Menganggur, apa lagi selama berbulan tentu menyesakkan dada walaupun mempunyai peruntukkan perbelanjaan.
Seingat Mfers, 15 Disembar 2014 hari terakhirnya di tempat kerja terasa suasana kesuraman malah lampu yang terang terasa kemalapannya. Mfers meninggalkan pejabat yang kurang setahun ke 25 tahun perkhidmatannya. Digit yang cukup matang dalam kerjaya seseorang. Mfers memohon berhenti melalui MSS - Mutual seperation schame.
VSS@MSS, kali ketiga dilancarkan oleh majikan kerana menstrukturkan semula syarikat penerbitan akhbar sesuai dengan cabaran semasa. VSS kali kedua tahun 2004 'Pemohonan anda gagal'. Ketika itu Mfers sudah mendapat tawaran dan hanya menunggu VSSnya saja. Manakala rakan rapatnya seronok dapat 'chow'.
Ditanya, apa kenangan manis?. "Manis?, biasa biasa saja", ujarnya. "Yang aku ingat, aku menang kereta berharga 50k", shell contest yang mencabar disertainya tahun 1999, tapi itu tidak melibatkan syarikat tempat kerjanya. Begitu juga sedosen peraduan 'wow' lainnya. "Rewarding ini adalah tiket untuk aku setanding dengan Senior Creative designer lainnya", terang Fers dan memberitahu majikan secara tidak langsung bahawa beliau setanding atau berada di atas dengan perkerja lainnya.
Khusus Bina Insan tahun 1996 anjuran syarikatnya banyak mengajar tentang prinsip amanah, mengikut arahan dan berkerja secara berpasukan.
Semasa berkhidmat di syarikat berkenaan banyak tempat dilawatinya sebagai 'token' atas kejayaan berkumpulan mencapai 'target' sasaran. Bandaraya seperti Sydney, Colombo, Negambo, Phuket, Patayya, Bandung, Bali, Bangkok dijejakinya. Tetapi Gold-Coast di Melbourne, Hong Kong atau Milan telah dijanjikan tetapi majikan gagal menunaikannya dan langsung saja memberi RM!.
Seingat Mfers, tahun 1996, pernah mendapat tawaran menunaikan haji tetapi menolak lantaran tidak cukup persediaan. "Itu banyak meninggalkan kesan kerugian hingga kini", terang Mfers sesal.
Tahun 2012, hadiah hari jadinya, tawaran untuk mengerjakan Umrah bersama isteri disambut dengan persedian rapi. Menginap Dar Al Eiman Royal Hotel, Mekah di bangunan Clock Tower atau Zam Zam Tower sekitar 100 meter dari pintu besar tidak dapat diucapkan. "Entalah bila ada rezeki lagi... Inilah reward yang terbesar dalam hidupnya, terang Mfers puas.
Di Madinah pula, Hotel Radisson Blu - Al Muna Karrem Hotel yang berhampairan dan mudah mengerjakan ibadat. "Hadiah terbaik sepanjang aku berkhidmat di syarikat ini dan kenangan sepanjang hayat", cerita Mfers dengan penuh kesyukuran.
Tetapi tahun 2014, tahun kemalapan dan kesuraman syarikat penerbitan akhbar di Malaysia dan di dunia. Pembaca mula beralih arah kepada 'touch-screen, lebih-lebih lagi generasi Y.
Ancaman media baharu dan masa depan media tradisional di seluruh dunia sudah seperti sampan di lautan. Jika media di Amerika Syarikat tidak dapat menahan kemaraan media baharu, bermakna negara kita juga menghadapi risiko dan tempiasnya, malah kemungkinan menerima kesan lebih buruk. Akhbar dan televisyen juga sudah hilang sifat kesemasaannya kerana sering ketinggalan sedangkan media baharu memberi maklumat paling pantas, malah laporan on-line ketika peristiwa berlangsung. Nak kato apo?
Sebagai 'orang lama' Mfers sedar hakikat duduknya perkara. Ini kerana Mfers sudah berpengalaman semasa bertugas di pernerbitan majalah sekitar 80an. Dia tidak mahu menunggu batu besar itu runtuh. "Bagi orang mudalah... ramai lulusan di luar sana tiada perkerjaan..., bersara awal dan berpampasan, itu jawapannya!".
Pengalaman semasa bekerja di syarikat penerbitan di tahun 80an tetap diingati. Dalam 2 atau 3 bulan sebelum syarikat 'gulung tikar' akibat ekonomic downturn, majikan sudah memberi 'kelu' dan ini adalah satu pukulan TKO. Bagi mengambil hati, majikan menawarkan Mfers berkerja dengan rakannya di Akhbar Tabloid Mingguan Tanahair sebagai Freelancer. Maklumlah akhbar nyamuk, hidup segan mati tak mau...
Ketika itu, dengan berbekalkan folio Mfers meredah KL. Dari Majalah Gila Gila ke Daya Bumi, Kementerian Pelajaran dan terus ke Bank Pertanian@Agro Bank. Teknik redah dan pintas berserta tawakal ini banyak membantu kerjaya Mfers. Sekitar 2 minggu selepas di interview beliau mendapat tawaran berkerja di Bahagian Perhubungan Awan BPM dan bertahan lebih dari setahun dan kemudiannya ditawarkan bekerja di Syarikat Akhbar. Pengalaman 'tukar-kerja' memberi pengajaran - lebih baik 'Angkat Kaki'... Gelora tsumani kegawatan berlegar kembali tetapi berbeza dari dulu. Pokoknya 'orang semakin kurang membeli surat khabar! . Mfers bersikap apologetik tidak berminat menjadi "passanger" semata...

Kini, selang sebulan selepas berihat, Mfers mendapatkan beberapa kenalannya yang berkaitan dengan radar DNA kerjayanya. Dengan frequency yang wattage rendahnya, kenalan takut menawarkan perkerjaan kerana kegawatan. Langsung saja menunjukkan dalam face book pameran buku anjurannya yang banyak buku pada pengunjung. 'Apa dah jadi?. Jualan buku dan seangkatan dengannya sudah merundum teruk!.
Kerja dengan NGO
Mfers mendapatkan kerjaya baru. Tidak terikat dengan waktu pejabat yang menjerutnya. Bebas, tetapi ada commitment.
Ada juga kenalan mengajaknya menyertai syarikat pengiklanan. Tetapi jiwanya tidak ke situ. Mfers telah menutup pintu kepada pekerjaan 'workaholic', stayback yang 'gila', clubbing atau sosial function. Balik pagi, keluar tengahhari dan tidur di pejabat. "Usia udah senja", jelasnya.
Akhirnya Mfers menemukan kerjaya yang ingin diceburinya sebagai Marketing & Fundraising di syarikat NGO milik kenalannya sekitar tahun 1997 itu. Sebelum VSS lagi ketika bertemu dengan temannya itu Mfers sudah memberi bayangan ingin berkerja dengannya.
Hari pertama ditugaskan berjumpa kenalannya di Tenaga Nasional meminta menyumbangkan dana untuk program Fast 2 Food sempena bulan Ramadan bulan Jun 2015 yang akan menjelang sebulan lagi. Perancangan sudah diatur sebelum bulan puasa tentu membuahkan hasil.
Cabaran di sambut dengan dada yang lapang...
Tunggu, bersambung
No comments:
Post a Comment