ads

Thursday, March 31, 2011

Angkara ambrosia dan seni kayu

 Kayuma Industry menghasilkan barangan berkualiti. Lihat gambar ini, kerusi meja dihasilkan dari kayu balau dan cengal yang sungguh unik dan tersendiri. Kukuh dan manatap untuk beberapa generasi.


Hujung minggu lalu, balik ke Mentakab. Merancang melawat kampung di Kuala Tekal tempat pilihan raya kecil baru-baru ini untuk melihat sisa-sisa sejarah. Berkebetulan calon pilihan raya, Ibra, kawan pelaris semasa kanak-kanak di kampung dulu.

Sampai di Jalan Sonsang hati tergerak untuk singgah di Kayuma Industry bagi meninjau barangan kayu. 'Nak buat gona, usia udah meningkat minat dah bertukar...'. Kebetulan empunya syarikat tercegat bersama pembantunya dan menyambut saya dengan senyum melempah.

Kami bersembang berjela-jela panjang kerana keramahannya. Orangnya sedahana, berbadan gempal dan rambut disikat rapi disebak ke belakang. "Kawan orang berniaga, awok orang surat khabar ... tolong promote kan barangan kayu ni...", kata En. Mat meluah rasa. Riak muka ceria melambangkan succes dalam perniagaan. Langkah pertama, saya akan war-warkan dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/ yang sudah counter 11 juta pelanggan dan facebook, kata saya bersahaja. Keseronokkan terpancar diwajahnya.

Melihat gelagat En. Mat yang cepat mesra dan berrfikiran tajam yang telah mengubah cita-rasa pembuatan hasil kayu kepada hasil kreatif pembuatan. Saya menjangka perniagaannya akan berkembang. Sebagai contoh, kita tidak menghasilkan jenis meja yang stereotype begitu juga perabut. Citarasa sudah berubah, katanya berulang-kali. Orang akan memandang sesuatu objet itu solid dan tidak menggunakan banyak ruang. Contohnya meja kayu cengal yang menggunakan 8 bangku dan bangku itu boleh disimpan di bawah meja. Meja itu menggunakan kayu cengal berlubang berseni hasil mamahan kumbang dari species ambrosia. Meja itu pula dilapis oleh cermin tebal dan memantul cahaya dan menampakkan ciri-ciri tersendiri. Cukup classic dan terserlah. Pembuatannya juga tidak menggunakan paku hanya skru dan pasak atau taji. Manakala almari hiasan juga dari kayu cengal mamahan kumbang ambrosia dihias cermin besar kayu cengal juga...

Pelbagai barangan dihasilkan mengikut cita rasa rakyat Malaysia dan telah dimodenkan setanding barangan perabut IKEA. Bezanya Kayuma tidak terhad kepada penghasilan meja kerusi  dan perabut. Kayuma menghasilkan Gazebo, Pangola, anjung atau porch, katil, pintu, ukiran hisan dan mimbar untuk masjid.

Meja cengal memuatkan lapan bangku. Manakala meja dilapik kaca tebal bagi menunjolkan lubang berseni unik hasil mamahan kumbang ambrosia. Dihiasi ukiran kayu berseni terbonjol di dinding. Almari kayu cengal dikesampingkan. Nampak compak dan kemas, sesuai untuk apartment atau rumah moden, kata En. Mat.

"Tak kan tak ndak guna kayu cengal berseni akibat mamahan kumbang ambrosia semasa pokok itu masih hidup lagi?. Lain dari product lain? Kawan beli kayu ni dari kilang pembalak. Kita guna balik dan paktri mengikut design. Selain itu En. Mat membeli papan selipar landasan keretapi yang tamat tempoh. Seterusnya En. Mat menunjukkan contoh-contoh yang dihasilkan dari kayu cengal berlubang mamahan kumbang ambrosia. Selain cengal, kayu merbau, balau dan kayu merawan digunakannya.

Dato' Rais begitu teruja dengan idea yang dipersembahkan oleh empunya Kayuma Industry ini. Menurut En. Mat, meja kayu cengal mamahan kumbang ambrosia diborongnya tanpa bertawar-harga lagi.

Manakala harga mengikut saiz dan penggunaan kayu-kayan. Harga dari RM2 ribu hingga mencecah RM70 ribu. En. Mat berterima kasih kepada Dato Rais Yatim kerana memberi ruang untuk mempamerkan barangan di Kraftangan di Jalan Conlay. Sambutan cukup mengalakkan kerana kami mempunyai sentuhan berbeza dari product lain. Kini kami mula dikenali dan permintaan semakin bertambah, kata En. Mat bangga. Pekerja mahir masih tidak mencukupi...
Semasa pameran Kraftangan di Conlay. Kayu cengal hiasan berbentuk botal pelbagai saiz dipamerkan. "Mulanya koi seriau gak sambutan orang ramai, takut mereka mengeji... tapi terbalik, mereka terpegun dan teruja...", cerita En. Mat bangga.

Menyentuh sejarah penubuhan syarikatnya, En. Mat berbangga kerana tidak membuat pinjaman bank. Modal sekitar RM5,000 saja. Mula-mula beli mesin dan ketam kayu, operasi di Peragap belakang rumah..., kata En Mat ketawa mengenangkan sejarah permulaannya. En Mat sentiasa teringatkan pesan ayahnya, "Jangan cuba berhutang'. Itulah menjadi azimat buatnya sehingga maju hingga ke tahap ini.

