In sya Allah, saya mencari jalan untuk melunaskannya demi Tuhan yang menguasai hari pembalasan yang cukup adil dan saksama.
- Blogger Sheikh Mustafakamal Alaziz.
- Sebarang kemuskilan sila email kepada: mustafakamalalaziz@gmail.com
.....................................
Daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Maksudnya:
Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.
Baginda bersabda yang bermaksud:
“(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.” (Riwayat Al-Imam Ahmad).
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa nabi SAW bersabda:
Aku telah melihat pada waktu malam sewaktu di isra’kan catatan tulisan di atas pintu syurga: Bersedekah (ganjarannya) dengan sepuluh kali ganda, dan memberi hutang adalah lapan kali ganda. (Riwayat Ibn Majah).
Dalam sidang tazkirah yang dihadiri, menerangkan memaafkan si piutang lebih besar pahala dan ganjaranya. Eloklah kita sesama manusia bersifat memaafkan, halal berhalal dan sifat itu sangat dituntut dan berganda ganjarannya.
Di alam akhirat nanti disebabkan sikap tidak memaafkan dan berdendam menyebabkan kita tertangguh masuk ke surga (sepatutnya kita sudah masuk awal-awal lagi ke surga).
Kita sedia maklum alam akhirat itu terlalu panjang masanya berbanding alam dunia. Urusan perhakiman di samping saksi-saksi yang cukup lama dan panjang.
Sebaik-baiknya urusan dunia diselesaikan di dunia lagi dan janganlah membawa ke alam akhirat, nasihat Ustaz itu lagi.
Kesimpulannya, yang berhutang wajib membayar hutang. Pemberi hutang pula boleh menggugurkan hak hutangnya dangan memaafkan di dunia dan di akhirat demi ganjaran yang dijanjikanNya. Subahanallah.
Amin...
No comments:
Post a Comment