ads

Monday, November 1, 2010

La Tahzan


Penyakit PHD ni memang satu penyakit hati yang sukar diubati. Hanya dengan ketaqwaan dan rasanya esok lusa kita akan mati sahaja boleh mengubati penyakit ini. Di kalangan kita, penyakit ni memang membarah...

Sepotong hadis dari Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah dirimu dari hasad dengki, sesungguhnya hasad dengki itu akan memakan kebajikan seperti api memakan kayu yang kering".

Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: 
“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120) 

Oleh kerana kesombongan merupakan sesuatu yang sangat buruk, maka sewajarnyalah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong meskipun hanya sebesar biji sawi.”

Penyakit Hati Yang Menghanguskan Segala Kebaikan

Tetapi sayang hingga saat ini belum ada Rumah Sakit Spesialis Penyakit Hasad Dengki: Berarti, kita mesti cari doktor ruhani aka Mursyid yang dapat mengobati penyakit hati hati insani ini.

Orang yang di dalam hatinya terdapat penyakit hasad dengki ini, hidupnya tidak akan pernah bahagia, jiwanya sentiasa menderita dan tersiksa. Hatinya selalu tersiksa jika melihat orang lain lebih dari dirinya atau mendapat nikmat serta kejayaan. Dan sebaliknya dia akan bergembira bila orang lain susah dan gagal.

Seseorang yang melayani sifat hasad dengkinya, maka pada hakikatnya dia adalah orang yang paling biadab dengan Allah, sebab secara tidak langsung dia benci kepada Allah, dia tidak redha pada apa yang Allah telah berikan kepada orang lain serta kepada dirinya. Sekalipun ibadahnya banyak, tahajudnya banyak dan shalatnya banyak.

Orang yang ibadahnya banyak pun masuk neraka karena hasad dengki, apalagi yang tidak pernah tahajud, tidak pernah puasa sunat dan masih bergelimang dengan hasad dengki. Kalau benar kita beriman kepada Allah, marilah kita insaf akan penyakit-penyakit hati dan memperbaiki dengan cara MUJAHADATUNNAFSI atau bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang jahat.

Memang berat dan terasa pahit tetapi itulah ubat, sebab selama ini ego kita sudah mendarah daging. Tapi ubat ini mesti kita makan dan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan ingat selalu firman Allah dalam QS Al Ankabu: 69 yang artinya: “Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami, niscaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu“.

Timbulnya hasad dengki pada orang lain adalah karena orang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan lebih dari yang kita miliki. Atau bila seseorang mendapat nikmat lebih dari kita atau bila kita terasa seseorang telah mengalahkan kita dalam perjuangan, persaingan dalam pekerjaan atau kompetisi maka datanglah hasad dengki itu.

Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilanNya mengatur pemberian kepada hamba-hambaNya maka kita tidak akan hasad dengki dengan orang lain.

Firman Allah dalam QS An Nisa: 32, yang artinya : “Janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain”.

Allah yang melebihkan dan mengurangkan pemberianNya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sadar dirinya sebagai hambaNya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menunggu ujian.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang artinya: "Barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan dariKu, maka carilah Tuhan selain Aku".

Kalau Allah melebihkan seseorang itu dari kita, artinya Allah mau menguji kita apakah sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, artinya Allah mau menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu kenapa mesti hasad dengki?... Kalau masih hasad dengki juga, artinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturanNya dan kita tidak menerima kehendakNya. Sebab itu orang yang hasad bukan saja bermusuhan dengan orang yang didengki itu tetapi juga bermusuhan dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah, maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.


Bersihkan hati daripada hasad dengki   
LAZIMNYA apabila badan rasa panas meninggi, kita cepat-cepat mencari ubat untuk menurunkan suhu panas itu. Jika tidak berkurangan selepas memakan ubat, jalan terakhir ialah ke klinik kesihatan berdekatan atau pun hospital..

Akan tetapi ada di kalangan kita tidak ambil peduli jika rohaninya sakit. Dibiarkan saja rohaninya sakit sekian lama tanpa berusaha mengubatinya. Ramai kurang memberi perhatian terhadap kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.

Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu."(Hadis riwayat Muslim).

Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-Araf, ayat 179)

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta." (Surah al-Bazarah, ayat 10).

Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.

Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tidak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan?. Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya?. Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka." – (Surah an-Nisa', ayat 52-55)

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering." – (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud).

Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.
Kesan buruk hasad dengki:

    * Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka.
    * Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
    * Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah.
    * Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
    * Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
    * Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering.
    * Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.
    * Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
    * Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
    * Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.

Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya):
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali Imran, ayat 26).


Ali bin  Abi Talib mengatakan,
Semoga jalan keluar terbuka, semoga
kita bisa mengobati jiwa kita dengan doa
Janganlah engkau berputus asa manakala
kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah
ketika telah terbentur pada putus asa


Seorang penyair mengatakan,
Janganlah merasa mampu mengatur dirimu
sebab orang yang pandai mengatur pun dapat binasa
Terimalah kami jika Kami memutuskan
sebab Kami lebih berhak dari dirimu.



La Tahzan - Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki doa.  Apa yang telah dilakukan oleh manusia, mengadulah kepadaNya. 

- Setiap kali raga menikmati kemewahan, roh sebenarnya merasa tertekan. Dan dalam situasi yang serba kekurangan itu sebenarnya tersimpan keselamatan.

1 comment:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sewaktu dahulu sekitar 80an, masih diingati. Nenek saya yang mempunyai sebuah rumah di kampung. Di sebelah tanahnya didiami sebuah keluarga keturunan Nabi.

Tanah keturunan Nabi ini ditanam dengan pokok getah. Masalahnya, keturunan Nabi ini telah mengubah batu pancang tanahnya ke dalam tanah nenek sebanyak sedepa. Tanah yang telah dimasukkan ke tanah keluarga keturunan Nabi ini telah ditamam pokok langsat dan pokok jering yang sudah mengeluarkan hasil. Ini menimbulkan kegusaran pihak keluarga nenek.

Saya mengetahui cerita soheh ini. Bila tiba musim langsat berbuah saya tanpa segan silu memanjat dan duduk makan buah itu di atas dahan. Suatu hari isterinya kebetulan melintas dan dengan wajah masam mencuka bertanya. Saya dengan selamba menjawab bahawa pokok langsat itu kepunyaan nenek saya. Dengan batu pancang penanda tanah dia menunjukkan bukti. "Tak tahu pulak batu pancang tu bergerak ke dalam tanah nenek....", kata saya selamba.

Diajukan persoalan ini kepada nenek. "Panjat aja Kama, buah langsat kita". "Biarlah dia, bukan dia tak tahu halal haram, kawan tak patih aja...", ujar nenek dengan riak muka selamba.

Maha kaya Pencipta disurahkan keturunan Nabi ini mengerjakan haji. Dikhabarkan keturunan Nabi ini langsung tidak dapat menunaikan fardu yang satu ini. Dia diserang sakit-sakit dan kebanyakkan masa hanya tinggal di hotel saja. Orang balik Mekah keturunan Nabi ini pun balik tetapi bila sampai ke Malaysia badannya kembali sihat sediakala...