ads

Tuesday, May 3, 2011

Meli mission

Gerak laku spontaneous dan mudah dihampiri. Berasal dari Perak berumur 33 tahun. Ramlee atau Meli sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sekitar 1 tahun hingga 5 tahun. Bertugas di Takaful di Great Eastern, berpejabat di Jalan Ampang. Meli mempunyai satu mission: Melihat orang berbahagia, kita tumpang gembira...



Sebelumnya, Meli bertugas di Pathology & Clinical Labroratory. Pathlab di Petaling Jaya. Meli terdedah kepada penyediakan perkhidmatan ujian darah dan kajian penyakit (pathology).

Pelbagai penyakit yang berpunca dari darah dan urine diketahui. Haemoglobin, white cell, platelets, general biochemistry, serology dan urine feme. Penyakit canser berpunca dari kekurangan darah merah dalam badan pesakit. Membuatkan Meli terkesan. Meli sedar betapa perlunya kita menjalani kehidupan yang sihat. Dan betapa perlunya persediaan awal mengambil pelbagai polisi insuran Takaful.

Sehinggalah satu ketika di tahun lepas isterinya yang bertugas di MIDA memberitahunya. Suami kepada kawan isterinya berumur 29 tahun diserang stroke - left transuerse sinus thrombosis with venus infarection stroke/hemorrhage. Penyakit tidak memperdulikan usia.

Ini membuatkan Meli tergerak hati melawatnya di hospital Sungai Buluh berdekatan dengan rumahnya. Sebelumnya pesakit ini dirawat di hospital Damansara tetapi kerana polisi insuran terhad lalu dipindahkan ke Hospital Kerajaan di Sungai Buluh. "Mudahnya, pesakit ditendang seperti bola... Itulah kuasa duit... Memikiran anak-anak, memikirkan beban tugas sebagai suami yang sakit, Meli seakan tiada jawaban.

Menyedari betapa pentingnya persiapan awal dan ingin membantu insan malang, Meli menukar pusingan roda 360 darjah. "Pertamanya aku ingin membantu insan malang kerana Allah..., nekad Meli lalu menceburi bidang Takaful & Life Insurance..

Apa akan berlaku kepada isteri dan anak-anak,apabila seseorang itu mati? Pernahkah kita memikirkan persoalan ini?.
Adakah anda mempunyai pendapatan setiap bulan?
Adakah anda mempunyai yang belum langsai?
Adakah anda mempunyai tanggungan?
Adakah anda mempunyai orang tersayang?
Jika jawapan anda untuk semua di atas adalah YA,


Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini ke atas anda seperti kemalangan, sakit yang kritikal, lumpuh, hilang sumber pencarian atau kematian? Apakah nasib orang tersayang yang anda tinggalkan? sekarang mungkin boleh mengubah masa hadapan orang yang anda sayangi...

"Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud).

Hubungi Ramlee Hamid 6012 - 3670 627 - email: ramleege@yahoo.com


Konsep Takaful Ikhlas

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.
 
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
 
Dalil Kerjasama
•    Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
•    Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
•    Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi
•    Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.



Monday, April 11, 2011

Kuasa dan tarikan F1


Mengimbau kenangan, ketika itu, aku bersama sepupu duduk di dahan pokok ara di tebing sungai Pahang, manakala 3 gambar sebesar poskad F1 terselit di poket. Kami sedang 'memandu' kereta F1, kerana 'kelajuan' melampau dahan pokok sekah dan kami broom... ke dalam sungai...


Sejarah F1 bermula di Eropah sekitar tahun 1947 lagi. Enjin revolution sekitar 1958. Sponsorship arrives sekitar 1968. Dan sekitar 1973, Emerson Fittipaldi dan Ronnie Peterson menunggani Lotus sering menguncang litar dan memenangi Grand Prix. Jackie Stewart dan Nikki Lauda mengekori rapat dan sering 'cheer' di podium.

Teruja kedua-duanya. F1 dan gadis litar... Sebelah kanan sekali, Sab bekas Art Director majalah motor GM - Gear Malaysia.

Istilah Formula merujuk kepada satu set peraturan yang perlu dipatuhi semua pelumba. Gelaran Formula Satu menandakan sukan berkenaan perlu dijadikan formula perlumbaan paling canggih dan kompetitif di dunia. Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang Dunia Kedua, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947.Perlumbaan kejohanan dunia pertama disambung pada 1950 di litar Silverstone, United Kingdom sebelum satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai Giuseppe Farina dari Itali menerusi Alfa Romeo 159 pada 1950 selepas berjaya menewaskan rakan sepasukannya, Juan Manuel Fangio dari Argentina. Namun begitu, Fangio berjaya merangkul gelaran juara pada musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957 manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada 1952 dan 1953. Fangio dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 dan mendapat gelaran sebagai Grand Master F1.

Suasana persekitaran ke paddock.

Akhir era privateer, FIA mendapat mandat untuk memperbaiki lagi ciri-ciri keselamatan pemandu dan sebagainya. Penaja-penaja rokok silih berganti. Hingga muncul era Ayrton Senna dan Schumacher. Litar F1 kian pesat dibina bagi menjana ekonomi sesebuah negara. Dan kini seluruh dunia mempunyai 20 litar lumba.

Peningkatan kepantasan jentera F1 mula berkembang apabila Renault memperkenalkan enjin berkuasa turbo yang menghasilkan lebih 700 kuasa kuda (bhp) sebelum meningkat sehingga 1,400 bhp, menjadikan jentera F1 sebagai kenderaan beroda terbuka paling berkuasa di dunia sehingga ke hari ini.

Litar F1 Sepang direka oleh seorang pereka Jerman, Hermann Tilke Litar ini boleh memuatkan 130000 orang penonton pada satu-satu masa. Lokasi coordinate Sepang - 2 Darjah, 45 minit 38 saat Utara - 101 Darjah 44 minit 15 saat Timur, Selangor, Malaysia Zon masa GMT +8. Acara utama Formula Satu, MotoGP, A1GP, SuperGT. Jarak litar 5.543 km (3.44 mi) Selekoh 15 Number of Laps: 56, Circuit Length: 5.543 km, Race Distance: 310.408 km.
  
