Asia Tenggara. Akhbar Tabloid London, The Star dan The Sun mengejek dan mencelanya, '' Anak hantu yang kehilangan kuasa .'' Usia 87 dikira terlalu panjang di abad ini.
Maharaja's Spezial Roadster, Mercedes-Benz 1936
di Tokyo, 17 September 1945.
Himpunan doktor-doktor yang handal-handal gagal memulihkannya. Layanan ghairah dari dayang bidadari geisha bukanlah kemahuannya lagi. Dia memerlukan bantuan dari kuasa yang lebih besar dan hebat dari itu. Apakah kuasa yang lebih besar dari ini semua?. Dia meraba-raba... Sememangnya manusia mengingati Tuhan bila terdesak dan apabila tiada kuasa lain lagi yang dapat membantunya. Itu sudah lumrah. Kuasa, pangkat dan kemewahan tertolak ke tepi. Tiada ertinya lagi selain dari bagaimana untuk terus bernafas!. Bernyawa...
SVETLINA: Saat nazak bapaku adalah tragedi yang paling berat.
Lenin dan Stalin, ketua parti komunis Russia, bertahun-tahun dihantui mimpi-mimpi sadis, menjerit-jerit dan sentiasa ternampak lembaga besar mendera dan mencekek leher. Siapa? ''Adakah kuasa besar selainaku... kita?'', tanya Stalin pada pengawalnya dalam saat nazak dan bertarung dalam maut. Sahut pengawal, ''Tuanlah yang besar...'' (18 December 1878 – 5 March 1953). Sambil menundukkan kepala dan sopan. Stalin mengetip mulut dan cuba berkata tetapi suaranya tersekat-sekat, sukar ditaksir.
Oh...Tuhan...''. Seru Stalin menyebut nama Tuhan walaupun perkataan itu terlalu asing dan bertentangan dengan prinsip fahaman. Stalin mula menyedari tiada kuasa lain lagi yang dapat membantunya. Politbiro Parti Komunis Russia terperanjat mengapa ketuanya ''man of steel'' yang memerintah selama 24 tahun itu menyebut nama Tuhan.

Anatoni Rybakov
Novel ciptaan Anatoni Rybakov bertajuk Children of the Arbat (Stalin Era) mendedahkan detik-detik kematian Stalin seperti yang diceritakan oleh anak perempuannya, Svetlina Illiyuva. Kata anak Stalin ''Kematian bapaku adalah satu tragedi yang berat. Itulah pertama kalinya aku melihat seorang manusia menghadapi saat-saat mati''. Tuhan tidak menjadikan maut itu mudah kecuali kepada golongan yang beriman kepada-Nya. Cucuran darah sebelah dalam mengalir sedikit demi sedikit ke saki-baki otak. Oleh kerana jantung bapaku kuat, cucuran itu menyerang secara beransur-ansur ke pusat pernafasan dan berakhir dengan kelemasan. Pernafasannya mula cepat dan cepat. Dalam tempoh dua belas jam terakhir , bapaku terbayang tanda-tanda ketakutan, dan ia mengecut, kedua bibirnya menghitam dan raut wajahnya terus kelihatan ganjil dan asing sekali.
Dua jam terakhir merupakan kelemasan lambat-lambat dan kenazakan yang menakutkan. Bapaku lemas dengan darahnya di depan mata kami. Di saat nazak berada di kemuncaknya, dia membuka matanya dengan tiba-tiba dan memandang kepada semua yang berada di sekeliling dengan pandangan yang menakutkan; pandangan seorang yang hilang akal atau pandangan marah yang penuh ketakutan terhadap maut dan ketakutan terhadap wajah-wajah asing para doktor yang tunduk kepadanya. Pandangan itu merayap ke seluruh orang yang ada di situ. Sesaat kemudian berlaku sesuatu yang mengerikan dan tidak dimengerti, sesuatu yang tidak aku lupakan seumur hidup dan tidak akan fahami sehingga ke hari ini. Bapaku dengan tiba-tiba mengangkat tangan kirinya seolah-olah menunjuk kepada sesuatu di atasnya, kemudian menjatuhkannya semula ke sebelahnya seolah-olah ia memurkai kami semua. Itu adalah sesuatu isyarat ancaman tetapi tiada seorang pun yang dapat menentukan kepada siapa atau kepada apa ditujukan pandangannya.
Stalin dan Lenin
Kenapa Stalin mengangkat kedua tangannya menunjuk ke atas?. Tentunya dia diperlihatkan dengan pengetahuan yang yakin semasa nazak itu. Dia mula mengaku terhadap wujudnya Allah secara yakin dan menjatuhkan tangan ke sebelahnya seolah-olah memurkai mereka semua. Stalin menyesal terhadap masa lampaunya. Dia menyedari dia sudah terlambat. Maut sudah menunggunya. Usia 73 tahun saja buat 'Son of iron' ini.