Bagi anak kampung berkelulusan dalam bidang Wood Technology dari UITM tahun '86 - '90 ini, sebelum berjaya ke tahap sekarang pelbagai kerja dilakukannya. Berusia 44 tahun dan berasal dari jengka 13. Kini menetap di kampung Peragap, Kerdau bersama keluarga dan mempunyai 5 orang anak. Bagi memimba pengalaman dia pernah kerja di kilang papan. Setelah benar-benar yakin dia memulakan dari kecil-kecilan dulu. Kini pemintaan makin bertambah hari demi hari dan kebanyakannya dari sekitar Lembah Klang. Dan memerlukan banyak jenis kayu dan stok simpanan.


Pagola. Hiasan seni taman dan sebagainya, menggunakan kayu cengal atau balau yang sudah dilubangi kumbang species ambrosia. Harga bergantung pada saiz sekitar RM4 ribu hingga ke RM13 ribu.

Mengimbas kenangan, En Mat telah memajak rumah kuarter JKR sebanyak 30 biji di Chenor yang bakal dirobohkan berharga RM17 ribu beberapa tahun lalu. Selain itu En. Mat juga membeli rumah-rumah lama yang akan dirobohkan. Dari hasil kayu-kayu terpilih itulah digunakan untuk mereka-cipta kerusi meja dan menunaikan tempahan pelanggan. "Kayu-kayunya elok belaka, rumah lama... kayu keras..., kata En Mat sambil memegang kayu hiasan berbentuk botol yang unik.

Gazebo, pelbagai saiz ditawarkan...
Bagi mengelakkan kesilapan, gezebo itu akan dipasang atau didirikan di kilangnya dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan. Harga bergantung kepada saiz sekitar RM7 ribu hingga ke RM70 ribu.

Katanya lagi, dia mempunyai 3 buah rumah bagi menyimpan kayu-kayan dan bilik pemeran di kampung. Kampung Peragap tidak begitu jauh kira-kira 15 minit dari Sonsang dan memudahkan En. Mat mengendalikan perniagaannya.

"Berniaga ni seperti kita sedang menaiki tangga... naik sampai ditengah-tengah tangga ada orang terus berhenti ada yang tergeloceh jatuh dan ada merasa selesa... sebenarnya kita perlu naik terus dan sentiasa bersedia menungkah arus..., kata En. Mat berfalsafah. Orang kita merasa selesa bila sudah berada di tengah-tengah tangga, sebenarnya salah. Mereka harus terus menaiki tangga itu ke peringkat tinggi, tambah En. Mat menasihati.


"Kalau awok balik kampung singgah la kat Peragap, kita sembang-sembang buat 'pedo'oh' (cakap Pahang bermakna cerita yang belum tentu benar)..." celah En Mat mempelawa kerana melihat gelagat saya yang sering melihat jam.


Santai bersama En. Mat di kerusi kayu merawan. Kerusi ini masih mengekalkan saiz asal kayu tanpa diketam atau dipotong. Ini menambahkan keunikan kerusi ini dan sangat sesuai diletakkan di beranda atau taman. Manakala di belakang saya, ukiran kayu berbentuk daun lebar menyerlahkan gaya tersendiri, berbeza dari konsep Bali.  

Perbualan kami sekitar 30 minit cukup berbaloi kerana mulanya bercadang untuk singgah sebentar saja disebabkan hendak berangkat ke kampung mengambll barang antik peninggalan. En. Mat juga sibuk melayan panggilan dihp... Dan sebelum berpergian, En. Mat menghadiahkan cenderahati kayu berbentuk botol yang telah dimamah kumbang ambrosia yang berseni... "Kalau nak beli barangan kayu, contact le... kita kira harga orang Pahang!".


Beralamat:
Kayuma Industry
Lot. 626, Kampung Bukit Batu Sonsang, 28000 Temerloh, Pahang
h/p: 6019-989 0468
email: kayuma_industry@yahoo.com
blogger: kayumaindustry.blogspot.com

Thursday, February 17, 2011

Cara untuk hidup lebih lama (dan menikmatinya)

Tahun lalu saya bertanya kepada seorang mentor yang bijak tentang rahsia umur panjang. Adakah diet, sukan, tidak merokok, atau sesuatu yang lain?

Tanpa berlengah, dia menjawab, "Sikap (attitude)". Langkah pertama untuk tetap sihat, katanya, ialah dengan melihat gelas sebagai separuh berisi bukannya separuh kosong. Satu kajian di Mayo, menunjukkan bahawa individu optimis hidup 20% lebih lama daripada individu pesimis, membuktikan kebenaran kata-katanya.


Saat seseorang mulai bersara, penuaan menjadi satu topik hangat. Jangka hayat penduduk Amerika yang dahulunya pada 47 tahun pada awal abad ke-20 amnya, kini berdiri di sekitar umur 77 tahun, rentetan kemajuan dalam perubatan yang tertentu menggalakkan peningkatan jangka hayat yang lebih tinggi. (Fakta yang menarik: Kajian menunjukkan bahawa jika anda berumur 65 tahun, kemungkinan anda akan terus hidup untuk beberapa tahun lagi.) Akan tetapi, penuaan yang sihat adalah lebih daripada sekadar hidup lebih lama.


