ads

Saturday, April 14, 2012

Pengalaman mystic di Tanah Suci...


* Seorang kenalan memberitahu temannya, beliau melihat Kaabah terbakar dan api menyala-nyala ketika memulakan tawaf. Teman itu gugup. Langsung saja kenalannya menasihatkan supaya sembahyang taubat sebelum memulakan tawaf.


* Seorang tua penunggu setia di Hijir Ismail di Kaabah sekitar jam 3 pagi mengundang persoalan. Setiap malam, dia duduk di penjuru sebelah kiri, bersembahyang sunat dan berdoa. Orang tua berumur sekitar 80 tahun ini meletakkan tongkat di bawah kelambu Kaabah. Bagaimana beliau boleh masuk ke kawasan ini sedangkan orang sesihat kita tidak mampu?.


* Seorang teman keluar awal dari hotel ketika sembahyang asar. Beliau bergegas ke dataran dan duduk berhadapan Kaabah, sembahyang sunat dan berdoa. Ketika waktu sembahyang asar beliau memberitahu dirinya tidak sanggup berdiri di tempat suci itu, memandangkan dirinya yang banyak berbuat dosa. Langsung beliau sembahyang dengan sebaknya, jauh di belakang.

Orang ramai berebut untuk mengangkat jenazah. Pahala bagi mereka yang mengangkat jenazah ke kubur adalah satu lagi pahala sebesar Bukit Uhud

* Ketika sembahyang Jenazah, seorang kenalan melihat jenazah di hadapannya melambaikan tangan kepadanya. Setelah sembahyang beliau bergegas mengusung jenazah itu dan menolong menguruskan di kuburan Ma'la. Kubur digali berbentuk L dan mayat dipaling/mengereng mengadap Kiblat dan tanah keras berbentuk batu-bata menutup lubang itu. Pengurusannya begitu pantas hanya memakan masa 5 minit saja, katanya.

Jenazah dibawa keluar untuk dikebumikan di Perkuburan Ma'la.

* Pasangan dari Egypt, Mesir menginap sebelah bilik cukup mesra dan ramah. Kami bersama pergi sembahyang. Selepas sembahyang Jenazah beliau bergegas bangun membantu mengangkat Jenazah. Ketika ditanya kenapa beliau berbuat demikian?. Janganlah kita melepaskan peluang untuk bersolat jenazah di sini. Tahukah kita, pahala bagi orang yang menunaikan solat jenazah adalah sebesar Bukit Uhud. Bukit yang terbesar di Madinah.

Dan bersolat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda berbanding bersolat di tempat lain. Cuba bayangkan pahala 100,000 x Bukit Uhud. Banyak ganjaran pahala yang Allah tawarkan untuk kita, katanya.

* Seorang lelaki dari Bahrain - sejak berumur 16 tahun ke Mekah mengerjakan Umrah dan Haji. Menerangkan kedudukan Iman ketika waktu sembahyang. Ketika ditanya kenapa tidak bercuti ke Malaysia atau Asia. Dia lebih suka bercuti di Mekah bersama keluarga. Duduk makan-makan bersama di dataran Kaabah atau bersantai di luar Kaabah atau di dataran Madinah. Itulah jati diri orang-orang Arab, katanya.

Raudah yang sentiasa penuh sesak, siapa cepat siapa dapat...



* Pelajaran dari Kubur Baqi ketika melihat deretan batu penanda bertaburan tandus dan gersang. Mutaif berkata, tidak perlulah kita menghias cantik dengan pelbagai bunga-bungaan, meninggikan dan berbatu mar mar dan  berpagar tinggi kubur kita. Itu bukan harta kita. Itu tanah wakaf dan mayat itu hanya menumpang saja dan jika kekurangan tanah kubur itu akan digantikan dengan orang lain. Kita sewenang-wenangnya meluaskan kawasan kubur, menghias-hias cantik dan membina pagar bersimen.

Kita datang ke kuburuan selain berdoa adalah untuk meinsafkan diri tentang kegersangan dan kesunyian kubur dan fitnahnya.  Beliau berpendapat, binaa diperkuburan awam, maka hukum membinanya adalah haram, dan jika ia berada ditanah persendirian, maka hukumnya makruh. Sekadar batu pemancang atau tanda nama sudah cukup, katanya.