Wira penulis sejarah Soviet (Anatoli Ryabakov) ini didatangi surat yang berlambak dari seluruh dunia yang mencelanya kerana menceritakan kisah itu khasnya dari pembaca fahaman komunis. Apa komennya? ''Saya tidak punya waktu membaca kisah ini. Tugas saya menulis. Tugas anda membaca.''
Sememangnya tidak dapat dinafikan betapa dahsyat dan pedih seksaan saat nazak. Jikalau azab derita nazak itu boleh diletakkan di atas bukit, nescaya hancur luluhlah bukit itu akibat hebat dan dahsyatnya menanggung azab ini. Sejarah telah membuktikan. Kenyataan-kenyataan dari Al-Quran telah memperlihatkan bahawa seksaan waktu nazak ini berbeza sekali antara yang kufur dan yang tidak beragama dengan yang tidak beriman kepada Allah. Begitu juga yang kuat pegangan dengan yang rapuh imannya. Pada hakikatnya, seksaan dan kesusahan pada waktu nazak ini berbeza mengikut iman individu itu.
Bagi manusia yang beriman kepada Allah, saat-saat kritikal di waktu nazak ini, syaitan dan iblis sentiasa menanti kesempatan untuk memesongkan hati supaya kufur kepada Allah dengan pelbagai tipu muslihat. Walau bagaimanapun tipu muslihat ini akan dapat di atasi dengan keteguhan iman insan itu sendiri dan sejauh mana mujahadahnya kepada Allah.
Wira penulis sejarah Soviet (Anatoli Ryabakov) ini didatangi surat yang berlambak dari seluruh dunia yang mencelanya kerana menceritakan kisah itu khasnya dari pembaca fahaman komunis. Apa komennya? ''Saya tidak punya waktu membaca kisah ini. Tugas saya menulis. Tugas anda membaca.''
Ketua Komunis Russia berfahaman sosialism
Bagi manusia yang beriman kepada Allah, saat-saat kritikal di waktu nazak ini, syaitan dan iblis sentiasa menanti kesempatan untuk memesongkan hati supaya kufur kepada Allah dengan pelbagai tipu muslihat. Walau bagaimanapun tipu muslihat ini akan dapat di atasi dengan keteguhan iman insan itu sendiri dan sejauh mana mujahadahnya kepada Allah.
Ketakutan
Bala tentera syaitan membujuk rayu si nazak
Imam Al- Ghazali di dalam kitabnya, mengatakan iblis memerintahkan bala tenteranya (syaitan), supaya mendatangi manusia yang berhadapan sakartimaut (perpisahan antara roh dengan tubuh). Syaitan itu datang menyerupai orang yang dikasihi, sama ada sudah tiada atau sebagainya, duduk di sebelah kanan dan sebelah kiri sambil mengusap-usap dan mengelus kepala si nazak seakan simpati. Katanya,"Mungkin engkau sebentar lagi akan mati. Kami telah mengalaminya terlebih dahulu . Kami merasa bahawa mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Eloklah engkau mati begitu.
Cara begini mudah dan tidak sulit, tangan syaitan itu memegang semangkuk air sirap susu yang enak dan segenggam emas berlian. Kalau kita menerima pemberian itu bermakna nerakalah tempat kita: Mati dalam suul Khatimah (mati dalam kafir) Imam Abu Hanifah r.a mendedahkan kepada orang-orang Islam: "Kebanyakan sesuatu yang merosak iman seorang hamba adalah waktu nazak". Makhluk halus syaitan datang dan membujuk rayu,sentiasa menggoda serta mebisikkan segala macam kejahatan, mengajak kepada kerosakan dan kebinasaan, pertengkaran dan permusuhan, mengajak melawan dan menentang serta memerangi Allah serta ajaranNya. Memancing supaya menjadi kufur dan melepaskan iman. Rayuannya begitu ampuh.
Kebanyakan sesuatu yang merosak iman seorang hamba adalah waktu nazak

Pejalanan
Kisah Abu Zakaria diriwayatkan ketika nazak memalingkan mukanya dan tidak memperdulikan sahabat disisinya. Tiba-tiba Abu Zakaria memekik, ''Tidak!!, aku tidak akan mengucapkan ...'' Isteri, sanak-saudara dan rakan taulan terperanjat dengan laungan itu.
