ads

Tuesday, May 27, 2014

Antara Raja, pembesar dan Tukang Kebun...




HAYATILAH ini satu cerita; kisah tukang kebun yang bijaksana; kepintarannya selamatkan pembesar negeri daripada hilang kuasa; ini kisah nasihat dahulu kala, bukannya auta!




Pada suatu hari di suatu zaman, seorang raja mengajukan soalan kepada pembesar negeri (PN).




Titah raja: "Sudah lama mamanda nikmati jawatan, harta dan kuasa. Hari ini, beta bentangkan tiga perkara. Jika gagal, mamanda akan hilang segalanya dan dinyahkan dari negeri beta. Mamanda ada tujuh hari menjawabnya."




Maka PN pun jadi gundah-gulana, makan tak lalu tidur tak lena, berjumpa semua pembantu, anak isteri dan sanak-saudara, meminta tolong cari jawapannya.




Hari demi hari berlalu, fikirannya bercelaru, wajah dan pakaiannya tidak segak macam dahulu.




Pada hari keenam, PN disapa si tukang kebun (TK).




"Hamba nampak tuan sangat sugul. Apakah masalahnya?. Beritahulah, biar hamba cuba-cuba tolong," kata TK.




"Pembesar-pembesar negeri pun tidak mampu selesaikan, ini pula si TK," fikir PN.




Namun, memandangkan waktu terlalu suntuk, suka tidak suka PN terpaksa juga tunduk. Kepada si TK dibentangkan soalan, dengan harapan mendapat jawaban.




"Soalan pertama; raja mahu tahu", kata PN, "Dalam banyak perkara palsu, apakah kepalsuan yang paling besar?




"Itu mudah sahaja. Kepalsuan paling besar adalah dunia. Jika dunia ini sesuatu yang bukan palsu, ALLAH tidak akan memberi segala kemewahan kepada mereka yang mengkufuriNya.



Gambar hiasan: Harta pangkat tertolak ke tepi... dalam banyak-banyak kebenaran, apakah yang paling benar?




"Pada ALLAH, dunia ini lebih kecil nilainya daripada sebelah sayap seekor nyamuk.


"Apakah kita membawa jawatan, pangkat, harta dan kuasa ketika menemui ALLAH? Kita hanya akan dibalut dengan kain tidak berjahit dan dikebumikan enam kaki dalam tanah.




"Kita akan tinggal segalanya dan membawa amalan, sedekah jariah dan anak-anak yang mendoakan. Bahkan kita akan membawa dosa.




Termenung PN mendengar huraian TK.




"Soalan kedua?" tanya TK. Raja mahu tahu, dalam banyak-banyak kebenaran, apakah yang paling benar?




"Itu mudah," ujar TK. "Jawapannya ialah 'mati'. Semua orang tahu, setiap makhluk akan mati. Yang kufur, malah ateis pun mengakui mati itu benar.




"Tuan, saya dan semua makhluk tidak tahu apakah kita akan mati lima minit, lima hari, lima bulan atau lima tahun dari sekarang, tetapi kita pasti mati apabila tiba giliran kita.




"Betapa malangnya apabila ada yang tipu helah untuk mencapai kehendak nafsu secara salah, maki hamun untuk mendapat jawatan, mengaut harga dan kuasa, sedangkan di penghujungnya kita akan pergi tangan kosong, meninggalkan perbuatan buruk dan nama yang mengaibkan, sedangkan kita membawa dosa untuk dibentangkan di depan ALLAH."




PN sebak. "Soalan ketiga?" tanya TK. "Raja mahu tahu, dalam banyak-banyak perkara yang tinggi, apakah yang paling tinggi di dunia?," kata PN.




"Itu pun mudah," kata TK, cuma tuan balik dahulu, siapkan makanan yang paling tuan gemar dan bawa kepada saya esok."




Bengkeng diarah demikian rupa oleh TK, tetapi kerana tiada pilihan, PN terpaksa akur.


"Tuan makan makanan ini, bukan saya," kata TK apabila PN menghulurkan makanan paling digemarinya kepada TK.