Tasbih, orang Negeria yang unik. Saya memberikan 50 riyal kepada Haji ini sebagai pertukaran Tasbih unik ini.

Tasbih dari Negeria yang unik.


* Seorang kenalan singkat dari Jeddah sempat berbual ketika menunggu sembahyang Asar. Melihat tasbih yang unik hati terdetik ingin bertanya. Beliau menyatakan tasbih itu hadiah dari bapanya sebelum menghembuskan nafas. Berpesan, tasbih itu jangan dijadikan hiasan dan digunakan untuk berzikir. Inilah hadiah yang paling berharga, katanya. Sebagai mengingati arwah bapanya beliau sering ke Mekah dan membawanya sekali untuk berzikir.

 Tasbih Kayu Koka dari Sudan sekitar 10 Riyal.

 Tasbih Arab Saudi dari Kayu Koka sekitar 500 Riyal bagi pencinta zikir.
Difahamkan Raja Arab Saudi menggunakannya.

* Penjual di kedai pelbagai cenderahati yang cepat mesra. Ketika memulangkan kembali barangan yang sudah dibeli, mereka menerima kembali dengan senyuman melimpah. Pekara penting, tiada muskil kepada dua belah pihak, Itu jual-beli cara Islam, katanya dan menjadi kenag-kenagan.


Rahsia Di Sebalik Mencium Hajar Aswad
 

Hadis Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Disurahkan oleh seorang sahabat, sepasang suami isteri, terlalu ingin mencium Batu Hitam@Hajar Aswad. "Berhajat sangat", katanya. Keesokkan harinya pasangan ini sudah berada dipersekitaran Kaabah. Mereka bersiap sedia di tengah kelayak untuk mendekati Hajar Aswad. Pasangan ini cuba berasak-asak menghampiri Hajar Aswad. Nasib mereka baik langsung saja dibantu oleh beberapa orang Indonesia. Apabila lorong sudah terbuka si suami dapat mencium Hajar Aswad tetapi akibat asakan demi asakan si isteri membatalkan niat.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

 
Kita semua tahu, Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah, lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
 

Selesai saja segalanaya, orang Indonesia itu meminta 500 Rupiah sebagai ganjaran kerana membantunya. Pasangan ini terkejut, nak digaduh tempat tidak sesuai. Setelah bertegang urat leher langsung diserahkan duit dalam simpanan cuma sekitar RM150 saja dan reda apa yang menimpa.
 

 

Apa jenis perniagaan sesuai di sini?

Melihat gelagat orang India, Pakistan dan tidak kurang orang Arab yang sentiasa mengunyah sesuatu. Dijalanan atau di kedai-kedai, anak-anak muda berjubah yang merah mulut dan hitam giginya. Hati terdetik dan bertanya. Rupanya daun sireh jadi kunyahan.

Daun sirih merah dikatakan memiliki efek mencegah ejakulasi dini, antikejang, antiseptik, analgetik, antiketombe, mengendalikan gula darah, lever, antidiare, meningkatkan daya tahan tubuh, dan meredakan nyeri. Juga dipercaya mampu mengatasi radang paru, radang tenggorokan, radang gusi, hidung berdarah atau mimisan, dan batuk berdarah. Elok dikunyah, menghilangkan mengatuk, kata seseorang.


Lalu kita bertanya? Perniagaan apakah yang sesuai di 2 Tanah Suci ini? 3 keping daun sireh 10 riyal dan kalau dibawa sekotak besar boleh membiayai tambang haji. Atau membuka counter untuk massage kaki. Perkhidmatan ini tidak menghampakan…

* Melihat jalan raya yang tandus dan gersang berbatu kerikil. Hati berkata, alangkah sukarnya pejuangan Nabi menegakkan Agama Islam ketika berhijrah ke Madinah. Pokok dari specis gurun. Kelihatan di jalanan pokok-pokok beranting rinet ini, menebat plastik buangan seolah-olah kelihatan bunga berwarna merah jambu. 


* Kini hanya memakan masa 6 jam saja perjalanan Mekah - Madinah menggunakan kenderaan. Dulu Rasullah menggunakan kenderaan unta selama 7 hari merentas gurun tandus dan gersang ini. 

1 comment:

Ahmad Aaziz said...

Pada musim hj biasa la org kita jual sireh ni