ads

Tuesday, December 16, 2008

TREBLE WINNER of Best Design

Annual Report 2007 dan NACRA AWARD.


NACRA 2008

LIST OF AWARD WINNERS












ANNUAL REPORT 2007, cover from 13 design's










RASIONAL COVER

JEJAK GEMILANG/PRINTS OF SUCCESS

Cap jari pada manusia merupakan satu ciri unik yang membentuk indentiti khas untuk membezakan setiap individu daripada individu lain. Begitu jugalah dengan akhbar-akhbar Kumpulan NSTP di mana setiap satu mempunyai identiti unik yang dibentuk melalui proses penjenamaan.

Penjenamaan akhbar ternyata mengukuhkan imej Syarikat dan meningkatkan kemampuan Syarikat untuk terus berdaya saing. Menerusi pelbagai pendekatan, strategi dan usaha berterusan, NSTP kini cemerlang sebagai penyebar berita dan maklumat terkini di Malaysia. Pertumbuhan pesat Syarikat dalam aspek pengiklanan, pengedaran dan pembacaan juga mengukukuhkan pengaruh akhbar kami dalam kehidupan masyarakat. Jelas ternyata, jenama kami kini tersemat kemas di hati rakyat Malaysia.


OVERALL EXCELLENCE AWARDS


RECIPIENTS OF CERTIFICATE OF MERIT

1. The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad
2. IOI Corporation Berhad
3. IOI Properties Berhad
4. Malaysia Airports Holdings Berhad
5. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
6. Petronas Gas Berhad
7. Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad
8. Tenaga Nasional Berhad
9. AMMB Holdings Berhad


MOST OUTSTANDING ANNUAL REPORT OF THE YEAR

Platinum
Public Bank Berhad

Gold
Telekom Malaysia Berhad

Silver
British American Tobacco (Malaysia) Berhad


INDUSTRY EXCELLENCE AWARDS [MAIN BOARD]

Consumer Products
British American Tobacco (Malaysia) Berhad


Industrial Products & Technology
HeiTech Padu Berhad


Trading & Services
Telekom Malaysia Berhad


Finance
Public Bank Berhad


Construction & Infrastructure Project Companies
(Joint Winners)

IJM Corporation Berhad
and
Puncak Niaga Holdings Berhad


Properties, Hotels & Trusts
Sunway City Berhad


Plantations & Mining
Kulim (Malaysia) Berhad


PRESENTATION AWARDS

Best Annual Report in Bahasa Malaysia


Platinum
Public Bank Berhad

Gold
Telekom Malaysia Berhad

Silver
Kulim (Malaysia) Berhad


Best Designed Annual Report

Platinum
Bumiputra-Commerce Holdings Berhad

Gold
Nestle (Malaysia) Berhad

Silver
Telekom Malaysia Berhad


CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY AWARDS

Best Corporate Social Responsibility Awards

Platinum

Malaysian-Resources Corporation Berhad

Gold
Nestle (Malaysia) Berhad

Silver
Telekom Malaysia Berhad


SPECIAL AWARD FOR NON-LISTED ORGANISATIONS

Best Annual Report of Non-Listed Organisations

Cagamas Berhad

.............................................................................................

ANNUAL REPORT 2006, COVER from 13 design's
.............................................

RASIONAL COVER

Tajuk akhbar, seperti muka surat hadapan, mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menarik perhatian pembaca. Daripada situlah lahirnya konsep laporan tahunan 2006 ini.

Rombakan Harian Metro amat penting dalam melonjakkan akhbar cilik ini dalam arena media percetakan. Sehingga kini, keunikannya, kandungannya yang berani dan gaya penyampaiannya yang cemerlang menjadikannya akhbar bahasa Melayu No. 1.

Apakah cara yang terbaik untuk menyatakan penghargaan kami selain daripada menghayati wajah dan semangat akhbar ini; sebagai meraikan kejayaan hasil titik peluh kami.

Yang pasti, Harian Metro adalah kebangaan NSTP.






RASIONAL COVER

MEMBENTUK PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA

Sejak dulu, akhbar dalam kumpulan NSTP menjadi perakam sejarah dan pemangkin budaya. Pemikiran maklumat dan ilmu yang di paparkan setiap hari mebantu memperkembangkan minda pembaca.

