ads

Monday, February 18, 2013

Erasable You! Abg. Tan...


Mengimbas kenangan, Jab yang pernah tinggal bersama Abg. Tan sekitar 80an meriwayatkan pelbagai antedate dan anetdot!. Abg. Tan tinggi lampai, rambut di sisir kemas berminyak disebakkan ke belakang menampakkan dahi jendul dan berkilat. Berkanta mata besar dan kepalanya di tunduk rapat ketika membaca. Abg. Tan mempunyai sebuah restoran di Lucky Garden, Jerantut menpelawa adiknya apabila cuti sekolah membantu perniagaan di restorannya.

Jab melihat Abg. Tan berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa. Restorannya berdaya saing dan sentiasa beridea bagi memajukan perniagaannya. Dari masakan gulai lemak cili padi berserta ulam-ulaman hinggalah ke masakan kari Mamak. Siapa mengajarnya memasak?. Kedudukan restoren yang strategik menegelamkan pesaingnya. Semangat Mat Kilau menyelinap masuk dalam dirinya. Pantang mengalah sebelum mencuba sesuatu. Kebetulan juga keluarga ayahnya (seorang guru) mengalir darah Mat Kilau dan menetap pula di Kampung Mat Kilau… Berbual dengannya jarang terdengar unsur-unsur negatif dan berputus asa kata adiknya. Mungkin deruan semangat kekentalan Mat Kilau melawan penjajah meresap dalam tubuhnya. (Lihat: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2009/01/my-real-hero-pahlawan-mat-kilau.html)

Suatu kenangan semasa cuti panjang persekolahan masih kukuh diingatan Jab. Selain membantu kedai makanan abangnya, Jab pernah bekerja di kilang roti, pam station dan Pasar Besar Jerantut sebagai pembantu kedai Cina penjual sayur-mayur . Pengusaha kedai sayur datang berjumpa Ab. Tan menyerahkan gaji Jab dan berterima kasih kerana adiknya cekap bekerja dan jujur. Sedikit sebanyak Jab belajar bahasa Cina di waktu sengengnya. Suatu kenangan yang menjadi penyesalanya belaku ketika berurusniaga. Jab menggunakan plastik besar bekas mengisi daging babi untuk mengisi ubi keledek apabila di minta pembeli berbangsa Melayu. Sepatutnya Jab memberitahu Pengusaha Cina itu tentang kekilafan itu.

Separuh duit gaji itu digunakan untuk membeli kasut adidas yang diidamkan, tetapi akhirnya kasut itu hilang kerana dipinjam kawan.


Penyanyi nasyid tersohor Allahyarham Asmadi Hassan bertajuk Godaan Dunia.

Layari : https://www.youtube.com/watch?v=_z7vZARblXA&list=PL470A9C3713EB0A70

Di sebelah depan pasar itu terpacak canopy menjual cassatte dan cartridge. Setiap pagi berkumandang lagu-lagu dan menegelamkan 'kebekokkan' pasar besar. 

Lagu yang menjadi ingatanya nyanyian nasyid Asmadi Hassan bertajuk Godaan Dunia.
Hidup di dunia, hidup di dunia… berwaspada berwaspada… godaan mengoda…  godaan mengoda… semua manusia... sedarlah, awaslah teman semua….

Jab bersurah, dengan menaiki basikal kira-kira 5 kilometer ke bandar mereka menonton wayang bila malam minggu berlabuh. Kenangan yang tidak dapat dilupakan, mereka dikejar anjing hinggakan hilang selipar di kegelapan malam. Hero dan herion menjadi idola Jab, Rajesh Khanna dan Zeenet Aman. Fesyen rambut Rajesh Khanna menjadi ikutannya dan terkenal sebagai pendua pelakun tersohor itu. Filem qurbani, dostana dan rafo chakar masih dalam ingatannya. 


Rajesh Khanna


Fesyen rambut Rajesh Khanna menjadi ikutan Jab dan terkenal sebagai pendua pelakun tersohor itu.
 
