ads

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 'Naskah buat YB

Ego YB menjadi Panas Miang…

 Aku Bersama UMNO
dari Facebook - Demi Rakyat da...


Tuai padi antara masak
Padi muda dibuat emping
Bila berjaya janganlah riak
Sudi kiranya jalan seiring


Politik den raso adalah satu jenama dan pado asalnyo dio tak kotor tapi sekarang ni orang dah diiktirafkannyo sebagai War Without Bloodshed. Yang mengkotorkannyo adalah spesis yang dinamokan manusio. Macam mano warak dan alim sekali sorang tu, Kalau dah terojon dalam politik dio mesti tak banyak atau sikit kono burukkian lawan dio. Bilo dah jadi macam ni, mako jadilah politik itu kotor. Sodih Den dongan orang yang baik dan alim macam Ustaz tu masuk politik, dulu tak pornah dongar orang usik dio, tapi la ni ado dongar macam-macam hal dio... kalau kito tanyo orang karang torus dio kato fitnah dan konspirasi, tanyo orang BN dah adat orang berpolitik, cam mano, fikirlah sendiri, macam den ni duax DUN dan Parlimen semuo mata sepet bertanding… poning…

 Dari Facebook - Demi Rakyat da...


Apo nak dikato

YB dari Selatan ini, 5 deked dulunya diiktiraf 'winnable candidate', prihatin dan peka terhadap masalah teman-teman yang memperjuangkannya untuk tercalon menjadi Adun. Kini terbukti rapuh dan terkulai dek pangkat. Seolah-olah ' Kiambang bercerai biduk tersepai… Apo nak dikato?. Ujian pangkat kedudukan dan harta juga jadi pertimbangan dan tertewas akhirnya…

Cukup memualkan, keluh 4 sahabat yang merupakan rangkaian 5 orang (Hang Tuah 5 bersahabat, ke sawah dan ke pamah sama dijejaki) meluah rasa berbuku terhadap YB 'Jetset' ini. Nak hubungi teman-teman lama cukup berat. Pelik, nombor hp ado… Hantarlah SMS dan balaslah SMS teman-teman…

Riak kekeruhan dan rasa terpinggir kian berbahang antara teman-teman seperjuangan yang bertungkus-lumus membantu dan menjadikannya YB. YB ini telah melupakan secara total sahabat berlimanya. Mereka-mereka inilah berjuang membenamkan lawannya TKO dan menaikkannya menjadi Adun. Kini YB tercalon lagi tanpa teman-teman rapat yang membantunya dahulu. YB dikelilingi orang-orang baru yang entah baik, entah barriar di sekelilingnya… Talam Dua Muka @ Tumpang Semangkok' @ 'Kepentingan proksi'. Pandai bercakap belum tentu hebat bekerja. Bijak berforum tapi menjarakkan sahabat lamanya, PAnyalah memisahkan teman-temannya lama YB. Gampang, sekali lagi… Jang Minang menghamun.

YB ini "winnable candidate", tetapi sudah terkeluar daripada skrin calon paling berpotensi. 'Dio ni berubah 180 darjah'. Anak watan ini cukup mengejutkan 4 orang teman rapatnya. Apatah lagi Jang Minang yang sama-sama membantu jiwa raga menaikknya dan kini bertahta sebagai YB. "Kalau nak tulis cukup panjang sejarahnya berjela-jela selama 22 tahun, Jang Minang membuka bual cerita dan meluah rasa.


Kejaya politiknya cukup menyerlah...
Bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan tahun 90an. Di penghujung tahun dipilih menjadi Ketua Pemuda Bahagian.

Tahun 2003 beliau kalah, pertandingan Pemuda Bahagian dan tersinggkir kerana ada komplot terancang menjatuhkannya. Tahun 2004 menjadi Sayap BELIA 4B dan NGO. Seterusnya tahun 2008 menjadi Adun mengalahkan Calon Pas.


