ads

Tuesday, December 4, 2012

Liku-liku kehidupan



Kisah 1

"Kalau sudah diludahkan mana mungkin dijilat kembali…. "

"Kalau sudah diludahkan mana mungkin dijilat kembali…. ", kata arwah Idrus tegas bila dipujuk supaya rujuk kembali kepada isterinya. Arwah Idrus tetap dengan keputusannya walau berpisah dengan anak-anaknya seramai 7 orang. Muktamad! Tidaklah diketahui apa alasannya. Keras besi boleh dilentur tetapi keras hati Arwah Idrus seperti hati Damak dalam filem Sri Mersing lakonan Allahyarham Nordin Ahmad menolak untuk memperisterikan Sri anak Pak Malau. Hatinya cukup kering, tidak termakan dengan pujuk nasihat lagi.

Anak-anak menceritakan betapa sukar hendak membaca pemikiran ayahendanya.

Allahyarham Nordin Ahmad

Mengimbau kembali kisah perceraiannya. Idrus seorang yang tegas sesekali bertindak di luar jangkaan.  Putus asa saudara terdekat untuk memujuknya demi mengenangkan anak-anak  dalam proses membesar. Kisah itu menjadi sejarah hitam. (Arwah tidak sempat menghabiskan pengkuliahan di sekolah tinggi agama di Pekan Pahang selepas Jepun menyerah kalah. Ini kerana desakan kawan-kawan untuk menyertai pasukan polis mengawal negara).  

Arwah meninggalkan 9 ekar tanah pusaka dan kini mengeluarkan hasil tanaman getah untuk anak-anaknya. Sekurang-kurang terlangsai hutang kepada anak-anak, akui sendiri oleh anak-anaknya. Syukur...



Kisah 2

You know you are the number one for me

Kerana kasih sayang yang berpanjangan kepada isterinya, Mir mempunyai resolusi. Kesihankan isteri melayannya sepanjang masa lalu Mir meminta izin berkahwin satu lagi ketika berseloro…. Perkataan itu sering diulang-ulang membuatkan isterinya menganggap Mir berjenaka. "I sayangkan U, kesihan melihat kesibukan menguruskan rumah-tangga dan anak-anak. Mir sayangkan isterinya dan tidak sanggup melihat isteri melahirkan anak lagi.  

Bagi menyelesaikan masalah kasih sayang, dan menambahkan anak-anak I ingin berkahwin satu lagi. Biarlah isteri kedua melahirkan zuriatnya. Isterinya tidak mempunyai kata putus mungkin juga memikirkan anak lelaki seorang saja. Menidak atau meiakan…

You know you are the number one for me
- sering Mir mengucapkan kata-kata itu kepada isterinya. Lagu Maher Zain menjadi bual bicaranya. Isterinya cukup teruja dan menganggap suaminya seorang lelaki pilihan.


Seterusnya untuk mengukuhkan ikatan isterinya menbisikkan lagu Mariah Carey: Always Be My Baby –
You’ll always be a part of me
I’m part of you indefinitely
Boy don’t you know you can’t escape me
Ooh darling ’cause you’ll always be my baby





Si suami juara kareoke membalas dengan mendendangkan lagu, Whitney Houston… I WILL ALWAYS LOVE YOU...
If I should stay,
I would only be in your way.
So I’ll go, but I know
I’ll think of you ev’ry step of the way.


Dalam benak Mir, You know you are the number one for me, but I still watching nombor 2. Aku kata dia number 1, mesti ada number 2. Tunggu…. Soal kemampuan zahir serah kepada yang mama Esa... Kita cuma merancang...


Gambar sebenar.
Bersendirian berjalan terhoyong-hayang mencari plastik di tong sampah.


Kisah 3

Kerana stroke suami ditinggalkan mengutip plastik…


Di sebalik hitam ada kelabunya... Seorang jiran berbangsa Cina ditinggalkan isterinya kerana Stroke (Kelumpuhan di satu sisi tubuh). Selalunya acap kali di sebelah pagi dia melakukan senaman bersama isteri, sesekali isteri membibit tangan suaminya tanda simpati. Isterinya berusia 30an masih kelihatan bergetah tergamak bertindak begitu selang setahun kemudian. Dia bersama seorang anak meninggalkan suami di rumah ibunya.


Dia bersendirian berjalan terhoyong-hayang kerana sudah berkudrat selalunya si ibu menemankannya. Terkadang dia kelihatan membuka tong sampah mencari bekas plasik untuk di kumpulkan dan di jual. Sebelumnya si ibu melakukan kerja itu untuk kelangsungan hidup. Tanda sempati, jiran mengumpulkan plastik dan memberi kepada ibunya. Kini, ibunya sudah berbisikal mencari dan mengumpulkan plastik terpakai… tanda ada kemajuan…

 
Kisah 4

Maid dibiarkan kelaparan

Seorang jiran mengadu, sebuah keluarga berpendidikan sanggup membiarkan Maidnya kelaparan. Setiap pagi beras disukat hanya cukup-cukup pengasuh anaknya bertanak nasi, mengoreng sayur atau seekor ikan. Terkadang tiada langsung. Segala susu, milo disimpan bagi mengelakkan pengasuh anaknya minum berkhasiat. Begitulah setiap hari. Lebih parah jika pasangan itu bercuti dan meninggalkan pengasuh anaknya kesorangan kerkontang-kating.