EMPOWERING MALAYSIA THOUGHT

For years, NSTP's newspapers have been the national treasure of the nation's records, history and calture; proving to be a vital tool for Malaysia's development. Akin to the human brain, our newspaper convey thoughts, knowledge and information freshly digested to pur readers daily. These are expanding greatly beyond the reach of current thoughts.

...............................................

To: Jezilee b Mohamad Ramli/FINANCE/NSTP@NSTP, Zuhaidi b Abd Lajak/FINANCIAL/FINANCE/NSTP@NSTP, Mohd Hisham b Md Shazli/CORPGOV/NSTP@NSTP, Abdul Wahab b Mohamad/HCS/NSTP@NSTP, Azhar b Sukerni/CREATIVESERVICES/ADV/NSTP@NSTP, Sayuti b Hj Chik Tajudin/CREATIVESERVICES/ADV/NSTP@NSTP, Ahmad Tarmizi b Zaid/CREATIVESERVICES/ADV/NSTP@NSTP, Abdul Hamid b Abdullah/CORPPLAN/FINANCE/NSTP@NSTP, Aida Karimah bt Hussain/HCDEVELOPMENT/HCS/NSTP@NSTP, Wan Abdillah b Wan Nawi/MARKETING/NSTP@NSTP


From: Tasneem bte Mohd Dahalan/LEGAL/NSTP
Date: 11/26/2008 09:58AM
cc: Zafrul Shastri b Hashim/LEGAL/NSTP@NSTP, Anisah bt Md. Mokhtarudin/LEGAL/NSTP, Mustapa b Hasbi/LEGAL/NSTP@NSTP

Subject: NACRA 2008 : List of Award Winners

Dear all

I am pleased to inform you that at the recent NACRA 2008 Awards, NSTP was listed as a recipient of the the Certificate of Merit in relation to its Annual Report for FYE 2007. Attached is the full list of award winners.

This is real big deal for me as NSTP has not been shortlisted for a very long time. I think they took in as a major consideration that our Annual Report is bilingual. Most PLCs just distribute a English version of their Annual Report.

Media Prima has been vying a spot in the Awards for years and have never come this far! I'm so pumped up; hope you guys are too.

Sincerely

Tasneem
..................................................................

Dari fish eye ke 'Eagle Eye'
"Sokmo", kata orang Pahang. Memang sukar mengekalkan kemenangan dalam pertandingan cover Annual Report yang diadakan setiap tahun kerana mereka-mereka semuanya 'power'. Designer-designer diwajibkan me'design' satu cover setiap seorang lengkap dengan resionalnya. Lagi banyak lagi bagus!. Maka bertungkus-lumuslah setiap seorang mencari idea-idea baru... Masing-masing mencari idea melalui Pak Kadok Google, buku-buku rujukan dan sebagainya yang terlintas.

Sejak tahun 2006, 2007 dan 2008 aku mengekalkan kemenangan. Pihak majikan atau bos-bos tidak mengetahui susah senang aku mencari bahan rujukan yang mereka hanya tahu memilih yang terbaik dan sesuai dengan fokus tahun itu saja.


Misalnya untuk kemenagan 2007 aku mencari idea agak lama juga. Terlintas difikiran tentang pendatang tanpa pasport memasuki negara kita untuk mencari rezeki. Ditahan dan dihantar pulang dan datang kembali. Ini semua kerana ketiadaan pengenalan diri atau pasport. Lintas terlintas, pengenalan diri melalui cop jari atau finger print sangat penting. Langsung aku terjemahkan di Annual Report 2007 bersesuaian dengan konsep atau fokus tahun itu 'Branding'.


Aku teringat semasa bekerja di Bank Pertanian sekarang Agro bank tahun March 1987 hingga August 1988. Cover design Annual Report 1987 aku terpilih. Rekabentuk cover ini sepatutnya Sketsa Advertising yang menguruskan dan mereka-bentuk kerana memenangi tander, tetapi kerana ketidakpuas hati pihak bank dirujuk kembali ke kepada aku. Grafik gambar petani memikul cangkul dengan muka tersenyum berlatar-belakang warna silver (special printing). Itu hanyalah sentuhan 'koboi' atau cin-cai saja. Pihak board dah pilih. Mereka kata bagus, ada 'konsep', aku layan ajele...



