ads

Tuesday, May 26, 2015

Jangan Terlalu Sibuk Dengan H/P!!




APA TUJUAN KITA DIJADIKAN... ADAKAH KITA DATANG KE DUNIA NAK BERSENANG-SENANG SAJA... BERMEWAH-MEWAH ATAU MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEZALIMAN... DUNIA SEBAGAI TEMPAT UJIAN@TIPU DAYA SYAITAN.



Itulah kehidupan dunia...

Al-Qur’an berfirman bahwa kehidupan dunia bagaikan hujan. Hujan turun dari langit untuk diserap bumi dan tumbuh-tumbuhan. Kemudian tanaman pertanian tumbuh dan matahari yang cerah bersinar. Semua orang merasa senang karena buah-buahan tumbuh.  Tapi kemudian matahari terus bersinar sehingga menjadi terik dan kering. Kemudian angin berhembus dan menerbangkan daun-daun dari tanah yang telah tandus.





Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa. 
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini, dengki hati jadi mainan...


1. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

2. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

3. Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

4. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

5. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

6. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

7. Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.



8. Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

9. "Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

10. Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

11. Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

12. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat. Jadi, mulai dari sekarang. 

13. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

.......................................

share kt grup, mgkin ada manfaatnya

Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 kerja.. dll

Credit utk penulis ..... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum.... 



Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

Dari Wattsapp Rodongan

Monday, April 27, 2015

40 TIPS UTK SELAMATKAN WANG ANDA TAHUN 2016




Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun ciput!. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak hutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:



40 TIPS UTK SELAMATKAN WANG ANDA TAHUN 2016


Biarlah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah:

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall



18. Berhenti merokok/vape!
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan


23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma


33. Lupakan impian tambah Nelopah!
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. tukar PM?...

Dari: Wattsapps: Rodongan



Tuesday, March 17, 2015

Monday, February 16, 2015

'The Gold Rush Paradigm'


Kisah suka-duka pencari emas....


Tunggu....

Monday, January 19, 2015

Lagi coret-coret masa lampau... YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA!



Permainan Tradisi Kian Dilupakan


Mengimbas kembali zaman kanak-kanak ketika dahulu, sudah pasti bibir akan mengorak tersenyum. Terlalu banyak kenangan indah yang dicoretkan dan masih segar di ingatan kita. Tanya sahaja kepada sesiapa sahaja pasti semua orang ingin diputarkan kembali ke zaman tersebut jika ianya boleh dilakukan. Tapi sayang, memori dan pengalaman itu hanya datang sekali sahaja seumur hidup. 

 

Aku terpanggil untuk mencoretkan sedikit pengalaman pahit manis kita ketika masih di zaman kanak-kanak. Zaman yang bagi aku tiada langsung masalah. Zaman yang penuh dengan kasih sayang dengan keluarga mahupun sahabat. Bukan aku hendak menafikan zaman sekarang tiada langsung kemanisan tetapi bagi aku zaman kanak-kanak itu terlalu bernilai dan tiada galang gantinya. 


Suatu perkara yang terkesan sekali setiap kali aku mengimbas kembali ke zaman kanak-kanak ialah permainan tradisional yang sering menjadi keutamaan aku suatu ketika dahulu. Kadangkala hati aku terguris tatkala melihat kanak-kanak zaman sekarang terutamanya kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah yang langsung tidak kenal lagi dengan apa itu ‘permainan tradisional’.


Kepantasan era globalisasi yang menjadikan kanak-kanak zaman sekarang semakin lupa akan permainan tradisional sedangkan permainan tradisional ini sesuatu permainan yang sangat menyeronokkan malah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama saudara dan juga sahabat. Bagi aku yang dari kecil dibesarkan di kampung, permainan tradisional telah menjadi suatu perkara yang sebati dalam diri aku. 


Setiap hari itulah agenda wajib yang aku lakukan bersama sepupu dan juga sahabat aku. Kami sanggup mengayuh basikal sekeliling kampung hanya untuk bermain. Keadaan ini berbeza sekali dengan kanak-kanak zaman sekarang. 


Kanak –kanak zaman sekarang lebih suka menghabiskan masa dengan melayari internet, bermain permainan di lensa kaca sahaja dan malas untuk bergaul dengan orang lain. Perkara ini seolah-olah menjadi ‘penyakit’ kepada kanak-kanak zaman sekarang. 


Mereka bagaikan ‘cacing kepanasan’ sekiranya tidak dapat melayari internet . mereka terlalu asyik dan leka dengan dunia mereka sehingga lupa masyarakat sekeliling. Yang paling menyedihkan, hubungan keakraban sesama saudara dan juga sahabat semakin renggang. Ini suatu yang amat membimbangkan kerana sebagai masyarakat melayu khususnya budaya menghormati sanak saudara itu sangat dititikberatkan.


BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA.

