ads

Tuesday, August 27, 2013

Kenangan berhari raya...

 




 Dari 71.09kg - 69.6kg kira ok selepas raya.... ada orang tu bertekad nak ge Gym... doakanlah berjaya...


Meraikan tetamu...


SYAWAL tiba lagi. Hampir suku abad, setiap menjelma Syawal, saya dan keluarga akan pulang beraya di kampung isteri di Temerloh. Dan melawat ke rumah ibu tiri di Kuantan seterusnya melawat emak saudara di kampung begitu juga abang sulung di Jerantut. Perjalanan satu arah ke Pantai Timur memudahkan berbanding kenalan yang terpaksa beraya di Sabah kemudian ke Penang dan seterusnya ke Kelantan. Ini kerana kenalan ini mempunyai 3 orang isteri…

Malam sebelum raya kami berkumpul adik-beradik di rumah adik perempuan di Klang. Kami berpakat mengadakan majlis bersama-sama dan saya sekeluarga cukup teruja kerana tidak pernah menyambut Edul Fitri di Kuala Lumpur. "Mentang-mentanglah awak masih ada Pak Mentua…" kata mereka terkilan. Sedangkan mereka dikatageorikan anak yatim piatu. Kali ini saya me'nyah'kan perasaan nak balik kampung dan merasai pengalaman baru. Sesekali isteri membebal… 'Abah nak membakar lemang, takut tiada orang nak menolong…, menantunya yang tinggal di Penang lambat tiba…".


Sebahagian hadiah 'lucky-drow'.

 

Haikal menceritakan semasa di China.
 


Sab memenangi Grand Prize.

 

Aneka makanan pemecah selera.

Di Klang, perancangan diatur rapi.  Rumah corner-lot sudah kerusi melimpah hingga ke birai pagar. Masing-masing kami adik-beradik seramai 7 keluarga membawa 'pok lak'. Makanan ala buffet tersedia di meja besar. Selesai berbuka puasa dan solat maghrib kami memulakan agenda. Saya dilantik sebagai MC terus mengucapkan kesyukuran kerana keukwahkan adik-beradik seramai 7 keluarga. Majlis diselang-selikan dengan persembahan anak-anak bagi mengalakkan mereka 'berani' di depan khlayak dan lucky-drow @ ex-change gift. Peruntukan RM50 setiap seorang untuk membeli hadiah seadanya. Ini pada peringkat permulaan. Tahun depan lebih 'grand' lagi. Majlis usai sekitar 12 malam dan tiba di rumah sekitar 2 pagi. Perjumpaan Edul Fitri mendapat reaksi positif. Dan sebulat suara mencadangkan majlis lebih besar harus diadakan di tahun mendatang…

Tahun ini, sempena menyambut Edul Fitri di Kuala Lumpur. Saya bercadang untuk bersembahyang raya di Masjid Negara tetapi terlewat bangun kerana teramat penat. Rancangan musnah habis… Kami berniat untuk bertemu (orang kampung) di Mesjid Negara iaitu PM kita…

Pukul 8.25, saya sudah berada di surau bersama jemaah menunaikan sembahyang raya. Duduk dan bertakbir sambil memanjat kesukuran kehadrat Illahi, dipanjangkan umur dan segala limpah kurniaNya. Mungkin menajak usia setengah abad beraneka fikiran menjelma ketika itu. Syahdu mengenangkan untung-nasib. Ibu dan ayah sudah lama pergi meninggalkan kami. Perasaan berbelah bagi, sukar nak diterjemahkan terasa juga asing bersembayang raya jauh dari kampung halaman. Sepatutnya saya sudah membiasakan diri. Mungkin raya kali ini mengajar diri.

Khutubah mengajak umat Islam merenung dan mengambil ikhtibar dari pergolakkan umat Islam di Mesir. Seterusnya memikirkan keadaan ummat Islam masa kini akibat kelemahan sendiri dan tidak bermaufakat.