Di rumah kedai setingkat itu tidak mempunyai bilik tidur. Hasil kreatif Abg. Tan telah mendirikan rumah papan dua bilik di bumbung bangunan itu bersetentang dengan kedainya. Di situlah Jab melelapkan mata manakala ada yang tidur di ruang kedai. Apabila menjelang pagi mereka kelam kabut mengalihkannya. Alah bisa tegas biasa. Abg. Tan bangun subuh bolong sekitar jam 4.30 pagi. Ini sangat mengundah-gulanakan Jab. Waktu tidurnya diragut sedemikian rupa. Waktu itu Jeb berumur 14 tahun.

Suatu kenangan yang lain, Abg. Tan datang ke kampung mencari rumah ibunya. Ini berlaku sekitar Jab berumur  8 tahun (emak Jab menceritakan bahawa dia mempunyai seorang abang dengan suami pertamanya dan tinggal di Jerantut). Jab melihat Abg. Tan, seorang yang hansom, tinggi, berkulit putih memakai kaca mata besar. Abg. Tan datang ke rumah ketika cuti sekolah Agamanya. (Sila lihat:http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/siti-najat.html). Suatu petang ketika mandi Jab melihatnya cukup berhati-hati menghulurkan tali diikat baldi mengambil air. Maklumlah orang bandar fikir Jab.

Abg. Tan diserang penyakit mata (Glaucoma), 2 tahun sebelumnya kematian isterinya. Penyakit matanya bertambah teruk sehinggakan menjadi buta. Peristiwa ini belaku setahun sebelum beliau bersara dari Jabatan Kerajaan. Alangkah getirnya hidup, dari boleh melihat menjadi kabur dan terus buta. Begitu beragam pengalaman hidupnya, dipisahkan dari ibunya sejak kecil, penyakit mata hingga menjadi buta dan kematian isteri. Ketentuan nasib tiada insan dapat mengubahnya walau jenuh berubat. Abg. Tan bersyukur kerana 5 anaknya sudah berkejaya. 2 oarang anak kembarnya, seorang telah berkahwin dengan saudagar outlet di Bandung dan seorang menjadi pakar takaful di Maybank dan sering mendapat 'token' ke luar negara. Anak perempuannya sudah berkahwin manakala yang lain tinggal di Kuala Lumpur. 


Setelah isterinya sekitar 46 tahun meninggal dunia tahun lepas kehidupannya berubah 360 darjah. Rumah teresnya yang terletak di Taman Mat Kilau kelihatan usang sekali. Abg. Tan sukar menguruskan dirinya tanpa isteri. Abg. Tan sungguh beruntung kerana jiran sebelah memahami keadaannya dan sering menghantar makanan. Abg. Tan tinggal bersama anak bungsu lelakinya yang sudah bekerja di jabatan kerajaan.

Jab bersurah, semasa kematian ibunya 5 tahun lepas. Sementara menanti untuk menyembahyang, Abg. Tan duduk berdoa di tepi tiang masjid. Kemudian dibimbing mendekati jenazah ibunya. Abg. Tan tersendu dan menitipkan doa tanpa kedengaran suara. Ibu telah tiada katanya dan memegang tangan Jab membekaskan wang bagi membiayai kenduri tahlil arwah. Kemudian beliau bergegas pulang ke Jerantut kerana anaknya ada urusan tugas dan tidak sempat melawat ke rumah adik-adiknya di KL.


Celek mata hati, reset minda: Fasa baru dalam kehidupannya, Abg. Tan menajak usia 56 tahun secara sukarela menyertai orang-orang senasib dengannya di Rumah Tunas Harapan (Orang Buta) di Temerloh. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk mendalami Islam, mengaji, belajar braille dan kraftangan. Ini bagi membantu golongan ini berdikari. Alhamdulillah, cahaya di dalam terowong mulai terpancar…. Abg. Tan meloloskan diri dari kebosanan melampau. Kini beliau mampu berdikari dan menjalani hidup seperti adanya. Alhamdulillah…

Melalui adik perempuannya, pecah berita, Abg. Tan ingin berkahwin… tolong carikan pasangan…



Erasable You - boleh dipadam oleh anda...