Adik aku, Sab menang kereta Naza Ria (grand Prize)!

Itulah adat atau galur bertanding. Keseronokan tidak bertahan lama. Ghairahnya sementara saja. Esoknya aku mencari projek baru pula. Aku sentiasa dengan hati 'keras' menyambut cabaran walaupun ada pihak-pihak memandang enteng. Biarkan, biarkan... yang penting hati mesti baik be...

Sebagai catatan, sebelum itu aku bekerja di Pustaka Antara di bahagian majalah (Alam Wanita) tak sampai setahun. Dan dapat tawaran bekerja di Dewan Bahasa tetapi ditawarkan oleh Baha Zain (penyair & penulis) yang berkebetulan merancang berhenti dari DBP (yang intiview aku) dan membuka publishing dan menerbitkan majalah mingguan ERA. Kemudian Baha Zain memberi aku peluang membuat pratikal di DBP.


Di sini aku mengenali Imuda, Sabri Yunus, Mazlan Noor (Along) dan beberapa orang yang dah telah lupa nama yang banyak membantu. Dan selapas itu Baha Zain menghantar bekerja di advertising (nak bagi expose) di Ros & Rem Advertising selama hampir 5 bulan. Sekitar pertengahan tahun 1985 hingga 1987. Ramai kenalan ku jumpai. Roosfa Hashim kenalan rapat kini jadi penerbit buku ilmiah di UIA. Marzuki Ibrahim, selain menpunyai syarikat sendiri juga ketua penerangan UMNO Kepala Batas (arwah). Amran pensyarah di UIA dan lain-lain.

Yang seronoknya bekerja di publising ini dapat berjumpa pelbagai orang. Dari Pak Menteri hinggalah ke artis popular. Ada kalanya aku menjadi repoter celup, mengarahkan fotografi untuk fesyen dan cover majalah dan etc...



Dan kini aku jumpa mereka kembali tetapi sudah banyak berubah. Aku berjumpa Salbiah Ani (Berita Harian), Hamidah Atan (NST), Zulkefli Zainuddin (BH), dan berapa kenalan lain. Rupanya dunia ini kecil saja, kita bergerak dalam lingkungan yang sama. Ada yang sudah memeta uban dan ada yang kahwin dua... Misalnya Adam Salleh (Harian Metro) ... berkahwin baru..?. Doakan moga semua selamat!. Ins ya Allah.




Soal mencari idea kreatif ini terkadang tidak disenangi atau disalah taksir oleh setengah pihak. Ini berlaku sekitar tahun 2002 (tak silap) di mana aku menghadiri AdBall Night di Shangri La Hotel. Ad Ball Night ini diadakan sebagai menghargai individu-individu yang bergiat dalam industri pengiklanan dan media (Media Players), sekitar September atau November setiap tahun (bergantung keadaan ekonomi).

Aku akan menghadirkan diri pada setiap tahun walau pun tidak mendapat kad jemputan. Ini kerana aku menganggap majlis ini penting bagi orang kreatif untuk mengasah kreativitinya atau mencari idea-idea baru, nak exposed... Salah ke?.




1997 - Thema : South Pacific


1999 - Thema : Wild, Wild, West.


2000 - Thema : Space Invasion


2001 - Thema : Planet Bollywood


2002 - Thema : Shanghai Beach


1995 - Thema : Masked Mayhem


1996 - Thema : Malayarama


1997 - Thema : South Pacific


2004 - Thema : Night of Legends



Sekitar Adball, menjadi kenang-kenangan...


Misalnya pada tahun 2007 konsep Masquerade!. Maka setiap jemputan dikehendaki memakai topeng dan seangkatan dengannya. Maka berbondong-bondonglah para jemputan dengan mask dan fancy attire dengan pelbagai kreativiti. Ada stail vampire, Harry Potter, hantu jembalang dan Italy sekitar abad ke 18. Masquerade, every face a different shade. Look around you... there's another mask behind you!... Tahun sebelumnya konsep rock... sebelumnya konsep Bollywood dan sebelumnya Shang Hai Noon!.



Kancil Awards






No comments: