Raja silam dikutip dari Google
Kisah Raja dipotong kaki
Akibat memakan ikan besar...
Alkisah, Raja dan Rakyat berpisah tiada, saling kait mengait. Siapa rakyat? Siapa Raja?. Ini kisah sebenarnya, Rakyat menjadi Raja dan Raja hilang pengaruh (dinyahkan oleh rakyat) menjadi Rakyat kembali atau melarikan diri membuat penempatan baru dan akhirnya pupus.
Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. (http://www.keadilandaily.com/bukti-penghinaan-umno-terhadap-raja-raja-melayu/). Sebelum kedatangan British, Institusi Raja adalah nadi dan nyawa kepada sistem pentadbiran politik, ekonomi dan sosio-ekonomi Kerajaan Melayu. Mana-mana Raja yang menentang semudah itu British menyahkan dari istana sehelai sepinggang, menjadi rakyat kembali. Bendahara atau orang yang berpengaruh dengan British akan dinobatkan sebagai Raja.
Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan. (http://www.keadilandaily.com/bukti-penghinaan-umno-terhadap-raja-raja-melayu/)
Benarlah kata Hang Tuah, Tak Melayu Hilang di dunia, dan bukannya Hang Tuah berkata Tak Raja Melayu Hilang di Dunia?.
Alkisah, mungkin berlaku, katakan abad ke 15 di serambi Mekah, Aceh tentunya. Seorang nelayan yang menanggung keluarga dari hasil tangkapan ikan hanya bersenjatakan sebuah perahu usang dan jala bertampal. Kais pagi makan pagi kais petang makan malam.
Malangnya sejak akhir-akhir ini tangkapan ikan semakin berkurangan. Ikan dah pupus ke?.
Dia hanya menggunakan jala, mengaruk air dan menebarkannya dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dikumpulkan kudrat untuk menjala, razeki buatnya masih samar. Begitulah beberapa hari kebelakangan ini tetapi tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran tinggi dan bertekad untuk meningkatkan lagi usahanya.
Pada suatu hari yang damai, dia mengaruk air lagi di pantai, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. Selalunya bila air pasang ikan banyak berpeleseran.
Beberapa kali dicuba, namun seekor pun tidak lekat dijaring. Apalah nasib ku, fikirnya. Ada juga perancangan untuk berperahu dan menjala ke tengah lautan tetapi terpaksa dipendamkan saja memikirkan kudratnya yang semakin hilang dimamah usia.
Namun, dia tetap mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. Seperti sebuah kisah dalam filem The old man and the sea berdasarkan sebuah buku karya Ernest Hamingway lakunan Anthony Quinn.
Di suatu pagi di subuh bolong seperti biasa dia menjala, ditakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya. Ikan itu meronta-ronta cuba melepaskan diri antara jala yang bertampal.
Alangkah gembiranya orang tua ini melihat ikan sebesar itu. Itulah kali pertama dia melawan desahan ikan dijalanya. Tiba-tiba kekuatannya bertambah dek rempuhan ikan dan akhirnya berjaya juga mendaratkannya.
Sambil menarik ikan tersebut dengan bangga, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu.
* Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang.
* Kepada jiranku juga harus diberikan.
* Selebihnya barulah aku jualkan.
Demikian seorang marhaen merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu nanti. Razeki yang begitu sukar diperolehi harus dihitung secara teliti, fikirnya.
Malangnya, perkara yang sukar dibau. Ketika itu menyingah orang menunggang kuda, seorang Raja dengan Pengawalnya. Kemungkinan balik dari berburu tetapi tiada tanda-tanda membawa hasil buruan, fikir nelayan itu. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Sambil mengetip jari, diarahkan pengawalnya mendapatkan ikan tersebut.
Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan memikirkan untung nasibnya. Perancangannya musnah sekelip mata. Alangkah hampanya dia, lemah longlai segala urat dibadannya semacam ditarik dikeluar secara paksa.
Dia pun merayu supaya diberi ganjaran setelah merasakan tidak dapat lagi mempertahankan haknya dari dirampas.
Dengan angkuh pengawal itu menyentak ikan darinya dan mengatakan raja tidak akan membayar harga daripada apa yang dikehendakinya. Kamu hanya rakyat dibawah jajahannya, jelas pengawal itu. Maka, ikan itupun beralih tangan.