Dia akan duduk melengu di belakang rumah mengenang untung nasib. Anaknya ditingalkan bersama suaminya di Indonesia. Dia pening, anaknya akan berkahwin tidak lama lagi dan memerlukan kewangan. Dia di sapa ketika jiran membuka pintu untuk menyidai kain. Mulanya jiran sangsi takut-takut dia berpura-pura atau berniat jahat. Dengan berat hati dia mengadu hal. "Saya lapar…."

"Nak berpekin, nak berjimat", luah pengasuh orang Meluku terhadap  perangai tuannya. Anaknya tuannya seramai 3 orang, kedua anaknya bersekolah rendah manakala yang bongsu masih kecil. Masing-masing kelulusan tinggi. Pasangan ini berkerja di jabatan kerajaan.

Sering pembantu Indonesia yang berusia 50an ini mengadu hal kepada jiranya. "Saya kelaparan, beras di simpan rapi. Mintak duit gaji tidak di hulurkan", katanya meluah rasa. 

Kes ini menjadi buah mulut jiran tetapi tidak sampai hati melapurkan ke pihak tertentu. Berpendidikan tinggi tapi tidak berpelajaran, kata jiran marah. Apabila diminta duit gajinya tuanya akan memberitahunya sudah dipos ke Indonesia sebenarnya tidak pernah berlaku.

Ada ketikanya jiran menghulurkan minyak angin kerana kesakitan akibat dikerahan bekerja seharian. Segala badan lenguh, adunya sedangkan tuannya tidak langsung prihatin. Apa nak buat... Langsung saja jiran menghulur makanan kepadanya. Nampak pasangan ini cukup baik bersopan-santun, nak ditegur tidak tergamak. Itulah dunia…. dunia… dunia…



 Gambar sebenar, dirakam Julai 2013. 
Badan agak susut tetapi masih mengekalkan tradisi 'Boleng'.


Kisah 5

'Berbolen' tak berbaju

Sekitar tahun 2005, waktu pagi aku sering bertembung dengan seorang Apek berbadan tegak sekitar Jalan Gombak/Lee Rubber, Setapak. Setiap pagi tanpa berbaju (boleng) dengan hanya memakai seluar pendek bertali berwarna biru lusuh. 

Apek ini berjalan sekitar 500 meter ke tempat kerja. Barangkali Apek ini berkerja di Kedai Hardwere. Sesuatu yang memancing pemikiran tentang tindakannya yang tidak pernah memakai baju. Sokmo tidak berbaju… "Tak masuk angin ke?… Barangkali Apek ini sudah lali dengan cuaca sejuk setiap pagi…

Aku cuba-cuba mencari susuk ini tetapi jarang ketemu lagi…. barangkali sudah pergi?.


Michael Dauglas dalam filem Falling Down
Kisah 6

Dauglas style...

Lewat tahun 2005, acap kali ketemu satu susuk berusia hampir 5 deked menunggu bas sekitar Sentol. Susuk ini berpakaian seperti Michael Dauglas dalam filem Falling Down. Aku menjadi teruja melihat gelagatnya yang berpakaian kemas putih berlengan pendek membawa briefcase. Siap dilekatkan name-tag di atas poket baju dan sejumlah pen terselit kemas. Aku sering tertanya-tanya, apa jawatannya? di jabatan mana dia bertugas?…. Barangkali di Bukit Aman?


Gambar di google, mungkinkah dia?

Selang berapa tahun aku ketemu lagi susuk ini segak menunggu bas…. Terpandang, memcebet beg type-writer.

Aku terfikir, barangkali orang ini bekerja sebagai petition writer bagi memudahkan orang awan berurusan surat rasmi dengan kerajaan atau guaman.


Gambar terkini dan sebenar, dibantu oleh seorang kanak-kanak berbangsa Cina menyusuri jalan. Kudratnya hilang dimamah usia... inilah reliti penghidupan...

Baru-baru ini aku ketemu Michael Dauglas lagi. Tetapi sudah keuzuran. Tangan kanan membawa briefcase manakala di tangan kiri membawa tongkat. Berhati-hati dan cukup pelahan mengerahkan kudrat berjalan. Masih bekerja mencari rezeki… Ini menyedarkan, satu ketika nanti aku juga menjadi sepertinya kalau dipanjangNya umur…



Kisah 7

'Keluarga 69'


Berkahwin sepupu menjadi kebiasaan bagi orang kita. Seseuatu yang dianggap 'taboo' dan terjadi kepada keluarga aku. Sesetengah keluarga terdekat memangil 'Cinta Keluarga 69'. Ada pihak berbelah-bagi meletakkan hukum perkahwinan ini kerana tidak mengetahui susur-galur perhubungan. 


Kes ini terjadi kepada Sudin anak kepada Tok Tik memperisterikan Nani cucu Tok Tik sendiri. Anak perempuan Tok Tik bernama Rahmah kakak Sudin berkahwin dengan Jamil. Jamil juga merupakan abang ipar Sudin. Rahmah adalah isteri ke tiga Jamil manakala isteri pertama dan kedua sudah diceraikan. Rahmah mempunyai anak tiri bernama Nani. Nani adalah anak suaminya (Jamil) hasil perkahwian terdahulunya.

Dipendekkan cerita, perhubungan cinta ini terjadi di tahun 80an ketika mereka menetap di Kuala Lumpur. Mereka jatuh cinta dan merahsiakan. Kuching manja pun tidak mengetahui hubungan itu. Hubungan kekeluargaan memang erat maklumlah perantau. Suami Ramlah ketika itu bertugas di MAS.