"Sila duduk dan kongsi makanan dengan haiwan ternakan saya ini," kata TK.




Kemarahan PN memuncak, tetapi kerana itu adalah hari terakhir untuk dia menyembahkan ketiga-tiga jawapan kepada raja, maka PN terpaksa menelan ego dan menurut perintah TK.




Setelah habis, TK bertanya: "Tentunya tuan tahu sekarang apa yang paling tinggi".




"Maruah?" tanya PN. "Bukan," jawab TK. "Ego?", tanya PN. "Itu pun bukan," kata TK.


"Jawapannya", kata TK, "ialah matlamat. Bayangkan, fikiran tuan berkecamuk, diri tuan tidak terurus, pakaian tuan kusut. Tuan sanggup meminta bantuan sesiapa sahaja, tidak kira walaupun orang biasa, bahkan tuan lakukan yang bertentangan dengan ego tuan selama ini semata-mata untuk mencapai matlamat tuan agar tuan dapat membentangkan jawaban kepada raja supaya tuan tidak hilang jawatan, harta dan kuasa."




PN mengangguk. Air matanya mengalir mengakui hakikatnya.






Tajuk asal: Tukang kebun yang bijaksana
 

FARUSH KHAN/Sinar Harian

28 Mei 2014

Sunday, April 20, 2014

Makna Mimpi... Singa, Tikus, Ular dan madu Lebah...


Suatu malam yang dingin seorang lelaki bersendirian tidur dan bermimpi. ‬

Di dalam mimpinya seekor singa mengejarnya. Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..‬

Dan memandang ke bawah. Singa yang kelaparan tidak berganjak menantinya dengan mata merah dan mulut ternganga di bawah pokok itu.‬

Lelaki itu ketakutan dan mengeletar segala angkotanya. ‪Kemudian dia itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus. Seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi  dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut. ‬

‪Pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar-benar berada di dahan di bawah tempatnya duduknya. Andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan dipatuk atau masuk ke mulut ular itu‬.

Di dalam kegelisahannya dia memandang ke atas,mencari kalau-kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk berpaut. Tiba- tiba dia terpandang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya. ‬

‪Beberapa tetes madu menitis melintasinya. Lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelir lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.‬

‪Wau, sedap! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...‬

‪Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk. Pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya di bawah. ‬

‪Tiba-tiba dahan tempat duduknya hampir patah. Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya...‬







Lelaki itu terjaga dari tidurnya...‬

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya. Orang alim itu berkata, "Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi. Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam. Putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian. Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.‬
 

Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. ‬

‪Akhirnya kita lalai dan hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil.‬





‪Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat sebagai bekalan untuk bertemu-Nya ...‬


Dari WattsApp rodongan

Thursday, March 27, 2014

Simpang-siul kehidupan: Antara Telur dengan RM...


Lengoh menghadapi 'Simpang-siul kehidupan'. Ada nasihat, ada bidalan dan ada autar. Dalam autar ada pengajaran untuk dijadikan pedoman. Cerita autar bagaimana mendapatkan wang secara sepele… cuma menggunakan air liur… Lelucon dalam WattsApp mencuit hati tetapi boleh ditiru atau jangan dicuba…




Setiap ‪malam, sebelum tidur Pegawai Bank akan memeriksa 'telur'nya.‬ Isteri yang berkulit kuning telur cair terkejut dengan tingkah-lakunya dalam sehari-dua itu. Hendak bertanya terasa malu, tetapi performance abangnya tetap jantan. "Kalau kaca bisa pecah, kalau kayu bisa patah.... Buat dek aja le...".

............................................................................ 


Seorang Warga Emas, berumur sekitar 70an, sering datang ke sebuah bank untuk menabung.‬ ‪Beliau banyak menyimpan duit seperti disurahkan. Sekali menyimpan RM5 ribu kadang-kadang RM8 ribu sesekali mencecah RM12 ribu!!‬!.

