Bah besar tahun '71, rumah bertiang tinggi 10 kaki naik air...
Rumah Mak Long Salmah (Mak Saudara) di Kampung Benom banyak menyimpan kenangan semasa kecil. Di belakang rumah ini terbentang Sungai Pahang dan di hulu kelihatan Gunung Tahan. Di sinilah kami sering mandi bersama sepupu.
Rumah Mak Long Salmah (Mak Saudara) di Kampung Benom banyak menyimpan kenangan semasa kecil. Di belakang rumah ini terbentang Sungai Pahang dan di hulu kelihatan Gunung Tahan. Di sinilah kami sering mandi bersama sepupu.
Tahun 1971 ketika banjir besar melanda, rumah yang kami diami di Kampung Paya Raja. (Kisah Kampung Paya Raja disurahkan... Lihat cerita di bawah).
Masih tak lekang diingatan, ketika banjir besar membadai. Ketika hujan rintik, aku sedang belajar berenang ditemani abang di bawah rumah besar bertiang tinggi yang ampuh. Ketika itu aku berumur 7 tahun dan hampir lemas... Satu cahaya dari atas kelihatan dan bunyi sayup-sayup ditelinga. Aku terasa berada di dunia asing ketika itu. Aku terus cuba mengerakkan tangan berkayuh dan kaki memukul air. Akhirnya aku selamat... Syukur!.
Kenangan kereta Prelude warna merah...
Tragedi kemalangan kereta bersama Sh Ali dan John di Taman Kosas September 1997. Sebetulnya aku bersama adik, John pergi ke Taman Kosas untuk melihat pejabat yang ingin disewakan oleh seorang untuk kami membuat kerja advertising. Selepas melawat pejabat itu kami menjemput sepupu di apartment berdekatan, untuk makan malam. Semasa melalui persimpangan menghantar sepupu pulang kereta kami dilanggar.
Aku tercampak keluar kereta melalui cermin belakang yang pecah akibat hentakkan kuat. Akibatnya kepala dan perutku luka. Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan luka usus dan kepala merebak dapat dikawal.
John patah tulang rangka kiri akibat terhentak streng kereta prealudenya manakala sepupuku Sheikh Ali patah tulang bahu akibat tercampak dari depan ke kedudukan belakang kereta Honda Prelude merah bersun-roof itu. Nasib baik bersun-roof...
CT Scan, sedikit sebanyak merosakkan sel-sel tubuh.
Jab, abang kandungku datang sekitar jam 4 pagi ke GH. Beliau berkata aku acapkali memegang kepala yang berdarah. Doktor menyesurkan di CT Scan. Dan disurahkan aku sering meletakkan tangan di perut walaupun separuh sedar. Doktor mendapatkan pengesahkan bertulis dari abang sekiranya apa-apa berlaku kemudian hari. Lalu doktor membedah kira-kira sejengkal di tengah-tengah perut . Parutnya masih kekal dan menjadi ingatan.
Susulan rawatan yang masih dianetdot, doktor bertanya bolehkah aku kentut? Aku tergelak, rupaya itu sebahagian dari rawatan...
Ramai rakan taulan melawat dan ada yang menangis melihat keadaan aku. Mukaku bengkak dan sukar dikenali. Hingga kini kesayuanku memuncak bila mengenangkan tragedi itu.... Syukur, aku selamat.
Tahun 2004 aku berulang alik ke Tawakal berjumpa Dr. Hisham.
Gall bladder atau pundi hempedu aku mengandungi batu karang atau gallstone. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi terpaksa dilakukan bagi membuang pembentukan daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
Tetapi kes aku berbeza kerana pernah dibedah tanun 1997. Alasannya menyukarkan pembedahan laparoskopik kolesistektomi lalu doktor membuat pembedahan sekali lagi di tempat sama diperut. Syukur, aku selamat.
Kini tahun 2011 aku berjumpa Dr. Shatar untuk membuat Angiogram.
Ini kerana dibahagian dada aku merasa kurang selesa. Semacam ada angin yang bergerak-gerak, Nasib tidak PCI - percutaneous cononary intervention kerana arteri tidak tersumbat dan dibuka atau dipintas menggunakan alat khas dikenali 'sten' atau dikenali angioplasti bagi membolehkan darah mengalir ke jantung.
Angiogram yang mengayatkan. Urat ditangan dimasukkan wayer dan kemera
digantung di atas dada bagi melihat pergerakkan wayar di urat dada. Manakala
monitor di gantung di kiri bagi melihat sama ada saluran darah atau arteri tersumbat.
Jika tersumbat akan dimasukkan wayer di pangkal peha terus ke dada bagi melakukan
angioplasti untuk membolehkan darah mengalir semula ke jantung dengan lancar.
Sebelum itu Dr. Shatar mencadangkan, CT-Scan atau xray tetapi aku memikirkan ini bukan jalan terbaik. Angiogram terbaik... Selesai angiogarphy doktor mendapati aku bebas dari penyakit jantung. Gall bladder yang telah dibuang mengakibatkan angin sekitar usus perut bergerak ke bahagian ke atas. Punca angin di bahagian dada adalah disebabkan gestrik. Syukur, aku selamat.