Semua keluarga tidak tercium hubungan itu sehingga mengemparkan berita mereka hendak bertunang. Sesuatu yang melucukan apabila diajukan dan mensyorkan mereka berkahwin, masing-masing menolak konon… Nani sombonglah, tembamlah le… Sudin nakallah… dan macam-macam hal… Cerita menjadi 'taboo'…. Mana mungkin perkahwinan anak saudara?…. Alih-alih mereka mahu bertunang… "Sah, batal air sembahyang, kata Sudin.

Selain suami isteri, apa hubungan persaudaraan mereka?. Kini pasangan ini menetap di Mentakab, Pahang dan mempunyai berapa orang anak. Ketika baru kawin, Sudin terkelu memanggil abang iparnya 'Abah'… Kalau bertembung seboleh-boleh nak dielakkan...

Manakala, nenek aku bernama Tok Wah kakak tiri Tok Tik. Apa hubungan persaudaraan aku dengan Sudin?


Kisah 8

Bulan jatuh ke riba, Lan…

Lan, sepupu aku cukup bertuah, kelulusan hanya setakat LCE… Jejaka hitam manis berambut ketak dengan penampilan sederhana sudah achievement. Dulu, ramai memandangnya sebelah mata. Tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menghabiskan beras tinggal bersama emak angkatnya di kampung. Banyak tahun juga Lan menetap di Singapura. Sekejab berada di KL sekejab di kampung… Sering beramok dengan jiran yang merupakan puak gerabaknya kami juga. Bab pagarlah… bab tanahlah… bab menyombonglah…. Ada saja yang tidak kena. Apa nak buat cucu Tok Woh…

Tetapi kalau bab berdebat atau berforum, Lanlah orangnya, ramai ternganga terkuntang dan tidak menyangka pengetahuan glokalnya… Tetapi ada juga tidak mengambil pot segala bual bicaranya.


Lan, sepupu aku cukup bertuah… tiga tahun lepas Lan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berkerjaya dari JB. Melihat melalui fb adiknya, majlisnya cukup exclusive. Rumah besar, makan besar dan pelaman pengantin cukup wow… Tidak menyangka seorang penganggur dapat berkahwin dengan seorang berpangkat tinggi di Telekom. Ini atas daya usaha saudara mara juga.

Mendengar cerita dari sepupu lain, bapak gadis itu mencari seorang yang boleh menjaga anaknya perempuannya di KL, dia risau dengan segala macam gejala melanda dewasa ini. Bapaknya tidak kisah sama ada jejaka itu berkerjaya atau menganggur. Ini kerana anaknya boleh menampung makan pakai si suami. Penting sekali bapaknya berkenaan begitu juga anak gadisnya.


Gambar hiasan


Rumahnya besar tersergam indah di Sungai Long. Kerana nak nampak setaraf, emak angkatnya, menghadiahkan down-payment sebuah kereta Toyota Vios. Selebihnya, isteri tercinta melangsaikanya. Tugas Lan hanya menghantar isteri ke tempat kerja dan menjemputnya. Menghantarnya meeting atau out-station...

Baru-baru ini pecah berita, isterinya yang berusia 4 deked itu muntah-muntah. Ini petanda baik… serilah rumah besarnya di Sungai Long...


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Friday, November 2, 2012

Thour: Isteri tidak menyayangi ku lagi…


  Fenomena unknown
10 bulan tidak rengang...
Bertopengkan anak-anak hubungan nampak erat.



Pada usia 40an. Jiwa Thour serabut, antara kasih-sayang anak-anak dan inginkan kasih sayang isteri. Isteri Thour, Tini berusia 33 tahun. Pensyarah jurusan Bahasa Thurki sudah berubah 90 darjah. Nama saja tinggal sebumbung, setiduran lain-lain bantal tapi mimpi juga cukup berbeza … Bertopengkan anak-anak hubungan nampak erat.

Penyair Wallace Stevens menulis sebuah sajak, Thirteen Ways of Looking at a Blackbird mengatakan,
But I know, too,

That the blackbird is involved 
In 
what I know

Memandang seekor burung-hitam bukan hanya bisa dilakukan dengan lebih dari satu cara. Juga ada keterpautan antara yang kita pandang dan “yang aku ketahui”. Dan “yang aku ketahui” tak pernah “aku ketahui semuanya”. Selamanya adalah dunia yang tak bisa seketika disimpulkan. Begitu Thour, harapkan panas menyampai ke petang. Inginkan kebahagian berpanjangan. Punyai 3 anak yang sedang membesar tetapi di pangkal usia pra emas isteri berubah citarasa….

Lebih 8 tahun berkahwin di rumah abangnya kos RM13 ribu dan di rumah isteri RM15 ribu. Tetamu keluarga ramai anggaran 1500 orang. Mengenang kos hangus, Thour terkulat. Tini, isteri Thour anak kedua 5 beradik yang putih kuning dan tinggi lampai ketara sudah berubah haluan.