Mari kita mulakan dengan kecergasan. Diri kita terdiri daripada usia kronologi dan usia fisiologi. Hanya beberapa individu berusia 50-an berperawakan seperti individu berusia 20-an, manakala hanya beberapa individu berusia 50-an mempunyai kecergasan seperti individu berusia 20 tahun.

Kecergasan melibatkan jantung, paru-paru, dan fungsi otot aerobik, yang semuanya hasil dari latihan. Kekuatan otot dan fleksibiliti boleh dipertahankan dan bahkan ditingkatkan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa rumah kuaters penduduk yang bekerja di luar dapat sangat meningkatkan kekuatan mereka, dua kali ganda dalam beberapa kes, yang meningkatkan tahap tenaga mereka dan secara dramatik mengubah cara mereka melihat diri mereka. Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka merasa lebih baik ketika mereka sedang aktif, dan kajian menunjukkan bahawa sukan meningkatkan mood dan mengurangkan kemurungan risiko.

Sila layari:

Jogging till u Giggong

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2009/08/jogging-till-u-giggong.html

Ini cerita sama dengan otak. Jika anda tidak menggunakannya, anda kehilangan. Orang-orang yang tinggal secara intelektual mencabar mempertahankan fungsi cognitive yang lebih baik dengan bertambahnya usia mereka. Membaca dan berfikir. Menyelesaikan teka-teki silang-kata, bermain bridge atau puzzle. Atau aktiviti apapun dilakukan, dengan pengecualian vegetating di depan TV.

Gizi mempengaruhi proses penuaan. tetapi walaupun tuntutan sensasional kita dengar untuk DHEA, melatonin, dan suplemen diet yang lain, nutrisi yang penting adalah tidak ditemui dalam pil. Juga adalah hormon pertumbuhan manusia jawapan, yang diurus dengan bayaran sebanyak $12.000 sampai $15.000 per se tahun. Di sisi lain, kebanyakan doktor akan setuju diet yang menyarankan diberikan untuk mencegah penyakit jantung kanser-banyakan makan sayur-sayuran, buah-buahan, dan biji-bijian, dan mudah di makanan olahan, makanan cepat, dan daging boleh membantu memanjangkan hidup.

Merokok mungkin adalah cara terbaik memastikan anda tidak mencapai usia lanjut. Dapatkan bantuan untuk berhenti, jika perlu. Sedikit alkohol mungkin sihat, tapi lebih daripada jumlah moderat tidak. Dan sementara mengekalkan berat badan yang 'cool' dapat mencabar, mengurangkan risiko anda untuk hipertensi, diabetes, dan beberapa jenis kanser.

Faktor risiko individu berbeza-beza jadi pastikan anda mempunyai masa membaca baik pada tanda-tanda vital anda. Jika anda mempunyai hipertensi, kolesterol tinggi atau diabetes di bawah kawalan. Saya menyarankan mengubah gaya hidup. Tetapi jika seseorang memerlukan rawatan, saya akan mengesyorkan mereka menggunakannya. Mereka mungkin hidup lebih lama jika mereka melakukannya.

Hidup berputar di sekitar hubungan dan itu terlihat dalam penuaan. Orang yang memelihara hubungan dekat hidup lebih lama dan lebih sihat. Ini mungkin terdengar klise, namun pedulikan orang lain membantu kita peduli terhadap diri kita sendiri. Bersara, yang biasanya disertai dengan masa peralihan, boleh mempunyai kesan pada kesihatan. Selama tahun-tahun kita bekerja dan sentiasa sibuk, dirangsang dan digerakkan. Kebanyakkan orang melihat bersara sebagai waktu untuk berehat, melihat mekar mawar dan menyendiri. Dalam pengalaman saya, orang-orang ini tidak mejaga baik mental atau fizikal mereka yang cepat pergi...

Cara berbeza dan lebih baik untuk pendekatan bersara tetap terlibat dan aktif. Melihat bersara bukan sebagai mundur tetapi lebih sebagai bergerak ke depan. Ini adalah peluang untuk mengerakkan hobi, gatal tangan di pekerjaan yang anda selalu ingin menanganinya, terlibat dalam kegiatan masyarakat, sukarelawan. Terlibat dengan kehidupan normal adalah kunci untuk penuaan sihat dan anggun. Nikmati saja. Hal ini dapat menaikkan momentum usia kehidupan.
Catatan: Sesetengah orang memandang persaraan sebagai masa untuk beristirahat. Melalui pengalaman saya, individu yang tidak menggerakkan minda atau fizikal akan menjadi mundur.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, sila layari mayoclinic.com

PERSONAL FORTUNE - HOW TO LIVE LONGER (AND LOVE IT) - Dari Majalah Mingguan FORTUNE April 30, 2001Oleh Donald D. Hensrud, M.D. Pengarah Eksekutif Program Mayo Clinic.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Sunday, January 16, 2011

The Last Apparatchik

  
Dulu, saya tak pernah menyangka akan menjadi tua....
 
