ads

Thursday, December 15, 2016

'Beyond the norm'




'Beyond the norm'


Sering terserempak susuk separuh decade bertopang/tongkat bawah lenggan beritiqaf di masjid. Tongkat akan disandarkan di birai pintu. Beliau akan duduk di kerusi dan bersembahyang di saf pertama di hujung sebelah kiri. Sebelum dan selepas selesai solat beliau akan bersembahyang sunat dan membaca Al Quran. Beliau tenggelam dengan dunianya dan tidak memperdulikan sesiapa atau berbual laro. Untuk lebih khyusuk barangkali, sebelum bersembahyang beliau mengenakan serban ringkas ala Yassir Arafat. Tidak diketahui sejarah atau dikenali susuk ini.

Sh. Samsul, Unsung hero bukan proven hero, kelihatan idle tapi ramai anak muda mendapat sentuhannya dalam berkerjaya bagi merancang jalur perniagaan masing-masing. Sebelum kemalangan yang hampir meragut nyawanya, beliau cukup dikenali tetapi masih menetapkan ras statusnya. Malah bapanya sendiri tidak mengetahui kerjaya sebenarnya. Sehinggalah satu ketika ayahendanya melihat Samsul sedang menjadi saksi menandantangani MOU projek bersekala besar melibatkan pelabur luar negara. Tau tau beliau hanyalah consultant!. Consultant apa?...

Kemalangan tahun 2011 menyentap penghidupan normalnya. Sh. Samsul berharley Davidson di lane 3 melanggar belakang MPV yang kehilangan kawalan (dari lane 1 meluru terus ke lane 3) akibat memandu sambil berborak dengan menggunakan hand-phone.

"Saya ada 2 pilihan ketika itu, melanggar MPV atau melanggar kon batu berderet di tepi jalan. Saya nekad memilih melanggar MPV kerana saya memikirkan tidak total damages@cacat keseluruhan".   

Dipendekkan cerita kontot, beliau koma selama 2 bulan di hospital Sungai Buluh. Hospitalise selama 6 bulan. Teman-teman mengelengkan kepala melawatnya dan mengatakan 'setting dark', kehidupannya  beyond the norm@luar norma penghidupan... 



Gambar rajah : 18 jam operasi di bahagian muka,
dipasang 12 plat dan 73 skru.

...........................................................


Ketika kemalangan, mukanya rosak teruk. Doktor merawatnya tidak meletakkan harapan kepadanya. Dipasang 12 plat dan 73 skru di mukanya tetapi mata sebelah kanan rosak dan diganti dengan mata palsu. Manakala kedua kakinya di pasang 2 batang besi kiri dan kanan dan di tangan pula 1 besi. Kenalan mengatakan 'highly unlikely to survive'. Miracle, kuasa Illahi, suatu yang mustahil tidak mustahil bagiNya. Dan itulah susuk Samsul@Yassir Arafat dan beliau telah memulakan kick start tahun 2012 hingga sekarang dengan amannya.

Pesan gurunya dan menjadi azimatnya, kita kena bersiap awal... sentiasa dalam keadaan berwuduk, ingat!, jangan putus wuduk!.

Tentang kemalangan itu, komen ikhlasnya. Dengan mata melotot dan mata palsunya bergerak ke arah bertentangan memandang tepat kepada aku, "Ketentuan Illahi, cermat bagaimana pun tetap kena, syukur diberinya kesempatan...", katanya menutup sembang kontot petang itu. 




1 comment:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Komen sh samsul....

Great approaches in delivering the entire conversation between the two of us into a very warm and delicate presentation.