‪Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. "Banyak betul duit Uncle ni, tiap-tiap hari datang menabung", fikir Pengurus Bank cemburu dengan kesenangannya.‬

Suatu hari yang ranum, ‪Pengurus Bank mendapatkan Uncle itu di kaunter urusan dan menariknya ke meeting room.‬

Pengurus Bank: "Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?‬".
‪Pakcik: "Boleh… tak salah, tak menjadi kudis…‬".
Pengurus Bank: "Saya Pengurus Bank. Saya dah lama perhatikan, saya perasan Pak Cik menyimpan duit, 5 ribu, terkadang 10 ribu. Banyak betul duit Pak Cik? Pak Cik keje ape sebenarnya?‬".

‪Pak Cik sedikit terkejut mengurut kepalanya yang botak: "Ooo… Saya tak keje. saya menang bertaruh…‬".
Pengurus Bank terkulat: "Bertaruh? bertaruh camne tu?‬".
‪Pak Cik membulatkan mata: "Kalau nak tau.. awak bertaruh, nak?‬.

Pengurus Bank menganggukkan kepala setuju: "Ok. saya tak kisah..‬".
‪Pakcik merenung tajam Pengurus Bank: "Macam ni… 7 hari dari sekarang… saya jamin.. 'telur' di anu Encik akan hilang…‬".
Pengurus Bank tergelak, sedikit terkejut: "Ha ha ha… macam-mana pulak 'telur' saya boleh hilang? Kelakar!‬".

‪Pak Cik: Kalau Encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur Encik hilang, encik kena bayar saya RM1k. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar Encik RM1k. Jangan lupa… kita jumpa minggu depan, kat sini…‬".
Pengurus Bank antara pecaya dengan was-was: "Ok…‬".


‪Selesai waktu kerja, Pengurus Bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Takut kalau-kalau sebiji telurnya hilang. Walaupun tidak percaya 100% dengan kata-kata Uncle itu, dia tetap risau mengelisah…‬ Manalah tau hilang telurnya sebiji. Ini boleh berlaku. (Teringat kisah diceritakan kawanya, seorang askar yang bertugas di Sabah. Askar ini telah membuat onar atau dajal dengan awek Kadazan Dusun. Dipendekkan cerita, balik ke Semenanjung askar meraba telurnya tetapi sudah hilang sebiji. Melihat mukanya di cermin, alangkah terkejut, telurnya terbonjul di dahinya).

Setiap ‪malam, sebelum tidur Pegawai Bank akan memeriksa 'telur'nya.‬ Isteri yang berkulit kuning telur cair terkejut dengan tingkah-lakunya dalam sehari-dua itu. Hendak bertanya terasa malu, tetapi performance abangnya tetap jantan. "Kalau kaca bisa pecah, kalau kayu bisa patah...". Buat dek aja le...

Acapkali ‪bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan ialah memeriksa 'telur' takut-takut hilang!‬. ‪Begitulah dalam seminggu terkadang terlupa senda-gurau isterinya. Ini berlarutan menyampaikan hari  ke 7 dan untuk mendapat ‬reword 1k.

Hari yang ditunggu tiba dengan selambanya. ‪Tergambar wajah gembira, sambil menyentuh telurnya terbayang wang 'bergolek'. Dia akan mendapat 'rezeki terpijak' RM1 ribu. 'Telur'nya masih selamat di tempat asal, tidak hilang atau melekat di tempat lain, fikirnya.‬

‪Uncle Si Kaki bertaruh sampai di bank tepat pada masa dan terus mendapatkannya. Pengurus Bank dengan muka berseri melambai tangan. Tak sabar-sabar...‬





Pengurus Bank merenung: "Pakcik… Hari ni memang bukan rezeki Pak Cik…‬".
‪Pak Cik: "Kenapa pulak?‬", terperanjat.
Pengurus Bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada…‬ memegang telur seakan menunjuk kepada Uncle itu.

‪Pak Cik: "Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?‬".
Pengurus Bank: "Silakan…‬" melorongkan bontotnya kepada orang tua itu.

Pengurus Bank bangun dan Uncle itu memegang 'telur' bagi memastikan kebenarnya.‬
‪Pak Cik: "Erm.. Nasib Encik memang baik… 'telur' masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni…‬". mememekkan mukanya.

