ads

Friday, March 22, 2013

Hue-hue life






 Kisah Chop hutan dara

'Kalau pergi ke Negeri Pahang
Lihat-lihat lori balak'

 - Senario di Negeri Pahang lewat 80an


Sekitar 80an, di Pekan Kuala Krau ada seorang 'budiman'. Berumur sekitar 40an. Berkulit sawo matang, berwawasan dan nak keluar dari kepompong lokal ke glokal. Berpakaian kemas, rambut disebakkan ke belakang menampakkan dahi berkilat walau terpantul cahaya dari kacamata rayban hitamnya. Setiap kali memulakan bual bicara tercermin daya intelektual dari peribadinya yang jujur serta lurus bendul. Bila berbual di Kedai Mamak Aji Kunyit, kakinya digerakkan hingga menghasilkan bunyi dari lapik sepatunya. Ini ketika sedang 'bekok' pasal pemohonan balak hutan dara yang hampir berjaya…

Chop, panggilan mesra, popular di pekan itu sering kelihatan dan pandai beretorik. Apabila bersembang di kedai kopi, Chop akan memberitahu secara jujur duduknya perkara. "Kawan sibuk ni, katanya dan sering memulakan bicara. Sekejap ke Mentakab, sekejap ke Temerloh dan sering ke Kuantan dan acapkali ke KL. "Urusan hutan dara tidak selesai, jabatan tanah di Jerantut, pegawainya cuti, plan tanah kena traces-out… macam-macam gebangnya apabila ada teman-teman nakal mencampuri urusannya. Plan tanah hutan dara sudah diserahkan kepada Menteri Besar, sedikit hari lagi luluslah… katanya, Kawan-kawanya tidak mempertikaikan kesohehan ceritanya. Benar belaka dan mereka mendoakan Chop berjaya menjadi jutawan 'segera'. Dan dapat membina banglo suatu hari nanti menandaingi banglo tiga tingkat setengah berdinding mozik dari Turki Sheikh Nordin Sheikh Ahmad (Datuk) di pinggir bukit di Kampung Batu Gading itu.



Resident Sheikh Nordin, mozik dari Turki dan
memgambil masa 10 tahun lebih untuk disiapkan.

Chop, menceritakan kepada teman-temannya ketika berjumpa Menteri Besar, "Awak boleh bercakap pelbagai masalah di komoditi tapi jangan cerita pasal balak bila berjumpa dengan saya". MB tidak mahu mendengar dan melayaninya, tapi kawan pandai swing, sambung Chop lagi… bila MB jumpa kawan segala urusan menjadi sede (mudah).

Ada teman-teman hendak mengenakan atau mempertikaikannya walau mereka mengetahui kejujuran Chop. Chop menerangkan kedudukan perkara dan mereka menjadi akur. Mereka terdiam lidah terjelir, apalagi Chop membelanja mereka minum. Ada sedikit masalah berkenaan hutan dara di kawasan Chrea dekat Kg. Datuk Sharif Ahmad. Kena pending dulu. Ramai memohon berlapis-lapis, terangnya. Ada selapis lagi permohonan hutan dara di Ulu Cheka dan dekat Felda Chomomoi, kawan tidak ralat, terangnya. Semua
orginal dokumen ada dalam envelop A3 ini. Sambil menepok envelop besar yang dikepitnya. 


Hail Amir, era 70an

Sesekali ternampak seperti Hail Amir dengan mengenakan seluar bill-bottom berkasut satu setengah inci mengitari pekan. Dan terkadang duduk di kerusi Kedai Gunting Rambut Mat Minyak Gas, melihat orang lalu lalang. Itulah Chop, mewarnai hue-hue Pekan Kuala Krau yang cool.


Pemandangan Pekan KK waktu senja. 
(Foto: Mahyuddin Yasin)

Arwah bapanya bertugas sebagai Tok Penghulu Kuala Krau. Hasil duit pencen dan tanah getah pusaka masih lunas. Chop yang masih membujang tidak risau tentang komitmen hidupnya. Menginap di rumah besar pusaka di Kampung Masjid cukup segala makan pakai. Begitulah berterusan life stylenya memakan tahun hingga beliau meninggal dunia.