Kadangkala apabila saya ingat tentang akibat besar yang muncul daripada perkara kecil...
Saya cenderung untuk berfikir... tiada perkara kecil. Lalu saya mencatat kisah Abang Zul untuk kenangan walaupun perkara ini kecil dan enteng...


Saya mengenali Abang Zul ni agak lama. Tahun 1986 saya mendapat tawaran bekerja di DBP sebagai Pelukis Grafik. Abang Zul turut hadir menjalani interview. Sewaktu itu saya bekerja di Pustaka Antara sebagai Grafik Artist di majalah Alam Wanita dan setiap hujung minggu saya belajar di MIA (Malaysian of Art) di Bukit Bintang. Ketika interview itu, Timbalan Pengarah DBP antara 3 orang lain menemuduga kami. Salah seorang lagi Pengarah Seni DBP. Timbalan Pengarah berminat dengan hasil kerja dan menawarkan bekerja di syarikatnya di Advertisng Ros & Rem dan seterusnya di Majalah Minggunan Era sebagai Ketua Perekebentuk. Saya tidak ketemu susuk bernama Zul lagi...

Selang 2 tahun keadaan ekonomi dunia meleset. Banyak syarikat pengiklanan dan penerbitan gulung tikar. Syarikat kami tidak terlepas. Seterusnya saya berkerja di BPM sebagai Pegawai Contract dan freelancer di Mingguan Tanahair.

Ogos tahun 1989 sekembali dari Syarikat Penerbitan Fajar Bakti dan mendapat tawaran bekerja, saya terus singgah di penerbitan terbesar kerana hanya mengikut gerak hati. Seterusnya mendapat tawaran bekerja di Penerbitan terbesar di Malaysia dan bertemu susuk bernama Zul. Orangnya sederhana dan bila berbual pengucapannya teratur dan lambat. Sambil menyedut asap rokok dan melepaskan pelahan-lahan matanya sedikit terpejam. Itulah Abang Zul... Tidak disangka kami bertemu kembali. "Aku dari Izzara Advertising bersama Azizi dan Clement...." boraknya ketika itu.


Abang Zul ni bukan calang orang. Tahun 90an kami sama-sama bermain bola mewakili jabatan. Dia juga pakar stroke bila bermain carrum. Ramai teruja bila beliau mengeluarkan buah di belakang dan memasukkan ke dalam lubang...

Sebuah nostalgia dukacita tahun 93. Beliau diserang dan dipukul di kepala oleh orang yang tidak dikenali semasa hendak menunaikan sembahyang Asar di Masjid Negara. Selama tiga hari kami di pejabat tidak dapat khabar berita dan menghubunginya. Pada pagi hari ketiga isterinya menghubungi Azizi (arwah) dan bertanya ke mana suaminya yang dicintai menghilang? Kami menjadi bingung... dalam kebingungan ada suara sumbang ... "Balik rumah isteri kedua kot?...

Pada sebelah petang ada panggilan mengatakan yang Abang Zul dimasukkan ke GH kerana teruk dibelasah. Kami bergegas ke GH dan mendapati kepalanya berbalut dan bengkak. Kes pukul salah orang kata sedaranya. Bila didekati beliau tidak mengenali kami lagi...  "Sudah..., macam-mana Abang Zul nak bekerja... ingatannya sudah hilang?...

Kini 22 tahun berlalu. Abang Zul melangkau 55 tahun dan sudah bersara. Abang Zul kekal sihat dan ceria. Berat badan bertambah semenjak berhenti merokok atas nasihat doktor. "Paru-paru ada selaput hitam, ini kes berat", katanya bersahaja ketika bersembang. Itulah Abang Zul... Apabila tenaganya dipusatkan kepada masa kininya  - tidak kepada masa lampaunya - barulah kita dapat celik dan benar-benar menghayati hidup.


Hati mempunyai alasan yang akal tidak perasaan bila bercerita tentang susuk bernama Haji Zaini.

Orangnya simple dan sederhana saja. Rambutnya memeta uban disebak ke belakang. Genap dua bulan sekali rambutnya dipotong pendek setengah cm. "Haram mewarnakan hitam rambut kita...", nasihatnya lagak ustaz Zamani. Peminum air suam tegar ini teliti dalam pemakanan. Beliau tidak pernah mengambil MC dan file rekodnya pun tiada di klinik.

Ketika saya berkerja di Pustaka Antara susuk ini sudah mencipta nama. Banyak illustrasi buku novel ciptaannya seperti buku Arena Wati, Nobel Sukinah dan seangkatannya dan Pak Hamka - Tengelamnya Kapal Van Der Wijck. Alunan warna yang bersahaja dan lembut memcerminkan personalitiesnya yang suka kedamaian.

Ditemukan jodoh dengan seorang pelajar periang ketika beliau bertugas di Pustaka Antara dan kini mempunyai 5 orang anak kesemuanya perempuan.

Ketika musim buah sekitar tahun 95 saya menpelawanya berkunjung ke kampung saya di Temerloh. Kami memanjat langsat, makan buah durian dan mandi sungai Pahang. Nostalgia semasa kanak-kanak muncul kembali kerika mandi di jamban masjid dan Haji Zaini takut-takut turun ke air. "Ada buaya ke?, ada buntal? tanyanya ketika melabuhkan kaki. Saya bersama sepupu Mahadir (arwah) melawat Gunung Senyum dan Kota Gelanggi di Jerantut. Zaini cukup teruja.