Usai sembahyang raya, kebetulan surau juga mengadakan sedikit jamuan 'pok lak'. Di kesempatan ini saya beramah-mesra dengan jiran-jiran yang rata-rata sebaya. Mana pergi genarasi tua?.

Di rumah, saya juga menjemput adik-beradik datang bertandang. Ini merupakan kemuncak kemeriahan… Masing-masing cukup ceria dengan baju baru berwarna-warni. Saya sekeluarga menggunakan tema warna ungu. Majlis usai sekitar jam 5 petang.



Villa Hotel di Segamat.


Masih terngiang-ngiang di telinga aluan kompang yang dipalu serta pertunjukan bunga api yang menerangi Felda Madoi. Kebetulan rumah pengantin di atas bukit…..

 Ke Felda Madoi, Segamat


Tol Sungai Besi, pekena Tea dulu...

Ahad sekitar jam 9.30 pagi, saya sekeluarga sudah berada di Tol Sungai Besi, menegok tea di kiost sambil menunggu adik sekeluarga untuk pergi bersama-sama ke Segamat. Kami berkonvoi ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kami, Pian. Kami disediakan penginapan di Villa Hotel Segamat dan Homestay. 4 keluarga menginap di Villa Hotel manaka  2 keluarga di Homestay. Masih terngiang-ngiang di telinga aluan kompang yang dipalu serta pertunjukan bunga api yang menerangi Felda Madoi. Kebetulan rumah pengantin di atas bukit….. maka cahaya terang-benderang menerangi seluruh benua Felda Madoi… Lalu orang bertanya… api apakah yang menerangi Felda Madoi? Pasangan manakah yang berkahwin itu …?. Gegak-gempitanya sungguh dahsyat….? ….Itulah penangan adik lelaki kami yang pendiam ini yang berminat dengan Motor Vespa ini…


Pekena Ikan Bakar di salut petai di Peramu. Rupanya resepi ini sangat popular hinggakan sekitar jam 11 malam masih lagi orang mencari tempat parking… Inilah penangan resepi petai…. Ada orang berpesan menyuruh menjamu selera di sebuah restoren yang membakar Ikan Patin bertempoyak bersalut daun pisang. 
 

Beraya di Peramu

"BALIK kampung...oh oh oh balik kampung...oh oh oh balik kampung, hati girang."  Hari Raya ke 6 barulah kami pulang berhari-raya di kampung. Kami melalui Jalan Segamat melencung terus ke Jalan Muazam Shah.  Jalanraya agak lengang kelihatan penjaja menjual buah durian… Murah… Murah… Kami terus saja ke Kuantan dan menginap di Hotel M.S. Garden Hotel. Bagusnya hotel ini ditenggah-tengah bandar maka mudahlah kami hilir mudik. Di sebelah malamnya, pekena Ikan Bakar di salut petai di Peramu.  Rupanya resepi ini sangat popular hinggakan sekitar jam 11 malam masih lagi orang mencari tempat parking… Inilah penangan resepi petai…. Ada orang berpesan menyuruh menjamu selera di sebuah restoren yang membakar Ikan Patin bertempoyak bersalut daun pisang. Khabarnya mendapat sambutan hangat, mungkin di lain ketikanya.

Besok paginya barulah kami melawat  Mak Tiri di Peramu. Beliau telah berpindah ke rumah yang baru dibeli oleh anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur.



Kampung tempat saya di besarkan kelihatan sunyi. Sesekali kedengaran mercun dan kereta membelah laluan dekat padang sekolah.



Kenangan berhari raya bersama Mak Tih Yah tahun 2010.

Beraya di Kampung Benom rumah Mak Saudara

Hampir tengah hari kami memulakan perjalanan pulang dan terus saja melawat Mak Saudara di Kampung Benom. Beliau tinggal bersama anak angkatnya ketika raya saja. Selepas raya beliau akan 'memondok' semula di Buntut Pulau bersama kenalannya seusia manakala anaknya menginap di hostel. 'Seronok tinggal di sana', katanya. Dapat mengulang-kali semula fardu ain dan membaca Al Quran bersama ustaz yang peramah dan berpengalaman. Di samping itu Mak Saudara meneruskan bidang bisnesnya iaitu berniaga kain Telekong, jubah dan sebagainya. Kain berkenaan di datangkan dari Bandung oleh anak angkatnya di Kuala Lumpur.

