ads

Tuesday, September 24, 2013

LIFE IS LIKE A CUP OF COFFIE





Life Simply,
Speak kindly,
Care deeply,
Love generously.



Suatu hari yang nyaman barangkali sekitar Universitii Yale, USA, Prof  telah mengadakan satu majlis alumni. Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya dan berkejaya bereunion, melepas rindu bertukar pandangan dan melawat profesor universiti tersohor itu.

Dipendekkan cerita Prof telah merancang sesuatu yang insianiah. Sementara menunggu bekas pelajarnya sampai, prof telah menyiapkan berjug besar kopi pekat. Kopi dapat memanaskan badan dalam cuaca yang mengigit, fikirnya.

Begitu sampai bekas pelajar, ruang tamu di apartment 3 biliknya sudah agak sesak. Masing-masing sibuk bercerita tentang kerjaya dalam pertemuan itu.

Perbualan semakin menyonsang dan bertukar menjadi aduan tekanan dalam kerja dan kehidupan.

Menawarkan kopi kepada bekas pelajarnya, profesor ke dapur keluar masuk dengan jug besar kopi. Pelbagai jenis cawan - porselin, plastik, kaca, kristal, copper dan pelbagai lagi, ada yang mahal ada yang indah, ada yang murah dan ada yang usang.


Prof tetap prof, daya fikir dan daya uji tetap berjalan walaupun pelajar itu bukan di bawah kendaliannya lagi. Selamba Prof menuangkan air kopi ke semua cawan baru atau lama dan cawan usang.

"Prof sudah gila…", jerkah pelajar dan ada yang nampak tidak seronok dengan tindakan Prof itu. Kerenah pelajarnya jelas dan sudah menampakkan ke tidak intelektualnya. Suasan menjadi hingar binggar dan Prof melihatnya dari arah tersembunyi.

Kebanyakkan pelajar memilih cawan yang cantik sedangkan semuanya bersih dan berisi air kopi yang sama. Dan Prof telah membuat penilian yang menyonsang.

Apabila semua pelajar mempunyai secawan kopi di tangan, profesor itu berkata: "Jika anda perasan, semua cawan mahal telah di cari dan diambil, meninggalkan cawan  biasa dan murah".

Walaupun ia adalah normal bagi anda kerana mahukan hanya yang terbaik untuk diri sendiri, yang merupakan punca masalah dan tekanan. Yakinlah bahawa cawan itu sendiri menambah tidak berkualiti kepada kopi. Dalam kebanyakan kes ia adalah hanya lebih mahal dan dalam beberapa kes walaupun menyembunyikan apa yang kita minum.

"Kita mahu adalah kopi, bukan cawan itu, tetapi anda pergi untuk cawan yang terbaik, dan kemudian anda mula mengintai cawan masing-masing untuk melihat siapa yang mempunyai salah satu yang terbaik".


Sekarang fikirkan perkara ini, "Hidup adalah seperti secawan kopi", dan kehidupan adalah kopi, pekerjaan, wang dan kedudukan dalam masyarakat adalah cawan. Mereka hanya alat untuk memegang dan mengandungi kehidupan. Jenis cawan kita tidak menentukan dan tidak mengubah kualiti hidup kita. Itu hanyalah kosmetic penghidupan. Orang memilih kecantikan luaran berbanding dalamannya. Ramai terlupa dan terpedaya dek kecantikan luaran, Prof membuat kesimpulan

"Kadang-kadang, dengan menumpukan hanya kepada kecantikan cawan, kita gagal untuk menikmati kopi sebenar. Nikmatilah real kopi bukan cawan yang cantik. Orang-orang yang paling gembira tidak mempunyai yang terbaik daripada segala-galanya".



"Mereka hanya membuat yang terbaik daripada segala-galanya. Live Simply, Speak kindly, Care deeply, Love generously.


Hidup adalah seperti secawan kopi adalah cerita bermotivasi. Seseorang pernah memberitahu bahawa mereka cuba dan mengingatkan diri dari mesej itu. Setiap kali mereka memimum cawan kopi setiap hari mereka boleh memotavasikan diri berulang kali untuk hidup yang aman dan makmur.


Saya tinggalkan anda dengan quote dari William Wallace "Setiap manusia mati. Tidak setiap orang benar-benar hidup ". ”Every man dies. Not every man really lives”.
.........................

Tazkirah: Prof Dr. Yusoff Mohamad, UIA.

Nota: Hidup adalah seperti secawan kopi adalah kisah yang indah yang di dalamnya mempunyai pelajaran yang menakjubkan tentang kehidupan. Hidup adalah seperti secawan kopi adalah kisah yang telah ditonton di You Tube hampir 3 juta kali.


Saturday, September 21, 2013

MANA MAK..... ?


Kisah pahit maung sepasang marhean menyara 5 orang anak membekas dihati. Keresahan seorang ayah dan kegelisahan seorang ibu bercanda dalam satu ruang besar. Proses hitam dan putih akhirnya menemui titik noktah... Anak-anak semakin menerabas dan melupai jasa pengorbanan ibu bapa. Sehinggakah satu ketika hajat si ibu untuk menaiki kereta besar anaknya ... Toyota Alphard 350 VVTi, berharga RM 405,000... barangkali? tidak kesampaian apabila si ibu meninggal dunia.

Anaknya tidak pernah mempelawa ibunya menaiki keretanya. Hati Si Ayah hancur teringat hajat Si Mak untuk menikmati pengalaman menaiki kereta anaknya tidak kesampaian. Seperti kudis yang digaruk setiap kali bernanah dan berdarah.





MANA MAK..... ?


Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.

Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


20 tahun kemudian

Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik.

Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta teh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.


Mengusap kepala

Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah.
Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.

Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Mak makan kueh koci

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu.

Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.

Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.

Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.

Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.


Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.



Mereka ada kehidupan masing-masing

Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidaka ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.

Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Ditepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" 

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.


Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.


Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita yang tidak diedit dan diubah-suai. Sebuah cerita yang menepuk hati dan bergelut dengan pertanyaan-pertanyaan, bak anjing diberi tulang besar untuk dikerjakan berhari-hari lamanya...



Dari WhatsApp kiriman Jamie '79.