ads

Friday, November 2, 2012

Thour: Isteri tidak menyayangi ku lagi…


  Fenomena unknown
10 bulan tidak rengang...
Bertopengkan anak-anak hubungan nampak erat.



Pada usia 40an. Jiwa Thour serabut, antara kasih-sayang anak-anak dan inginkan kasih sayang isteri. Isteri Thour, Tini berusia 33 tahun. Pensyarah jurusan Bahasa Thurki sudah berubah 90 darjah. Nama saja tinggal sebumbung, setiduran lain-lain bantal tapi mimpi juga cukup berbeza … Bertopengkan anak-anak hubungan nampak erat.

Penyair Wallace Stevens menulis sebuah sajak, Thirteen Ways of Looking at a Blackbird mengatakan,
But I know, too,

That the blackbird is involved 
In 
what I know

Memandang seekor burung-hitam bukan hanya bisa dilakukan dengan lebih dari satu cara. Juga ada keterpautan antara yang kita pandang dan “yang aku ketahui”. Dan “yang aku ketahui” tak pernah “aku ketahui semuanya”. Selamanya adalah dunia yang tak bisa seketika disimpulkan. Begitu Thour, harapkan panas menyampai ke petang. Inginkan kebahagian berpanjangan. Punyai 3 anak yang sedang membesar tetapi di pangkal usia pra emas isteri berubah citarasa….

Lebih 8 tahun berkahwin di rumah abangnya kos RM13 ribu dan di rumah isteri RM15 ribu. Tetamu keluarga ramai anggaran 1500 orang. Mengenang kos hangus, Thour terkulat. Tini, isteri Thour anak kedua 5 beradik yang putih kuning dan tinggi lampai ketara sudah berubah haluan.

Ibu Tini berubah 360 darjah


http://greenclever.blogspot.com/2012/03/burung-burung-indah-seperti-dari-surga.html

Berbalik cerita emak mentua Thour. Akibat terpengaruh 'glamour' berlakun sambilan dalam filem untuk drama ASTRO, bersama artis cun Rozita Cik Wan perubahan juga 360 darjah. Seorang krew menggunakan 'ayat power' dan berpengalaman dalam seni merayu telah menaruh hati kepada mak mentuanya, banyak wang mengalir kepada si penghakis itu. Akibatnya, ketika ini rumah-tangga itu juga senget bergoyang. Anak-anak juga masuk campur menghalang Mamat krew itu. Suami-isteri veteren ini tidak seperti burung cenderawasih lagi. Walau suami menari sambil menunjukkan bulu yang berwarni-warni tetapi isteri tidak terpana lagi. Barangkali tertawan dengan cenderawasih jantan berbulu cantik di tengkok…


Thour meluah rasa, saya hanya technican IT dan pendapatan tidaklah seberapa. Tetapi mampu untiuk menyara anak-anak dan pebelanjaan rumah-tangga. Pebelanjaan RM800 untuk rumah, RM600 untuk susu anak dan lain-lain, RM450 untuk bayar kereta dan RM500 untuk selesaikan bil bulanan. Itu tanggung-jawab saya… Isteri cuma membayar keretanya RM600 dan insuran anak-anak RM300. Sedangkan gajinya lebih kurang sama saja tidak tidak membantu mengurangkan beban rumah-tangga. "Itu tanggung-jawab abang', setiap kali Thour membangkitkan isu kewangan yang sampai paras hidung. Thour tetap sabar…


Fenomena unknown

Mengimbas kembali, semasa bertugas di selatan tanah air isterinya Tini sungguh sempurna. Kalau Thour tidak dapat pulang selang dua minggu Tini sering mendesah. Ikatan kasih-sayang bersama anak-anak cukup terasa ketika itu. Tetapi sejak isterinya bertugas kembali di Kuala Lumpur perangainya berubah total, sudah 'naik kepak'. Mungkin pengaruh kawan-kawan. Thour cuba-cuba mengintip kalau-kalau Tini bermain kayu tiga.

Bagi Thour, kalau nampak isteri bersiap cantik-cantik ke pejabat, dalam hatinya terdetik, lelaki manalah nak mengurat? Akibatnya, timbul rasa tidak puas hati. Kalau sudah ada prasangka, pantang ditanya nak melenting. Mula tunjuk ‘belang’. Marah tak pasal-pasal. Silap-silap anak-anak yang langsung tak ada kena mengena terkena tempiasnya. Masing-masing hendak menang. Langsung tidak mahu mengalah. Semua ini kerana percaya diri betul. Bayangkanlah jika hal ini berlarutan, porak-perandalah rumah tangga.

Tidak terkesan, kata Thour mungkin fenomena unknown…


Jika burung betina tidak terpesona dengan gerak-geri persembahan burung betina terbang begitu saja meninggalkan burung jantan terpinga-pinga.