Kampung tempat saya di besarkan kelihatan sunyi. Sesekali kedengaran mercun dan kereta membelah laluan berdekatan padang sekolah. Sekolah kebangsaan semakin banyak bangunannya seakan membayangkan pelajarnya ramai... Rumah Mak Saudara akan ditinggalkan tanpa berpenghuni. 'Kera sudah pandai membuka periok nasi', kata Mak Saudara bagi menceritakan perihal kesunyian dan kelaparan kera di hutan akibat tanah sudah diterokai..

 Berhutang budi kepada mu, Pak Saudara...

Beraya di Kampung Carok Mat Tahir
di rumah Pak Saudara
 

Seterusnya melawat Pak Saudara di rumah yang sudah diextant. Beliau kelihatan bertenaga walau dimakan usia. Penyakit lelahnya kian mencemburui menyebabkan beliau menghadkan pergerakkan dan perjalaan jauh. Rumahnya agak tersuruk di celak kampung...


Banglow Sh. Nordin, tersegam dicemburui oleh pokok durian dan rambutan. Masing-masing bersaing menunjukkan muncungnya.

Beraya di Batu Gading

Selepas melawat Mak Saudara, kami bergerak pula ke Kampung Batu Gading untuk melawat sepupu dan saudara mara yang tersisa. Kebetulan Sh Ali sekeluarga balik ke rumah pesakanya.

Batu Gading kelihatan cukup sunyi dan yang tersisa tiga atau empat buah rumah saja. Banglo Sheikh Nordin tersegam dicemburui oleh pokok durian dan rambutan. Masing-masing bersaing menunjukkan muncungnya.


 

Melalui jambatan merentasi Sungai Pahang, di hadapan sebelah kiri dan kanan kehujauan.


Menziarahi teman lama di Gunung Senyum

Selepas menikmati ketupat dan lemang, kami meneruskan perjalanan ke rumaah Zaaba. Perjalanan melalui jambatan baru dari Kampung Masjid melintasi Sungai Pahang cukup mengasyikkan. Sungainya Pahang mengalir lesu dan menceritakan seribu peristiwa semasa saya kecil. Hutan di kiri dan kanan cukup mengasyikkan.


Zaaba, pendiam masih bermain bola 'veteren' kelihatan kurus mungkin didera oleh minat sukannya.


Di rumah Zaaba kami dihidangkan ketupat palas dan segala kueh mueh. Berjumpa kawan lama yang tinggal di lereng bukit terjemah kenangan semasa bersekolah. Zaaba, seorang pendiam masih bermain bola 'veteren' kelihatan kurus mungkin didera oleh minat sukannya. Maka terlerailah episod semasa sekolah bersama Mustafa Sintol. Jamaludin Sarip. Azmi dan Ruslan Alkasah… Perjumpaan bersama keluarga seakan 'mengunci' perbualan silam kami, mungkin di masa lain terlerai semula episod ceritara silam ini…




 

 
 
 
 
 
 Pelbagai cara menarik perhatian Juri, Burung kakak Tua juga jadi taruhan...

Beraya di Pejabat
 

Ahad 11 Ogos balik Ke KL. Saya bersiap sedia pada hari Isnin lagi di pejabat kerana pertandingan 'deco' di jabatan. Deco department terbaik akan dihadiahkan RM1500. Dipendekkan cerita department kami memenangi RM500 saja kerana kesuntukkan masa. Lepaslah untuk jamuan yang akan diadakan pada November ini dicampurkan collection sekitar RM1000. Saya sudah mencadangkan setiap seorang di beri 'door-gift' merupakan t'shirt 'TEAMWORK IS OUR GAME'. Dan makan tengah hari ditukarkan kepada makan sebelah petang bagi mengurangkan budget.