Ibu Tini berubah 360 darjah


http://greenclever.blogspot.com/2012/03/burung-burung-indah-seperti-dari-surga.html

Berbalik cerita emak mentua Thour. Akibat terpengaruh 'glamour' berlakun sambilan dalam filem untuk drama ASTRO, bersama artis cun Rozita Cik Wan perubahan juga 360 darjah. Seorang krew menggunakan 'ayat power' dan berpengalaman dalam seni merayu telah menaruh hati kepada mak mentuanya, banyak wang mengalir kepada si penghakis itu. Akibatnya, ketika ini rumah-tangga itu juga senget bergoyang. Anak-anak juga masuk campur menghalang Mamat krew itu. Suami-isteri veteren ini tidak seperti burung cenderawasih lagi. Walau suami menari sambil menunjukkan bulu yang berwarni-warni tetapi isteri tidak terpana lagi. Barangkali tertawan dengan cenderawasih jantan berbulu cantik di tengkok…


Thour meluah rasa, saya hanya technican IT dan pendapatan tidaklah seberapa. Tetapi mampu untiuk menyara anak-anak dan pebelanjaan rumah-tangga. Pebelanjaan RM800 untuk rumah, RM600 untuk susu anak dan lain-lain, RM450 untuk bayar kereta dan RM500 untuk selesaikan bil bulanan. Itu tanggung-jawab saya… Isteri cuma membayar keretanya RM600 dan insuran anak-anak RM300. Sedangkan gajinya lebih kurang sama saja tidak tidak membantu mengurangkan beban rumah-tangga. "Itu tanggung-jawab abang', setiap kali Thour membangkitkan isu kewangan yang sampai paras hidung. Thour tetap sabar…


Fenomena unknown

Mengimbas kembali, semasa bertugas di selatan tanah air isterinya Tini sungguh sempurna. Kalau Thour tidak dapat pulang selang dua minggu Tini sering mendesah. Ikatan kasih-sayang bersama anak-anak cukup terasa ketika itu. Tetapi sejak isterinya bertugas kembali di Kuala Lumpur perangainya berubah total, sudah 'naik kepak'. Mungkin pengaruh kawan-kawan. Thour cuba-cuba mengintip kalau-kalau Tini bermain kayu tiga.

Bagi Thour, kalau nampak isteri bersiap cantik-cantik ke pejabat, dalam hatinya terdetik, lelaki manalah nak mengurat? Akibatnya, timbul rasa tidak puas hati. Kalau sudah ada prasangka, pantang ditanya nak melenting. Mula tunjuk ‘belang’. Marah tak pasal-pasal. Silap-silap anak-anak yang langsung tak ada kena mengena terkena tempiasnya. Masing-masing hendak menang. Langsung tidak mahu mengalah. Semua ini kerana percaya diri betul. Bayangkanlah jika hal ini berlarutan, porak-perandalah rumah tangga.

Tidak terkesan, kata Thour mungkin fenomena unknown…


Jika burung betina tidak terpesona dengan gerak-geri persembahan burung betina terbang begitu saja meninggalkan burung jantan terpinga-pinga.




Burung jantan memikat pasangan dengan ritual tarian yang memamerkan bulu-bulu hiasannya. Tidak seperti burung cendrawasih Paradisaea lainnya, Cendrawasih Biru jantan melakukan tariannya tidak dalam kelompok. Jantan menggantungkan badannya ke bawah, membuka memamerkan bulu hiasannya seperti kipas biru sambil berkicau dengan suara menyerupai dengungan rendah. Di dekatnya terdapat seekor betina. Setelah kopulasi, burung jantan meninggalkan betina dan mulai mencari pasangan yang lain.

http://www.pelikbinajaib.com/pelik/hikayat-burung-cenderawasih



http://richmountain.wordpress.com/fauna/burung-cendrawasih/

Aku sudah menjadi burung cendrawasih. Memberi ruang secukupnya. Menari dan menunjukkan bulu warna-warni kepadanya di ruang besar di tengah hutan di Papua New Guinea tetapi sebalikkannya isteri berlalu begitu saja…. (Burung Cenderawasih memiliki panjang sekitar 30 cm dengan burung jantan hitam dengan mahkota pirus berwarna-warni, kaki hitam, iris coklat tua dan mulut kuning. Wanita burung dari jenis zaitun coklat. Apakah endemik di selatan Australia, Riflebird juga tersebar di hutan hujan di New South Wales dan Queensland pusat. Burung jantan dapat menyebar sayap mereka dan memamerkannya saat ia bergerak ke kanan dan kiri di depan burung betina untuk memikat mereka. Jika burung betina tidak terpesona dengan gerak-geri persembahan burung betina terbang begitu saja meninggalkan burung jantan terpinga-pinga). Thour berasal dari Pantai Timur, sering mengenakan jeans levi's, berpendidikan sedahana tetapi tekun bekerja. Bersikap bersahaja dan tidak suka bertegang lidah dan sering lambat bertindak. Apa harus aku lakukan demi anak-anak?

...........................................................




'Isteri durhaka'

Kes 'isteri durhaka' terhembur di mulut Thour bila isterinya berkeras hendak keluar rumah pada suatu pagi. Thour menghalang Tini keluar dari rumah, tetapi Tini berkeras juga. Dan ini menimbulkan kemarahan Thour. Lalu terkeluar perkataan keras itu.


Malam dingin berlalu begitu saja… Embun jantan menitik kaca rumahnya ...
Gambar hiasan




Pengasingan di bilik tidur sudah hampir 10 bulan

Thour sudah melakukan pengasingan di bilik tidur sudah hampir 10 bulan. 10 bulan tidak bersama… bukan waktu yang singkat…

(Jika isteri nusyuz suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul.  Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu. (al-Nisa’ :34).  

Cerai?, Thour masih menyimpan senjata itu.



Nusyuz: isteri yang ingkar dan durhaka kepada suami…
Gambar hiasan

(Isteri nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan membangkitkan kemarahannya. Nusyuz suami apabila dia memukul isterinya atau bersikap dingin dan acuh tak acuh terhadapnya). (Fairuz al-Abadi: Qamus al-Muhit 678) .

“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”. 