Ketika pertandingan akhir Piala Thomos tahun 1996. Saya, Abang Hashim, Nordin dan Haji Zaini meraikan kemenangan Piala berprestej itu di Pulau Kapas. 2 kemenangan dan 2 kejayaan 1 kegagalan kerana Abang Hashim masih tidak pandai berenang...

Hj. Anep... Ikan tak kenal aku...

Suatu ketika yang lain kami mengikuti rombongan ke Tasik Kenyir beriadah sambil memancing. Haji Anep membawa kelengkapan memancing. Dengan gaya pro-joran beliau menerangkan jenis-jenis mata pancing... Kami terkejut, satu kotak bertingkat lengkap jenis mata kail dari yang kecil hingga sebesar ibu kaki. "Kau orang tunggu, nak makan ikan apa? jerawat?, tanya Haji Anep bersahaja menunjukkan kemahirannya. Tunggu punya tunggu susuk Anep tidak muncul. Ketika muncul dengan mulut muncungnya berkata, "Ikan tak kenal aku..."Sepatutnya aku bawa satu lagi joran...", Mengakui kesilapan sambil mengerak-gerakkan kopiahnya. Rupanya kelengkapan yang cukup tidak semestinya membuahkan hasil...


Di musim terkukur sekitar '97, kami mengikuti rombongan ke Pulau Tioman. Ketika di Pulau Tioman kami menginap di sebuah calet berhadapan pantai Salang. Saya, Hj. Zaini, Well dan sepupu Sh. Ali (duda ketika itu, untuk menghilangkan kesepian saya mempelawanya) cukup seronok dan teruja dengan persekitaran pulau berbatu karang itu. Kami bersama rombongan Kelab Sukan meredah pulau dari timor ke barat hingga ke Pekan Takek dan makan tengahari sekitar anak sungai. Pengalaman baru kata Hj. Zaini yang terkenal dengan diam ubi kayunya. Pengalaman bersama kini hanya tinggal kenangan seperti lagu 'Bangawan Solo' nyanyian Gesang Martohartono (1 October 1917 – 20 May 2010) itu...


Bengawan Solo, riwayat mu ini

Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari

Music kemarau, tak berapa airmu

Di musim hujan air meluap sampai jauh


Chorus:

Mata airmu dari Solo,

Terkurung gunung seribu

Air mengalir sampai jauh

Akhirnya kelaut


Itu perahu, riwayatnya dulu

Kaum pedagang selalu

Naik itu perahu




(Sesiapa nak mendengar lagu ini sila layari YOUTUBE Bengawan Solo)
   


Itulah serba sedikit sekadar catatan persahabatan.

Selamat bersara, dudes! Let's get it on! Tempus fugit!

Kalau ada lagundi pahit,
Belanga baharu dijerang orang;
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu dikenang orang.


Dulu, saya tak pernah menyangka akan menjadi tua.... Sebuah kata-kata dengan gaya bahasa khas Pramoedya Ananta Toer. Pengarang Indonesia termasyhur (1925 - 2006).


... Yang apparatchik terakhir
apparatchik |ˌäpəˈrä ch ik|
noun ( pl. -chiks or -chiki |- ch iˌkē|) derogatory or humorous
an official in a large organization, typically a political one : Tory apparatchiks.


Sunday, January 9, 2011

Beban Sebuah Kapak


 

Saat kematian seribu wajah menjelma. Illustrasi di hasilkan tahun 1986 semasa di BPM.


Sebuah kisah anthrax menjadi tablet untuk direnungi. Seorang raja yang disayangi rakyat. Suatu hari raja memanggil penasIhatnya. "Beta ingin menguji kesetiaan kamu", katanya membuka bual bicara. "Bagaimana caranya Tuanku?", tanya penasihat. "Jika beta mangkat, beta ingin ditemani di dalam kubur nanti selama 40 hari. Siapakah yang sanggup?, akan beta berikan kekayaan harta benda...", bentang Sang Raja. Penasihat Istana terkulat-kulat dan bertanya sesama sendiri.

Ditakdirkan raja mangkat selepas perancangan itu, maka berita itu diuar-uarkan ke seluruh negeri. Sekian lama, belum ada satu pun yang sanggup tinggal di dalam kubur termasuk keluarga terdekat yang disayangi. Sebelum raja mangkat lagi penawaran untuk ditemani di kubur pernah diajukan kepada isteri tersayang. "Apa, buang terbiat orang tua ni fikir permaisuri? Diajukan kepada anak-anaknya. "Apakah ayahenda sanggup melihat anakenda di sana?....

Hingga satu hari datang seorang pencari kayu dengan hanya membawa sebatang kapak yang dimilikinya sanggup menemani Sang Raja. Isteri Sang Pencari Kayu pun reda dengan niat suci suaminya. "Apa nak ditakutkan, abang pun sering keluar masuk hutan berhari-hari mencari kayu?... 