Burung jantan memikat pasangan dengan ritual tarian yang memamerkan bulu-bulu hiasannya. Tidak seperti burung cendrawasih Paradisaea lainnya, Cendrawasih Biru jantan melakukan tariannya tidak dalam kelompok. Jantan menggantungkan badannya ke bawah, membuka memamerkan bulu hiasannya seperti kipas biru sambil berkicau dengan suara menyerupai dengungan rendah. Di dekatnya terdapat seekor betina. Setelah kopulasi, burung jantan meninggalkan betina dan mulai mencari pasangan yang lain.

http://www.pelikbinajaib.com/pelik/hikayat-burung-cenderawasih



http://richmountain.wordpress.com/fauna/burung-cendrawasih/

Aku sudah menjadi burung cendrawasih. Memberi ruang secukupnya. Menari dan menunjukkan bulu warna-warni kepadanya di ruang besar di tengah hutan di Papua New Guinea tetapi sebalikkannya isteri berlalu begitu saja…. (Burung Cenderawasih memiliki panjang sekitar 30 cm dengan burung jantan hitam dengan mahkota pirus berwarna-warni, kaki hitam, iris coklat tua dan mulut kuning. Wanita burung dari jenis zaitun coklat. Apakah endemik di selatan Australia, Riflebird juga tersebar di hutan hujan di New South Wales dan Queensland pusat. Burung jantan dapat menyebar sayap mereka dan memamerkannya saat ia bergerak ke kanan dan kiri di depan burung betina untuk memikat mereka. Jika burung betina tidak terpesona dengan gerak-geri persembahan burung betina terbang begitu saja meninggalkan burung jantan terpinga-pinga). Thour berasal dari Pantai Timur, sering mengenakan jeans levi's, berpendidikan sedahana tetapi tekun bekerja. Bersikap bersahaja dan tidak suka bertegang lidah dan sering lambat bertindak. Apa harus aku lakukan demi anak-anak?

...........................................................




'Isteri durhaka'

Kes 'isteri durhaka' terhembur di mulut Thour bila isterinya berkeras hendak keluar rumah pada suatu pagi. Thour menghalang Tini keluar dari rumah, tetapi Tini berkeras juga. Dan ini menimbulkan kemarahan Thour. Lalu terkeluar perkataan keras itu.


Malam dingin berlalu begitu saja… Embun jantan menitik kaca rumahnya ...
Gambar hiasan




Pengasingan di bilik tidur sudah hampir 10 bulan

Thour sudah melakukan pengasingan di bilik tidur sudah hampir 10 bulan. 10 bulan tidak bersama… bukan waktu yang singkat…

(Jika isteri nusyuz suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul.  Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu. (al-Nisa’ :34).  

Cerai?, Thour masih menyimpan senjata itu.



Nusyuz: isteri yang ingkar dan durhaka kepada suami…
Gambar hiasan

(Isteri nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan membangkitkan kemarahannya. Nusyuz suami apabila dia memukul isterinya atau bersikap dingin dan acuh tak acuh terhadapnya). (Fairuz al-Abadi: Qamus al-Muhit 678) .

“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”. 

Nusyuz: isteri yang ingkar dan durhaka kepada suami… Qiwamah dalam arti kata kepimpinan perlu kepada kepatuhan dan ketaatan. Tiada erti pada qiwamah jika tiada ketaatan. Dalam konteks keluarga suami yang diberi hak qiwamah mestilah mendapat ketaatan daripada seisi keluarga, terutama isteri. Jika isteri ingkar, di sinilah timbulnya isu nusyuz. Ketaatan kepada suami bukan atas dasar ketinggian darjat dan kedudukan suami berbanding isteri, tetapi atas dasar qiwamah.  

“Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.”

“Isteri-isterimu  adalah lading bagimu, maka datangilah ladangmu itu kapan saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah”.



...........................................................


Isteri mengatakan Thour pemalas tetapi dia telah mengubah sikapnya. Masih juga Tini dingin dan tiada kemesraan, itu cuma alasan dungu, terang Thour. Bercakap bila perlu saja dan kebanyakkan berlakun depan anak-anak. (Perlu diingat sebelum menasihati isteri, suami sepatutnya terlebih dahulu mengkoreksi dan melakukan muhasabah diri, mencari di mana kelemahan dan kesalahan diri. Inilah yang adil bagi isteri dan bijak bagi seorang yang diberikan qiwamah dan kelebihan oleh Allah).



Terserah, saya sayang anak-anak dan ingin bersamanya sentiasa. Anaklah segala-galanya.

Hubungan putus

Kalau Tini berdegil dan akan berpindah dan bertugas ke Perlis hubungan putus, tegas Thour. Demi berpisah dengan anak-anak Thour tidak izainkan. Tini mengura-urakan akan berpindah ke Perlis jika sebuah universiti di sana membuka kuliah bahasa Thurki. Berdekatan dengan ibunya yang juga bersikap sepertinya, barangkali. Terserah, saya sayang anak-anak dan ingin bersamanya sentiasa. Anaklah segala-galanya. Anak perempuan sulung 6 tahun sudah mengesan sikap ibu-bapanya yang tidak mesra.

Mampukan Thour meneruskan hidup berpura-pura demi anak-anak?. Antara kasih sayang anak-anak dan isterinya yang berpura-pura… (membencinya)? 


................................

BERITA TERKINI

Totally out of services, kalau ibarat computer, boleh bukak tingkap dan baling ke luar…
tidak boleh dipakai lagi all damages!, keluh Thour mengaku keretakkan r
umah-tangganya…

Apa pandangan anda?.