ads

Friday, February 10, 2017

Kisah Nazri 3P...




Jangan peduli berapa kali anda jatuh tapi berapa kali anda bangun...


Bertemu Rodong selepas 36 tahun...
.......................
Pertemuan sayu tetapi mengembirakan. Merah mata Nazri ketika kami berpelukan. Por, awok tak banyok berubah, kata Nazri sebak.
Saya tidak pernah bertemu dengan Nazri lagi sejak 1980. Anggaran perpisahan cukup lama sekitar 3 dekad lebih.
YBDP Nazri Pilus, berasal dari Pahang. Teringat tahun 1980 bertemu dengan Nazri di Temerloh ketika itu kami berusia 15 tahun merancang hari itu, hari itu juga jadi pergi ke Kuantan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan : Tidur di Masjid di Kuantan

Dan bersama-sama tidur di masjid di Bandar Kuantan. Ketika itu, saya mengajaknya menziarahi bapa dan ibu tiri. Akibat terpengaruh dengan filem Indonesia - Ratapan Si Anak Tiri... "Ibu tiri kejam, tak kena gaya diracunnya kita". Langsung bila ibu tiri menghidangkan air milo, terus saja saya mencurahkan minuman itu ke luar tingkap tanpa disedarinya. Keputusan untuk beradu di masjid pula disebabkan takut teramat sangat diracun atau dibelasahnya. Kebetulan bapak ketika itu di luar kawasan.
Sekarang Pak Nazri kelihatan bergaya dan 'successful'. Ada 3 biji rumah dan 3 isteri, beritahunya.

'Magizhchi'
Ingat, melangkah itu mudah menentukan arah itu yang sukar dan susuh...

Kisah menjadi taboo bila Nazri menceritakan isteri ke 3, masih menuntut dan berusia 21 tahun. Ketika di usia pra emas, belaian kasih sayang isteri muda cukup istimewa dan 'magizhchi', sampuk Nazri lagi seakan mempelawa sama menambah selimut...
Ketika sesudah berkahwin, kedua ibubapanya tidaklah menyukainya 100%. Ini kerana usia Nazri hampir sama dengan usia ibu mentuanya. Manakala Pak Mentuanya seorang pendidik pun serupa dan tidak begitu bersetuju dengan tindakan anak bongsunya. Apakan daya, jalan da...
Memakan masa melayan kerenah mereka tapi Nazri - 3P, bukan kepalang orang. Pernah bekerjaya sebagai Pakar Perubatan Tradisonal, Pakar Motavasi dan mengetuai Kesatuan Pekerja yang dianggotai ribuan orang.

Kita mesti kuat bila didorong oleh satu kehendak..., Nazri Si Pakar Motavasi.

Bagaimana memikat hati Bapak Mentua?. Mudah saja, kebetulan dia kaki kareoke, layan je dan labur hanya RM50 dengan beberapa lagu kesukaannya. Lepas itu ajak makan di luar, balik rumah senyum la...
Mak mentuanya lagi mudah, ketika makan di luar di restoren kesukaannya, cucunya diletakkan diribaan emak mentuanya. Sambil makan masakan 3 rasa sambil menepuk cucu kesayangannya. Amin.
Pak Nazri cukup beruntung dan bijak membagi masa. Layanan manja isteri ketignya perfect, katanya sambil menepuk meja.
Tetapi seperkara yang melucukan acapkali berlaku ketika ke pasar. Isterinya tidak pandai membeli barangan dapur. Misalnya, kalau membeli udang untuk membuat rencah isterinya akan membeli sekilo atau setengah kilo. Isterinya tidak pandai untuk membeli secara sedikit, 100 gram misalnya komen Nazri. Tetapi kes berskala kecil boleh diselesaikan di atas katil je, katanya penuh makna.

Manusia menempuh malam yang gelap sebelum melihat fajar yang indah...

Setelah hampir 3 tahun tahun berkahwin dengan yang ketiga dan ketika ditanya adakah ingin menambah 'selimut tebal'. Senang cerita menambah koata, Nazri tersenyum, "Aku dah berseloro dengan isteri ke 3 ni, kalau abang kahwin lagi nak cari yang berumur 18 tahun", kata Nazri penuh makna dan menutup perbualan di petang jumaat itu.
Dan Nazri pasrah serta memberi satu jawapan klasik. 'There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada perkara yang diketahui dan kita tahu... ada perkara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada perkara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu….

Walahuallam.

..........................
'Magizhchi' - sempurna, tagline Rajinikanth dalam filem fiksyen - Kabali.

Saturday, February 4, 2017

Melarikan diri ke dalam hutan...


Mendekati alam, merasai nikmat sejuk di lereng gunung...