‪Pakcik selamba menghulurkan RM1k kepada Pengurus Bank.‬
Pengurus Bank: "Ha ha ha! itu la Pak Cik… Kalau nak bertaruh.. tengok kaki la…", menahan gelak besar.‬


‪Pak Cik itu menonong keluar dari bank tanpa berkata apa-apa.‬

‪Selang 10 minit kemudian, Pak Cik itu masuk ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan.‬

Pengurus Bank pucat: "Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?‬".
‪Pak Cik: "Saya nak simpan duit… Nah… RM7k.. masukkan dalam akaun saya, saya nak cepat ni…"‬.

Pengurus Bank: "Tapi…. mana datangnya duit sebanyak ni?‬".

‪Pak Cik: "Nampak Pengawal Keselamatan kat luar yang tengah tengok kita tu?,  Saya bertaruh RM7k, ngan dia yang hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni…‬".


Pengurus Bank terlopong: "CELAKEEEE!!!".‬ Aku hanya dapat 1 ribu, dia dapat 7 ribu... 




- Renungkan kata-kata Albert Einstein ini – Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada HAD tetapi kebodohan tiada SEMPADAN!.

Wednesday, February 26, 2014

Niat nak menolong... akhirnya terlolong...


Kisah Pemukau di Pekan Temerloh mengusarkan penabung...

Gambar hiasan

Baru-baru ini kejadian malang telah menimpa sepasang keluarga emas di Temerloh, Pahang. 
 
Ketika sedang menempatkan kereta mereka didatangi pasangan dari Seberang berpura-pura meminta bantuan. Pasangan
dari Seberang merayu meminta wang pembiayaan konon anaknya sakit tenat. Warga emas ini simpati tetapi mengatakan tidak mempunyai wang tetapi didesak menunjukkan buku wang simpanannya di Tabung Haji. Setelah diteliti didapati mengandungi sejumlah RM23 ribu. Pasangan ini telah menggunakan pukau supaya mengikut arahannya.

Pasangan dari Seberang ini juga membantu mengisi borang pengeluaran dan mengecop jari juga disediakan di dalam keretanya. Tidak semena-mena pasangan emas ini pergi mengeluarkan simpanannya di Tabung Haji sebanyak RM20 ribu tanpa sedar. Mereka dapat mengeluarkan wang sebanyak itu dengan begitu mudah dan cepat. Kerani kaunter hanya bertanya selamba mengapa mengeluarkan wang begitu banyak. "Nak membaiki rumah bocor, katanya mengingati pesanan pemukau jahnam itu. Inilah jawapan tuntas yang tidak akan ditanya lagi oleh kerani bank. Para pegawai di Tabung Haji tidak mensyaki tindakkan terburu-buru warga emas ini.

Wang itu diserahkan kepada pasangan
dari Seberang yang bersedia menunggu di luar bangunan Tabung Haji dan terus menghilangkan diri kemudiannya. Pasangan emas itu baru tersedar tindakan dibawah sedarnya. Kejadian sekelip mata. Alangkah menyesalnya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Terduduk bungkam dengan mata basah di tepi dinding kaca bangunan.

Mereka kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis tetapi polis menganggap kejadian itu tidak aneh dan biasa berlaku di pekan cowboy ini. Persoalannya, kenapa pihak polis tidak bertindak dan berbuat sesuatu bagi mengelakkan kejadian ini berulang?. Sewenang-wenangnya rakyat
dari Seberang membuat onar di tanah air tercinta ini. Di surahkan kes pukau sering berlaku dan melibatkan warga emas... Nak buat gona?…

Pihak Tabung Haji sepatutnya berbuat susulan. Pegawai kewangan lebih teliti meluluskan pengeluaran wang dan sepatutnya ada waris terdekat mengiringi warga emas ini. Wang tunai sepatutnya dihadkan sebanyak RM5 ribu saja (memandangkan beliau sudah pun mengerjakan haji) selebihnya menggunakan ceks di bayar di bank, memandangkan keluarga emas terdedah kepada risiko samun dan rompakan.

