ads

Monday, January 30, 2012

NILAI MASA - Jika masa itu boleh dibeli, setiap hari kita akan membelinya...


 Apabila kita terfikir detik-detik pahit contohnya kesilapan-kesilapan yang telah kita buat di masa-masa yang lalu, kita sering menginginkan kita kembali ke masa itu untuk memperbetulkan keadaan. Sebagai manusia yang tidak mempunyai kuasa mengawal masa, kita hanya perlu pasrah bahawa yang berlalu itu kenangan, yang sekarang ini kenyataan dan yang akan datang itu kita sandarkan pengharapan.

...............................................

Setiap insan dikurniakan 24 jam sehari di dalam hidupnya. Bergantung pada dirinya bagaimana untuk menguruskannya. Ada yang merasakan 24 jam sehari tidak mencukupi baginya dan ada juga yang merasakan terlalu sukar untuk menghabiskannya.

Orang yang berjaya dalam hidupnya amat menghargai masa. Pepatah ada mengatakan, " Masa itu Emas ". Apabila masa terbuang bermaksa kita telah menghabiskan harta kita dengan sia-sia. Orang yang berjaya telah merancang masa mereka sebaik mungkin supaya kegiatannya berjalan lancar dan tiada gangguan.

Orison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-selamanya.

Micheal Faraday ada berkata, "Satu-satunya yang saya hargai dalam hidup ini adalah masa. Jika masa itu boleh dibeli, setiap hari saya akan membelinya".

Cuba kita perhatikan masyarakat Jepun. Mereka amat mematuhi dan menepati masa kerja. Hasilnya, Jepun telah berjaya menjadi sebuah negara industri yang menguasai dunia. Kita juga boleh berjaya dalam hidup kita sekiranya kita juga ada disiplin diri dan amat menghargai masa kita.


Benjamin Franklin (January 17, 1706 - April 17, 1790) was one of the Founding Fathers of the United States. A noted polymath, Franklin was a leading author, printer, political theorist, politician, postmaster, scientist, musician, inventor, satirist, civic activist, statesman, and diplomat. As a scientist, he was a major figure in the American Enlightenment and the history of physics for his discoveries and theories regarding electricity. He invented the lightning rod, bifocals, the Franklin stove, a carriage odometer, and the glass 'armonica'. He formed both the first public lending library in America and the first fire department in Pennsylvania.

....................................................

Orang yang berjaya tidak akan membiarkan masa berlalu. Setiap detik digunakan untuk memanfaatkan sesuatu. Oleh itu, gunakanlah masa sebaik mungkin. Renungkanlah satu pengalaman menarik dari Benjamin Franklin, seorang yang berjaya dalam semua bidang.

Franklin mempunyai sebuah kedai buku yang dijaga oleh seorang pekerja. Seorang pelanggan ingin membeli buku yang berharga seringgit. Dia minta dikurangkan. Apabila tidak berjaya, dia ingin menemui tuan punya kedai. Apabila Franklin mendengar kata pemuda itu ia terus berkata "Mengapa saudara ingin menemui saya?"

Pemuda itu lalu bertanya tentang harga buku tersebut. Franklin memberitahu harganya $1.50 iaitu lebih sen. Pemuda itu terkejut lalu bertanya.

"Apakah encik tidak keliru?" tanya pemuda itu.

"Tidak, kau telah memanggil aku dan masa terbuang untuk melayan kamu. Jadi kamu harus membayar kerugian masa saya,"
kata Franklin. Dari cerita di atas, kesimpulannya masa itu sangat penting dan berharga.

Ingatlah, kalau kita pandai menggunakan masa, ia akan memberi hadiah kepada kita, iaitu kejayaan. Jika kita mensia-siakan masa, kita akan kecewa.

..............................


"Satu-satunya yang saya hargai dalam hidup ini adalah masa. Jika masa itu boleh dibeli, setiap hari saya akan membelinya".





Masa Itu Emas

Anda adalah apa sahaja yang anda fikirkan tentang masa anda. Dan bahagian yang paling penting setiap hari adalah apa yang anda fikirkan pada awal hari tersebut.

Mulai Hari Anda Dengan…
Setiap pagi, ambil 30 minit dari masa anda untuk duduk dan berfikir mengenai matlamat anda. Apabila anda membaca biografi dan autobiografi mereka yang berjaya, anda akan dapati bahawa hampir kesemua mereka memulakan langkah untuk mencapai kejayaan pada setiap awal pagi dan menghabiskan masa tersebut untuk diri mereka sendiri.

Tambahkan Minda Anda Dengan Pelbagai Idea Positif
Inilah masa keemasan. Sejam pertama bakal menetapkan posisi anda untuk hari tersebut. Perkara-perkara yang anda lakukan pada jam yang pertama dapat mempersiapkan minda anda dan menetapkan arah anda sepanjang hari. Dalam tempoh 30-60 minit pertama, ambil masa tersebut untuk anda berfikir dan mengkaji semula rancangan anda untuk masa hadapan.

