ads

Monday, July 25, 2016

Jangan Tertipu dengan USIA!






*Wanita*
```20an : mengancam
30an : macam-macam
40an : terancam
50an : semacam
60an : susah dah nak cam
70an : Bau eh pun dah masam.```

*Lelaki*
```20an : bergayo
30an : bercahayo
40an : macam buayo
50an : tak boleh percayo
60an : dah tak bermayo
70an : dah susah nak jumpo
80an : jumpo asyik tanyo
            " ko siapo...:``` 


             *Sahabat2ku:*
           ```Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        karena syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.```

   *Jangan terpedaya dengan*
        ```tubuh yang SEHAT 
       karena syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT```

   *Jangan terperdaya dengan*
        ```Harta Kekayaaan
                Sebab 
    Si kayapun tidak pernah 
     menyiapkan Kain Kafan 
             buat dirinya 
      meski cuma Selembar.```

      ```Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang 
      yang mengenalimu dan 
   Tidak suka dgn Nasihatmu.```

        _Cukuplah_  *الله*ِ _yang_
     _mengenalimu lebih dari_ 
           _pada orang lain._

      ```Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
 terus dapat hidup, berkarya``` 
     ```dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA```

*Insya Allah.*



Sent from my iPhone - Rodongan

Friday, July 8, 2016

Alter ego Pak Talib



Hj. Talib, orang yang sedahana dan bertubuh sedarhana juga. Rambut memutih uban tapi kelihatan kemas. Kopiah putih yang sentiasa melekat, menambahkan seri si pemakai.

Hj. Talib Bakar bekas kakitangan TNB, bertugas di Mentakab, berusia 74 tahun. Masih sihat walfiat "sihat orang tua", gelaknya. Bila berbicara, tergambar susuk yang berterus-terang dan berpositif.

Saya mengenali sejak 10 tahun lalu kerana beliau ramah dan mudah didekati. Seakan ada ion positif dalam dirinya menarik untuk mendekatinya.

Satu ketika dulu pernah bertembung dengannya di Tawakal hospital. Ketika itu beliau menghantar isterinya membuat rawatan  susulan penyakit 3 serangkai.

Setelah isterinya meninggal beliau mencari dan mendapatkan pengganti. Dipendekkan cerita pendek beliau mendirikan rumah-tangga sekali lagi.

Satu yang memeranjatkan, perkahwinannya tidak direstui oleh anak-anaknya seramai 5 orang itu. Kebahagiaan ayahenda nikmati menjadi duri pada kesemua anaknya. 

Anak-anak berubah watak dan semakin keras dengannya. Merampas harta dan kebahagiaan, tegas anak-anaknya.

Rumah teres bersaiz sedarhana itu semakin hilang seri semenjak ada orang baru pengganti bekas isterinya. Macam ada yang tidak kena dengan kitaraan hidupnya yang tersisa. Ini menguatkan semangatnya dan mendapat galakkan serta sokongan rodongnya untuk pergi memondok. 'Berasa hati juga dengan feel anak-anak, katanya. Tanpa menangguhkan peluang yang terhidang,  pasangan pra-emas ini berhijrah@memondok di Kelantan.



Menuntut Ilmu : Tempat memondok di Kampung Pengsenam di Temerloh.

Tinggal di Pasir Mas di pondok Gelang Emas selama 1 tahun terasa cukup singkat. Rumah bersaiz 10 kaki x 15 kaki yang tidak berbilik dibelinya berharga RM1800. Di sini, dilarang keras mendengar radio atau menonton TV. Tak ada sama sekali, ujarnya. 

Hidup memondok sungguh menyeronokan, macam institut. Beramal, bangun malam, belajar, tazkirah, beriadah dan semuanya terarah kepada persiapan kematian, katanya. 

Kalau diikutkan "kematian" tidak mahu berpindah. Tetapi kehidupan tetap diteruskan. Yang hidup akan mati tetapi lambat cepat. Yang hidup perlu tempat tinggal. Mesti membina rumah baru untuk isteri baru. 

Saya takut jadi peminta sedekah, menadah tangan. Tidor di bawah jambatan. Anak-anak tidak memperdulikannya. 

Hj. Talib memutar jarum jam kehidupannya. Harus berhijrah lagi. Menjual rumah yang dibelinya kepada seorang pemondok baru dari Brunei berharga RM1500.

Kuasa Ilahi, di suatu subuh bening Hj. Talib diberiNya ilham untuk membina rumah dan menanam getah di tanahnya yang seluas 1 ekar terletak di pinggir bandar Mentakab. "Pada terbiar mgutan, baik buat sesuatu untuk 'ular lipan', ceritanya.

Perancangan rapinya berjaya. Rumah baru 'tiny house', isteri baru dan jiran-jiran baru. Kini setelah hampir 6 tahun tinggal di Kemasul, berdekatan dengan bandar Mentakab itu. Kerjaya menoreh getah@beriadah berjalan serentak. 'Badan sihat, duit masoook...'

Getahnya sebanyak 200 batang sudah mengeluarkan hasil dan dapat membantu sedikit sebanyak. Sementara duit pencennya sudah memadai cukup.

Alhamdulillah, Tuhan memberi peluang dan mengaturkan pejalanan hidup cukup molek. Pelangi di atas kepalanya seakan mudah digapai.

Saya mendekatinya selepas tahlil arwah, pada hari raya pertama baru-baru ini lantaran lama tidak ketemuinya. Beliau bersyukur dan menarik nafas lega-selega-leganya. Beliau menceritakan, hubungan dengan anak-anaknya kembali ok!.

Senyumnya masih seperti dulu dan suaranya masih khas Hj Talib.

"Awok nak buat benda dengan cerita dan kisah kawan ni?. Saya nak masukkan dalam blog supaya cerita ini jadi pengajaran...

..................................


alter ego

alter ego
mengubah ego
alter: mengubah, menukar, meminda, mengubahsuai, mengubahkan 
ego: ego, ego yang, keegoan 

alter ego`ïˌaltər'ɛgəʊ, ˌɒlt-, 'i:g-
■  noun 
    a person's