ads

Monday, August 17, 2009

Jogging till u Giggong

“Jogging” telah menjadi 'priority' untuk menyihatkan badan dan minda.

Sejak bersekolah lagi saya berjogging hingga kini!.

Banyak tempat menjadi kenangan semasa berjogging. Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Kapas, Sarawak dan Genting Highland Lihat: Layan Rozita Che Wan dengan Pop-corn Kawasan sekitar Kuala Krau, Jerantut, Temerloh, Mentakab, Kuantan Lihat: Dari Berhari Raya ke Falun Gong dan sekitar Telok Chempedak, Port Dickson, Ampang Tasik, Bukit Belacan, Lake Garden dan kini Tasik Titiwangsa dan sekitar Taman Melewar merupakan lokasi untuk “berjogging”...


Saya melakukan 'jogging' menggunakan gadget larian Nike+ dan sebuah Apple iPod 2GB dan sehelai T-Shirt Nike+ Powersong. Saya merasa 'teruja' dengan memakai gadjet moden dan merasa keseronokan tahap 'dewa'.

Teknologi Apple iPod dan peranti sensor Nike+ merupakan gadget larian popular pada masa kini dan sehingga kini telah membentuk hampir sejuta pelari dari komuniti-komuniti pelari baru seluruh dunia yang bersaing dalam pelbagai cabaran online atau maya.


Menggabungkan muzik dengan latihan larian dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelari disamping mewujudkan keseronokan dalam aktiviti senaman itu sendiri.

Tidak hairanlah sejak saya mula menggunakan gadget ini pada awal Mei 2007 yang lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan dari 72kg kepada 68kg iaitu sebanyak 4kg penurunan. Untuk sihat, saya mengadakan latihan berbentuk jogging 2 atau 3 hari seminggu dan 2 hari seminggu untuk senaman gym.


Hampir setiap petang, aktiviti “jogging” ini diamalkan untuk kesihatan diri dan keseronokkan. Antara pukul 6.30 petang hingga 7.15 petang atau 8 malam hingga 9 malam merupakan masa saya “jogging”. Ini bergantung kepada 'zon keselesaan' pulang dari berkerja. Saya perlu memikirkan keadah lain untuk mengalih masa maghrib ini!. Atau jogging selepas subuh!.

Kekurangan melakukan aktiviti fizikal boleh mudaratkant kesihatan. Jadi saya memilaih aktiviti “jogging” bagi menyihatkan tubuh badan serta meningkatkan lagi ketahanan fizikal dan mental.

Ianya mudah dilakukan secara perseorangan untuk menyihatkan tubuh badannya dan membantu mengamalkan gaya hidup sihat. “Jogging” boleh mengurangkan tekanan dari pelbagai tugasan.Kita hanya memerlukan kasut dan pakaian sukan saja, mudah dan tidak berbelanja besar!.



Aktiviti “jogging” ini dapat dilakukan dan diamalkan oleh kita semua tanpa memerlukan kos tetapi dapat menyihatkan tubuh badan dan dalam masa yang sama mengurangkan tekanan seseorang. Berbanding dengan sukan lain seperti badminton, ping pong atau takrow memerlukan pasangan. Ini menyusahkan lagi pun memerlukan perbelanjaan!.

Jogging tidak memerlukan peruntukan besar bagi yang kurang berupaya... hanya sekadar berpakaian dan sepasang kasut yang sesuai, sudah memadai. Kalau berkemampuan, kasut nike, jam casio, cap dan MP3!.


Aku mula-mula berjinak dengan jogging ini sejak di bangku sekolah lagi. Seingat aku sejak top-ten dalam acara cross county sekolah, rupanya bidang sukan ini menjadi kegemaran. Make seringlah aku berjogging terkadang mengelilingi kampung, padang, bendang dan sebagainya. Melalui taman ke taman perumahan juga menyeronokan kerana dapat melihat rekabentuk rumah atau apartment dan sebagainya. Ini mendatangkan ilham untuk merekabentuk berkreatif!.

1970 - 1976 - SKKT - Berlari dan terus berlari...

1977 - SMKKK - Saya mula mengenali sukan cross-country

1981 - SMKT - Di Mentakab - Saya mula mendekati sukan ini secara exstrim... Bukanlah bermakna saya seorang olahragawan tetapi aktiviti sukan bagi saya menyeronokan dan dapat menghilangkan stress. Kebetulan 'buah hati' berada sekitar 8km jaraknya dari rumah saya. Dengan melihat bumbung rumahnya sudah memadai ketika itu tetapi bila bertembung dengannya yang kebetulan berada di sisi tingkap cukup bermakna buat aku, kumbang kesunyian.