Bergenang air mata dan tak mampu berbuat apa-apa. Nelayan itu melihat ikannya diseret dan dibawa pergi oleh Sang Pengawal Raja.
Haknya dirampas. Kepada siapa hendak dia mengadu?. Hanya kepada Allah Tuhan yang satu. Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.
Sementara Raja, dengan senang hati kerana mendapat seekor ikan besar lantas disuruhnya tukang masak istana segera memasaknya. Barangkali masakan 3 rasa kalau masakan ala Thailand.
Disurahkan oleh yang empunya cerita. Dek kerana lahapnya seorang raja ikan besar itu dibahamnya tanpa mempelawa sesiapa. Barangkali kuching manjanya pun diarahkan dayang memegangnya.
Beberapa hari berlalu keadaan seperti biasa. Raja berjumpa dengan pembesar-pembesar dan membuat beberapa resolusi untuk negara. Malangnya, keadaan Raja agak berubah setelah makan ikan itu. Raja dijangkiti satu penyakit aneh. 'Nak dikata kudis bukan kudis, nak dikatakan terkena duri belum bernanah'. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya.
Bengkak itu disertai dengan sakit mencucuk yang sangat mengganggu keselesaannya. Lama-lama mula bernanah dan berair.
Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong.
Raja enggan menerima nasihat Tabib Istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya. Akar kayu atau harba tentunya. Namun ubat tidak menunjukkan kesan untuk sembuh walau bermacam ikhtiar diusahakan.
Beberapa hari kemudian, Tabib Istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya disarankan dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. "Terpaksa dipotong, penyakit ini akan merebak hingga ke peha,Tuanku", nasihat Tabib Istana.
Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana memikirkan akan kehilangan kaki. "Aku akan menjadi cacat, reputasi sebagai pemerintah akan musnah', fikirnya.
Dia memerintahkan agar dicari Tabib lain yang lebih handal. Seorang Tabib dari luar negara barangkali dari Cina di bawa mengadap.
Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak terus. barangkali separuh badan.
Ketika itu, akurlah Sang Raja segala kelemahan manusia. Lantas betisnya itu pun dipotong. Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. Dia cuba mencari punca mungkin dari kesan memburunya di hutan tebal.
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah. Keadaan ini membuatkan Raja sangat hairan. Pelbagai musibah dalam masa yang singkat. Apa yang tidak kena?, menung raja.
Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu. Itulah sifat manusia akhirnya kembali kepada fitrah.
"Tuanku telah menzalimi seseorang", sela ulama itu membuat rumusan.
"Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja. Pembelot cuba membunuh seorang Raja mungkin ada...
"Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.
Beberapa kali dicuba, namun seekor pun tidak lekat dijaring. Apalah nasib ku ini?
...........................................
Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, Raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan tua.
Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Seorang Raja mempunyai kekebalan dalam apa jua tindakan.
"Apalah harganya seekor ikan?", tanya Sang Raja. "Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.
Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya. Dalam masa yang singkat nelayan dapat ditemui.
"Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", tanya Raja kepada nelayan itu.
"Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan. "Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", Raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan dan berjanji tidak akan menghukumnya.
Akhirnya nelayan itu pun berkata, "Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa...". "Apa doa kamu?", soal raja dengan lagak angkuh dengan mata melotot sambil bercekap pinggang.
Nelayan pun berkata sambil tergagap-gagap, sekajap berbahasa saya, sekejap aku dan sekejap patik dengan Rajanya. Nelayan tua itu tidak sempat belajar adat istiadat istana dek kerana tergesa-gesa. "Patik hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata, “Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atas ku. Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”, kata Nelayan tua itu berterus terang dan dia tidak memperdulikan lagi nada pertuturannya dengan Raja. "Perduli apa aku, dengan Pencipta pun kita berbahasa Aku, fikirnya.
Sang raja tertunduk kaku dan sedarlah dia telah menyanyai seseorang yang lemah. Tuhan telah menunjukkan kuasanya serta merta.
Hikayat ini dipendekkan oleh yang empunya cerita dengan melampirkan nasihat melalui Sang Ulama.
“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.
Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa, kezaliman itu membawa akibat penyesalan.
Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga.....
"Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan raja.
...................................................
Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.
1. Ada kesalahan yang hukumannya terus ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.
2. Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.
Diangkat dari : Wattsap / Gambar hanya hiasan