Tregedi yang menyayat hati gara-gara jeti diserang
pengunjung yang ingin melawat Penang...
Sekitar Julai 1988 aku terselamat dari bencana jambatan runtuh di Feri Pulau Pinang yang mengorbankan 32 orang dan ramai tercedera.
Tragidi berlaku sekitar jam 4.40 petang. Pada tarikh 3 Julai itu, Pulau Pinang menjadi tumpuan khususnya masyarakat Cina dan penganut Kristian bagi meraikan dua perayaan besar yang kebetulan jatuh serentak.
Sewaktu itu aku berkerja di Bank Pertanian Malaysia di bahagian Perhubungan Awam. Aku sering ditugaskan out-station bagi mengendalikan urusan pameran dan perancangan gerai pameran. Sewaktu itu ada pameran Kementerian Pertanian di Seberang Perai. Setelah usai tugas keesok harinya aku bercadang ke Pulau Pinang menaiki feri. Tetapi membatalkan niat dan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Meskipun ia bukan cuti umum, perayaan Kwan Yin di Georgetown dan Festival St. Anne di Bukit Mertajam yang cuma disambut sekali dalam puluhan tahun itu bertambah meriah apabila dirayakan pada hari minggu.
Ribuan pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut hadir termasuk rakyat tempatan dari seluruh negara.
Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown adalah dengan menaiki feri.
Kehadiran pengunjung yang mahu ke Pulau Pinang dianggarkan lebih 10,000 orang memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan pangkalan dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.
Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu pangkalan turut ditutup tetapi jumlah orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka yang datang berduyun-duyun.
Malang tidak berbau. Pelantar jeti setinggi lima meter yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.
Ribuan penumpang tergelongsor jatuh ke dalam laut manakala tiang dan kayu binaan berat menghempap jasad mereka. Sebanyak 32 nyawa tumpas manakala kira-kira 1,700 orang lagi cedera.
Syukur, aku terselamat....DiBeriNya kesempetan... Amin!. Nukilan Emkl.
(Kisah asal disurahkan... Pembesar yang menobatkan dirinya Raja berebut kuasa menjadi Tuanku memerintah negeri (Asal menjadi raja adalah pengaruh dan keturunan). Sebuah kerajaan, raja yang melarikan diri dari pergaduhan berebut kuasa dengan pembesar kanannya lalu membina penempatan di kampung ini. Raja itu membangunkan sawah padi yang terbentang sekitar 20 ekar. Disurahkan pengikutnya sedikit demi sedikit menghilangkan diri dan pengaruhnya semakin terhakis lalu akhir cerita 'kepupusan'.
Masih diingatan... ketika kami kecil, aku sering terjumpa serpihan pinggan mangkok tembikar raja di sekitar paya itu. Kini tinggal sawah bendang menjadi saksi terkadang kering kontang terkadang banjir kilat. Sawah bendang @ paya telah dibina pengaliran air oleh Datuk saya dan dipanggil Caruk Mat Tahir satu ketika dulu. Tanah berdekatan paya itu telah ditanami bunga pudin pelbagai warna dan pokok buah-buahan telah terbiar dan kini bakal menjadi Tanah Kubur terbesar di daerah itu tidak lama lagi).
.............................
Footnote:
Gallstone
A gallstone is a crystalline concretion formed within the gallbladder by accretion of bile components. These calculi are formed in the gallbladder, but may pass distally into other parts of the biliary tract such as the cystic duct, common bile duct, pancreatic duct, or the ampulla of Vater.
Presence of gallstones in the gallbladder may lead to acute cholecystitis, an inflammatory condition characterized by retention of bile in the gallbladder and often secondary infection by intestinal microorganisms, predominantly Escherichia coli and Bacteroides species. Presence of gallstones in other parts of the biliary tract can cause obstruction of the bile ducts, which can lead to serious conditions such as ascending cholangitis or pancreatitis. Either of these two conditions can be life-threatening, and are therefore considered to be medical emergencies.
Angiogram
An angiogram is an X-ray test done to take pictures of the blood flow in an artery or vein. During the test, you lie on a table and a dye is injected into a blood vessel in the groin or elbow. A special camera takes pictures of the dye as it moves through the blood vessels.
In this picture, the radiologist uses monitors and table controls to position the person before an angiogram. The large C-arm can turn to take X-ray pictures from many different angles.
Angiography
What is angiography?
Angiography is usually one imaging to visualize blood vessels required for this substance in contrast, to circulate around them, allowing the observation of their shape, thickness, layout and permeability. An angiogram angiography but is actually done on the network of vessels of the fundus (retina) and a special dye called fluorescein substance (red-orange). Why use a fluorescent substance?
This type does not use X-ray angiography as the other angiography, because the image is photographed directly by the fluorescence light and the substance used by the network of vessels of the retina is the only part of the circulatory tree we can see directly. Why not require radiation to penetrate into the body, such as X-rays or other.
No comments:
Post a Comment