Chop Balak dikhabarkan masih tidak berjaya dengan usaha untuk mendapatkan tanah balak hutan dara… Cita-cita besar golongan marhean tidak kesampaian. Akhir kata dan pendek kata kerana Chop mengikut prosedur biasa.  Inilah halangan dan punca yang dikenal pasti... 


Al Fatihah buat Chop@Yusuf. Amin.

* Kisah Sh. Nordin akan menyusul nanti. Tunggu...


........................................


Former Judge juling

Sekitar jam 7 petang, acap kali kelihatan susuk tiga suku abad ini berjalan membawa sebatang tongkat kayu mengelilingi taman perumahan. Tongkat dipegang sesekali disentuh ke tanah. Masih berkudrat mungkin sering berexercise. Berpakaian sukan kemas lengkap, lagaknya aristocrat tanpa 'mengembalakan' orang lalu lalang. Kerana sering melintas di sekitar taman ada cuba menyapa. Dia membalas sapaan dengan hanya secebis senyuman sumbing. Kerana sering kelihatan berexercise bersendirian tanpa mengindahkan orang lalu lalang, menimbulkan persoalan? Siapa?

Setelah disiasat, susuk ini adalah seorang Bekas Hakim Besar: Former Judge (FJ). FJ akan melintasi taman waktu maghrib. Manakala orang bersiap-sediia ke surau atau bersembahyang di rumah, FJ bersendirian berexercise . FJ berterusan berjalan hingga waktu maghrib menyunsung lalu. Seolah-olah tiada apa yang menjentik sanubarinya.

FJ bersikap tidak menyantuni, sedangkan usia semakin lanjut… Barangkali, FJ telah diasuh oleh carrernya tidak mencampuri orang awam atau bermasyarakat. Takut 'bias'  menjatuhkan hukuman barangkali…


........................................

Bekas hakim bunuh diri

Teringat kisah trajis, seorang bekas hakim membunuh diri beberapa deked lalu. Disurahkan beliau membunuh diri kerana kesunyian melampau. Isteri yang sangat dikasihi meninggal dunia akibat barah. Bekas Hakim Besar: Former Judge (FJ) ini menembak diri sedas di kepala di rumah besar di pingggir bukit di utara tanah air. Ini menjadi berita taboo...

Persoalannya, FL ini tinggal terasing dari lingkungan sosial. Tidak mencampuri masyarakat dan memandang diri mempunyai kedudukkan tinggi. Sudah memakan tahun memenggirkan diri dan kekok mencampuri masyakat. Dan lingkaran kerjayannya juga tidak mengalakkan mencampuri masyarakat dikuatari sesuatu kes mahkamah bias. Darjat yang diciptanya memakan diri seperti anai-anai memamah tiang rumah.


Disurahkan FJ menulis puisi sebagai tanda sangat menyaintai isterinya dan diterbitkan dalam akhbar sehingga kematiannya. Daripada sumber-sumber, FJ berkata bahawa pada setiap ulangtahun kematiannya, FJ ini telah mengambil iklan halaman penuh, dan berdedikasi cintanya kepada isteri dalam puisi ditulis dalam bahasa Latin, bersama-sama dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

Sejak kematiannya isterinya, FJ ini sangat tertekan. Memandang sekeliling sebagai tembok besi yang semakin merapatinya. Ujian besar ini tidak sanggup dihadapinya berbanding tugas besar yang dipikulnya ketika mengendalikan kes-kes profile tinggi. Ujian Illahi tidak dipandangnya sebagai dugaan hidup yang patut ditempuhinya dan memandangnya sebagai 'pencerahan' dan akhirnya mati di hujung pistol miliknya. Tinggallah legasi seorang bekas Hakim Kanan negara menembak diri akibat kematian isteri…



* FJ adalah salah satu 5 hakim kanan yang telah digantung dalam krisis kehakiman 1988, krisis yang dieja sebagai tanda buruk kematian kebebasan kehakiman Malaysia.