Aktiviti berkemah di alam bebas sangat menyenangkan bagi pasangan muda ini. Lelaki 'hutan' yang berasal dari Manila ini sudah 15 tahun menetap di PJ. Berkulit putih kuning berbangsa Melayu di kad pengenalannya memeluk Islam 16 tahun dahulu. Sejak 10 tahun lalu Allen bertugas sebagai Art Director di sebuah syarikat penerbitan. Allen berperwatakan humble acap kali menyebakkan rambutnya ke belakang bila berbicara dan terpancar kebijaksanaannya.

Segala kesulitan seperti memasang khemah, mengangkut barangan dan sebagainya dianggap mudah dan ini sangat memelekkan bagi kami yang baru berjinak-jinak menceburi aktiviti ini. Banyak tempat dijejaki sejak anak masih dalam kandungan lagi sampuk Irene, isteri Allen. Kejadian aneh yang menganggu tiada dalam kamus pasangan kahwin campur ini. Semua dianggap sepele, yang penting mendekati alam dan bersahabat dengannya...


Alam semulajadi, rumah, tempat berteduh, siang, malam, berlindung dari ribut. Berehat di kerusi canves bersama secawan nescafe sambil merenung hutan dan berimagination. Adalah satu fitrah bagi setiap yang merasa kehidupan untuk merasai keselesaan, berhak mendapat kebebasan untuk melabuh diri di atas tanah kurniaan Ilahi. Setiap dari organisma punya jiwa yang sama. Di setiap rumah ada kehidupan, di setiap kehidupan ada harapan.

Apakah beban-beban ini masih signifikan untuk dipertanggungjawabkan ke atas kita, manusia?. Jawapannya YA. Manusia itu Alam. Alam itu Manusia. Adalah satu hipokrasi jika manusia itu menidakkan bahawa setiap nafasnya sempurna diliputi kapas-kapas atmosfera dari langit yang meneduhkan dan tanah yang menanggung beban. Sudahlah dipijak. Terus jua dilumatkan dengan ketamakan teknokrat-teknokrat industri.




..........................................

Sejarah Perkhemahan

Sejarah berkhemah atau bercamping bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam. 

Kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang selalu berpindah randah mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang selalu berpindah randah seperti kaum Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah.

Pada tahun 1907 Lord Baden Powel, iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. 











Berkhemah bukanlah semata-mata satu jenis sukan. Pada suatu ketika dahulu berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu. Terkenang juga kita kepada betapa syahdunya kita berkhemah semasa wukuf di Arafah dalam musim Haji dengan hati setulus sutera yang putih, yang membawa satu keinsafan bahawa kita sebenarnya hanyalah berkhemah sementara di alam ini sebelum kita berpindah ke alam kekal di Akhirat kelak.

Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia. Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. 

Nabi kepada umat Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah salah seorang pekhemah yang masyhur semasa baginda berulang alik ke negeri Syam dan lain-lain negeri dalam urusan perniagaanya. Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah.


Khemah Allen terletak di atas bukit itu.

Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:

i. Memantapkan jati diri melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

* Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.
* Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
* Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.
* Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan.
* Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
* Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

...................................




Tujuan perkemahan secara umum adalah untuk pendidikan dan mengenali alam terang Allen, yang pernah berkhemah di Fraser Hill, Sg Chanang di Freser Hill, di Kem Sungai Pauh dan Sungai Chongkak di Hulu Langat. Sambil berborak sambil memotong kayu menggunakan pisau komondo. Apabila kayu sudah dipotong, Allan menghidupkan api tujuan memanaskan badan. Suhu sekitar 18 darjah celcius dikatogerikan sejuk dingin.


Camping as a medium of education

Said Allen he doesn't want his children to wasting time play with gadget. He wants to see his children use their mind to create something and solve problems independently. Through camping they will be exposed to real challenges and imagination to be creative. This will sharpen their mind and creativity as he said.



Berkhemah sebagai cara ibadat. I asked him what do you mean by camping will lead to social orientation?.

Allen replied; he wants to create family bonding time. He wants to spend a quality time with the family through camping. Next, the children also learn to help the parents without been ordered by them. They will help us willingly and indeed offer their help first to us. Said him with smile.

Allen also explained to me of his future plans. He will held a ta'lim (teaching) to read on the Prophet's history to his small family. With this way, his children are free to ask anything and he will provide best answer to them. He agreed that through this manner they will get close together and open to share their problems with the parents. He does'nt want his children to feel apart from them and want their children to know that their parents are always there when they need their advices and guidance.


Berkemas untuk pulang ke hutan batu.

Berkhemah untuk Rekreasi @ Camping for recreation. Why you prefer go to camping?.
For me by camping, it can bring my family closer, said Allen again

Camping will make you appreciate the beauty of nature, the greenness of the forest other and to find peace. Through camping also, will get us closer to nature and at the same time enjoy the moment with nature. 

The forest is full of mystery and will create a great feeling and sense of proud to ourselves cause we can find ways to survive and face real challenges as well as carried away from our usual comfort zone such as the modern technologies, facilities and maid who always there to prepare us with our needs.