Peluang baik bukan selalu datang. Kita juga ingin menjadi kaya...
"Akan kau jaga dengan apa Sang Raja nanti didalam kuburan?" tanya penasihat terkebil-kebil melihat telatah Sang Pencari Kayu yang miskin itu. "Hanya dengan ini.... Kapak", kata Sang Pencari Kayu menjawab. Akhirnya penguburan dilaksanakan di sebelah Sang Raja dan Sang Pencari Kayu menemani Sang Raja dengan berbekal kapak serta dilengkapi makanan serta minuman dan jugak saluran yang dihubungkan ke atas tanah, untuknya bernafas.


Al Fatihah buat Pak Saudara, Chu Nipah yang disemadikan
di kuburan, Cheras, KL.

Hari pertama berlalu begitu mengerunkan, Sang Pencari Kayu didatangi malaikat yang mananyakan perihal kapak yang dibawanya. Begitu pula dengan hari kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Setiap malaikat yang datang kepadanya hanya menanyakan akan hal sebilah kapak yang dipegangnya.

Dari mana Sang Pencari Kayu mendapatkan, untuk apa digunakan, bagaimana ia menggunakannya, dan pertanyaan-pertanyaan lainnya. Hutan siapa yang ditarahnya, apa jenis pokok, tanah siapa dan sebagainya. Si Pencari Kayu kebingungan mengila. Hingga selama 40 hari itu tidak ada satu pun hal dan pertanyaan yang menyangkut peri hal Sang Raja.

Setelah lewat keempat puluh hari, Sang Pencari Kayu memberi tanda ke atas bahwa dia hendak keluar dari dalam kubur Sang Raja. Sesampainya di atas, terburu-buru Sang Pencari Kayu pulang ke rumah. "Hai Pencari Kayu!, kau harus menerima dahulu hadiah yang telah dijanjikan Sang Raja." kata si penasihat bersemangat.

Antara takut dan gusar Sang Pencari Kayu menjawab, "Tidak, tidak. saya tidak sanggup menerimanya. Untuk sebilah kapak saja, hingga empat puluh hari pertanyaan-pertanyaan dari malaikat kubur tak juga kunjung selesai. Bagaimana saya harus menjawab pertanyaan dari beban harta yang akan saya terima sebanyak itu kelak ?". Sang Pencari Kayu menonong berlalu. Pembesar-pembesar istana temenggu, mata terkebil-kebil...


..........................


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah bersabda: Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya. (Shahih Muslim).

- Seterusnya Iman yang arif menasihatkan jemmah jangan lupa berzakat. Berzakat dapat mensucikan harta kita. Sekarang kaedah telah dimudahkan kepada sesiapa ingin berzakat, ujar Pak Iman lagi.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


Tuesday, December 21, 2010

Jalan Sufi, Jangan memandang bentuk luarku...

 

Sufi adalah orang yang melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain - kalau ini perlu. Ia juga orang yang melakukan apa yang tidak dapat dilakukan orang lain - kalau ini ditunjukan.  - Nuri Majudi.

Seorang Sufi adalah ia yang pembicaraannya sesuai dengan tingkah-lakunya dan diamnya menunjukkan keadaannya, dan yang mengesampingkan hubungan-hubungan keduniawian.  - Dzun-Nun.

Jangan memandang bentuk luarku,
tetapi ambillah apa yang ada ditanganku.
- Jalaluddin Rumi


Dosa
Dosa terhadap Pencipta adalah satu hal; tetapi dosa terhadap manusia adalah hal yang lebih buruk lagi.  - Sufyan Tsauri


Pengabdian
Aku tidak akan mengabdi kepada Pencipta seperti seorang pekerja, dengan mengharapkan upah saya.  - Rabi'ah Al-Adawiah

Pintu
Salih dan Qarwin mengajar pengikut-pengikutnya, "Siapa saja yang mengetuk pintu tiada putus-putusnya, pintu itu akan dibukakan baginya".
Rabiah yang mendengarnya pada suatu hari berkata, "Berapa lama engkau akan berkata Pintu itu akan dibukakan?. Pintu itu tidak pernah tertutup".

Buah dan Semak Berduri

Bagi seekor keledai, semak berduri adalah buah yang lazat. Keledai makan semak itu. Tinggallah ia seekor keledai. - Habib Al-Ajami



Segi Pandangan
Bagi yang berdosa dan busuk aku jahat; Tetapi bagi yang baik - baiklah aku. 
- Mirza Khan, Ansari.


Cerita ini di adaptasi daripada kisah Lukman Al-hakim bersama anaknya dengan seekor keldai. Bertindaklah seadanyanya dengan fikiran waras, jangan memperdulikan orang kata...

Kebaikan Yang Sebenarnya
Berada dengan mereka yang sungguh-sungguh baik lebih baik daripada menjadi apa yang engkau bayangkan sebagai baik.
Berada dengan mereka yang buruk lebih buruk dripada berbuat sesuatu yang buruk.  
- Bayazid

Kematian
Tidurlah dengan ingatan akan kematian dan bangunlah dengan pikiran itu sehingga engkau tidak akan hidup lama. - Uwais Al-Qarni


Buku Jalan Sufi oleh Idries Shah/1985
Terbitan PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Monday, November 1, 2010

La Tahzan


Penyakit PHD ni memang satu penyakit hati yang sukar diubati. Hanya dengan ketaqwaan dan rasanya esok lusa kita akan mati sahaja boleh mengubati penyakit ini. Di kalangan kita, penyakit ni memang membarah...

