ads

Thursday, May 6, 2010

BELASUNGKAWA buat sepupu ku...

Tinggal kenangan. Majlis Persandingan yang meriah. Sesi fotography yang dihadiri oleh adik-beradik dan kaum keluarganya.

Bergambar bersama sepupu ku yang terakhir berkahwin.


“Saya sedih kerana hajat membawa anak, Boestanual Hisham Sheikh Othman, 35, menunaikan umrah sempena musim cuti sekolah 23 Mei ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan,” kata ibu mangsa, Wan Hasmah Wan Awang, 67. Mangsa mati di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, selepas kereta Satria Neo yang dipandunya bertembung sebuah Proton Waja, kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Katanya, ketika kejadian, anaknya yang baru genap sebulan mendirikan rumah tangga dengan seorang kerani restoran di Kelab Golf Bukit Beruntung, Nor Hasima Ismail, 22, dalam perjalanan pulang selepas mengambil kad pengenalan barunya di Pejabat Pendaftaran Negara di Rawang.

Suratan takdir. Beberapa tahun lalu beliau pernah jatuh dari tingkat 3, apartmentnya tetapi selamat cuma patah kaki dan tulang punggung retak. Diberitahu beliau merangkak menggunakan siku beberapa meter untuk mendapatkan bantuan kerana kedua kaki tidak lagi berfungsi.  Ini disebabkan kebanyakkan orang sudah pergi kerja. Kejadian itu pada waktu pagi. Dan di masukkan di HUKM hampir sebulan.
“Ketika itu hujan lebat, arwah gagal mengawal kenderaannya di selekoh tajam sebelum melanggar kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu. Ketika itu saya berada di rumah anak di Ampang. Anak saya meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan Hasmah berkata, anaknya yang juga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, di sini, sempat menghubunginya untuk bertanya khabar sehari sebelum kejadian.

Katanya, arwah seorang anak yang baik dan cukup menghormati keluarga.
“Saya terkilan namun pasrah kepada Tuhan atas ujian yang cukup menyayat hati ini. Tidak sangka harapan anak mengambil kad pengenalan sebelum memohon pasport antarabangsa untuk menunaikan umrah, tidak kesampaian.
“Ketika kejadian menantu saya berada di tempat kerjanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Beberapa mangsa daripada sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum dapat dikenal pasti kerana dibawa orang awam ke klinik berdekatan untuk rawatan. Dilaporkan semua mereka hanya cedera ringan.
“Polis masih menyiasat kejadian ini. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Surau Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, kira-kira jam 8.30 malam tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, sejam kemudian.

Alfatihah 


Baru nikah mati berdarah
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/05/05
BUKIT BERUNTUNG

5 comments:

Nizam Awang Brahim said...

AlFatihah....

Fairuza said...

Alfatihah untuk sepupu saudara. Saya ada membaca kisahnya di akhbar. Saya sebenarnya dibawa ke blog saudara semasa saya mencari maklumat handphone Dr Mohd Mahyuddin Mohd Yassin, Dr di Klinik Penawar Ampang. Saya perlu menghubungi Dr Mahyuddin segera (sebelum 9am 08/05/2010) untuk meminta bantuan beliau memberikan laporan medikal seorang pesakitnya, iaitu abang saya, Mohd Fauzi Mohd Yusof (650410-10-7544) yang baru sahaja meninggal mengejut pukul 6.30pm 07/05/10 tadi, bagi mengelakkan jenazah dipostmortem esok pagi di HKL pukul 9am memandangkan abang saya baru berumur 45 tahun and meninggal selepas makan di sebuah kedai di Ampang juga. Polis meminta kami mencari laporan itu bagi membuat surat mati dan menuntut mayat tanpa postmortem. Jika saudara dapat membantu, sila berikan nombor handphone kami kepada Dr - 0166360671 (Roziah) dan 0198610606 (Rozitah). Terima kasih!

Fairuza said...

Alhamdullillah ... my FB messages berjaya sampai kepada Dr Mahyuddin dan dia dah contact my family. InsyaAllah tidak perlu postmortem dan jenazah dapat dikebumikan awal. Thank you tak terhingga dari keluarga kami.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sdr Fairuza,terima kasih kerana melayari blog saya. Saya tumpang sempati atas musibah yang menimpa saudara sekeluarga.

Maaf kerana lambat memberi pertolongan seperti yang diminta. saya sebenarnya bercuti dan kembali bertugas hari ini 11/05/10.

Tetapi alhamduliah akhirnya saudara mendapatkan h/p Dr. Mahayuddin yakni teman sekampung saya itu.

Syukur aadanya....

miah said...

Takziah... ada baca berita tersebut di akhbar tp x sangka pulak allahyarham sepupu u.