Perasaan atau aura untuk menunaikan Umrah tiba-tiba datang dalam diri ketika memikirkan negatif usia. Mengimbas kembali tahun-tahun berlalu, menyedari perintahNya sering dinomborduakan. Bagaimana kalau dicabutNya nyawa ketika ini?. Persiapan tidak memadai sebenarnya. Selagi kita bernafas perjalanan tidak pernah bernohtah. Apa yang dicari?. Dan kita selamanya tidak mengetahui bila kematian menjemput...
Dan menyedarkan saya betapa benarnya kata-kata, “Manusia merancang, Allah yang menentukan”.
Saya membulatkan tekad dan kasabkan hasrat untuk menjadi tetamu Allah dalam program Umrah ini. Rupanya semakin mendekat hari semakin rindu untuk bertemu Baitullah. Allah hu akhbar.
Maafkan saya sahabat, jika ada kekilafan dan ketelanjuran... doakan kami selamat pergi, selamat mengerjakan rukun Umrah dan dipermudahkanNya dan pulang ke tanah air dengan selamatnya.
Nasihat ustaz,
1. Lakukan solat taubat dengan penuh keikhlasan dan pengharapan sebelum berangkat.
2. Buang segala sifat mazmumah yang ada pada diri sebelum berangkat kerana jika tidak dibuang, takut-takut segala sifat ini akan menonjol di sana kelak.
3. Jaga tutur kata sama ada di mulut mahupun di hati. Zikirullah mengelakkan hati dan mulut daripada berkata-kata.
4. Carilah peluang untuk melakukan kebaikan secara ikhlas di Tanah Suci.
5. Jangan gusar tentang ujian Allah yang bakal menunggu kita di Tanah Suci, fokus dan fikirkan tentang zat dan kasih Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Penyayang.
Proses daripada “rasa ingin pergi umrah” kepada “nak pergi umrah” itu mengambil masa kira-kira berminggu-minggu. Dalam proses ini saya fikir bila hendak pergi, bagaimana hendak pergi dan apa sebenarnya tujuan dan aktiviti yang ingin dilakukan di sana secara spesifik.
1. Lakukan solat taubat dengan penuh keikhlasan dan pengharapan sebelum berangkat.
2. Buang segala sifat mazmumah yang ada pada diri sebelum berangkat kerana jika tidak dibuang, takut-takut segala sifat ini akan menonjol di sana kelak.
3. Jaga tutur kata sama ada di mulut mahupun di hati. Zikirullah mengelakkan hati dan mulut daripada berkata-kata.
4. Carilah peluang untuk melakukan kebaikan secara ikhlas di Tanah Suci.
5. Jangan gusar tentang ujian Allah yang bakal menunggu kita di Tanah Suci, fokus dan fikirkan tentang zat dan kasih Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Penyayang.
Proses daripada “rasa ingin pergi umrah” kepada “nak pergi umrah” itu mengambil masa kira-kira berminggu-minggu. Dalam proses ini saya fikir bila hendak pergi, bagaimana hendak pergi dan apa sebenarnya tujuan dan aktiviti yang ingin dilakukan di sana secara spesifik.
Setelah tetapkan hati dan jelas dengan niat untuk pergi Umrah, maka saya pun mula mencari-cari di internet ilmu-ilmu berpatutan selain menghadiri khusus disamping menghubungi teman-teman yang arif.
Ramai di antara kita yang berasa gusar dan khuatir untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci kerana telah digembar-gemburkan dengan pelbagai cerita yang bukan sahaja pelik tapi benar, bahkan ada juga yang berunsur mistik lagi menyeramkan. Ramai di antara kita yang berfikir berkali-kali apabila dihidangkan dengan peluang untuk ke Tanah Suci. Ramai juga di antara kita yang takut untuk menjadi tetamu Allah dengan alasan tidak bersedia.
Sebenarnya kita takut kerana kita telah terlalu banyak mendengar kisah negatif tentang mereka yang tidak berupaya untuk melihat kaabah, tidak mampu beribadah, kisah mereka yang jatuh sakit, ditimpa musibah atau sesat di Tanah Suci. Kisah-kisah ujian ke atas mereka yang pernah ke Tanah Suci sedikit sebanyak telah menyentap keberanian dan keyakinan kita untuk mengecap keberkatan bumi Mekah dan Madinah. (Sebenarnya lewat tahun '90 saya ditawarkan pergi haji tetapi menarik diri kerana memikirkan tentang kurangnya persediaan). Belum sampai seru...
Berapa teruja untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ dan rumah Allah. Insak Allah.
Syukur, diberiNya peluang mengunjungi rumah dan menjadi tetamuMu…InsyaAllah kami akan perjuangkan agamaMu dan menyambung perjuangan RasulMu, Nabi Muhammad saw. Rindu kami kepadaMu dan RasulMu makin mendalam…
Doakan kami. Amin.
RENUNGAN
Barang siapa menghendaki (Kebaikan) dunia dan akhirat
maka hendaklah dia mengunjungi Baitullah
sebab setiap orang yang mendatanginya
seraya memohon kepada Allah akan (Kebaikan) dunia
nescaya Allah akan menguniakannya.
Dan setiap yang memohon kepadaNya akan (Kebaikan) akhirat
nescaya Allah akan menyimpan sebahagian untuknya.
Justeru itu, ingatlah wahai manusia
Kerjakanlah oleh mu Haji dan Umrah
Perturutkan antara keduanya
Sebab keduanya akan mencuci dosa-dosa
Ibarat air mencuci kotoran pada baju.
Keduanya juga akan menghilangkan kefakiran ibarat api menghilangkan kotoran besi
Hadis riwayat Al Tarmidzi
Melalui lidah Saidina Ali b Abi Talib r.a
....................................
Bercakap fasal doa,
Saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Kisah Doa Termakbul
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.
Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.
Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH… Kebesara Illahi.
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.
Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.
Email dari seorang teman yang akan mengerjakan umrah tidak lama lagi. Mohamad Anis
Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.
Email dari seorang teman yang akan mengerjakan umrah tidak lama lagi. Mohamad Anis