Kita amat sedih dengan kejadian sebegini dan diharap pihak polis dapat memantau dan pihak Tabung Haji berbuat sesuatu bagi mengelakkan kejadian berulang. Tolong, jangan salahkan warga emas...


Mujur juga pemukau itu berhati separa mulia... meninggalkan sedikit baki 'sepolik pot' untuk warga emas itu... berdasarkan kepada prinsip 'beyond the shadow of doubt' yang jauh melangkaui 'beyond reasonable doubt' bagi meneruskan penghidupan...



Kes lain...

Pesara Polis lesap RM50 di lokasi yang sama… episod berulang.


Awas... Si pemukau ini sudah berkeliaran di pekan-pekan kecil persekitaran tempat anda...



Thursday, January 2, 2014

Unapologetic… Tini

Siri 2 dan Final.

Siri 1: Thour: Isteri tidak menyayangi ku lagi... 
keluaran Friday, November 2, 2012


Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah, yang maha menyatu, maha mengasihani terhadap hambaNya. Malam yang hening ini telah menyatukan kembali kasih sayang kami dan cinta kami berdua serta anak-anak kembali ceria. Krisis dah kemelut rumah tangga kami sudah berlalu dan tamatlah sudah episod duka ini buat selama-lamanya dan berharap kekal hingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabil a la min…
 SMS Thour kepada keluarga terdekat.
...............................

Sering tak terduga: kebeningan menkehendaki pemberantakkan. Meskipun pada awalnya hubungan suami isteri ini nampak ok selepas melahirkan 3 anak. (Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2012/11/thour-isteri-tidak-menyayanyi-ku-lagi.html)

Pertemuan petama dengan Annie di stesen keretapi pada di hari raya haji ketika pulang ke KL tahun 1999 membawa musibah selama 1 tahun 11 bulan. Hubungan renggang hingga 2005 apabila Thour berkahwin. Tetapi on off, sekadar bertanya khabar. Ini menimbulkan gejolak dalam rumah-tangga Thor umpama Burung Cenderawasih jantan mencari pasangan ronggi-ponggi… 


Jika Burung Betina tidak terpesona dengan gerak geri persembahan Burung Jantan,
burung itu akan terbang jauh meninggalkan Burung Jantan terpinga-pinga...
Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2012/11/thour-isteri-tidak-menyayanyi-ku-lagi.html

......................................

"Isteri Thour membaca SMS dari Anne, janda beranak satu bekas kekasih Thour di IPhone tanpa diketahuinya. Ini menimbulkan gawat berterusan... Situasi unknown melingikari rumah-tangga di tingkat 1, apartment di Cheras itu. Tidak bertegur-sapa, berpura-pura depan si anak, pengasingan di bilik tidur, tiada kemesraan dan hinggalah kes isteri nusyuz. Tidak bersenggama dan tidak… tidak… Anak-anak masih belum memahami riak tubuh ibubapanya".




Fenomena unknown
1 tahun 11 bulan tidak bersengama
Bertopengkan anak-anak hubungan nampak erat..

Thour mencari-cari sebab musabab tetapi unknown. Isteri Thour membisu tidak menerangkan duduknya perkara. Sejak bertugas dan kembali ke KL perubahan total. Main kayu tiga? Terkena buatan orang?. Pihak keluarga, sahabat handai juga cuba mencari tahu tetapi umpama terowong di pekat malam.

Thour masih teringat pertemuan pertama dengan isterinya Tini sekitar tahun 2003 di Universiti Malaya. Ini berlaku tanpa dirancang dan berterusan hingga berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isterinya bekerja sebagai pensyarah bahasa Jerman dan Thor hanya sebagai Technican IT.

Kerana ketidak-sanggupan menghadapi situasi unknown, Thour menguatkan semangat pergi ke pejabat Kadi untuk mengadu hal. Sesampai, hati berbelah bagi nak membuat pendedahan kepada pegawai agama. Hampir 20 minit Thour termenong di atas motornya, memikirkan kesan dari tindakan itu. Berpisah dengan anak-anak, isteri membawa diri dan segala macam melingkari benak batinnya. Thour membatalkan hasratnya lalu pulang nongoi.