Setelah beliau sedar kembali dan bertanya sama ada temannya ada berkata sesuatu, sahabat berkata apabila ia cuba membaca kalimat thayyibat, dia (si Abu Zakaria) berpaling ke arah lain sebanyak tiga kali dan tidak menghiraukannya.
Abu Zakaria berkata ''Iblis mendatangi aku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku dan menghala-hala kepadaku. Ia berkata kepadaku : Apakah kau perlukan air? Maka saya jawab : Ya ... memang ...'' Lalu Iblis berkata : Katakanlah bahawa Isa adalah anak Allah. Saya memalingkan darinya. Iblis itu mendatangiku lagi dari bahagian kakiku memperlawaku dan memujuk rayu sebanyak tiga kali. ''Katakanlah, tiada Tuhan ...'' Kata Iblis itu. Tapi aku tidak mengatakan. Puas dia cuba memperdayakanku hingga akhirnya dia tewas. Lantas secara spontan iblis itu membeliakkan mata dan membantingkan mangkuk berisi air itu, lalu lari...
Saya tetap menolak ajakan iblis dan terus membaca: Asyhadu Anlaa ilaha illallah waasyadu anna Muhammadan Abduhu wa rasuluh.

''Sejak pertemuan pertama, saya sudah tahu engkau siapa", Junid Al-Baghdad
Kisah Junaid Al-Baghdad dengan tipu daya iblis sering disurahkan. Tetapi iblis tetap tidak dapat memperdayakannya walau apa jalan sekalipun. Akhirnya iblis berjumpa Junaid mohon berhenti. Katanya, ''Sayalah iblis. Saya mencari kelalaian tuan selama ini tetapi tidak berhasil". Jawab Junaid selamba, ''Sejak pertemuan pertama, saya sudah tahu engkau siapa. Tetapi permintaan mu mengkhidmati saya dengan sukarela, saya terima untuk menghukum engkau sendiri. ''Iblis keluar dari rumahnya dengan perasaan hina dina sekali.
Itulah Junaid, raja Tasauf di zamannya yang mempunyai Iman yang kental: Wiridnya setiap malam, sembahyangnya tiga ratus rakaat, membaca tiga puluh ribu tasbih, puasa terus-menerus setiap hari, sentiasa menangis takutkan Allah hingga cengkung kelopak matanya dan sujud dari awal malam sampai awal siang.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Wallahualam...
Junaid Al-Baghdadi seorang ulama sufi yang sangat disegani di zamannya hingga kini pernah didatangi iblis untuk cuba mengugat imannya. Iblis menyamar menjadi khadam. Ia diterima oleh Junaid.
Di saat nazaknya, sahabat berada di sebelah terkejut melihat cahaya gilang-gemilang menyinari wajahnya. Lalu sahabat mengajarnya talkin ''La ilaaha illaallah''. Junaid berkata: '' Demi Allah, saya tidak pernah melupakan sejak lidah saya tahu berkata.'' Kemudian terjadilah sesuatu yang dahsyat, roh Junaid naik ke langit mengadap Tuhan dan di sekitar ruang kamarnya berdengung suara tanpa dimengerti menyebut kalimah tauhid. Terang-benderang, indah sekali.
Demikianlah perjuangan ibadat para ulama besar kita. Mereka karam tenggelam dalam menyintai dan mengingati Allah. Seorang sahabat bertanya. ''Bilakah penyakit jiwa mendapati ubatnya?'' ''Manakala tuan melawan hawa nafsu.'' Dan itulah pegangan pertama ahli sufi untuk menuju menara menyintai Allah.
Persemadian
Firman Allah Surah Al-Imran : 185
" Tiap-tiap yang benyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu.”
Firman Allah Surah Qaaf : 22
" Kami membuka (menyingkap) daripadamu tutup (yang menutupi) pemandangan kamu selama ini, lalu kamu dapat melihat dengan jelas pada hari itu (hari ketika hampir dekat kematian atau waktu nazak).
"Selari dengan itu ialah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab; (Ehya Ulumuddin)
" Kamu hadirilah kepada orang yang hampir mati dan ingatlah, ketika itu mereka dapat melihat perkara yang ghaib yang kamu tidak dapat melihatnya."
NOTA KAKI: Dari buku Ilmu Tasauf karya Hj. Zainal Ariffin Abbas, Pedoman Mati oleh H. M Arsyad Talib Lubis, Children of the Arbat karya Anatoli dan Tanya Rybakoy, Alam Kubur oleh M Ali Chasan Umar dan Hari Akhirat karya Abdul Razak Naufal. Artikal ini pernah disiarkan di buletin DBKL sekitar 90an sebelum diubah-suai - Penulis.