Bila Kambing Jantan naik perahu...
Arus sungai Pahang mengalir lesu walaupun hujan ketika ini tetapi kenangan karam bersama kambing tetap bersemadi di dasarnya.
Tahun 1964, airnya mengalir deras, dasarnya masih dalam dan terdapat banyak lubuk yang dikhabarkan berpuaka.
Di tahun itu, ketika Jab berusia 4 tahun dan kini berusia sudah lebih separuh abad. Kenangan bersama arwah ayah dan arwah ibu berserta kambing jantan di Sungai Pahang tetap everlasting.
Kambing jantan berjanggut putih adalah rodong Jab ketika itu. Setiap petang sebelum memasuki reban diberinya semua kambing-kambing itu memakan rumput. Jab juga membantu ayahendanya mencari ranting kayu untuk membuat unggun api. Ini pekerjaan rutin dilakukan oleh kebanyakkan gembala kambing atau lembu.
Satu kenangan bersama kambing jantan yang menjadi ingatannya. Dikhabarkan kambing ini bakal dikorbankan untuk aqiqahnya sedikit masa lagi.
Tidak semena-mena kambing itu naik minyak dan mengejarnya hinggakan lintang pukang menyelamatkan diri. Segala cerok belukar dan pokok kelapa dikelilinginya. Kambing jantan berjanggut putih tetap mengejarnya.
Akhirnya Jab berlari sambil menangis menaiki tangga rumah tetapi terjatuh dan terus meraung sekuat-kuatnya. Rasa kesakitan dan ketakutan memecahkan kesunyian petang itu. Entah kenapa, kambing itu tidak menanduknya dan hanya berdiri mengangguk-anggukkan kepala sambil 'senyum kambing'.
Kenangan tidak pernah luput, terang Jab. Suatu petang yang damai Jab bersama arwah ayah dan arwah ibu menaiki perahu ke seberang dengan mengangkut kambing jantan, beras seguni baja dan barangan lainnya.
Tujuannya ke seberang adalah untuk mengadakan majlis kenduri aqiqah untuk Jab si anak sulungnya dan doa selamat. Di rumah kakak iparnya di hulu di seberang sungai sekitar kira-kira 8 km. Di sini ramai penduduk yang merupakan jirannya juga berbanding seberang sungai itu.
Masih dalam ingatannya, perjalanan sejauh 8 kilometer menaiki perahu panjang dalam arus yang deras dan sedikit bergelora. Arwah ayahnya menjadi jurumudi duduk di belakang, Jab di tempatkan di tengah-tengah berdekatan dengan kambing jantan itu manakala arwah ibu di depan juga sebagai pendayung.
Kambing jantan agak terkejut bila ditarik ke dalam perahu. Bila berada di tengah- tengah sungai kambing semakin huru-hara, walaupun kakinya tidak diikat kambing itu berpusing-pusing dan mengembik kuat.
Haiwan ini semakin kelakar terang Jab lagi mengenang. Ini kerana kambing adalah haiwan yang takut air atau hujan. Apabila terpericik air mulalah kambing ini berkerenah.
Kambing itu kelihatan gelabah dan hilang punca bergerak-gerak dan meakibatkan air memasuki ke dalam perahu. Keadaan semakin tidak terkawal kerana arus semakin deras dan akhirnya perahu ini karam.
Alamak, kambing terjatuh...
Jab menceritakan, arwah ayahnya menjerit meminta tolong sambil berenang menyelamatkannya. Setelah membetulkan kedudukan perahu dan membuang air bertakung ayahnya meletakkan Jab di dalam perahu.
Perkara kedua diselamatkan ialah beras seguni baja yang timbul dan barangan lainnya. Ibunya pandai berenang manakala kambing tercungap-cungap muncul mengikut perahu di permulaan air.
Alhamdulillah semua selamat, terang Jab lagi. Tragedi yang nyaris meragut nyawa di Sungai Pahang ini tetap diingatannya.
Majlis malam itu berjalan dengan lancarnya. Semasa pekena kari kambing, arwah ayahendanya membuka cerita kambing jantannya. Ada yang terkejut, ada yang sedih dan ada yang ketawa mendengar cerita kontot semasa menyeberang Sungai Pahang itu, terang Jab lagi. 'Nak buat gona???...
"Awok selamat kawan selamat, alhamdulillah...", sampuk arwah Tok Wah kepada cucunya bila mendengar cerita tragic ini.
.....................................
Pemandangan khas di barat daya Maghribi, kambing memanjat pokok. Kambing ini memanjat pokok Argan untuk memakan buahnya - yang kelihatan seperti buah zaitun.
Tahun 70an, perkhidmatan boat mengambil penumpang masih wujud lagi. Selalunya kebanyakkan penumpang akan membawa hasil pertanian untuk dipasarkan sama ada di pasar minggu di Bandar Temerloh, di Kuala Krau atau di Jerantut. Boat itu akan tiba di tempat kami sekitar jam 4.30 pagi. Enjin boat itu sangat nyaring/kuat dan boleh kedengaran 2 atau 3 km jaraknya. Boat akan membawa penumpang itu pulang sekitar jam 5 petang. Perkhidmatan boat sehari sekali saja. Pendek cerita kalau lambat terlepaslah alamat tak merasa la ke pasar minggu.
Boat ini digunakan sebagai penambang membawa penumpang-penumpang dari tebing Sungai Semantan di sebelah Bandar Temerloh ke Tg Keramat di seberang sana Sg Semantan untuk membawa penumpang-penumpang dari Kg Bangau, Kg Lubok Kawah, Kg Paya Banir, Kg Paya Jejawi, Kg Tebing Tinggi, Kg Kuala Sanggang, Kg Sanggang dll yang berurusan di Bandar Temerloh, semasa itu tidak ada jalan raya dari kampong-kampong itu untuk ke Bandar Temerloh dan juga tidak ada Jambatan. Sekarang ini sudah ada Jambatan merentangi Sungai Semantan dari kampong-kampong itu ke Bandar Temerloh. Lagipun ada lagi jalan dari kampong-kampong itu ke Bandar Temerloh dan Bandar Mentakab melalui Jambatan Sg Semantan di Kg Raja, Songsang.
Inilah teksi air yang membawa penumpang hilir-mudik 2 kali sehari ke Bandar Temerloh, dan teksi air ini juga digunakan oleh kami kanak-kanak sekolah yang pada waktu itu bersekolah di Abu Bakar School; jam 5.00 pagi kami sudah berada didalam teksi air ini untuk pergi ke sekolah.
..............
#Tragedi bro Jabar di sungai pahang.
#lokasi: kg dingkir dan kg benom (rumah arwah mak long).