https://jalanakhirat.wordpress.com/2014/07/29/janda-arab-kaya-tawar-rm-5-juta-untuk-dikahwini/
Gambar hiasan
Kisah berlaku di zaman sahabat barangkali di Yaman atau Syria.
Seorang jejaka miskin yatim piatu menetap di masjid kerana tiada tempat berlindung.
Disurahkan, sudah 3 hari tidak menjamah makanan kerana malu meminta-minta dek kesempitan hidup.
Lalu di suatu subuh bening beliau meninggalkan kuliah pergi mencuri makanan.
Dengan menyusup masuk ke rumah sederet melalui tembok dan celahan atap genting rumah.
Lalu memasuki sebuah rumah besar tiada berpenghuni, langsung saja ke dapur membuka periuk mencari makanan. Di dalamnya periuk, nasi arab kambing bercampur terung lantas menyambar sepotong terung.
Arakian, ketika hendak menyuap terung itu "Suara hatinya berkata Haram". Mulutnya tidak membenarkan makanan itu dijamahnya. Perjuangan antara perut kosong dan iman...
Dia membatalkan hasrat lalu pulang ke masjid menyambung kuliah. Kuliah juga bersangkutan dengan sifat sabar dan hikmahnya. Kesabaran adalah kunci agar kita selalu ditemani dan dibimbing Allah. Banyak yang terjerumus dalam kehancuran akibat gagal menahan nafsu, terang imam itu.
Perutnya terasa begitu lapar dan memulas- mulas. Apa harus dilakukan?. Berdiam atau sabar?. Orang susah diuji dengan kesusahan... Orang senang diuji dengan kesenangan, fikirnya.
Begitu kuliah usai, seorang gadis berhijab mendatangi iman mengadu musibah, kematian suami dan ingin mencari pengganti. Janda kaya itu akan menanggung segala perbelanjaan jika bertemu jodoh yg bersesuaian
Di pendekkan cerita, atas nasihat imam dan sedikit bantuan kewangan, si jejaka penunggu masjid dikahwinkan terus dengan janda muda itu.
Majlis usai, perempuan itu membawa suaminya pulang ke rumah.
Alangkah terperanjatnya si suami penghuni masjid itu, rumah inilah yang di masukinya subuh tadi untuk mendapatkan makanan. Dan nasi arab berdaging kambing bercampur terung ingin dilahapnya.
Dalam keadaan berlinang air mata dan tidak dapat menahan sebak menceritakan duduknya perkara kepada isteri berlesung pipit itu.
Dalam keadaan terkejut dan mengesat air mata juga perempuan itu bersuara, "Suamiku, bukan saja sheikh dapat terung tapi tuan rumah sekali...", terangnya.
Mereka berpeluk syahdu. Itulah ujian Allah dan limpahan rahmatnya!.
GanjaranNya dalam sekelip mata saja, kehidupan berubah 180 darjah.
Berkat menahan nafsu dan sabar. Sabar sebagai penolong menyelamatkan seseorang. Sabar juga membawa keuntungan!.
- Dari Tazkirah subuh.