F1 di Malaysia telah melepasi satu dekad sejak ia di anjurkan seawal 1999.

Ketika itu aku bersama partner ditawarkan tiket berharga RM1500 untuk ujian masa hari sabtu. Setiba di paddock sekitar jam 11 pagi, hati tercuit dengan kerenah penonton luar negara. Mereka berpakaian 'wow' berkaca gelap santai berjemur macam lembu kenyang sambil minum-manda. Senario asing di bumi sendiri.
Formula 1 wajar diteruskan

Idea untuk menganjurkan F1 di Malaysia di cetus oleh mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir. Semasa di Litar Estoril, Portugal pada F1 1996 Tun telah menemui Bernie Ecclestone (pemegang hak F1) dan akhirnya bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara menganjur sukan glamor itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penganjuran perlumbaan Formula 1 di negara ini tidak terhenti setelah kontraknya tamat pada tahun 2015.
Sebaliknya, ia perlu diteruskan kerana perlumbaan itu telah memberi impak yang amat baik kepada negara terutama dalam usaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
''Oleh itu Malaysia perlu meneruskan penganjuran Grand Prix Formula 1 pada masa akan datang kerana ia telah membuatkan Malaysia amat dikenali," katanya.

Ferrari gagal lagi juarai perlumbaan GP Malaysia selepas kali terakhir pada 2008

FERRARI yang mempunyai peminat agak ramai di negara ini, terus gagal untuk menjuarai perlumbaan GP Malaysia di Litar Sepang sejak kali terakhir pada 2008 menerusi Kimi Raikkonen, sekali gus mengiyakan kebimbangan diluahkan Fernando Alonso betapa jentera pasukan itu masih belum kompetitif.

Juara dunia 2005 dan 2006 dari Sepanyol itu, sekadar menamatkan perlumbaan 56 pusingan semalam di tempat keenam, di belakang rakan sepasukan dari Brazil, Felipe Massa, selepas dia turut didenda 20 saat kerana menyebabkan pelanggaran dengan jentera McLaren Lewis Hamilton.
Fan dari Russian yang menyokong Lotus-Renault.

Namun, hakikatnya Ferrari yang mula kehilangan taring kepada Brawn GP pada musim 2009 dan tercicir di belakang Red Bull musim lalu, turut tercicir kepada jentera Lotus-Renault yang dipandu pemenang tempat ketiga, Nick Heidfeld semalam tatkala Sebastian Vettel dan Jenson Button memastikan terus jentera Red Bull dan McLaren berada di depan pasukan jolokan "Prancing Horse" itu setakat ini.

Di litar Sepang, Massa yang menduduki tempat kelima mencatat masa sejam 38 minit 16.790 saat, atau 36.958s di belakang jentera Red Bull dipandu pemenang, Vettel.

Catatan sepusingan terpantas Ferrari yang dilakukan Alonso ketika perlumbaan iaitu 1:40.717s, juga hampir 0.20s di belakang jentera Red Bull dipandu Mark Webber (1:40.571s).

Namun Alonso tetap gembira dengan situasi perlumbaan semalam walaupun tidak dengan keputusan di tempat keenam.

"Akhirnya kami kompetitif, mampu bersaing untuk merebut tempat di podium dan ini memberi motivasi bagi perlumbaan di China selepas ini. Cuma saya kurang bernasib baik, jika sayap boleh ubah bahagian belakang berfungsi sepenuhnya, saya mungkin boleh memintas Lewis di laluan lurus.
TAHNIAH…Najib menyampaikan trofi kepada Vettel (tengah) selepas memenangi Grand Prix F1 Malaysia di Litar SIC. Tempat kedua dimenangi Button (kiri) dan ketiga Heidfeld.

"Malangnya kami berlanggar dan sayap depan saya rosak lalu terpaksa masuk ke pit untuk menukarnya, lantas terlepas peluang merebut tempat ke podium. Jentera bertindak baik dengan tayar di sini dan saya harap pakej jentera kami akan bertambah baik selepas ini," kata Alonso.

Permulaan baik dan percaturan strategi tepat memberikan juara dunia dari pasukan Red Bull Racing, Sebastian Vettel kemenangan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas senarai pemandu keseluruhan dengan mata maksimum 50.

Selepas mendominasi sepenuhnya perlumbaan pembuka tirai di Melbourne, pemandu Jerman yang muncul juara dunia termuda pada usia 23 tahun, itu sukar dicabar pemandu pasukan lain termasuk Jenson Button (McLaren) yang menduduki tempat kedua, diikuti pemandu Lotus-Renault, Nick Heidfeld.

Gadis-gadis litar mengayakan kebaya moden.

Signifikan F1 dengan negara

Salah satu pengaruh yang signifikan F1 berbentuk seperti yang kita kenal sekarang adalah teknologi. Kereta lebih ringan, lebih cepat dan lebih canggih. Peranan agen-agen pengiklanan sangatlah penting.

Selain penajaan pasukan Mercedes GP, Petronas sekali lagi menjadi penaja utama untuk acara itu. Pasukan Lotus Renault mendapat sokongan kumpulan Proton dan Lotus manakala pasukan Lotus mempunyai sokongan Datuk Seri Tony Fernandes dan kumpulannya, Tune Group.
Sesuatu yang menarik apabila perlumbaan F1 musim 2011 dilangsungkan di Litar Sepang dari 8 – 10 April 2011. Tiga pasukan yang membawa bendera dan jenama Malaysia akan berentap sesama sendiri, sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan berlaku sebelum ini. Mercedes GP Petronas, Lotus-Renault GP dan Team Lotus masing-masing merupakan tiga buah pasukan F1 yang mempunyai kepentingan syarikat dari Malaysia iaitu Petronas, Proton dan Tune Group. Matlamat mereka hanya satu iaitu untuk mengharumkan nama Malaysia, sekurang-kurangnya kemenangan mana-mana pasukan itu bermakna Malaysia akan menempa nama di persada sukan permotoran paling berprestij itu.

Anda sokong pasukan F1 Malaysia yang mana satu?

Gadis LG bergaya dengan jenamanya.


Third time tengok F1... 

Suasana sungguh meriah, terdapat ramai peminat-peminat luar negara yang membanjiri litar sepang. Gelagat manusia dari pelbagai golongan. Pelbagai fesyen pakaian digayakan sambil memegang bendera pasukan dengan bangganya.

 
 Foto: Jann Jayef

Deruan enjin F1 sangat mengagumkan. Bunyinya sangat kuat, garing dan meletop. Seperti bertih digoreng tetapi sedap didengar. Ear-plug harus dipakai untuk keselamatan. Kelajuan 350 kilometer sejam (km/j) bak roket menerjah langit. Rasa kagum dengan pemandu-pemandu F1 yang dapat mengawal kereta dalam kelajuan yang amat aduhai...

Persekutuan Automobil Antarabangsa mentakrifkan Formula1 atau F1 ialah perlumbaan kereta kelas teratas bagi kereta yang mempunyai satu tempat duduk dengan tayar yang terdedah keluar dari badan kereta. Kebiasaannya jentera kereta F1 berlumba pada kelajuan tinggi sehingga melebihi 320 kilometer sejam (km/j) dan mampu menghasilkan tekanan sehingga 5G (graviti) di beberapa selekoh sepanjang perlumbaan di litar. Perlumbaan F1 sememangnya bukan sahaja melibatkan pertarungan antara pemandu paling handal tetapi juga perlumbaan teknologi antara syarikat-syarikat pengeluar kereta dalam memastikan kenderaan mereka beroperasi semaksimum mungkin untuk memenangi perlumbaan.

Prestasi jentera kereta Formula1 bergantung pada teknologi rekabentuk elektronik, aerodinamik, suspensi dan tayar. Perlumbaan yang paling mahal di dunia itu telah melalui beberapa evolusi dan perubahan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1920-an dahulu di Eropah. Eropah adalah pusat tradisi F1 apabila semua pasukan berpangkalan di benua tersebut Namun, kini Grand Prix sudah mendapat tempat di hati peminat dan diadakan di seluruh dunia.

Corat-coret F1...

Di Sepang, ada yang bersungut, makanan mahal. Set burger dan air tin = RM25.00. Set satay dan air tin = RM25.00. Air mineral/Tin/100-Plus = RM5.00. Rasa tertekan untuk beli makanan dan minumam. Cara terbaik bawa dan masukkan di dalam beg galas. Kalau tidak terbarailah kelaparan...

 
Lagi satu, punyalah mahal pakaian berjenama mc-laren, ferrari, lotos, petronas, bmw, dll.... t-shirt round-neck cikai pun paling murah RM160.... Baik beli kat bandung le sekitar RM30...

Cuaca yang mendung@jo'ong menambahkan suasana 'pancaroba' perlumbaan. Mana-mana penonton di hillstand sudah menyediakan payung besar dan bersikap 'selamba'. Mulanya menjangkakan hujan akan turun rupanya awan hitam bergerak pelahan ke tempat lain.

 
 Jadual perlumbaan di 20 buah negara tahun 2011.

Komen seseorang, sungguh dahsyat dapat tengok F1 race depan mata. Kehebatannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Teruja dan terpegun. Kalau hendak mengetahui pergilah tahun depan... Ada berani? Tahun depan target nak pegi litar Monacco... nak join?, sapa seseorang...
 
 Fan dari UK yang mesra.

Lagi komen, tahun depan tengok F1 sekali lagi. Teringin nak tengok kat Bahrin atau Singapura. Kat Bahrin dah tentu 100% panas. Tak perlu risau kena hujan.

 Siti tak kurang begaya di litar.

Note dari peminat tegar F1: (Pelekat parking) sampai sekarang tak tanggal lagi pada kereta. Nak simpan sampai tahun depan... Manakala ticket F1 disimpan untuk cucu-cicit di kemudian hari... dan Thumb-drive F1 Ferrari 2G berharga RM30 nak tunjukkan kepada rodong...



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Thursday, March 31, 2011

Angkara ambrosia dan seni kayu

 Kayuma Industry menghasilkan barangan berkualiti. Lihat gambar ini, kerusi meja dihasilkan dari kayu balau dan cengal yang sungguh unik dan tersendiri. Kukuh dan manatap untuk beberapa generasi.


Hujung minggu lalu, balik ke Mentakab. Merancang melawat kampung di Kuala Tekal tempat pilihan raya kecil baru-baru ini untuk melihat sisa-sisa sejarah. Berkebetulan calon pilihan raya, Ibra, kawan pelaris semasa kanak-kanak di kampung dulu.

Sampai di Jalan Sonsang hati tergerak untuk singgah di Kayuma Industry bagi meninjau barangan kayu. 'Nak buat gona, usia udah meningkat minat dah bertukar...'. Kebetulan empunya syarikat tercegat bersama pembantunya dan menyambut saya dengan senyum melempah.

Kami bersembang berjela-jela panjang kerana keramahannya. Orangnya sedahana, berbadan gempal dan rambut disikat rapi disebak ke belakang. "Kawan orang berniaga, awok orang surat khabar ... tolong promote kan barangan kayu ni...", kata En. Mat meluah rasa. Riak muka ceria melambangkan succes dalam perniagaan. Langkah pertama, saya akan war-warkan dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/ yang sudah counter 11 juta pelanggan dan facebook, kata saya bersahaja. Keseronokkan terpancar diwajahnya.