Nusyuz: isteri yang ingkar dan durhaka kepada suami… Qiwamah dalam arti kata kepimpinan perlu kepada kepatuhan dan ketaatan. Tiada erti pada qiwamah jika tiada ketaatan. Dalam konteks keluarga suami yang diberi hak qiwamah mestilah mendapat ketaatan daripada seisi keluarga, terutama isteri. Jika isteri ingkar, di sinilah timbulnya isu nusyuz. Ketaatan kepada suami bukan atas dasar ketinggian darjat dan kedudukan suami berbanding isteri, tetapi atas dasar qiwamah.  

“Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.”

“Isteri-isterimu  adalah lading bagimu, maka datangilah ladangmu itu kapan saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah”.



...........................................................


Isteri mengatakan Thour pemalas tetapi dia telah mengubah sikapnya. Masih juga Tini dingin dan tiada kemesraan, itu cuma alasan dungu, terang Thour. Bercakap bila perlu saja dan kebanyakkan berlakun depan anak-anak. (Perlu diingat sebelum menasihati isteri, suami sepatutnya terlebih dahulu mengkoreksi dan melakukan muhasabah diri, mencari di mana kelemahan dan kesalahan diri. Inilah yang adil bagi isteri dan bijak bagi seorang yang diberikan qiwamah dan kelebihan oleh Allah).



Terserah, saya sayang anak-anak dan ingin bersamanya sentiasa. Anaklah segala-galanya.

Hubungan putus

Kalau Tini berdegil dan akan berpindah dan bertugas ke Perlis hubungan putus, tegas Thour. Demi berpisah dengan anak-anak Thour tidak izainkan. Tini mengura-urakan akan berpindah ke Perlis jika sebuah universiti di sana membuka kuliah bahasa Thurki. Berdekatan dengan ibunya yang juga bersikap sepertinya, barangkali. Terserah, saya sayang anak-anak dan ingin bersamanya sentiasa. Anaklah segala-galanya. Anak perempuan sulung 6 tahun sudah mengesan sikap ibu-bapanya yang tidak mesra.

Mampukan Thour meneruskan hidup berpura-pura demi anak-anak?. Antara kasih sayang anak-anak dan isterinya yang berpura-pura… (membencinya)? 


................................

BERITA TERKINI

Totally out of services, kalau ibarat computer, boleh bukak tingkap dan baling ke luar…
tidak boleh dipakai lagi all damages!, keluh Thour mengaku keretakkan r
umah-tangganya…

Apa pandangan anda?.


Tuesday, October 2, 2012

Siri Pengembara Ibn Battuta/Sufi Moden ke Lombok


Lagak Aji Anep dengan beg packernya... 
Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/disangka-penyangak-maori.html


 3 buah pulau dijajah Aji Anep dalam sehari suntuk...



Bukan sekali, sebelumnya tahun 1999, Aji Anep bersolo di Eropah. Menjelajah UK, melewati Time-Tunner ke Paris. Terus ke Balgium dan Rom. 

Pelbagai ceritara dan pedoman dilakarkan. Teringat Mat Negro meng'ikhlas'kan kasut ketika singgah bersolat di sebuah masjid akibat kasut yang dipakainya rosak robik.

Tahun 2003, Aji Anep bersama 3 teman lainnya bergerak melalui Klang menaiki feri ke Dumai. Tragedi Sate Lidah Goyang (apa tu?, nak tau cari sendiri) menjadi kenangannya. Dari Dumai terbang ke Jakarta dan terus ke Bali.


Dalam usia senja langkahnya tidak bernoktah... Aji Anep aka Ibn Battuta si pengembara solo aka kembara galas beg membawa kompas memulakan langkah berani menjelajah pulau Lambok. Konon cerita, ramai lelaki Lombok melarikan anak gadis dan bermahligai di sana. Dan dikhabarkan kehidupan mereka penuh sensara dan dukalara. Ibn Battuta aka Aji Anep mencari kepastian!. Adakah cerita itu benar belaka?.

Berbanding Pulau Bali yang harum sedunia, tidak ramai mengetahui rahsia Pulau Lombok. Lombok kian membangun dengan sumber pendapatan utama ialah pelancongan.  Terletak bersebelahan pulau dewata itu, Lombok dikelilingi pantai dan gunung-ganang yang memukau pandangan.

Aji Anep seperti bermimpi di siang hari apabila melancong ke Lombok terletak di wilayah Nusa Tenggara Barat yang lebih dikenali sebagai tempat anak gadis Malaysia dilarikan.


Memulakan langkah marlboro... Aji Anep menggunakan penerbangan Air Asia sekitar RM300 terus ke Bali. Seharian di Bali dan menodai kota dengan bersepeda sekitar RM15 seharian. Ini menimbulkan kebosanan. Lagi pun sudah banyak kali ke Bali. Para perwisata kebanyakan menggunakan sepeda atau motor untuk bersiar-siar. Wali kota telah menjadikan jalanrayanya sehala dan begitu macet. Ini membuatkan Aji Anep muak.

Kehidupan sukar di Lombok.
Selong Great Mosque in Lombok – Indonesia

Dan keesoknya Aji Anep menempah tiket ke Lambok menggunakan Merpati Air RM220 dan sekitar 1 jam sampai di Lapangan Terbang Selaparang, Mataram. Menginap di Hotel Suram di Mataram berdekatan masjid Bayan Beleq dan kedengaran setiap waktu azan. Aji Anep menghabiskan usia siang dengan bersepeda RM12 sehari di Lombok yang terdapat peninggalan kerajaan Hindu yang bernama Taman Narmada yang di kenal juga dengan sebutan Air Awet Muda oleh Masyarakat setempat berlokasi di Lombok Barat.