Senjata Thor… Sabar… 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pengajaran :
1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. Diampunkan dosa-drosa yang lalu
c. Memilliki iman yang sejati.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
“Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda.
Baginda bersabda:
“Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar.”
MasyaAllah.. Subhanallah.. Sesungguhnya SABAR ITU INDAH..

http://www.pelikbinajaib.com/pelik/hikayat-burung-cenderawasih

Suasana lampu samar-samar

Sekitar 11 malam, hari Sabtu 11 Nov 2013, Thour melayan kegelisahan yang tidak berkesudahan di atas katil. Anak perempuan keduanya berusia 5 tahun lena tidur di sebelahnya setiap malam akibat pengasingan tidur lebih dari setahun. Dalam suasana lampu samar-samar terjengoi isterinya, Tini.

Tini memakai baju nipis biru muda dan menghampirinya. Soalan pertama menyusul di malam hening. "Abang, masih berhubung dengannya lagi?…(Anne janda beranak satu bekas kekasih Thour). Dan berleret-leretan dengan pelbagai pertanyaan. Thour antara hayal, menafikan dan banyak berdiam diri. Agree to disagree, agreeably: Bersetuju untuk tidak bersetuju, menyenangkan. Ini kerana temannya telah memberikan tip: Jangan jawab, biarkan isteri bercakap hingga habis apa yang terbuku di benak batinnya… "Ceraikan Tini jika nak hidup dengannya…", bentak Tini dengan mata berkaca.

Thour tergugah dan mendapat kekuatan lalu bangun dan merapati isterinya di bucu katil…. "Bukan macam tu…".  Menarik isterinya dan duduk tepi katil memegang tangannya kemas… isterinya menitis air mata sebak tanpa terkawal lagi. Thour mengaku masih berhubung dengan Annie tetapi sekadar bertanya khabar dan bercerita masalahnya rumah-tangga yang dihadapinya kini.

Barulah isterinya reda dan menyedari duduknya perkara dan meminta maaf tulus ikhlas. Rundingan krisis selama ini diselesaikan pada malam itu juga. Diberinya beberapa syarat. Perkara pokok, Jangan ada perhubungan dengan Annie lagi. Jika belaku jugak kita berpisah…, bentak Tini. Thour memberi tempoh bertenang kepada isterinya. 


Benarlah kata bijak berilmu… “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” 

Sekian, begitulah adanya.

.................................................


unapologetic | ˌ ənə ˌ päləjetik |
kata sifat
tidak mengakui atau meluahkan rasa kesal: beliau kekal unapologetic mengenai keputusannya.
DERIVATIF
unapologetically |-ik (ə) Le | | ənəpɑlədʒɛdək (ə) li | adverba

Monday, December 16, 2013

'A truly unique collection'... Kisah seorang jutawan yang sakit tenat...





Kisah seorang jutawan yang sakit tenat menunggu panggilan ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya. ‬

‪Beliau ‬berpesan‪ kepadanya, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tiada lagi, ada permintaan kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak dan lusuh, ayah ingin pakai stokin kesayangan kerana banyak kenangan bersama stokin itu, minta stokin itu dipakaikan bila ayah hendak dikafankan nanti."‬. Pesan ayah berkali-kali hingga mampan telinga anak-anaknya.

J‪utawan itu pun meninggal dunia, seperti disurahkan. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi Tuan Imam menolaknya, "Maaf, secara syariat hanya dua lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."‬

‪Terjadi perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kejadian ini menjadi 'viral' dan bualan hangat. Kerana tiada titik noktah, dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. 'Jangan lengah, jangan berbalah nanti terbelah'. Beliau berkata, "Sebelum wafat, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama"‬.






‪Diriwayatkan, dibukalah surat wasiat jutawan itu buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.‬

‪Suratnya bertulis,‬
"Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah menimbun, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya. Ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak itu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia.‬






Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah.‬