  
Sh. Nick dan pasangan pekena bubur pulut durian.


Kambing panggang pemecah 'selero'..

Beraya di rumah John dan meraikan Pengantin...

Shawal 25, Jemputan ke rumah John dan telah diuar-uarkan melalui WhatApp, Jemputan Raya dan meraikan Pengantin. Kami juga membawa 'Pot-Lak'.

Kerana teruja saya telah pergi ke Pasar Selayang dan membeli sebiji nangka madu seberat 11 kilogram. Dan membeli lima biji durian dan pulut untuk di buat Pulut Durian. Masing-masing antara kami menyediakan serba adanya juadah. Sab membeli jam dinding dan diubah suai dengan gambar pengantin menaiki vespa semasa di Segamat. Pengantin cukup teruja!.

Tuan rumah telah menyediakan masakan kambing bakar dan pelbagai juadah 'Pembuka Selera'. Aturcara telah dirancang rapi oleh adik bongsu. Kenangan berhari raya adik-beradik di rumah John cukup memberi kenangan manis… Sempena perhimpunan ini kami sebulat suara telah mengistyiarkan AA foundation.

Jamuan MatLeong47

Seterusnya pada 7 September ini, melalui WhatApp, Dr. Mahayuddin menjemput ke Jamuan Hari Raya dan Doa Selamat sempena anak keduanya akan menyambung pelajaran. Semua rodong-rodong dijemput hadir, melalui Chatsnya… Sebelumnya Cyma Hani menjemput ke rumahnya di Klang sempena Hari Raya tetapi saya tidak dapat menghadirinya.

Dan selepas itu pula mendapat khabar gembira dan terkejut… Rodong lama Ismail Yusuf yang tinggal di Sungai Long sudah mendapat 'Datok'. Cucu lelaki...

Antara anetdot 'Datok'

- Semoga dia membesar menjadi anak soleh penyejuk mata dan hati ibubapa dan atuk neneknya ---- aaminn Cyma Hani.

- Anak koi kecik lg pastu bayang calunnya koi xnmpak jalan punnn... koi tahu sape patut menang dln oooo sum tu, wan zaimah leeee pullokk - Jamie

Ha ha ha ko org ooo sum. Koi tgk sapa dulu. Skrg calon2 dh x de bayang lg dh... Mail

Selepas ini giliran siapa pula?


Inilah antara agenda-agenda selepas Edul Fitri tahun 2013. Sekian...

Antara agenda semasa Bulan Ramadan


Pelbagai masaalah Orang Asli...

 

Berbuka Puasa bersama Orang Asli di Kampung Parit, Bentung tajaan Pelajar Luar Negara oleh Pengerusinya.


Ramadhan tahun ini istimewa, surau dikunjungi Iman dari Mekah dan berkesempatan belajar membaca Al Fatihah.
.......................................................


Al Fatihah untuk Sahabat yang pergi di bulan Ramadan buat selama-lamanya.

Ayat-ayat terakhir arwah, Dr. Marzuki...



Dr Marzuki Ibrahim
February 27 via iOS

BRO: Pagi hening, jauh di sana awan di sulam sinar mentari, Fajar punya Tuhan sudah hilang, tirai rezeki akan mula ditebarkan. Sebatang tiang neon samakin menghilang, sedang malam dialah halaman mataku mencari jalan pulang, pagi ini pintu dhuka dibuka maka aku menadah pada Rabb: “Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.”

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah dan jika ada di bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika sedikit banyakkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha,, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh" - lokasi Sungai Lalang Sungai Petani 7.45 pagi. Daerah yang masih indah, masih ada kabus di puncak gunung Jerai yang kisahnya Islam mula bertapak di sana.......dari FBnya.

...............................

Agenda 31 Ogos 2013 




Selepas Raya, Sambutan 31 Ogos pula....