Paket Wisata Harian Soft Trekking di Pulau Lombok
Di beberapa tempat di Lombok, khusunya di sekitar tempat anda menginap iaitu Senggigi banyak tempat yang belum pernah di kunjungi wisatawan, kami menawarkan soft trekking bagi anda yang senang berpetualang yang akan mengunjungi pedesaan yang di kelilingi bukit.

Pemandangan dari atas bukit sangat indah, deretan rumah-rumah dari atas bukit seperti taman miniatur apalagi lautan biru yang begitu luas seakan tak berujung. Anda akan di jemput di hotel dengan pakaian ringkas.
Selanjutnya soft trekking akan di mulai dengan mengantar anda ke utan Monyet Pusuk, Di Sini soft trekking anda mulai dengan menuruni bukit bukit dan melewati beberapa desa traditional suku sasak diiringi pemnadangan yang sangat indah dengan hamparan bukit hijau dan laut serta tanjung-tanjung yang menjulang ke laut di areal senggigi.


Di beberapa desa yang anda lewati, anda dapat melihat beberapa desa yang secara traditional membuat gula merah dan tuak manis, juga anda dapat meliat keseharian suku sasak lombok yang jarang anda saksikan.

Perjalanan soft trekking ini hanya memakan waktu selama 04-05 jam jalan kaki, perjalanan akan di mulai di Puncak Pass Pusuk dan berakhir di Desa Duduk atau di Desa Batu Bolong.


AIR TERJUN BENANG STOKEL KE AIR TERJUN BENANG KELAMBU

Package soft trekkking lain yang bisa ditawarkan adalah Soft trekking dari air terjun Benang Stokel ke air terjun Benang Kelambu.

Kedua air terjun di atas adalah air terjun yg alami yg ada di Lombok Tengah, lokasinya yang berada di kaki bukit pegunungan Rinjani memberikan udara yang sangat segar buat anda.
Trekking ini di mulai dengan penjemputan di hotel sekitar senggigi, perjalanan dari Senggigi ke Benang Stokel memakan waktu 1.5 Jam dengan kendaraan kami yang nyaman.
Dalam perjalanan ini, anda akan melihat keindahan sawah bertingkat yang tiada duanya di Lombok, pedesaan suka sasak dan perkebunan Kopi, Vanila dan pisang bertebaran di mana mana.

Setelah tiba di Air terjun Benang Stokel, anda kami bawa untuk melakukan soft trekking ini dengan menyelusuri perkebunan milik rakyak dan juga anda akan melihat pemandangan yang sangat indah di areal ini.
Perjalanan dari Benang Stokel menuju Benang Kelambu memakan waktu sekitar 2.5 jam jalam kaki pulang pergi.

Anda bisa menikmati pemandangan laut, tanjung-tanjung pulau lombok, Ikan lumba-lumba dan ikan terbang.


Wisata Snorkeling Ke Pulau Gili Trawangan and Meno

Logbook secara umum lebih di kenal karena Gunung Rinjaninya dan pulau-pulau kecil yang berada di utara lombok yaitu : Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.Gili dalam bahasa sasak yaitu : Pulau.

Beberapa tahun silam sebelum gili-gili lombok di kenal di mancanegara, pulau-pulau ini hanyalah pulau yang di huni oleh para nelayan dari Bajau dan Bugis, Suku perantau dan Nelayan asal Sulawesi Selatan.
Hampir 80 % mayoritas penduduknya adalah nelayan bugis dan bajau, sisanya adalah suku asal sasak (Lombok Pribumi).

Dalam perkembangan zaman, Pulau pulau Gili dengan terumbu karangnya yang indah terdengar hingga ke mancanegara, maka berbondong-bondonglah para tamu wisatawan mancanegara dan nusantara berkunjung ke gili gili lombok. Infastruktur mulai di bangun, Hotels, resort dan restaurant berjejer dari arah selatan hingga ke utara gili gili lombok.

Wisata Ke Gili Trawangan

Perjalanan dari senggigi ke Gili Trawangan memakan waktu 1 Jam dengan perahu Outrigger, Setiba anda di Gili Trawangan, Kami menyediakan keperluan alat-alat snorkeling di antaranya : Mask, Flipper, ban renang maupun jaket pelambung.


Silakan menikmati turumbu karang gili-gili lombok dengan ikan-ikan hiasnya yang sangat indah juga jika anda beruntung, maka anda akan melihat penyu-penyu hijau yang sangat langka tapi begitu mudah di lihat di gili-gili Lombok.

Setelah makan siang di restaurant setempat, anda kami pelawa menuju Gili Meno, Pulau ini berada di tengah di antara ketiga gili gili lombok, Anda bisa menyewa Cidomo, Alat transport satu-satunya di gili karena di gili-gili Lombok tidak ada kendaraan bermotor, baik itu Sepeda motor maupun mobil, Di gili-gili Lombok hanya ada Cidomo (Cikar, Dokar dan Mobil ) serta sepedah gayung.

Sebelum mataram tenggelam, Anda sudah berada kembali di penginapan anda di Senggigi.

Tidak ada masakan Lombok yang bisa diolah di Jakarta tanpa mendatangkan paling tidak cabai kering dan terasi khas dari Pulau Lombok. Cabai dari Lombok—yang dalam bahasa Jawa juga berarti cabai—mempunyai reputasi pedas yang lebih menggigit dibandingkan cabai yang tumbuh di bagian lain negeri ini.

