ads

Monday, August 30, 2010

3 pertanyaan dari gadis sunti



Siri 2 ceramah Bulan ramadhan

Menurut Iman Muda, pada zaman sahabat, didatangi seorang gadis cantik. Seorang gadis tergesa-gesa datang dan sedikit menganggu sahabat nabi yang sedang bermuzakarah itu. Cerita ini memang  benar dan wujud.

Gadis comel bertanya sahabat nabi yang ramai dalam kumpulan itu. Sanggupkah mereka beramal ibadat seperti yang diinginkan. Dan jika sanggup  gadis itu menawarkan dirinya sebagai hadiah. Berkahwin dengan gadis cantik tanpa hantaran mas-kahwin yang mahal-mahal. "Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu, walaupun hanya cincin dari besi". (HR. Bukhari-Muslim)

Saya akan menjadikannya suami jika ditemui orang yang boleh mengerjakan amalan mulia ini berpanjangan:

1. Berpuasa sepanjang tahun

2. Sembahyang sunat sepanjang malam

3. Membaca al-Quran sepanjanjang masa



Mustahil boleh mengerjakan amalan sebegitu rupa. Sahabat nabi tidak sanggup dengan tawaran gadis itu. Masing-masing mengelengkan kepala tepi kelihatan air liur meleleh di bibir. Nasib badan kata orang kita.

Tiba-tiba ada seorang pemuda bersetuju dan menonjolkan diri. Sahabat-sahabat hairan dan bertanya sama-sendiri. Ada juga yang berani untuk mencuba tetapi cara menyelesaikan masalah itu ingat-ingat lupa. Pemuda tadi mendapatkan gadis comel itu dan menangani permasalahan yang dikemukan satu-persatu.

Jawaban 1: Puasa 6 selepas Ramadhan

Jawaban 2: Bersembahyang subuh di masjid

Jawaban 3: Membaca surah Al-Ikhlas 100 kali


Jelas, itulah jawaban pada permasalahan yang wajib itu. Jika kita tidak mampu beramal sedemikian umatnya ditawarkan alternatif. KekayaanNya, dimudahkan umat-umat Islam beramal.





 -  Takzirah Ramadhan disampaikan oleh Iman Muda, Ustaz Yusuf Talib dari Wilayah Potisat, Kemboja. Di samping meimankan solat Tarawih beliau mengutip derma mengumpul dana untuk membangunkan Tahfiz Al-Quran di tempatnya. 

Tahun lepas beliau datang dan telah berjaya mengutip derma membangunkan masjid. Melihat gambar-gambar yang ditunjukkan membuktikan masjid telah didirikan. Ramai anak-anak murid, kalangan orang ramai bersembahyang di masjid itu. Dilampirkan juga kanak-kanak, remaja dan gadis-gadis pelajar berhijab yang comel lote sedang belajar di pondok buruk tahfiz itu.

Tahun ini di surau kami beliau berjaya mengumpul RM3,000 ringgit selama 3 hari hasil ikhlas dan dermawan rakyat Malaysia yang prihatin. Insyak Allah akan terdiri Tahfiz itu tidak lama lagi dan beliau mempelawa datang ke tempatnya. Ada suara sumbang bertanya, kalau nak tambah cawangan, kahwin kat sana macam-mana ustaz?. "Silakan.... hantaran tidak mahal, yang penting jadi... demi ummah....", sahut Ustaz Yusuf Talib selamba.

2 comments:

Rocco Iskandar said...

sebuah entri yang membawa kita kembali dekat dengan Maha Pencipta. sesungguhnya tiada yang sukar dalam islam... yang sukar apabila manusia menuruti kehendak nafsunya.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Benar belaka apa yang Pak Sheikh perkatakan. Tugas Ana hanya menyampaikan saja untuk pedoman kita...