Sepotong hadis dari Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah dirimu dari hasad dengki, sesungguhnya hasad dengki itu akan memakan kebajikan seperti api memakan kayu yang kering".

Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: 
“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120) 

Oleh kerana kesombongan merupakan sesuatu yang sangat buruk, maka sewajarnyalah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong meskipun hanya sebesar biji sawi.”

Penyakit Hati Yang Menghanguskan Segala Kebaikan

Tetapi sayang hingga saat ini belum ada Rumah Sakit Spesialis Penyakit Hasad Dengki: Berarti, kita mesti cari doktor ruhani aka Mursyid yang dapat mengobati penyakit hati hati insani ini.

Orang yang di dalam hatinya terdapat penyakit hasad dengki ini, hidupnya tidak akan pernah bahagia, jiwanya sentiasa menderita dan tersiksa. Hatinya selalu tersiksa jika melihat orang lain lebih dari dirinya atau mendapat nikmat serta kejayaan. Dan sebaliknya dia akan bergembira bila orang lain susah dan gagal.

Seseorang yang melayani sifat hasad dengkinya, maka pada hakikatnya dia adalah orang yang paling biadab dengan Allah, sebab secara tidak langsung dia benci kepada Allah, dia tidak redha pada apa yang Allah telah berikan kepada orang lain serta kepada dirinya. Sekalipun ibadahnya banyak, tahajudnya banyak dan shalatnya banyak.

Orang yang ibadahnya banyak pun masuk neraka karena hasad dengki, apalagi yang tidak pernah tahajud, tidak pernah puasa sunat dan masih bergelimang dengan hasad dengki. Kalau benar kita beriman kepada Allah, marilah kita insaf akan penyakit-penyakit hati dan memperbaiki dengan cara MUJAHADATUNNAFSI atau bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang jahat.

Memang berat dan terasa pahit tetapi itulah ubat, sebab selama ini ego kita sudah mendarah daging. Tapi ubat ini mesti kita makan dan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan ingat selalu firman Allah dalam QS Al Ankabu: 69 yang artinya: “Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami, niscaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu“.

Timbulnya hasad dengki pada orang lain adalah karena orang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan lebih dari yang kita miliki. Atau bila seseorang mendapat nikmat lebih dari kita atau bila kita terasa seseorang telah mengalahkan kita dalam perjuangan, persaingan dalam pekerjaan atau kompetisi maka datanglah hasad dengki itu.

Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilanNya mengatur pemberian kepada hamba-hambaNya maka kita tidak akan hasad dengki dengan orang lain.

Firman Allah dalam QS An Nisa: 32, yang artinya : “Janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain”.

Allah yang melebihkan dan mengurangkan pemberianNya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sadar dirinya sebagai hambaNya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menunggu ujian.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang artinya: "Barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan dariKu, maka carilah Tuhan selain Aku".

Kalau Allah melebihkan seseorang itu dari kita, artinya Allah mau menguji kita apakah sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, artinya Allah mau menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu kenapa mesti hasad dengki?... Kalau masih hasad dengki juga, artinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturanNya dan kita tidak menerima kehendakNya. Sebab itu orang yang hasad bukan saja bermusuhan dengan orang yang didengki itu tetapi juga bermusuhan dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah, maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.


Bersihkan hati daripada hasad dengki   
LAZIMNYA apabila badan rasa panas meninggi, kita cepat-cepat mencari ubat untuk menurunkan suhu panas itu. Jika tidak berkurangan selepas memakan ubat, jalan terakhir ialah ke klinik kesihatan berdekatan atau pun hospital..

Akan tetapi ada di kalangan kita tidak ambil peduli jika rohaninya sakit. Dibiarkan saja rohaninya sakit sekian lama tanpa berusaha mengubatinya. Ramai kurang memberi perhatian terhadap kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.

Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu."(Hadis riwayat Muslim).

Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-Araf, ayat 179)

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta." (Surah al-Bazarah, ayat 10).

Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.

Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tidak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan?. Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya?. Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka." – (Surah an-Nisa', ayat 52-55)

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering." – (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud).

Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.
Kesan buruk hasad dengki:

    * Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka.
    * Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
    * Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah.
    * Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
    * Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
    * Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering.
    * Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.
    * Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
    * Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
    * Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.

Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya):
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali Imran, ayat 26).


Ali bin  Abi Talib mengatakan,
Semoga jalan keluar terbuka, semoga
kita bisa mengobati jiwa kita dengan doa
Janganlah engkau berputus asa manakala
kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah
ketika telah terbentur pada putus asa


Seorang penyair mengatakan,
Janganlah merasa mampu mengatur dirimu
sebab orang yang pandai mengatur pun dapat binasa
Terimalah kami jika Kami memutuskan
sebab Kami lebih berhak dari dirimu.



La Tahzan - Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki doa.  Apa yang telah dilakukan oleh manusia, mengadulah kepadaNya. 

- Setiap kali raga menikmati kemewahan, roh sebenarnya merasa tertekan. Dan dalam situasi yang serba kekurangan itu sebenarnya tersimpan keselamatan.