Gunakan Masa Tenang Anda dengan Berkesan
Berikut adalah empat perkara yang boleh anda lakukan pada suatu masa yang tenang di pagi hari.

Pertama sekali ialah untuk mengkaji semula rancangan anda untuk mencapai matlamat anda dan menukar rancangan anda sekiranya perlu.
Kedua ialah dengan memikirkan cara yang lebih baik untuk mencapai matlamat anda. Sebagai latihan, anggaplah bahawa cara yang anda lakukan adalah salah sama sekali dan bayangkan keadaannya yang sama sekali berbeza. Apa yang akan anda lakukan jika ia berbeza daripada apa yang anda lakukan sekarang?
Ketiga, fikirkan tentang pengajaran yang berharga yang anda telah belajar sebelumnya dan, sentiasalah mempelajari sesuatu sepanjang laluan tersebut ke arah matlamat anda.
Keempat, gambarkan matlamat anda dengan tenang sebagai satu realiti. Tutup mata anda, berehat, senyum, dan bayangkan matlamat anda seolah-olah ia telah menjadi suatu realiti. Tuliskan semula matlamat utama anda setiap hari ketika ini. Tulis semula matlamat tersebut seolah-olah ia telah wujud. Tuliskan “saya mendapat X ringgit.” “Saya mempunyai kekayaan bersih sebanyak X.” “Berat saya hanya beberapa kilogram.” Latihan menulis seperti ini dan penulisan semula matlamat anda setiap hari adalah salah satu perkara terhebat yang anda pelajari.

Ikat Tali Keledar Anda dengan Kemas
Kehidupan anda akan bergerak mengikut kepantasan anda memakai tali pinggang keledar anda. Ingat, titik permulaan untuk mencapai kejayaan dalam kewangan anda ialah berdasarkan kepada terbinanya keyakinan yang tidak mudah goyah dalam diri anda dan kemampuan anda untuk mencapai matlamat anda. Semua yang kita katakan ialah mengenai cara membina dan membangunkan sistem kepercayaan diri anda sehingga anda akhirnya sampai ke tahap di mana anda benar-benar yakin bahawa tiada apa yang boleh menghalang anda daripada mencapai apa yang anda tetapkan untuk dicapai.

Segalanya Dikira
Tiada siapa yang bermula dengan sikap seperti ini, tetapi anda boleh bangunkannya menggunakan undang-undang pengumpulan. Segalanya dikira. Tiada usaha yang akan pernah hilang. Tiap-tiap pencapaian yang luar biasa adalah hasil daripada beribu-ribu pencapaian biasa yang langsung tidak pernah diiktiraf atau dihargai. Cabaran yang paling besar adalah untuk anda tumpukan fikiran anda terhadap matlamat anda dan melalui undang-undang tarikan, anda pasti tidak dapat mengelak daripada menarik individu-individu lain, keadaan dan peluang yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda.


Menjadi Magnet yang Hidup
Sebaik sahaja anda telah menguasai diri dan pemikiran anda, anda bakal menjadi magnet yang hidup yang dapat menarik idea-idea dan peluang untuk menjadi kaya. Ia terjadi bukan sahaja kepada diri saya sendiri bahkan juga kepada setiap orang yang berjaya yang pernah saya kenal. Ia juga bakal berlaku kepada anda jika anda mulakannya hari ini, kini, serta saat ini juga untuk berfikir dan bercakap tentang impian dan matlamat anda seolah-olah ia suatu realiti. Apabila anda mengubah corak pemikiran anda, anda bakal mengubah kehidupan anda. Anda akan meletakkan diri anda seteguh mungkin di atas laluan untuk mencapai tahap kebebasan kewangan.

Latihan tindakan
Di sini ada dua perkara yang boleh anda lakukan setiap hari dalam memfokuskan minda anda ke arah matlamat kewangan anda:
Pertama, bangun sedikit lebih awal setiap pagi dan rancang hari anda terlebih dahulu. Ambil sedikit masa untuk berfikir tentang matlamat anda dan bagaimana anda boleh mencapai matlamat tersebut. Ini dapat menetapkan posisi anda sepanjang hari. 

Kedua, fikirkan tentang pelajaran berharga yang anda pelajari setiap hari sepanjang anda berusaha menuju ke arah matlamat-matlamat anda. Bersedia untuk membetulkan kedudukan anda dan sesuaikannya dengan tindakan anda. Yakinlah dengan sebenar-benarnya bahawa anda sedang bergerak pantas menuju matlamat anda, tidak kira apa jua yang berlaku di luar sana buat sementara waktu. Biarkan sahaja di sana!

 

Dr. Wan Shah Razali
http://drshahrazali.com/2011/12/masa-itu-emas/
   


2 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Kisah Jibril a.s., Kerbau, Kelelawar, dan Cacing


Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”.

Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “Hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelelawar.

Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab,
“Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya”.

Anonymous said...

sangt berguna pada sy ilmu yg telah anda post kn,,trima kasih yer sbb anda telah pn memberi inspirasi kpada sya