ads

Monday, May 18, 2009

Lingkaran Setan merayap ke kebun Getah...


Mat Gian sedang membuat kerja

Siri PK (Prihatin Kampung)
Baru-baru ini, saya mendapat call dari Bapak Saudara dari Temerloh. Setiap 3 bulan atau 4 bulan Bapak Saudara, Pak Lang Ca akan menalifon saya atau abang saya. Ini bertujuan untuk memberitahu hasil torehan getah di tanah pesaka seluas 9 ekar sudah dimasukkan ke dalam Agro Bank. Dan duit itu diberi sama rata dan sama rasa kepada adik beradik saya seramai 7 orang di Kuala Lumpur dan 7 orang lagi di Kuantan mengikut faraid.

Sekarang hasil torehan merosot, susu tak banyak keluar, keluh Pak Saudara saya. Hujan dah lama tak turun, musim kering. Susu makin merosot, merundum. Dulu hujan sokmo dan jo'ong (mendung) musim pejo (cakap Pahang) orang susah menoreh, pokok basah dan susu bercampur dengan air hujan.

Kini cuaca semakin pulih. Orang kampung kembali ceria. Hasil tanaman menjadi. Tanaman kelompok pokok gerharu semakin mengutan. Buah terung semakin membontot. Burung murai mula membuka hikayat seribu satu malam di pokok nangka. Di warung kedai orang mula ceria sambil bercerita tentang anak Tun Razak, anak Pahang. Cerita Pak Lah kian tiris kini digantikan dengan Pak Najib dan peranan besarnya membangunkan tanah Felda dan Tanah Jengka. (Kita juga berharap agar kerajaan membuat tindakan susulan bagi penagih di situ agar tidak tegar lagi). Dan kita samalah berdoa semoga diselamatkanNya tanah tumpah darah dan isi kandungannya!.


Menoreh terus menoreh... harap susu banyak keluar dari batang..

Dalam suasana ceria terkadang terselit cerita duka. Anak muda belia di kampung kian terhakis sifatnya. Anak-anak kami kata mereka, ramai yang terjerumus, terpengaruh dengan benda haram itu. Gejala dadah kian merebak. Masing-masing tak tau apa puncanya. Nak dikatakan 'expose' tak juga. Anak muda belia ni tumbesarannya sama dengan generasi dulu. Masing-masing menunding jari mencari kesalahan. Seperti lingkaran setan (Wednesday, July 16, 2008 'LINGKARAN SETAN' Semasa ke Medan baru-baru ini, saya ketemu seorang keturunan Sunda di Lobby sebuah hotel di sana. Sulit untuk tidak bersembang panjang lantaran keramahannya...).

Bebudak ni kata Bapak Saudara, sering mencuri susu getah. Di hujung ladang getah, lebih kurang se ekar susu getah hilang. Nak buat macam mana? Si penoreh sering merungut hasil berkurangan, keluh bapak saudara saya lagi. Bebudak si penagih ini mencari jalan mudah dengan mencuri susu getah kerana senang dapat RM. Selain susu getah mereka juga membelasah tabung gas, motorcup, ayam itik, seluar jeans di ampaian dan segala macam yang boleh diterjemahkan menjadi duit. Dulu mereka sibuk dengan kabel letrik tetapi kini agak reda mungkin TNB telah merubah suai sistem yang menyukarkan mereka mencuri.

Harapkan polis memang boleh. Mereka banyak kali melakukan serbuan, menangkap penagih dan memasukkan ke dalam lokap. Rekod penagih ini berlapis di balai polis Kuala Krau. Dah naik muak muntah polis buat kerja. Lagi-lagi muka yang sama. Masuk 2 atau 3 bulan di pusat penagihan dan di keluarkan kemudian buat kerja itu kembali. Begitulah rutinnya berterusan. Akibatnya penduduk kampung yang terseksa... tersiat hati. Orang kampung yang berduit sentiasa di perhatikan oleh Mat si penagih ini. Kalau YB berjiwa negarawan, buatlah sesuatu yang menguntungkan penagih dan kampung kita. Mereka bukan tidak boleh bekerja tapi kreativiti atau kemahiran perlu di cungkil... di asah...

Mesin getah tinggal kenangan...
Jangan nanti belia kampung
seperti mesin getah!.

"Kenapa tidak diketengahkan masalah yang membelengu ini kepada YB...?" , Tanya saya sempati kepada bapak saudara. "Susah...", celahnya, kita ni siapa? orang kampung, orang tak pandang. YB pun tak pernah jumpa, kelibatayapun macam pari-pari di bawah angin. Semacam ada
'LINGKARAN SETAN' dalam masalah itu. Lingkaran setan telah menjadi lingkaran hantu puaka...

Maka saya pun terfikir juga betapa benarnya kata yang diluahkan oleh bapak orang Sunda, Indonesia ketika menbuat lawatan ke Medan tahun 1987 dulu mengenai gejala rasuah di Indonesia. "Susah deh, kok bisa walau mampu dan boleh tapi ngak berani...! ngak di pandang orang".


................................................................

Wednesday, July 16, 2008


'LINGKARAN SETAN'

Semasa ke Medan baru-baru ini, saya ketemu seorang keturunan Sunda di Lobby sebuah hotel di sana. Sulit untuk tidak bersembang panjang lantaran keramahannya. Perbualan kami melimpah ke luar hotel yang menempatkan Restoran Minang beratap zing itu. Dari cerita cawek medan yang comel gebu hinggalah ke kisah Raja Batak beristeri lapan puluh orang itu...

3 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Maaf YB,

Saya membawa cerita ini kerana tidak tahan mendengar keluhan orang kampung Kampung Baru, Kuala Tekal, Kuala Krau dan sekitar dengannya. Sebenarnya ia sudah menjadi isu global di kampung-kampung. Kes penagih dadah dan kecurian menjadi buah mulut. Tiada cara mengatasinya. Pihak polis akan menagkap mereka dan 3 atau 4 bulan menjadi semula kes kecurian disebabkan mereka kerana pihak polis sudah membebaskan penagih ini. Saya berpendapat YB sajalah yang boleh menangani isu ini dengan pertolongan pihak-pihak berwajib. Buatlah sesuatu yang menguntungkan pelbagai pihak.

Maaf, tulisan bloger saya agak keras tetapi itulah hakikatnya. Kita tidak mahu pihak pembangkang mengambil alih kuasa dengan mengetengahkan dan menangani isu yang sudah glokal ini. Isu yang masih tidak dapat ditangani pihak BN kata mereka. Jangan nanti BN tidak sanggup bertanding di sesuatu kawasan kerana dikuatiri kalah seperti contoh di Penanti... kata pembangkang. Dek kerana banyak isu-isu tak dapat diselesaikan sedangkan BN dah pegang lama sesuatu kawasan itu!.

Sekalil lagi maaf... Kebenaran tetap pahit dirasakan.

D'Rimba said...

Salam sahabat..............

D'Rimba said...

Kebun getahku yang indah.