Melihat gelagat En. Mat yang cepat mesra dan berrfikiran tajam yang telah mengubah cita-rasa pembuatan hasil kayu kepada hasil kreatif pembuatan. Saya menjangka perniagaannya akan berkembang. Sebagai contoh, kita tidak menghasilkan jenis meja yang stereotype begitu juga perabut. Citarasa sudah berubah, katanya berulang-kali. Orang akan memandang sesuatu objet itu solid dan tidak menggunakan banyak ruang. Contohnya meja kayu cengal yang menggunakan 8 bangku dan bangku itu boleh disimpan di bawah meja. Meja itu menggunakan kayu cengal berlubang berseni hasil mamahan kumbang dari species ambrosia. Meja itu pula dilapis oleh cermin tebal dan memantul cahaya dan menampakkan ciri-ciri tersendiri. Cukup classic dan terserlah. Pembuatannya juga tidak menggunakan paku hanya skru dan pasak atau taji. Manakala almari hiasan juga dari kayu cengal mamahan kumbang ambrosia dihias cermin besar kayu cengal juga...

Pelbagai barangan dihasilkan mengikut cita rasa rakyat Malaysia dan telah dimodenkan setanding barangan perabut IKEA. Bezanya Kayuma tidak terhad kepada penghasilan meja kerusi  dan perabut. Kayuma menghasilkan Gazebo, Pangola, anjung atau porch, katil, pintu, ukiran hisan dan mimbar untuk masjid.

Meja cengal memuatkan lapan bangku. Manakala meja dilapik kaca tebal bagi menunjolkan lubang berseni unik hasil mamahan kumbang ambrosia. Dihiasi ukiran kayu berseni terbonjol di dinding. Almari kayu cengal dikesampingkan. Nampak compak dan kemas, sesuai untuk apartment atau rumah moden, kata En. Mat.

"Tak kan tak ndak guna kayu cengal berseni akibat mamahan kumbang ambrosia semasa pokok itu masih hidup lagi?. Lain dari product lain? Kawan beli kayu ni dari kilang pembalak. Kita guna balik dan paktri mengikut design. Selain itu En. Mat membeli papan selipar landasan keretapi yang tamat tempoh. Seterusnya En. Mat menunjukkan contoh-contoh yang dihasilkan dari kayu cengal berlubang mamahan kumbang ambrosia. Selain cengal, kayu merbau, balau dan kayu merawan digunakannya.

Dato' Rais begitu teruja dengan idea yang dipersembahkan oleh empunya Kayuma Industry ini. Menurut En. Mat, meja kayu cengal mamahan kumbang ambrosia diborongnya tanpa bertawar-harga lagi.

Manakala harga mengikut saiz dan penggunaan kayu-kayan. Harga dari RM2 ribu hingga mencecah RM70 ribu. En. Mat berterima kasih kepada Dato Rais Yatim kerana memberi ruang untuk mempamerkan barangan di Kraftangan di Jalan Conlay. Sambutan cukup mengalakkan kerana kami mempunyai sentuhan berbeza dari product lain. Kini kami mula dikenali dan permintaan semakin bertambah, kata En. Mat bangga. Pekerja mahir masih tidak mencukupi...
Semasa pameran Kraftangan di Conlay. Kayu cengal hiasan berbentuk botal pelbagai saiz dipamerkan. "Mulanya koi seriau gak sambutan orang ramai, takut mereka mengeji... tapi terbalik, mereka terpegun dan teruja...", cerita En. Mat bangga.

Menyentuh sejarah penubuhan syarikatnya, En. Mat berbangga kerana tidak membuat pinjaman bank. Modal sekitar RM5,000 saja. Mula-mula beli mesin dan ketam kayu, operasi di Peragap belakang rumah..., kata En Mat ketawa mengenangkan sejarah permulaannya. En Mat sentiasa teringatkan pesan ayahnya, "Jangan cuba berhutang'. Itulah menjadi azimat buatnya sehingga maju hingga ke tahap ini.

Bagi anak kampung berkelulusan dalam bidang Wood Technology dari UITM tahun '86 - '90 ini, sebelum berjaya ke tahap sekarang pelbagai kerja dilakukannya. Berusia 44 tahun dan berasal dari jengka 13. Kini menetap di kampung Peragap, Kerdau bersama keluarga dan mempunyai 5 orang anak. Bagi memimba pengalaman dia pernah kerja di kilang papan. Setelah benar-benar yakin dia memulakan dari kecil-kecilan dulu. Kini pemintaan makin bertambah hari demi hari dan kebanyakannya dari sekitar Lembah Klang. Dan memerlukan banyak jenis kayu dan stok simpanan.


Pagola. Hiasan seni taman dan sebagainya, menggunakan kayu cengal atau balau yang sudah dilubangi kumbang species ambrosia. Harga bergantung pada saiz sekitar RM4 ribu hingga ke RM13 ribu.

Mengimbas kenangan, En Mat telah memajak rumah kuarter JKR sebanyak 30 biji di Chenor yang bakal dirobohkan berharga RM17 ribu beberapa tahun lalu. Selain itu En. Mat juga membeli rumah-rumah lama yang akan dirobohkan. Dari hasil kayu-kayu terpilih itulah digunakan untuk mereka-cipta kerusi meja dan menunaikan tempahan pelanggan. "Kayu-kayunya elok belaka, rumah lama... kayu keras..., kata En Mat sambil memegang kayu hiasan berbentuk botol yang unik.

Gazebo, pelbagai saiz ditawarkan...
Bagi mengelakkan kesilapan, gezebo itu akan dipasang atau didirikan di kilangnya dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan. Harga bergantung kepada saiz sekitar RM7 ribu hingga ke RM70 ribu.

Katanya lagi, dia mempunyai 3 buah rumah bagi menyimpan kayu-kayan dan bilik pemeran di kampung. Kampung Peragap tidak begitu jauh kira-kira 15 minit dari Sonsang dan memudahkan En. Mat mengendalikan perniagaannya.