Friday, March 1, 2013

A okay - Hj. Baks…

Kita mesti telanjang,
dan benar-benar bersih,
suci lahir dan batin,
tengoklah ke dalam sebelum bicara,
singkirkan debu yang masih melekang… ooo…. ooo...

Anugerah dan bencana,
adalah kehendakNya,
kita mesti tabah menjalani…


Ebiet G. Ade



Bermukadimah tentang sahabat, ana masih tercari-cari phasa 'sempurna' mengambarkan berterus-terangan…

Ana mengenalinya Hj. Baks sekitar 23 tahun. Bila ketemunya, seakan tidak percaya. Kulit putihnya semakin malap dan berkedut. Hj. Baks berusia 50an tewas dikekang atmosphere. Ana mengagak Hj. Baks bersikap khilaf tentang permakanan dan menjaga kesihatan lagi.

Berpakaian ala Tabligh. Berkopiah hijau tua lusuh di baluti janggut kambingnya.

Hj. Baks meninggalkan bidang copy writing/translation di akhbar hampir 15 tahun dan kini sebagai free-lancer bebas.

Bekas penuntut UITM dalam Mass Comm. Seorang yang sedarhana dan berprinsip. Pernah satu masa, ketika sedang marah dan diremehkan lalu beliau beredar. Ketika kembali dan diberitahu, ke bilik air mengambil wuduk meredakan panas barannya. Itulah cara Hj. Baks memperbaiki fi’il dan merawat perasaannya.

Tahun 1990, Hj. Baks mempelawa aku/ana menyertai jemaahnya dan bermalam di masjid bulat PJ. Hj. Baks mengajar kami membaca Al Fatihah. Beliau menasihatkan kalau berkesempatan pergi ke Mekah belajar dengan sheikh Arab membaca al fatihah dengan sebutan yang betul. Ini kenangan dan meninggalkan bekas yang panjang, seperti gajah meninggalkan gading…

Hj. Baks pernah ke Pakistan dan India beberapa kali mengikut jemaah Tabligh dan menjelajah Malaysia. Tentang belanja, jangan risau…


Jamaah Tabligh merupakan pergerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.
 




Apa itu Tabligh? 

(layari: http://en.wikipedia.org/wiki/Tablighi_Jamaat)
 
Jamaah Tabligh “Kelompok Penyampai” adalah gerakan misionaris Islam dengan tujuan kembali ke ajaran Islam yang kaffah. Aktivitas mereka tidak hanya terbatas pada satu golongan Islam saja. Tujuan utama dari gerakan ini adalah membangkitkan jiwa spiritual dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jamaah Tabligh merupakan pergerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.


•    Dakwah: Artinya: Mengajak
•    Tabligh: Artinya: Menyampaikan


Maksudnya:
▪ Memperbaiki diri, iaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah.
▪ Menghidupkan agama pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka.


Zikir Qalbi iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan hati.

Hj. Baks juga seorang mengamalkan Tarikat Nasbandiah

(http://id.wikipedia.org/wiki/Tarekat Naqsyabandiyah)
(http://www.angelfire.com/journal/suluk/index.html)


Tariqat Naqsyabandiyah merupakan salah satu (tarekat atau jalan-jalan /panduan-panduan yang sempurna menuju penemuan khalik dan haq).

Tarekat yang mengajar berpandukan kepada pemahaman hakikat dan tasauf yang mengandungi unsur unsur pemahaman rohani yang sulit,seperti bab rasa atau "zok". Di dalam pemahaman yang meng"isbat"kan zat ketuhanan dan "isbat" akan sifat "maanawiyah" yang maktub didalam "roh" anak anak adam mahupun pengakuan didalam "fanabillah" mahupun berkekalan dlam "bakabillah" yang melibatkan zikir zikir hati (hudurun kalbu).

Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus untuk menuju Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah dan merupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dan diwahyukan kepada sekelian Nabi dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan yang paling khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup Sekelian Nabi dan Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam.
 
Apabila digambungkan kedua jalan menujuNya, lahirlah seorang hamba yang zuhud. Sebenar-benar yakin tentang janji Allah!. Kerjakan apa yang diarahkanNya mengikut sunah dan Al Quran dan tingalkan apa yang dilarang, nasihat Hj. Baks.


Hj. Baks koma

Begitu Hj. Baks terlantar koma lebih dari seminggu di hospital Seremban, jemaah dari surau kami datang melawatnya. Jemaah diminta membacakan Surah Yassin dan mendoakan kesihatannya. Ini kerana jemaah surau mengenali beliau dan pernah menetap di teman kami.  

  Semasa sedang nazak, heard beat monetering memaparkan bentuk perkataan Allah, 
selepas itu meninggal dunia.
 Gambar Hiasan

Tangannya hanya bergerak-gerak dan melambai jemaah ketika hendak pulang. Ini menjadi keheranan sedangkan beliau masih koma?, antara sedar dan bawah sedar mungkin mendengar dan beberapa maklumat penting masuk ke otaknya dan dapat diproses. Jari telunjuknya sentiasa bergerak dan menandakan sedang berzikir kalbi atau zikir hati. (Ini menginggatkan kepada seorang Jemaah Tabligh. Semasa sedang nazak, heard beat monetering memaparkan bentuk perkataan Allah, selepas itu meninggal dunia. Dan di poket seluarnya sebatang kayu sugi peningalannya).


Disurahkan, Hj. Baks diserang ulser secara tiba-tiba dan pengsan. (Ulser peptik luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus, merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh kebanyakan orang berpunca kebanyakan ulser di perut dan bahagian atas usus kecil (duodenum) adalah jangkitan kuman atau ubat-ubatan dan bukannya stres atau diet. Ulser esofageal juga boleh terjadi dan lazimnya dikaitkan dengan refluks asid perut. Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD).

Hj. Baks juga di dapati berpenyakit anemia. Kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam darah, mengakibatkan di pucat dan keletihan. Ini benar-benar memeranjatkan keluarga dan teman-teman.

Di samping ulser, anemia Hj. Baks diserang darah tinggi. Darah tinggi atau Hipertensi setinggi 200 sedangan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.

Alhamdulillah, dikurniakan kesempetan kepada sahabat. Lebih 2 minggu di hospital, Hj. Baks dibenarkan pulang. Ketika lewat hp, dekahan khas Hj. Baks kedengaran dan ana tidak gusar lagi…

Nota:
Zikir terbahagi kepada 2:
1.Zikir Qalbi iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan hati.
2.Zikir Lisani iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan lidah.




Sentiasa mengingati mati

“Tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (S. Ali-Imraan:
185).
 
Yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (S. Ali-Imraan: 133).

•        Kajian daripada para saintis menunjukkan bahawa mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama.
    •    Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya
    •    Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain.
    •    Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya.
    •    Ringkasnya saintis telah meolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita. Baca laporannya di sini.
    •    Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari. Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati. Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu saat masuk ke kubur.
    •    Semua persoalan tersebut boleh kita cuba rungkaikan dengan melihat hadith-hadith di bawah:
    ◦    Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.
    ▪    ”اكثروا ذكر هادم اللذات”
    ▪    Ertinya, “Perbanyakkan ingat  terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”.
    ▪    Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات) Jawab Baaginda; iaitu mati.
    ◦    Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya;
    ▪    “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal?.
    ▪    Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang  sempurna akalnya?.
    ▪    Jawab Baginda:“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya”.
    ◦    Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya;
    ▪    sabda Nabi s.a.w.“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.
    ▪    Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal”.
    ◦    Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya,
    ▪    sabda Nabi s.a.w.“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.
    ▪    Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.
    ◦    Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
    ▪    “كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.
    ▪    Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.
    ◦    (Bahan bacaan Kitab al-Tazkirah, karangan al-Qurtubi)