Tuesday, October 5, 2010

EAT PRAY LOVE



Email dari seorang sahabat yang dikenang sepanjang zaman,

Setitik kasih membuat kita sayang, se ucap kata membuat kita percaya, sekecil luka membuat kita kecewa tapi sepatah kata 'maaf' akan selamanya bermakna dihati...
Selamat Hari raya  Aidil Fitri dari Jamie dan Keluarga.
SJSA

Lagi Email yang syahdu diterima...

Gema takbir membelah maya, menggamit jiwa di dalam diri, sms dihantar pengganti kad raya, tanda ingatan di Aidil Fitri. Mata kekadang salah melihat, Mulut kekadang salah berucap. Hati kekadang salah menduga. Maafkan kesilapan yang ada. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. YB Sharif.

Eid Mubarak ! Moga kita kembali kepada fitrah dan mendapat keampunan Allah
. SAJSAA


Pojam colok pojam colik
dak abis poso
pojam colik pojam colik’
dah nak rayo

pojam colik pojam colik
dah banyak doso
sebolom pojam tak colik colik
selamat ari rayo




Ayat-ayat di Facebook, layan...
.....
Roosfa
Eksyen gambar rumah terbuka pada kawan kawan yang tak diundang
Budaya baru menyambut raya supaya kawan2 yg tak diundang cuma boleh telan air liur

3:05pm

3:05pm
Me
banyak kan selawat...

3:06pm
Roosfa
asyik telan air liur jer.. macam mana nak selawat...
3:06pm
Me
selawat qulbi... dalam hati

x guna mulut hanya tarik napas turun nafas

3:07pm
Roosfa
hati frust sangat... kawan lama melupakan pada hari mulia... hari open house
tak ada ruang nak selawat frust sangat2

3:07pm

Me
x lupa, cuma budget air asia...

klau boleh nak tidur sebantal

3:08pm
Roosfa
bajet pun pajet lah asalkan tak dilupakan
3:09pm

Me
dlm hati sentiasa ingat, rasa nak tidur sebantal
3:09pm
Roosfa
sweet and nice talks
juadah dalam gambar macam bajet British Air
semua orang kekenyangan... banyak makanan lebih

3:10pm

Me
talks likes bz lah... depan dia menikus nak mintak duit lenyap

3:10pm
Roosfa
jangan ubah topik mungkin kawan yg sorang ni hanya layak ajak makan di warung nasi beringin habis makan bayar sendiri
3:11pm

Me
raya sebulan... insak Allah ana jemput TAPI hang mesti datang

3:12pm
Roosfa
nampaknya masuk juga dalam waiting list

3:14pm
Me
hang mesti janji,,, hang ana dah cop janji ahmad param stail...
3:14pm
Roosfa
good excuse


Melabun di Fb dengan girlsfrind lama...

at History
4:07pm

Me
salam, khabor apa hri ni?
4:08pm
Hamidah
allhamdulillah. ok !
4:09pm
Me
kebun langsat tu kat mana? (tersiar gambar di kebun duku langsat)
4:10pm
Hamidah
kat Paya Bongor Kuantan, kebun abg sepupu..
4:12pm
Me
ngapa jauh bebenor... kat paya kecik x kebun ke?
4:14pm
Hamidah
xde...namanye dah paya kecik! semuanye kecik dan comel2 termasuk orang2 nye sekali ...
4:16pm
Me
u memang comel masa sekolah dulu skrg menurun kat anak pulak
4:19pm
Hamidah
dah lumrah...inilah kehidupan..
4:20pm
Me
hubby u tu kenal masa kat Bandung (semasa u belajar) ke?
4:21pm
Hamidah
yea..ngape? kalau nak tanya silakan..
4:23pm
Me
orang bandung ke orang sini?
4:25pm
Hamidah
orang Kulai Johor.
4:28pm
Me
saya kenal wife masa sekolah dulu... form 5 tinggal kat mentakab , berulang naik bas, wife sekali, sekolah agama t'loh tu... cinta 7 tahun be...
4:30pm
Hamidah
oh..senyap kt belakang kelas tu pandai gak bercinta yek!..Midah sek dulu banyak main2..
4:32pm
Me
x bercinta... x pernah jumpa klau jumpa kat bas aja , jeling gitu-gitu aje... u banyak main alhamdulilah lah jadi orang gak... ramai kawan kita cerdik tapi kurang menjadi
4:35pm
Hamidah
Midah ade prinsip sendiri..I never give up..nak hidup tanpa kerungsingan..!
4:38pm
Me
saya masa lepas sekolah dulu x tau apa nak jadi... terus ke kl
4:40pm
Hamidah
midah habis sek, jadi guru sementara, masuk maktab..jadi ckgu smpai skg..
4:43pm
Me
u ingat tak nama Thalawati form 5 masa kita form 4 . dia tingat 2, dia tu syok kat i banyak surat i terima... tapi skarng lost... comel budaknya
4:46pm
Hamidah
ingat! rumah mak dia kt kg buntut pulau, jadi ckg, suami dia polis dulu tinggal kt k.lipis..now xpasti..mmg comel dan putih selepuk !
4:48pm
Me
gitu ceritanya... i banyak gak rugi... jual mahal
4:50pm
Hamidah
eleh..kalau xsombong dulu boleh gak midah join, jd barisan aweks Mus..hahahaa..
5:00pm
Hamidah
Ok Mus sambung lagi..nak g training players ni ada games ujung Okt..salam