Bila belum berkesempatan melancong ke Lombok untuk mencicipi masakan dengan cabai Lombok yang dahsyat, beberapa rumah makan yang menyajikan masakan tradisional Lombok bisa ditemukan di Jakarta, antara lain Pondok Sekarbela di Jalan Suryo, Jakarta Selatan, dan Putera Lombok di Kelapa Gading, Jakarta Utara.

Ayam taliwang bisa dikatakan sebagai masakan khas Lombok yang paling dikenal di berbagai daerah. Namun, nama masakan itu justru tak tercantum dalam daftar menu di Pondok Sekarbela. Jangan buru-buru kecewa, menu ayam bakar seraten di rumah makan ini sebenarnya tak berbeda jauh dengan ayam taliwang.

”Kalau ayam taliwang manisnya dari madu, kalau ayam seraten dari gula aren,” ujar Adiyat Adiyaksa, Manajer Pondok Sekarbela.

Bumbu seraten yang bisa dimasak dengan ayam kampung atau ikan—terutama nila dan gurami—adalah bumbu khas dari Sekarbela, sebuah kawasan sentra kerajinan mutiara di Pulau Lombok. Pemilik rumah makan ini, H Fatoni, yang memang warga asal Sekarbela, memilih menggunakan nama dan bumbu asli daerahnya.

Masakan ayam di Lombok, baik dengan bumbu seraten maupun taliwang—Taliwang juga nama sebuah kawasan di Pulau Sumbawa yang bertetangga dengan Lombok—sebenarnya sama-sama merupakan olahan ayam bakar. Namun, menyesuaikan dengan lidah warga non-Lombok yang datang ke Sekarbela ataupun Putera Lombok, disajikan pula ayam goreng.

Restoran yang menyajikan masakan Lombok di Jakarta umumnya menawarkan tingkat pedas sedang, pedas, dan sangat pedas alias pedas ”Lombok” khusus bagi yang ingin mencicipi selera asli daerah itu.

Di Pondok Sekarbela, pada sepiring plecing kangkung, tingkat kepedasan sedang berarti dua biji cabai rawit yang dihaluskan bersama tomat dan terasi Lombok. Sajian yang diistilahkan pedas dibuat dengan 4-5 biji cabai rawit, sedangkan versi asli Lombok yang sangat pedas bisa dibuat dengan 10 biji cabai rawit untuk satu porsi sajian.

Reputasi cabai Lombok yang ekstra pedas membuat tingkat ”sedang” pun sebenarnya tak bisa diremehkan oleh penyantap yang tidak ”berlidah” asli Lombok. ”Sering juga ada pengunjung yang bukan orang Lombok nantangin mau makan yang pedas ’Lombok’. Ya, sebentar saja langsung salah tingkah kepedasan,” ujar Adiyat.


Segar menggiurkan

Selain rasa pedasnya yang menantang, masakan Lombok juga menyuguhkan paduan optimal rasa manis, asin, dan kesegaran dari pilihan bahan makanan. Kesegaran ini terasa menggiurkan, terutama pada plecing kangkung dan lalapan beberuk. Plecing dibuat dengan rebusan kangkung, taoge, kacang tanah goreng, urap kelapa, dan sambal tomat. Kangkung khas Lombok ini tetap hijau segar meski direbus.

Sementara lalapan beberuk terdiri dari rajangan mentah terung hijau, kacang panjang, dan bawang merah dengan sambal tomat. Sambal tomat di restoran masakan Lombok ini dibubuhi terasi Lombok yang rasa dan aromanya amat khas. Sambal tomat baru dibuat per porsi setiap kali pengunjung memesan.

Selain minuman manis, penawar pedas bisa didapat dengan tempe goreng tepung khas Lombok yang disajikan dengan sambal gula aren. Tempe goreng khas Lombok ditandai dengan irisan cabai merah pada balutan tepungnya.
 Plecing kangkung adalah masakan khas Indonesia yang berasal dari Lombok. Plecing kangkung terdiri dari kangkung yang direbus dan disajikan dalam keadaan dingin dan segar dengan saus sambal terasi, tomat, toge, kacang, dan jeruk nipis.
 Cabai dari Lombok yang dalam bahasa Jawa juga berarti cabai, mempunyai reputasi pedas yang lebih menggigit dibandingkan cabai yang tumbuh di bagian lain negeri itu.

 Ayam Taliwang dan Lombok ibarat dua hal yang tidak bisa dipisahkan karena hidangan pedas ini sudah sangat melekat dengan Lombok. Ternyata bukan hanya Ayam Bakar Taliwang saja yang bisa dinikmati, ada juga Ikan Bakar Taliwang khas Lombok. Masakan ini sangat enak dinikmati sebagai menu makan siang atau  makan malam, bersama nasi putih hangat yang pulen. 

Layari: http://www.indonesiakaya.com/see/read/2011/11/13/823/20020/2/Ikan-Bakar-Taliwang


Kalau dimaksudkan untuk penawar pedas, cabai rawit yang dihaluskan hanya dibubuhkan sedikit bersama bawang putih pada sambal gula arennya.

Satu lagi masakan khas Sekarbela adalah kime-kime daging. Selain versi aslinya yang berkuah santan, di Pondok Sekarbela disediakan pula kime-kime daging tumis. Kime-kime dibuat dari daging cincang, irisan tahu goreng, kacang panjang, kuah santan, dan tentu saja cabai rawit.