1984 - Saya bekerja sambilan di Pawagan Kepong (pelawaan seorang kawan) dan tinggal di belakang kain putih (screen) bersama seorang kawan. Di panggung ini ditayangkan kebanyakan filem-filem Cina dan Tamil.

Sebelah petangnya bersukan dan jogginglah menjadi pilihan aku mengelilingi taman di Kepung itu.

1986 - Taman Tasik Subang - Tinggal di Subang Jaya dan waktu petang saya sudah berjogging di sekitar tasik 8 ke 10 pusingan. Jogging di Subang menyeronokan selain angin petang yang bertiup lembut, muzik di pasang di taman permainan dan saya masih ingat lagu 'ready for love' nyanyian Smokey dan menjadi kenang-kenangan...



1987 - Ogos 1989 - BPM - Agro Bank
Semasa saya berkerja di BPM, saya berjogging di Lake Garden. Saya memulakan berjogging dari tangga Bank lagi dan terus menyusur Masjid Negara merayap ke Taman Rama-Rama. Menuruni bukit dijerkah oleh monyet dan mengelilingi tasik sebanyak 5 atau 6 kali sudah cukup mencabar dan memenatkan!.

Saya suka “jogging” di taman tasik berbanding dengan “jogging” di taman perumahan. Kawasan taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok lebih menyegarkan dan suasananya lebih nyaman. Di Tasik ini ada menyediakan peralatan sukan yang lengkap. Lagi pun ramai pesaing-pesaing dan gaya yang hebat-hebat belaka. Saya menjadi seronok melihat mereka yang cukup cergas dan berstamina dan ini menjadikan satu cabaran!.

1988 - September 11, Ahad, spot aid 88, The Race Against Time memakai nombor 2, 415, 591 anjuran RTM dengan sepupu-sepupu di waktu malam berjogging sekitar Kuala Lumpur. Ini merupakan sukan charity mencari dana anjuran RTM.


Saya tinggal lama di Ampang Tasik - Jadi seringlah saya berjogging dari Ampang Tasik ke Bukit Belacan. Kira-kira 45 minit, saya menyelami suasana hutan sambil mendengar suara burung dan terkadang terus mandi... atau berjogging ke Ampang Tambahan dan Bukit Langat yang masih berselerak dengan projek perumahan... melihat rekabentuk bangunan, apartment atau rumah.... Kebetulan arwah ayah berkepandaian dalam bidang pertukangan rumah, sedikit-sebanyak menurun ke anakendanya. Amin.

Di Kangar, Perlis - Dari Hotel ke sekitar melalui bendang yang saujana mata memandang. Satu pengalaman yang menyeronokan!. Dapat merasakan perbezaan berbanding jogging di taman atau perumahan!.

Di Medan, Indonesia - Di Tasik Danau Toba saya cuba bermain wind surfing - bersama sepupu, satu pengalaman baru dijelmakan. Mengapa tak mencuba sukan air ini?. "Berapa banyak air kau minum?", tanya Jax kepada aku kerana sering kali jatuh akibat tidak dapat meseimbangkan badan. Sekurang-kurangnya mencatat kenangan.


Pulau Pangkor, Mei 1996 - Menginap di Sri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, aku tidak melepaskan peluang berjogging dari resort ke Pekan @ Jeti Pangkor dan melilau ke bekas kota peninggalan Belanda (Duch Fort) tahun 1641 dekat Telok Gedung. Inilah cara sentimental untuk memahatkan kenangan di sesuatu tempat.


1997 - Di Sydney - Dari Hotel sekitarnya dan terus ke Pearl Harblur bersama kekawan berlari-lari untuk menghilangkan kesejukan - suhu sekitar 22 djh celsius. Jogging sekadar memahatkan kenangan setelah menjejakkan kaki ke negara kanggaroo ini!. Lihat: ...


Di Penang - Menginap di Hotel Mutiara Beach di Tanjung Bungah - di Pantai Frenggi aku berjogging mengitari pantai yang landai itu. "Aku sudah menodai pantai ini!". Lihat:...