"Berniaga ni seperti kita sedang menaiki tangga... naik sampai ditengah-tengah tangga ada orang terus berhenti ada yang tergeloceh jatuh dan ada merasa selesa... sebenarnya kita perlu naik terus dan sentiasa bersedia menungkah arus..., kata En. Mat berfalsafah. Orang kita merasa selesa bila sudah berada di tengah-tengah tangga, sebenarnya salah. Mereka harus terus menaiki tangga itu ke peringkat tinggi, tambah En. Mat menasihati.


"Kalau awok balik kampung singgah la kat Peragap, kita sembang-sembang buat 'pedo'oh' (cakap Pahang bermakna cerita yang belum tentu benar)..." celah En Mat mempelawa kerana melihat gelagat saya yang sering melihat jam.


Santai bersama En. Mat di kerusi kayu merawan. Kerusi ini masih mengekalkan saiz asal kayu tanpa diketam atau dipotong. Ini menambahkan keunikan kerusi ini dan sangat sesuai diletakkan di beranda atau taman. Manakala di belakang saya, ukiran kayu berbentuk daun lebar menyerlahkan gaya tersendiri, berbeza dari konsep Bali.  

Perbualan kami sekitar 30 minit cukup berbaloi kerana mulanya bercadang untuk singgah sebentar saja disebabkan hendak berangkat ke kampung mengambll barang antik peninggalan. En. Mat juga sibuk melayan panggilan dihp... Dan sebelum berpergian, En. Mat menghadiahkan cenderahati kayu berbentuk botol yang telah dimamah kumbang ambrosia yang berseni... "Kalau nak beli barangan kayu, contact le... kita kira harga orang Pahang!".


Beralamat:
Kayuma Industry
Lot. 626, Kampung Bukit Batu Sonsang, 28000 Temerloh, Pahang
h/p: 6019-989 0468
email: kayuma_industry@yahoo.com
blogger: kayumaindustry.blogspot.com

Thursday, February 17, 2011

Cara untuk hidup lebih lama (dan menikmatinya)

Tahun lalu saya bertanya kepada seorang mentor yang bijak tentang rahsia umur panjang. Adakah diet, sukan, tidak merokok, atau sesuatu yang lain?

Tanpa berlengah, dia menjawab, "Sikap (attitude)". Langkah pertama untuk tetap sihat, katanya, ialah dengan melihat gelas sebagai separuh berisi bukannya separuh kosong. Satu kajian di Mayo, menunjukkan bahawa individu optimis hidup 20% lebih lama daripada individu pesimis, membuktikan kebenaran kata-katanya.


Saat seseorang mulai bersara, penuaan menjadi satu topik hangat. Jangka hayat penduduk Amerika yang dahulunya pada 47 tahun pada awal abad ke-20 amnya, kini berdiri di sekitar umur 77 tahun, rentetan kemajuan dalam perubatan yang tertentu menggalakkan peningkatan jangka hayat yang lebih tinggi. (Fakta yang menarik: Kajian menunjukkan bahawa jika anda berumur 65 tahun, kemungkinan anda akan terus hidup untuk beberapa tahun lagi.) Akan tetapi, penuaan yang sihat adalah lebih daripada sekadar hidup lebih lama.


Mari kita mulakan dengan kecergasan. Diri kita terdiri daripada usia kronologi dan usia fisiologi. Hanya beberapa individu berusia 50-an berperawakan seperti individu berusia 20-an, manakala hanya beberapa individu berusia 50-an mempunyai kecergasan seperti individu berusia 20 tahun.

Kecergasan melibatkan jantung, paru-paru, dan fungsi otot aerobik, yang semuanya hasil dari latihan. Kekuatan otot dan fleksibiliti boleh dipertahankan dan bahkan ditingkatkan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa rumah kuaters penduduk yang bekerja di luar dapat sangat meningkatkan kekuatan mereka, dua kali ganda dalam beberapa kes, yang meningkatkan tahap tenaga mereka dan secara dramatik mengubah cara mereka melihat diri mereka. Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka merasa lebih baik ketika mereka sedang aktif, dan kajian menunjukkan bahawa sukan meningkatkan mood dan mengurangkan kemurungan risiko.

Sila layari:

Jogging till u Giggong

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2009/08/jogging-till-u-giggong.html

Ini cerita sama dengan otak. Jika anda tidak menggunakannya, anda kehilangan. Orang-orang yang tinggal secara intelektual mencabar mempertahankan fungsi cognitive yang lebih baik dengan bertambahnya usia mereka. Membaca dan berfikir. Menyelesaikan teka-teki silang-kata, bermain bridge atau puzzle. Atau aktiviti apapun dilakukan, dengan pengecualian vegetating di depan TV.

Gizi mempengaruhi proses penuaan. tetapi walaupun tuntutan sensasional kita dengar untuk DHEA, melatonin, dan suplemen diet yang lain, nutrisi yang penting adalah tidak ditemui dalam pil. Juga adalah hormon pertumbuhan manusia jawapan, yang diurus dengan bayaran sebanyak $12.000 sampai $15.000 per se tahun. Di sisi lain, kebanyakan doktor akan setuju diet yang menyarankan diberikan untuk mencegah penyakit jantung kanser-banyakan makan sayur-sayuran, buah-buahan, dan biji-bijian, dan mudah di makanan olahan, makanan cepat, dan daging boleh membantu memanjangkan hidup.

Merokok mungkin adalah cara terbaik memastikan anda tidak mencapai usia lanjut. Dapatkan bantuan untuk berhenti, jika perlu. Sedikit alkohol mungkin sihat, tapi lebih daripada jumlah moderat tidak. Dan sementara mengekalkan berat badan yang 'cool' dapat mencabar, mengurangkan risiko anda untuk hipertensi, diabetes, dan beberapa jenis kanser.