Kito dah terkeno

Jang Minang dengan mata berkaca menghitung masa. "Semua menjadi kenangan". Mereka selalu berborak @ bermasyuarat di pankin di bawah pokok beringin di kerusi di depan rumah YB hingga hampir setiap malam merayap hingga ke jam 2 pagi. Mengatur strategi dan merancang merobekkan musuh. Kalau pokok beringin itu boleh berkata-kata, tentu menangis sebak mengenangkan tuannya. 'Give me 5 second, i'll give you 5 years'... slogan ini tidak memberi makna lagi.

Hari-hari terakhir seorang Pembatu Politikus bersurah. "Saat paling menyeronokkan dan cukup membahagiakannya sewaktu menyaksikan YB menerima Watikah Pelantikan menjadi Adun dari Sultan di Dewan Undangan Negeri. Jang Minang tidak dapat berkata apa-apa dan air mata menitis tanpa disedari. Kejayaan besar melihat anak watan menjadi wakil rakyat. Rasa puas dan berbaloi mengenangkan perjuangan 5 sahabat selama 22 tahun menaikkannya seperti kisah Hang Tuah berperang melawan musuh.


Koto timon dio durian

"I got northing to loose", Jang Minang menyembunyikan perasaannya walaupun teman-temannya mengetahui hubungan rapatnya. "Kita jujur bekerja dan membantunya, tidak meminta balasan. Hubungilah, sekurang-kurang bertanya khabar…". Ini kalilah, bah…

Sebenarnya ada lagi pelbagai isu yang berlegar di Dun itu tetapi Jang Minang enggan berinteraksi. "Semoga YB paneh akan bertambah paneh lagi selepas pru 13. Ini mungkin pengajaran besor!. Jangan lupa kawan-kawan atau kawan-kawan akan melupannya. Apo cito kawan baik ese tu si YB?.. kek mano dio nak bertanding? Lupokan sajo…

"Semua menjadi kenangan". Mereka selalu berborak @ bermasyuarat di pankin di bawah pokok beringin di kerusi di depan rumah YB hingga hampir setiap malam merayap hingga ke jam 2 pagi.


Sebangsa, senegara, sejiwa - SeMalaysia - 1 Malaysia

Dalam politik, dendam mendendam lumrah tetapi kali ini, terang dan berani; tidak pernah berlaku begitu terserlah, begitu defiant dalam sejarah Umno. Secara terbuka oleh orang kuat parti seperti …………. dan lain-lain. Pada saya, lebih baik mereka melakukannya terang-terang daripada yang bermuka-muka, (bilangannya lebih ramai) yang terus menjadi api dalam sekam (juga berlaku dalam semua parti bertanding). Kumpulan serang hendap ini lebih berbahaya daripada yang berani terang-terang menentang, mencabar parti dan ketuanya!.

Krisis memasukkan semua elemen berpolitik daripada yang paling luhur hingga yang paling kotor. Konsep demokrasi terlalu baru bagi rakyat negara ini. Dalam pertarungan politik, semuanya dihalalkan. Seperti halnya dengan watak Lebai, agama menjadi alat politik atau agama dipolitikkan. Perlu diingat Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959, pilihan raya yang pertama selepas kemerdekaan. Krisis mengingatkan kita bahawa politik tidak banyak berubah sejak 54 tahun yang lalu.


Calon BN dan PAS kempen bersama.
Tahniah buat Pak Lang Hasbullah dan Ustaz Nazri. Anda menjadi contoh kepada yang lain. Ini yang kita mahukan. Insyaallah.. satu hari nanti kita akan bersatu. Amin..

Tak ada guna nak gaduh, debat, perlekeh sesama kita setakat penyokong.... Kita yg kita suka kita hormat yg orang lain suka. Dari Facebook.


Biarkan Anonymous yang berbicara...

Anonymous said...
DUN XX diteraju oleh YB XX, UMNO. Dia sudah terkeluar daripada senarai calon paling berpotensi menang dan terbaik. Kena tukarlah. 


Anonymous said...
YG NAK MEMERINTAH XX IALAH BN calon yg ada itu cuma batu loncatan sahaja...



Anonymous said
...
Saya amat risaukan kredibitili YB dalam mentadbir DUN ini.

Saya banyak mendengar pelbagai reaksi negatif mengenai ADUN ini. paling utama isu yang berlegar ialah kegagalan ADUN dalam mengurus lambakan peniaga asing...

dalam pada itu, pelbagai lagi rungutan yang saya terima daripada rakan-rakan baik ADUN yang sudah sifatkan ADUN sebagai ego dan tidak mesra...





Penulis/pemblogger
Tahniah, dicalonkan semula di XX. Selamat myumbangkan bakti. Diiringi doa peroleh kmengan besar. 
- menghantar SMS

- Penulis mengenali YB agak lama (1992) dan pernah mengendalikan beberapa projek bersamanya. Sepanjang perkenalan dan berurusan dengannya semua berjalan lancar dan mudah. Hati-budinya yang lohor dan prihatin dengan kawan-kawan. Semasa saya kemalangan beliau datang melawat dan saya cukup berbesar hati. Saya mendoakan YB boleh pergi jauh menyumbang bakti kepada anak watan. Saya juga mendoakan YB succces dan apa-apa kekilafan itu mungkin dari pihak ketiga.

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Al-An'aam, Ayat 67


- Sheikh Mustafakamal Alaziz


Gambar/Grafik cuma hiasan semata.




Wednesday, April 17, 2013

Prihal berguru...


 Sejak awal tahun lagi beliau menanam tekad untuk belajar 
dan menamatkan pengajiannya.

Haji Ibrahim 'pendahaga Ilmu'. Beliau sanggup memandu kereta berulang-alik dua kali seminggu ke Masjid Negara. "Mata masih jelas tapi badan dah tak kuat", katanya. Sejak awal tahun lagi beliau menanam tekad untuk belajar dan menamatkan pengajian tajwid Al-Qurannya. Di usia senja minat belajar kian membaja. "Nak buat apa lagi dah pencen, anak dah besor… ". Beliau senang diajak bersembang dan berterus-terang bila memperkatakan tentang 'berguru'.

Hj Ibrahim Mat Nor dari Taman Desa Ria, Bentong, Pahang. Pesara kerajaan, berusia 75 tahun mempunyai 3 orang anak yang sudah berkahwin dan tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Manakala di rumahnya tinggal beliau bersama isteri terkontang-kanting. "Terkadang terasa rugi kalau tak belajar". Beliau membulatkan tekadnya untuk berguru bagi membetulkan bacaan Al Quran mengikut Resam Usmani sebagai kelangsungan dan kesempurnaan keadah Baghdadiyah.

Sementara umur masih berbekas, beliau menguatkan semangat untuk terus mengaji. Manalah kita tahu tentang sisa hidup, sementara masih bertenaga kita dituntut untuk mencari ilmu, katanya.

Di Masjid negara tersedia guru-guru yang bertauliah dan berkelulusan. Di sini pelajar akan diajar dan mengulang-kaji kembali tanda--tanda bacaan bahasa Arab dalam Al-Quran, tanwin, sukun, mad dan qasr, tasydid, bunyi-bunyi asas, tajwid, alat-alat ucapan dalam makhraj-makhraj huruf dan bacaan saktah dan lain-lain lagi. Ustaz-ustaz yang berpengalaman dan diselangi anetdot tidak membosankan. Belajar dalam suasana yang terdiri dari pelbagai golongan menyeronokan, cerita Haji Ibrahim.

"Dah tak berani memandu waktu malam, 
CPU dah lemah, lambat connet...


'Belajar Memondok'


Haji Ibrahim pernah 'memondok' di Pasir Mas di Kelantan selama satu setengah tahun. Seronok menetap di sana, orangnya baik-baik belaka mudah meminta pertolongan. Tetapi takdir menentukan segala. Beliau di serang sakit jantung langsung di hantar Hospital Bentong kemudian ke hospital Temerloh terus ke IJN, KL. Injapnya tersumbat dan terpaksa di angiogram.

Kesan dari rawatan itu dan salah memilih permakanan mengakibatkan Haji Ibrahim mula terasa sakit bahagian dada. Penyakit Haji Ibrahim pelbagai dan terpaksa menelan 10 jenis ubat setiap pagi dan malam. Pesara kakitangan Risda memberitahu belanja perubatanya di IJM mencecah 20 ribu. "Nasib baik pesara kerajaan, dapatlah percuma". Haji Ibrahim tetap mahu meneruskan pengajiannya di Masjid Negara walau agak uzur dan terpaksa bermalam bertilamkan totoo. "Dah tak berani memandu waktu malam, CPU dah lemah, lambat connet...


Pelbagai kisah berguru...

* Disurahkan oleh seorang, tentang tuntutan belajar: Pasangan dari Muazam Shah, Kuantan, Pahang berulang alik setiap Sabtu ke UM, KL. Pasangan ini begerak sekitar jam 3 pagi dan sampai jam 7.30 pagi untuk meneruskan pengajian Usuluddin selama 2 tahun hingga tamat.

* Pasangan dari JB sanggup berulang-alik ke Masjid Negara belajar Bahasa Arab dua kali seminggu selama 2 tahun. Pejalanan memakan masa  4 jam dianggap 'sepele' demi menuntut ilmu.

* Seorang lagi berusia sekitar 70an berulang-alik dari Bidor menunggang motor Jaguh ke Masjid Negara selama dua tahun demi mempelajari ilmu Al-Quran..

* Dua orang perempuan 20an dan 40an berulang-alik dari Seremban belajar Al Quran hampir dua tahun dan berhasrat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan memakan masa sekitar 2 tahun lagi.



Syahid menuntut ilmu

Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah?. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid?.

Sudah dimaklumi bahawa menuntut ilmu adalah kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Gesaan berkenaannya telah diriwayat dalam hadis dan Nabi SAW telah bersabda:

Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW:

Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.

"Barang siapa mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama islam, maka dia berada di dalam Surga kelak satu darjat dengan para nabi."

Kesimpulannya, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.


Kisah Yazid Al-Bustami...

Abu Yazid Al-Bustami seorang ahli Sufi terus berguru sehingga jumlah gurunya lebih kurang 113 orang. 

Pada suatu hari, beliau mendengar ada seorang guru di Kufah, lalu beliau teringin berguru lagi. Namun, setelah bertemu dengan guru itu, dilihatnya guru itu meludah ke arah kiblat. Beliau terus membatalkan niat untuk berguru dengan lelaki tersebut kerana baginya meludah ke arah kiblat bererti menghina Kaabah.

Riwayat Abu Yazid al-Bustami, sering disurahkan oleh ahli Tarikat. Beliau membatalkan niat menamatkan pelajaran dalam bidang tasauf kerana tiada peningkatan dalam pelajaran dan pulang ke rumah melalui jalan yang jarang dilalui orang. 

Ini kerana beliau merasa malu jika diketahui orang banyak. Langsung saja mengikut celahan bukit dan pengalaman mistik melewati kawasan air menitik jatuh ke atas seketul batu besar. Batu keras membekaskan kesan  dari air yang lembut. Ini membulatkan tekad Abu Yazid al-Bustami untuk meneruskan pengajian dengan gurunya. 

Dalam masa singkat Abu Yazid Al-Bustami menguasai Ilmu Marifat dan mendapat gelaran Sultan Aulia. (Pangkat tertinggi kedudukan makam di kalangan wali Allah).

Kehidupan pelbagai seorang sufi ditempuh dalam perjalanan yang cukup panjang, sekitar 30 tahun. Beliau berkelana menyusuri padang pasir, hidup zuhud, makan serba kekurangan, tidur yang sedikit. Dari kezuhudan itu beliau dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh ma’rifat yang hakiki mengenal Allah.

Lupa nama anak murid

Hampir setiap hari Abu Yazid Al Bustami begitu asyik dengan Pencipta. Keasyikan itu membuat dia sering lupa ketika memanggil nama seorang muridnya yang telah belajar selama tiga puluh tahun.

"Anakku, siapakah namamu?" Tanya Abu Yazid kepada murid tersebut.
 "Guru, suka mengolok-olok saya,” kata murid. "Sudah tiga puluh tahun saya belajar tetapi hampir setiap hari guru menanyakan nama saya".

"Bukan aku mengolok-olokmu, Anakku," Kata Abu Yazid Al Bustami. "Tetapi nama-Nya telah memasuki hatiku dan mengeluarkan semua nama lain sehingga aku selalu lupa setiap kali mengingat nama baru."