 
2004 - Di Ngombo, Colombo, Sri Lanka - Dari The Swiss Residence Hotel, Kandy. Puncak bukit, cuma berlari anak menuruninya untuk makan malam bersama rakan. Pemandangan cantik dan kelihatan di atas bukit terduduk patung Buddha. Ini pun untuk memahatkan kenangan!. lihat: Kisah tapak kaki Nabi Adam, perawatan herba dan ombak besar


2004 - Di Bali kebetulan menginap di Hotel yang mengadap ke pantai - pagi itu aku berjogging mengelilingi pantai yang bersih - bertembung dengan para penjual cenderahati yang ramah tamah sambil menunggu-nunggu matahari terbit. Aku seronok kerana sudah meninggalkan kenangan pantai di Bali!. Lihat: BALI Selepas Sabtu Kelabu...


2008 - Jogging di pertengahan jalan menuju ke Tankuban Perahu - menikmati suasaa hutan simpan yang cantik, ini menjernihkan minda!. Suhu agak dingin. Ini pun untuk catatan kenangan. Lihat:...


2008 - April - Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, berjogging di Pantai Patong sambil melihat matahari terbit. Dan ini sekurang-kurangnya mencatat kenangan mengingatkan aku pernah menjejakkan kaki ke Pulau pelarian keluarga Mashuri ini!. Lihat: Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

Jaguh Acara Dunia dari Penang


'Selain itu saya akan berlari dan naik turun bukit di belakang rumah saya . Apabila saya menaiki bukit, saya membina ketahanaan diri manakala jika saya berlari ke bawah, ia bermakna saya membina kelajuan", kata Tamin Marican, 78 tahun berasal dari Penang yang menjadi sumber inspirasi saya dalam sukan ini. (Satu-satunya pemenang pingat gangsa dari Asia dalam acara 200m di World Master Athletics Indoor Championship. Linz, Austria dengan cacatan masa 28.76 saat).

Sejak kecil mengidap penyakit lelah. Olahraga adalah ubat terbaik bagi menangani penyakit yang dihadapinya. Beliau mengambil inspirasi daripada atlit Amerika, Thane Baker 70 tahun yang pernah merangkul pingat perak olimpik.

"Saya meminati olaharaga kerana ia memberi kepuasan yang lebih baik buat saya. Olaharaga adalah sukan yang boleh dilakukan secara bersendirian. Saya tidak perlu bergantung kepada orang lain", cerita Mohamad Tamin Marican lagi dalam EPG, Berita Harian keluaran 30 Desimber 2004.







Susuk yang menjadi sumber insperasi dan semangat untuk berjogging ialah Prof. Ungku Aziz. Aku mengaguminya hingga kini... lihat: Siri Hero 1 - UNGKU AZIZ - Sebutir Permata Di Menara


Petua Penjagaan Kesihatan bagi saya.. Kesihatan badan, perasaan dan mental, penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan di samping pemeriksaan berkala perubatan!.
Jogging till u Giggong (giggong - tidak membawa apa-apa makna) da... Pulser dalam bahasa French dan pareggiare dalam bahasa Italian bermakna jogging. Ayuh! mulai sekarang kita berjogging!. Inilah sedikit sebanyak hikayat 'jogging' untuk catatan Nota Global!.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


3 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Jogging ni banyak baiknya... Ada seorang teman lewat 40an berkata, jika dia berjogging waktu itulah dia mengingati kebesaranNya dengan cara berzikir. Sambil berjogging sambil berzikir. Sangat mudah katanya dengan cara menarik nafas masuk dan keluar sewaktu berjogging. Di waktu-waktu lain kita sibuk jadi eloklah semasa kita berjogging. Sambil berlari dan menikmati persekitaran kita mantapkan iman dengan berzikir...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Penjooger, Dengan memperuntukan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari. Ingat!

Jogging adalah satu cara yang baik untuk memghapuskan tekanan. Jika kerja anda membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging adalah elok untuk merehatkan anda.

Sistem pernafasan anda dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu belajar bernafas...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Faedah berjogging @ bersenam

* Mencegah beberapa jenis penyakit spt jantung, darah tinggi dan kencing manis
* Membina kekuatan stamina dan koordinasi badan
* Meningkatkan tahap kecergasan ke atas sistem kordiovaskular dan pernafasan
* Mengurangkan lemak dalam badan
* Menjadi warga yang lebih cergas, ceria dan bertertampilan
*Kelihatan lebih muda, sihat dan cergas