Faktor risiko individu berbeza-beza jadi pastikan anda mempunyai masa membaca baik pada tanda-tanda vital anda. Jika anda mempunyai hipertensi, kolesterol tinggi atau diabetes di bawah kawalan. Saya menyarankan mengubah gaya hidup. Tetapi jika seseorang memerlukan rawatan, saya akan mengesyorkan mereka menggunakannya. Mereka mungkin hidup lebih lama jika mereka melakukannya.

Hidup berputar di sekitar hubungan dan itu terlihat dalam penuaan. Orang yang memelihara hubungan dekat hidup lebih lama dan lebih sihat. Ini mungkin terdengar klise, namun pedulikan orang lain membantu kita peduli terhadap diri kita sendiri. Bersara, yang biasanya disertai dengan masa peralihan, boleh mempunyai kesan pada kesihatan. Selama tahun-tahun kita bekerja dan sentiasa sibuk, dirangsang dan digerakkan. Kebanyakkan orang melihat bersara sebagai waktu untuk berehat, melihat mekar mawar dan menyendiri. Dalam pengalaman saya, orang-orang ini tidak mejaga baik mental atau fizikal mereka yang cepat pergi...

Cara berbeza dan lebih baik untuk pendekatan bersara tetap terlibat dan aktif. Melihat bersara bukan sebagai mundur tetapi lebih sebagai bergerak ke depan. Ini adalah peluang untuk mengerakkan hobi, gatal tangan di pekerjaan yang anda selalu ingin menanganinya, terlibat dalam kegiatan masyarakat, sukarelawan. Terlibat dengan kehidupan normal adalah kunci untuk penuaan sihat dan anggun. Nikmati saja. Hal ini dapat menaikkan momentum usia kehidupan.
Catatan: Sesetengah orang memandang persaraan sebagai masa untuk beristirahat. Melalui pengalaman saya, individu yang tidak menggerakkan minda atau fizikal akan menjadi mundur.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, sila layari mayoclinic.com

PERSONAL FORTUNE - HOW TO LIVE LONGER (AND LOVE IT) - Dari Majalah Mingguan FORTUNE April 30, 2001Oleh Donald D. Hensrud, M.D. Pengarah Eksekutif Program Mayo Clinic.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Sunday, January 16, 2011

The Last Apparatchik

  
Dulu, saya tak pernah menyangka akan menjadi tua....
 
Kadangkala apabila saya ingat tentang akibat besar yang muncul daripada perkara kecil...
Saya cenderung untuk berfikir... tiada perkara kecil. Lalu saya mencatat kisah Abang Zul untuk kenangan walaupun perkara ini kecil dan enteng...


Saya mengenali Abang Zul ni agak lama. Tahun 1986 saya mendapat tawaran bekerja di DBP sebagai Pelukis Grafik. Abang Zul turut hadir menjalani interview. Sewaktu itu saya bekerja di Pustaka Antara sebagai Grafik Artist di majalah Alam Wanita dan setiap hujung minggu saya belajar di MIA (Malaysian of Art) di Bukit Bintang. Ketika interview itu, Timbalan Pengarah DBP antara 3 orang lain menemuduga kami. Salah seorang lagi Pengarah Seni DBP. Timbalan Pengarah berminat dengan hasil kerja dan menawarkan bekerja di syarikatnya di Advertisng Ros & Rem dan seterusnya di Majalah Minggunan Era sebagai Ketua Perekebentuk. Saya tidak ketemu susuk bernama Zul lagi...

Selang 2 tahun keadaan ekonomi dunia meleset. Banyak syarikat pengiklanan dan penerbitan gulung tikar. Syarikat kami tidak terlepas. Seterusnya saya berkerja di BPM sebagai Pegawai Contract dan freelancer di Mingguan Tanahair.

Ogos tahun 1989 sekembali dari Syarikat Penerbitan Fajar Bakti dan mendapat tawaran bekerja, saya terus singgah di penerbitan terbesar kerana hanya mengikut gerak hati. Seterusnya mendapat tawaran bekerja di Penerbitan terbesar di Malaysia dan bertemu susuk bernama Zul. Orangnya sederhana dan bila berbual pengucapannya teratur dan lambat. Sambil menyedut asap rokok dan melepaskan pelahan-lahan matanya sedikit terpejam. Itulah Abang Zul... Tidak disangka kami bertemu kembali. "Aku dari Izzara Advertising bersama Azizi dan Clement...." boraknya ketika itu.


Abang Zul ni bukan calang orang. Tahun 90an kami sama-sama bermain bola mewakili jabatan. Dia juga pakar stroke bila bermain carrum. Ramai teruja bila beliau mengeluarkan buah di belakang dan memasukkan ke dalam lubang...

Sebuah nostalgia dukacita tahun 93. Beliau diserang dan dipukul di kepala oleh orang yang tidak dikenali semasa hendak menunaikan sembahyang Asar di Masjid Negara. Selama tiga hari kami di pejabat tidak dapat khabar berita dan menghubunginya. Pada pagi hari ketiga isterinya menghubungi Azizi (arwah) dan bertanya ke mana suaminya yang dicintai menghilang? Kami menjadi bingung... dalam kebingungan ada suara sumbang ... "Balik rumah isteri kedua kot?...

Pada sebelah petang ada panggilan mengatakan yang Abang Zul dimasukkan ke GH kerana teruk dibelasah. Kami bergegas ke GH dan mendapati kepalanya berbalut dan bengkak. Kes pukul salah orang kata sedaranya. Bila didekati beliau tidak mengenali kami lagi...  "Sudah..., macam-mana Abang Zul nak bekerja... ingatannya sudah hilang?...

Kini 22 tahun berlalu. Abang Zul melangkau 55 tahun dan sudah bersara. Abang Zul kekal sihat dan ceria. Berat badan bertambah semenjak berhenti merokok atas nasihat doktor. "Paru-paru ada selaput hitam, ini kes berat", katanya bersahaja ketika bersembang. Itulah Abang Zul... Apabila tenaganya dipusatkan kepada masa kininya  - tidak kepada masa lampaunya - barulah kita dapat celik dan benar-benar menghayati hidup.