1. Tangkap ikan puyu
2. Main konda kondi
3. Rondes
4. Ais Kepal
5. Baling selipar
6. Laga ikan
7. Main bola pakai pen berspring
8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik.
9. Tekap lukisan pakai minyak masak
10. Galah panjang
11. Main terup tampar siapa terbalik kalah


12. Main guli
13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah)
14. layang-layang buat pakai surat khabar
15. Letak cermin di kasut skodeng cikgu pakai skirt dan teka warna seluar dalam.
16. Main tetris


17. Game pakai catridge main Supermario pun nak excited sangat
18. Aerial TV letak tudung periuk
19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi
20. Tangguk ikan di taliair


21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.
22. Tangkap belalang kunyit di rumput
23. Cari rumput jarumas di padang sekolah cikgu bayar seringgit (cikgu cakap untuk power)
24. Tanya mentadak macammana orang lain tidur
25. Tangkap pepatung


26. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih
27. Main judi tikam di kedai runcit
28. Minum air oren setiap kali raya
29. Pekena kawan dengan perangkap lubang dalam tu ada taik kita. Buat lubang dulu dan tutup dengan ranting rapuh dan baru letak tanah sikit-sikit bawak kawan sampai terjeblos dalam lubang.

30. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi
31. Ken Follet jenama kegilaan remaja
32. Tak dengar Nirvana tak cool
33. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack
34. Main meriam pakai tin Ridsect
35. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson



36. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron.
37. Pancing ikan pakai cacing tanah



38. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. Ada "monyet" yang main air percikan tu.
39. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga.
40. Berdiri atas kerusi dan meja


41. Kena berdiri di luar kelas bila awek yang kita suka lalu, terus cover macam sedang melukis pemandangan luar kelas.
42. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker
43. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life)
44. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang.
45. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya.


46. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma.
47. Tiap-tiap hujung tahun budak perempuan dah bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata.
48. Nak tengok paling porno pun boleh jumpa dalam URTV tengok Ziana Zain pakai baju ketat. Itupun dah teransang
49. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod.


50. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki.
51. Rapers sikit sahaja mesti pikul mini-compo baru rapers
52. Rockers mesti seluar getah ketat dengan rambut panjang ganas tapi lagu jiwang berlendir.


53. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta
54. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE.
55. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan ada benggali potong kepala buat jambatan.



56. Kalau merayap petang-petang sampai senja tak balik-balik nanti kena sorok hantu kopek.
57. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air.
58. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh.
59. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya


60. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku.
61. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap.
62. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang.
63. Tulis surat cinta mesti letak bedak.
64. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas".


65. Tak sabar nak besar kerana ruangan MENCARI KENALAN di URTV kebanyakan semua lagi tua dari kita. Susah nak cari makan.
66. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama.
67. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais.
68. Makan ayam planet (ayam rangka goreng).
69. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin
70. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice
71. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom.
72. Dulu ada penpal
73. Main baling tin


74. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan.
75. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan.
76. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa
77. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun.


78. Tak puas hati dengan senior yang buli suruh basuh baju, bilas seround spendar dia dalam air longkang belakang kantin. Lepas tu dia kena kurap
79. Rewind cassette pakai pen
80. Walkman sebesar kotak tissue pun ada.
81. Jemur battery walkman yang dah lemah.
82. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika.
83. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut


84. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai.
85. Nak pilih persatuan di sekolah mesti ushar awek kita syok tu pilih persatuan apa kemudian kita follow.
86. Paling sosial pun nak ajak awek jumpa ialah "jumpa kat library balairaya petang ni". Itupun pakai surat. Bila dah jumpa dalam library cuma tanya "Awak suka makan apa?warna kegemaran? air kesukaan? nombor kesukaan?" kemudian balik dengan hati berbunga-bunga. Itu sahajapun maksimum tak adalah sampai sentuh sampai pregnan.
87. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnan sendiri.


88. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar.
89. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir
90. Suka tengok Sekapur Sireh kerana ada Mat Zimbo dan Christin Ling itu sangat comel masa itu. Nurfarahin Jamsari pun masih muda lagi.
91. Filem dipanggik kodak.
92. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik.


93. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap.
94. Bangga kalau dapat beli jam Boy London.
95. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know?
96. Dalam kelas main Capteh
97. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman
98. URTV mesti banyak gambar artis tayang dada
99. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar.


100. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin.
101. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju.
102. Main tudung oren
103. Yang perempuan main batu seremban
104. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion
105. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA.
106. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris.


107. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone.
108. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi.
109. Kad Raya mesti gambar masjid
110. Main tengteng (jengkek)


111. Makan Ice cream pop.  hisap dari bawah
112. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat.
113. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh.
114. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan.


P/S:
Walaupun kita berpangkat besar atau kecik Seronok juga sekali sekala melupakan kekalutan dunia hari ini dan mengenang kembali kisah lama... 



Wattsaps dari Rodong SM3K