ads

Thursday, January 2, 2014

Unapologetic… Tini

Siri 2 dan Final.

Siri 1: Thour: Isteri tidak menyayangi ku lagi... 
keluaran Friday, November 2, 2012


Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah, yang maha menyatu, maha mengasihani terhadap hambaNya. Malam yang hening ini telah menyatukan kembali kasih sayang kami dan cinta kami berdua serta anak-anak kembali ceria. Krisis dah kemelut rumah tangga kami sudah berlalu dan tamatlah sudah episod duka ini buat selama-lamanya dan berharap kekal hingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabil a la min…
 SMS Thour kepada keluarga terdekat.
...............................

Sering tak terduga: kebeningan menkehendaki pemberantakkan. Meskipun pada awalnya hubungan suami isteri ini nampak ok selepas melahirkan 3 anak. (Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2012/11/thour-isteri-tidak-menyayanyi-ku-lagi.html)

Pertemuan petama dengan Annie di stesen keretapi pada di hari raya haji ketika pulang ke KL tahun 1999 membawa musibah selama 1 tahun 11 bulan. Hubungan renggang hingga 2005 apabila Thour berkahwin. Tetapi on off, sekadar bertanya khabar. Ini menimbulkan gejolak dalam rumah-tangga Thor umpama Burung Cenderawasih jantan mencari pasangan ronggi-ponggi… 


Jika Burung Betina tidak terpesona dengan gerak geri persembahan Burung Jantan,
burung itu akan terbang jauh meninggalkan Burung Jantan terpinga-pinga...
Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2012/11/thour-isteri-tidak-menyayanyi-ku-lagi.html

......................................

"Isteri Thour membaca SMS dari Anne, janda beranak satu bekas kekasih Thour di IPhone tanpa diketahuinya. Ini menimbulkan gawat berterusan... Situasi unknown melingikari rumah-tangga di tingkat 1, apartment di Cheras itu. Tidak bertegur-sapa, berpura-pura depan si anak, pengasingan di bilik tidur, tiada kemesraan dan hinggalah kes isteri nusyuz. Tidak bersenggama dan tidak… tidak… Anak-anak masih belum memahami riak tubuh ibubapanya".




Fenomena unknown
1 tahun 11 bulan tidak bersengama
Bertopengkan anak-anak hubungan nampak erat..

Thour mencari-cari sebab musabab tetapi unknown. Isteri Thour membisu tidak menerangkan duduknya perkara. Sejak bertugas dan kembali ke KL perubahan total. Main kayu tiga? Terkena buatan orang?. Pihak keluarga, sahabat handai juga cuba mencari tahu tetapi umpama terowong di pekat malam.

Thour masih teringat pertemuan pertama dengan isterinya Tini sekitar tahun 2003 di Universiti Malaya. Ini berlaku tanpa dirancang dan berterusan hingga berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isterinya bekerja sebagai pensyarah bahasa Jerman dan Thor hanya sebagai Technican IT.

Kerana ketidak-sanggupan menghadapi situasi unknown, Thour menguatkan semangat pergi ke pejabat Kadi untuk mengadu hal. Sesampai, hati berbelah bagi nak membuat pendedahan kepada pegawai agama. Hampir 20 minit Thour termenong di atas motornya, memikirkan kesan dari tindakan itu. Berpisah dengan anak-anak, isteri membawa diri dan segala macam melingkari benak batinnya. Thour membatalkan hasratnya lalu pulang nongoi.

Senjata Thor… Sabar… 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pengajaran :
1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. Diampunkan dosa-drosa yang lalu
c. Memilliki iman yang sejati.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
“Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda.
Baginda bersabda:
“Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar.”
MasyaAllah.. Subhanallah.. Sesungguhnya SABAR ITU INDAH..

http://www.pelikbinajaib.com/pelik/hikayat-burung-cenderawasih

Suasana lampu samar-samar

Sekitar 11 malam, hari Sabtu 11 Nov 2013, Thour melayan kegelisahan yang tidak berkesudahan di atas katil. Anak perempuan keduanya berusia 5 tahun lena tidur di sebelahnya setiap malam akibat pengasingan tidur lebih dari setahun. Dalam suasana lampu samar-samar terjengoi isterinya, Tini.

Tini memakai baju nipis biru muda dan menghampirinya. Soalan pertama menyusul di malam hening. "Abang, masih berhubung dengannya lagi?…(Anne janda beranak satu bekas kekasih Thour). Dan berleret-leretan dengan pelbagai pertanyaan. Thour antara hayal, menafikan dan banyak berdiam diri. Agree to disagree, agreeably: Bersetuju untuk tidak bersetuju, menyenangkan. Ini kerana temannya telah memberikan tip: Jangan jawab, biarkan isteri bercakap hingga habis apa yang terbuku di benak batinnya… "Ceraikan Tini jika nak hidup dengannya…", bentak Tini dengan mata berkaca.

Thour tergugah dan mendapat kekuatan lalu bangun dan merapati isterinya di bucu katil…. "Bukan macam tu…".  Menarik isterinya dan duduk tepi katil memegang tangannya kemas… isterinya menitis air mata sebak tanpa terkawal lagi. Thour mengaku masih berhubung dengan Annie tetapi sekadar bertanya khabar dan bercerita masalahnya rumah-tangga yang dihadapinya kini.

Barulah isterinya reda dan menyedari duduknya perkara dan meminta maaf tulus ikhlas. Rundingan krisis selama ini diselesaikan pada malam itu juga. Diberinya beberapa syarat. Perkara pokok, Jangan ada perhubungan dengan Annie lagi. Jika belaku jugak kita berpisah…, bentak Tini. Thour memberi tempoh bertenang kepada isterinya. 


Benarlah kata bijak berilmu… “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” 

Sekian, begitulah adanya.

.................................................


unapologetic | ˌ ənə ˌ päləjetik |
kata sifat
tidak mengakui atau meluahkan rasa kesal: beliau kekal unapologetic mengenai keputusannya.
DERIVATIF
unapologetically |-ik (ə) Le | | ənəpɑlədʒɛdək (ə) li | adverba