Hati mempunyai alasan yang akal tidak perasaan bila bercerita tentang susuk bernama Haji Zaini.

Orangnya simple dan sederhana saja. Rambutnya memeta uban disebak ke belakang. Genap dua bulan sekali rambutnya dipotong pendek setengah cm. "Haram mewarnakan hitam rambut kita...", nasihatnya lagak ustaz Zamani. Peminum air suam tegar ini teliti dalam pemakanan. Beliau tidak pernah mengambil MC dan file rekodnya pun tiada di klinik.

Ketika saya berkerja di Pustaka Antara susuk ini sudah mencipta nama. Banyak illustrasi buku novel ciptaannya seperti buku Arena Wati, Nobel Sukinah dan seangkatannya dan Pak Hamka - Tengelamnya Kapal Van Der Wijck. Alunan warna yang bersahaja dan lembut memcerminkan personalitiesnya yang suka kedamaian.

Ditemukan jodoh dengan seorang pelajar periang ketika beliau bertugas di Pustaka Antara dan kini mempunyai 5 orang anak kesemuanya perempuan.

Ketika musim buah sekitar tahun 95 saya menpelawanya berkunjung ke kampung saya di Temerloh. Kami memanjat langsat, makan buah durian dan mandi sungai Pahang. Nostalgia semasa kanak-kanak muncul kembali kerika mandi di jamban masjid dan Haji Zaini takut-takut turun ke air. "Ada buaya ke?, ada buntal? tanyanya ketika melabuhkan kaki. Saya bersama sepupu Mahadir (arwah) melawat Gunung Senyum dan Kota Gelanggi di Jerantut. Zaini cukup teruja.

Ketika pertandingan akhir Piala Thomos tahun 1996. Saya, Abang Hashim, Nordin dan Haji Zaini meraikan kemenangan Piala berprestej itu di Pulau Kapas. 2 kemenangan dan 2 kejayaan 1 kegagalan kerana Abang Hashim masih tidak pandai berenang...

Hj. Anep... Ikan tak kenal aku...

Suatu ketika yang lain kami mengikuti rombongan ke Tasik Kenyir beriadah sambil memancing. Haji Anep membawa kelengkapan memancing. Dengan gaya pro-joran beliau menerangkan jenis-jenis mata pancing... Kami terkejut, satu kotak bertingkat lengkap jenis mata kail dari yang kecil hingga sebesar ibu kaki. "Kau orang tunggu, nak makan ikan apa? jerawat?, tanya Haji Anep bersahaja menunjukkan kemahirannya. Tunggu punya tunggu susuk Anep tidak muncul. Ketika muncul dengan mulut muncungnya berkata, "Ikan tak kenal aku..."Sepatutnya aku bawa satu lagi joran...", Mengakui kesilapan sambil mengerak-gerakkan kopiahnya. Rupanya kelengkapan yang cukup tidak semestinya membuahkan hasil...


Di musim terkukur sekitar '97, kami mengikuti rombongan ke Pulau Tioman. Ketika di Pulau Tioman kami menginap di sebuah calet berhadapan pantai Salang. Saya, Hj. Zaini, Well dan sepupu Sh. Ali (duda ketika itu, untuk menghilangkan kesepian saya mempelawanya) cukup seronok dan teruja dengan persekitaran pulau berbatu karang itu. Kami bersama rombongan Kelab Sukan meredah pulau dari timor ke barat hingga ke Pekan Takek dan makan tengahari sekitar anak sungai. Pengalaman baru kata Hj. Zaini yang terkenal dengan diam ubi kayunya. Pengalaman bersama kini hanya tinggal kenangan seperti lagu 'Bangawan Solo' nyanyian Gesang Martohartono (1 October 1917 – 20 May 2010) itu...


Bengawan Solo, riwayat mu ini

Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari

Music kemarau, tak berapa airmu

Di musim hujan air meluap sampai jauh


Chorus:

Mata airmu dari Solo,

Terkurung gunung seribu

Air mengalir sampai jauh

Akhirnya kelaut


Itu perahu, riwayatnya dulu

Kaum pedagang selalu

Naik itu perahu




(Sesiapa nak mendengar lagu ini sila layari YOUTUBE Bengawan Solo)
   


Itulah serba sedikit sekadar catatan persahabatan.

Selamat bersara, dudes! Let's get it on! Tempus fugit!

Kalau ada lagundi pahit,
Belanga baharu dijerang orang;
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu dikenang orang.


Dulu, saya tak pernah menyangka akan menjadi tua.... Sebuah kata-kata dengan gaya bahasa khas Pramoedya Ananta Toer. Pengarang Indonesia termasyhur (1925 - 2006).


... Yang apparatchik terakhir
apparatchik |ˌäpəˈrä ch ik|
noun ( pl. -chiks or -chiki |- ch iˌkē|) derogatory or humorous
an official in a large organization, typically a political one : Tory apparatchiks.


Sunday, January 9, 2011

Beban Sebuah Kapak


 

Saat kematian seribu wajah menjelma. Illustrasi di hasilkan tahun 1986 semasa di BPM.


Sebuah kisah anthrax menjadi tablet untuk direnungi. Seorang raja yang disayangi rakyat. Suatu hari raja memanggil penasIhatnya. "Beta ingin menguji kesetiaan kamu", katanya membuka bual bicara. "Bagaimana caranya Tuanku?", tanya penasihat. "Jika beta mangkat, beta ingin ditemani di dalam kubur nanti selama 40 hari. Siapakah yang sanggup?, akan beta berikan kekayaan harta benda...", bentang Sang Raja. Penasihat Istana terkulat-kulat dan bertanya sesama sendiri.

Ditakdirkan raja mangkat selepas perancangan itu, maka berita itu diuar-uarkan ke seluruh negeri. Sekian lama, belum ada satu pun yang sanggup tinggal di dalam kubur termasuk keluarga terdekat yang disayangi. Sebelum raja mangkat lagi penawaran untuk ditemani di kubur pernah diajukan kepada isteri tersayang. "Apa, buang terbiat orang tua ni fikir permaisuri? Diajukan kepada anak-anaknya. "Apakah ayahenda sanggup melihat anakenda di sana?....

Hingga satu hari datang seorang pencari kayu dengan hanya membawa sebatang kapak yang dimilikinya sanggup menemani Sang Raja. Isteri Sang Pencari Kayu pun reda dengan niat suci suaminya. "Apa nak ditakutkan, abang pun sering keluar masuk hutan berhari-hari mencari kayu?... 

Peluang baik bukan selalu datang. Kita juga ingin menjadi kaya...
"Akan kau jaga dengan apa Sang Raja nanti didalam kuburan?" tanya penasihat terkebil-kebil melihat telatah Sang Pencari Kayu yang miskin itu. "Hanya dengan ini.... Kapak", kata Sang Pencari Kayu menjawab. Akhirnya penguburan dilaksanakan di sebelah Sang Raja dan Sang Pencari Kayu menemani Sang Raja dengan berbekal kapak serta dilengkapi makanan serta minuman dan jugak saluran yang dihubungkan ke atas tanah, untuknya bernafas.


Al Fatihah buat Pak Saudara, Chu Nipah yang disemadikan
di kuburan, Cheras, KL.

Hari pertama berlalu begitu mengerunkan, Sang Pencari Kayu didatangi malaikat yang mananyakan perihal kapak yang dibawanya. Begitu pula dengan hari kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Setiap malaikat yang datang kepadanya hanya menanyakan akan hal sebilah kapak yang dipegangnya.

Dari mana Sang Pencari Kayu mendapatkan, untuk apa digunakan, bagaimana ia menggunakannya, dan pertanyaan-pertanyaan lainnya. Hutan siapa yang ditarahnya, apa jenis pokok, tanah siapa dan sebagainya. Si Pencari Kayu kebingungan mengila. Hingga selama 40 hari itu tidak ada satu pun hal dan pertanyaan yang menyangkut peri hal Sang Raja.

Setelah lewat keempat puluh hari, Sang Pencari Kayu memberi tanda ke atas bahwa dia hendak keluar dari dalam kubur Sang Raja. Sesampainya di atas, terburu-buru Sang Pencari Kayu pulang ke rumah. "Hai Pencari Kayu!, kau harus menerima dahulu hadiah yang telah dijanjikan Sang Raja." kata si penasihat bersemangat.

Antara takut dan gusar Sang Pencari Kayu menjawab, "Tidak, tidak. saya tidak sanggup menerimanya. Untuk sebilah kapak saja, hingga empat puluh hari pertanyaan-pertanyaan dari malaikat kubur tak juga kunjung selesai. Bagaimana saya harus menjawab pertanyaan dari beban harta yang akan saya terima sebanyak itu kelak ?". Sang Pencari Kayu menonong berlalu. Pembesar-pembesar istana temenggu, mata terkebil-kebil...


..........................


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah bersabda: Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya. (Shahih Muslim).

- Seterusnya Iman yang arif menasihatkan jemmah jangan lupa berzakat. Berzakat dapat mensucikan harta kita. Sekarang kaedah telah dimudahkan kepada sesiapa ingin berzakat, ujar Pak Iman lagi.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


Tuesday, December 21, 2010

Jalan Sufi, Jangan memandang bentuk luarku...

 

Sufi adalah orang yang melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain - kalau ini perlu. Ia juga orang yang melakukan apa yang tidak dapat dilakukan orang lain - kalau ini ditunjukan.  - Nuri Majudi.

Seorang Sufi adalah ia yang pembicaraannya sesuai dengan tingkah-lakunya dan diamnya menunjukkan keadaannya, dan yang mengesampingkan hubungan-hubungan keduniawian.  - Dzun-Nun.

Jangan memandang bentuk luarku,
tetapi ambillah apa yang ada ditanganku.
- Jalaluddin Rumi


Dosa
Dosa terhadap Pencipta adalah satu hal; tetapi dosa terhadap manusia adalah hal yang lebih buruk lagi.  - Sufyan Tsauri


Pengabdian
Aku tidak akan mengabdi kepada Pencipta seperti seorang pekerja, dengan mengharapkan upah saya.  - Rabi'ah Al-Adawiah

Pintu
Salih dan Qarwin mengajar pengikut-pengikutnya, "Siapa saja yang mengetuk pintu tiada putus-putusnya, pintu itu akan dibukakan baginya".
Rabiah yang mendengarnya pada suatu hari berkata, "Berapa lama engkau akan berkata Pintu itu akan dibukakan?. Pintu itu tidak pernah tertutup".

Buah dan Semak Berduri

Bagi seekor keledai, semak berduri adalah buah yang lazat. Keledai makan semak itu. Tinggallah ia seekor keledai. - Habib Al-Ajami



Segi Pandangan
Bagi yang berdosa dan busuk aku jahat; Tetapi bagi yang baik - baiklah aku. 
- Mirza Khan, Ansari.


Cerita ini di adaptasi daripada kisah Lukman Al-hakim bersama anaknya dengan seekor keldai. Bertindaklah seadanyanya dengan fikiran waras, jangan memperdulikan orang kata...

Kebaikan Yang Sebenarnya
Berada dengan mereka yang sungguh-sungguh baik lebih baik daripada menjadi apa yang engkau bayangkan sebagai baik.
Berada dengan mereka yang buruk lebih buruk dripada berbuat sesuatu yang buruk.  
- Bayazid

Kematian
Tidurlah dengan ingatan akan kematian dan bangunlah dengan pikiran itu sehingga engkau tidak akan hidup lama. - Uwais Al-Qarni


Buku Jalan Sufi oleh Idries Shah/1985
Terbitan PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.