Kisah seorang jutawan yang sakit tenat menunggu panggilan ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya.
Beliau berpesan kepadanya, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tiada lagi, ada permintaan kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak dan lusuh, ayah ingin pakai stokin kesayangan kerana banyak kenangan bersama stokin itu, minta stokin itu dipakaikan bila ayah hendak dikafankan nanti.". Pesan ayah berkali-kali hingga mampan telinga anak-anaknya.
Jutawan itu pun meninggal dunia, seperti disurahkan. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi Tuan Imam menolaknya, "Maaf, secara syariat hanya dua lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."
Terjadi perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kejadian ini menjadi 'viral' dan bualan hangat. Kerana tiada titik noktah, dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. 'Jangan lengah, jangan berbalah nanti terbelah'. Beliau berkata, "Sebelum wafat, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama".
Diriwayatkan, dibukalah surat wasiat jutawan itu buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.
Suratnya bertulis,
"Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah menimbun, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya. Ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak itu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia.
Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah.