Sejak awal tahun lagi beliau menanam tekad untuk belajar
dan menamatkan pengajiannya.
dan menamatkan pengajiannya.
Haji Ibrahim 'pendahaga Ilmu'. Beliau sanggup memandu kereta berulang-alik dua kali seminggu ke Masjid Negara. "Mata masih jelas tapi badan dah tak kuat", katanya. Sejak awal tahun lagi beliau menanam tekad untuk belajar dan menamatkan pengajian tajwid Al-Qurannya. Di usia senja minat belajar kian membaja. "Nak buat apa lagi dah pencen, anak dah besor… ". Beliau senang diajak bersembang dan berterus-terang bila memperkatakan tentang 'berguru'.
Hj Ibrahim Mat Nor dari Taman Desa Ria, Bentong, Pahang. Pesara kerajaan, berusia 75 tahun mempunyai 3 orang anak yang sudah berkahwin dan tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Manakala di rumahnya tinggal beliau bersama isteri terkontang-kanting. "Terkadang terasa rugi kalau tak belajar". Beliau membulatkan tekadnya untuk berguru bagi membetulkan bacaan Al Quran mengikut Resam Usmani sebagai kelangsungan dan kesempurnaan keadah Baghdadiyah.
Sementara umur masih berbekas, beliau menguatkan semangat untuk terus mengaji. Manalah kita tahu tentang sisa hidup, sementara masih bertenaga kita dituntut untuk mencari ilmu, katanya.
Di Masjid negara tersedia guru-guru yang bertauliah dan berkelulusan. Di sini pelajar akan diajar dan mengulang-kaji kembali tanda--tanda bacaan bahasa Arab dalam Al-Quran, tanwin, sukun, mad dan qasr, tasydid, bunyi-bunyi asas, tajwid, alat-alat ucapan dalam makhraj-makhraj huruf dan bacaan saktah dan lain-lain lagi. Ustaz-ustaz yang berpengalaman dan diselangi anetdot tidak membosankan. Belajar dalam suasana yang terdiri dari pelbagai golongan menyeronokan, cerita Haji Ibrahim.
"Dah tak berani memandu waktu malam,
CPU dah lemah, lambat connet...
'Belajar Memondok'
Haji Ibrahim pernah 'memondok' di Pasir Mas di Kelantan selama satu setengah tahun. Seronok menetap di sana, orangnya baik-baik belaka mudah meminta pertolongan. Tetapi takdir menentukan segala. Beliau di serang sakit jantung langsung di hantar Hospital Bentong kemudian ke hospital Temerloh terus ke IJN, KL. Injapnya tersumbat dan terpaksa di angiogram.
Kesan dari rawatan itu dan salah memilih permakanan mengakibatkan Haji Ibrahim mula terasa sakit bahagian dada. Penyakit Haji Ibrahim pelbagai dan terpaksa menelan 10 jenis ubat setiap pagi dan malam. Pesara kakitangan Risda memberitahu belanja perubatanya di IJM mencecah 20 ribu. "Nasib baik pesara kerajaan, dapatlah percuma". Haji Ibrahim tetap mahu meneruskan pengajiannya di Masjid Negara walau agak uzur dan terpaksa bermalam bertilamkan totoo. "Dah tak berani memandu waktu malam, CPU dah lemah, lambat connet...
Pelbagai kisah berguru...
* Disurahkan oleh seorang, tentang tuntutan belajar: Pasangan dari Muazam Shah, Kuantan, Pahang berulang alik setiap Sabtu ke UM, KL. Pasangan ini begerak sekitar jam 3 pagi dan sampai jam 7.30 pagi untuk meneruskan pengajian Usuluddin selama 2 tahun hingga tamat.
* Pasangan dari JB sanggup berulang-alik ke Masjid Negara belajar Bahasa Arab dua kali seminggu selama 2 tahun. Pejalanan memakan masa 4 jam dianggap 'sepele' demi menuntut ilmu.
* Seorang lagi berusia sekitar 70an berulang-alik dari Bidor menunggang motor Jaguh ke Masjid Negara selama dua tahun demi mempelajari ilmu Al-Quran..
* Dua orang perempuan 20an dan 40an berulang-alik dari Seremban belajar Al Quran hampir dua tahun dan berhasrat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan memakan masa sekitar 2 tahun lagi.
Syahid menuntut ilmu
Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah?. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid?.
Sudah dimaklumi bahawa menuntut ilmu adalah kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Gesaan berkenaannya telah diriwayat dalam hadis dan Nabi SAW telah bersabda:
Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.
Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW:
Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.
"Barang siapa mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama islam, maka dia berada di dalam Surga kelak satu darjat dengan para nabi."
Kesimpulannya, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.
Kisah Yazid Al-Bustami...
Abu Yazid Al-Bustami seorang ahli Sufi terus berguru sehingga jumlah gurunya lebih kurang 113 orang.
Pada suatu hari, beliau mendengar ada seorang guru di Kufah, lalu beliau teringin berguru lagi. Namun, setelah bertemu dengan guru itu, dilihatnya guru itu meludah ke arah kiblat. Beliau terus membatalkan niat untuk berguru dengan lelaki tersebut kerana baginya meludah ke arah kiblat bererti menghina Kaabah.
Riwayat Abu Yazid al-Bustami, sering disurahkan oleh ahli Tarikat. Beliau membatalkan niat menamatkan pelajaran dalam bidang tasauf kerana tiada peningkatan dalam pelajaran dan pulang ke rumah melalui jalan yang jarang dilalui orang.
Ini kerana beliau merasa malu jika diketahui orang banyak. Langsung saja mengikut celahan bukit dan pengalaman mistik melewati kawasan air menitik jatuh ke atas seketul batu besar. Batu keras membekaskan kesan dari air yang lembut. Ini membulatkan tekad Abu Yazid al-Bustami untuk meneruskan pengajian dengan gurunya.
Dalam masa singkat Abu Yazid Al-Bustami menguasai Ilmu Marifat dan mendapat gelaran Sultan Aulia. (Pangkat tertinggi kedudukan makam di kalangan wali Allah).
Kehidupan pelbagai seorang sufi ditempuh dalam perjalanan yang cukup panjang, sekitar 30 tahun. Beliau berkelana menyusuri padang pasir, hidup zuhud, makan serba kekurangan, tidur yang sedikit. Dari kezuhudan itu beliau dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh ma’rifat yang hakiki mengenal Allah.
Lupa nama anak murid
Hampir setiap hari Abu Yazid Al Bustami begitu asyik dengan Pencipta. Keasyikan itu membuat dia sering lupa ketika memanggil nama seorang muridnya yang telah belajar selama tiga puluh tahun.
"Anakku, siapakah namamu?" Tanya Abu Yazid kepada murid tersebut. "Guru, suka mengolok-olok saya,” kata murid. "Sudah tiga puluh tahun saya belajar tetapi hampir setiap hari guru menanyakan nama saya".
"Bukan aku mengolok-olokmu, Anakku," Kata Abu Yazid Al Bustami. "Tetapi nama-Nya telah memasuki hatiku dan mengeluarkan semua nama lain sehingga aku selalu lupa setiap kali mengingat nama baru."
No comments:
Post a Comment