Meski berkuah santan, kime-kime tak terasa berat seperti gulai. Santan encer, kacang panjang yang tak terlalu masak, dan irisan cabai menghadirkan rasa segar selain gurih.
Di Putera Lombok, ayam bakar taliwang yang ”bersaudara” dengan ayam bakar seraten menjadi menu utama. Bumbu taliwang di rumah makan yang menempati sebuah ruko di Boulevard Kelapa Gading ini juga bisa dibubuhkan pada olahan ikan lele bakar. Selain beberuk dan plecing kangkung, terung bakar sambal terasi juga menjadi pilihan menu sayur yang menggoda.

Jangan lupa, tentukan sejak awal sebelum memesan menu. Mau yang sedang, pedas, atau memang berani menjajal pedas ”Lombok”.

Ramai orang memujuk dia untuk pulang ke pangkuan keluarga, dia berdegil. Dia mendakwa kononnya hidup bahagia di samping suami tersayang. Hasil pernikanan tanpa berwalikan ayah, dia kini mengandung hampir  7 bulan, anak bersama suami berasal dari Pulau Lombok berusia 26 tahun, Hazif Sukma.

Hemat saya, pemikiran gadis itu pendek, sementah usianya, 15 tahun. Nama jolokannya Bella. Ring a bell? Salsabilah Yunan, bekas pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Kata orang, cinta itu buta, dalam kes ini, Bella buta hati. Baca kisah awal dia melarikan diri mengikuti Hazif ke Pulau Lombok, Indonesia.
Layari: http://www.mazidulakmal.com/2010/02/bella-ring-bell.html
(Layari: https://www.google.com.my/search?q=gadis+lombok.+in+donesia&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a)

 Foto orang-orang Lombok lewat dulu.


PAKET WISATA ALAM DI LOMBOK
Program 4 hari /3 malam


Hari 01. Kedatangan - Transfer In Ke Hotel
Tiba di Lombok anda kami jemput dan langsung kami antar kerumah makan ayam taliwang untuk makan siang atau makan makan malam bila tiba pada malam hari, kemudian diantar menuju hotel tempat anda menginap, Check inn Hotel dan Acara bebas.

Hari 02. Wisata Air Terjun Sendanggile

Sembalun, sebuah desa di Lombok Timur yang berada di kaki Gunung Rinjani ini mempunyai daya tarik lain daripada yang lain. Wilayah ini menawarkan pesona alam pegunungan nan hijau berjejer dan mengelilingi desa yang juga menjadi salah satu desa agrowisata di Lombok Timur, salah satunya adalah Pusuk Sembalun.

Setelah sarapan pagi di hotel, selanjutnya Perjalanan wisata alam di mulai dengan mengunjungi object pertama yaitu pasar traditional Lendang bajur untuk membeli buah-buahan yang akan kita bagikan kepada monyet monyet yang ada di hutan pusuk, kemudian perjalanan dilanjutkan ke Hutan Pusuk yang dihuni oleh Ratusan Kera yang berkeliaran di sepanjang jalan menanti makanan dari pengunjung, setelah puas bercengkraama dan berphoto ria bersama para monyet-monyet.

Selanjutnya perjalanan kita lanjutkan ke air terjun sambilan menikmati keindahan alam pulau Lombok bagian utara dengan melewati bukit dan hutan. Mengunjungi Segenter desa tradisional Sasak yang masih sangat alami dan kuno. Kemudian mengunjungi Masjid kuno Bayan. Dan terakhir mengunjungi Air Terjun Sendang Gile di kaki Gunung Rinjani dengan suara gemercik air menerpa batu bagaikan suara nyanyian yang merdu menambah makin indahnya alam disekitarnya dengan udara pegunungan yang segar dan alami. Di Air terjun silakan anda mandi sepuas puasnya, selesai mandi selanjutnya kita makam siang di Rumah Makan Pondok senaru yang berada di ketinggian 700 meter datas permukaan laut sambilan menikmati pemandangan sawah yang terhampar luas nan hijau dari kejauhan. sore hari kita kembali ke hotel dengan melewati pantai malimbu dengan pemandangan matahari tenggelam di balik gunung agung di pulau Bali. Selanjutnya menuju hotel dan istirahat acara bebas.

Hari 03. Wisata Tete Batu Pemandangan Gunung. 


Setelah sarapan pagi di hotel, anda kami jemput. Wisata ini akan membawa anda ke pulau Lombok bagian timur dengan hamparan tanah pertanian yang indah. Pertama anda akan mengunjungi Pringgasela, desa tenun tradisional dengan design dan motif yang sangat exotic, Loyok, desa pengerajin anyaman dari Bambu. Kemudian ke Tete Batu, daerah pegunungan yang indah dengan panorama keindahan kaki gunung Rinjani yang sejuk dan nyaman. Makan siang di Rumah makan setempat yaitu di wisama sojoeno sambilan menikmati pemandangan hamparan sawah nan hijau, selanjutnya menuju Otak Kokok, air terjun yang airnya berasal dari gunung Rinjani yang sungguh dingin dan sangat berkhasiat menyembuhkan berbagai penyakit. Dan setelah puas mandi di air terjun sore hari kita kembali ke hotel, istirahat dan acara bebas.

 Hari 04. Check Out Hotel - Transfer Airport

Setelah sarapan pagi di hotel, selanjutnya kami jemput anda untuk di transfer ke airport, dan acara wisata alam di pulau Lombok selesai dengan kenangan manis yang tak terlupakan sepanjang hidup.



.... Catatan kenangan buat Aji Anep yang diingati.