Berkhemah Untuk Merapatkan hubungan kekeluargaan @ camping will strengthen the family bond.

Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan @camping will get us healthy body.

To conclude, camping activity will gain us many benefits like widen our knowledge on the nature around us, bring us closer to our Creator, increase our awareness of the importance of nature as well as build up our social relationship among colleagues, family and society.

Apart from that, we hope that we could attract more youths to participate in this kind of activity. This is much better than spending their time into something unbeneficial and get involve in immoral activities like drugs,estacy, and vandalism.

Aktiviti percutian bersama anak-anak bertujuan untuk membuatkan mereka riang dan gembira. Mungkin bagi kanak-kanak yang sudah besar, mereka berasa seronok bila diajak berjalan tetapi bagaimana pula dengan si kecil yang tidak tahu apa.

Panduan memilih lokasi percutian mengikut usia anak anda mungkin boleh membantu aktiviti liburan menjadi kenangan menyeronokkan. Begitu Allen dan pasangan bersama 3 orang anak comelnya diangkut ke dalam hutan tebal di Kem Sungai Pauh 1380 dari paras laut, terletak di Brinchang di Cameron Highland. Kira-kira 400 meter dari pekan Brinchang. Dan 20 minit dari Tanah Rata.


Irene  38 years, berkerjaya sebagai meka-up artist dan suri rumah sepenuh masa. Berasal dari Negeri Sembilan, mengenali suaminya Allen 15 tahun dahulu. Setelah mengenali hati budi, mereka memutuskan untuk berkahwin. Allen banyak bertanya tentang Islam, cerita Irene lagi. Tidak sukar kerana Allen yang berasal dari Manila sudah memeluk Islam ketika di sana lagi. Pengetahuan Islamnya tidaklah cetek, terang Irene. Walaupun Allen berketurunan Melayu tetapi keluarganya memeluk agama Kristian sejak Filipina dijajah lagi. Mereka dikurnakan 3 orang anak dan yang sulung perempuan berumur 10 tahun. Manakala tengah berusia 6 tahun dan bongsu berusia 3 bulan.






Ketika usia 3 bulan, bayi ini sudah digendung Irene bercamping, Pelbagai destinasi pelancongan dijejaknya demi menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ini dibuktikan ketika waktu malam 15 darjah celcius tidak kedengaran sedikit habuk anaknya menangis.

Anak lelakinya yang berusia 6 tahun, sudah boleh diajak berbincang untuk memilih lokasi percutian. Allen mengajar anak lelakinya tentang kemahiran hidup, tidak hanya pada gadjet. Jadi percutian berkhemah atau aktiviti lasak terutama kepada anak lelaki memang pilihan yang bijak, terang Irene lagi.


Manakala anak sulung perempuannya berusia 10 tahun sudah nampak matang. Kami yang menginap disebelah khemahnya terperanjat ketika bertembung dengannya. Waktu itu saya dibilik air ternampak anak perempuannya berjalan seorang diri ke bilik air lain. Jarak khemah dengan bilik air kira-kira 150 meter menuruni bukit waktu 9 malam. Anaknya selamba berjalan bersenjatakan torchlight sambil menyanyi. Adakah anak kita seberani itu?.



Why I choose Islam over any other religions? This is because Islam is a true religion and mercy to all mankind as stated by Allah...


Allen 39 years: Why I chose this path? Why I choose Islam and leave my old religion (Christian).

My answer is easy.  I revert to Islam and become Muslim (Muallaf). Why I choose Islam over any other religions? This is because Islam is a true religion and mercy to all mankind as stated by Allah in Surah Ali Imran verse 19:


Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi ALLAH ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH amat segera hitungan hisab-NYA.
(Surah Ali-'Imraan: 19)


Mustahil hanya disebabkan itu sahaja maka saya boleh bertindak sejauh ini untuk memeluk agama Islam dan menolak agama Kristian Katolik yang telah dianuti semenjak kanak-kanak lagi. 

Saya memeluk Islam dengan sukarela tanpa paksaan. Memeluk Islam kerana saya telah jatuh cinta dengan agama ini, dan ingin mencari cinta ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala yang sejati agar diri ini, iman ini dan hati ini dipenuhi dengan cinta kasih-NYA sahaja agar diri ini tenang sehingga DIA menjemput untuk kembali kepada-NYA.

Itu adalah antara kritikan pedas dan pedih yang pernah saya terima ketika mula memeluk agama Islam.

Ya, saya akui sendiri sememangnya tidak dinafikan ada diantara kita yang beragama Islam telah jauh terpesong dari ajaran-NYA sehingga ada yang tidak mampu lagi untuk membezakan antara dosa dan pahala, yang baik dan yang buruk.

Ramai diantara orang Islam hari ini bergelar seorang Islam hanya sekadar warisan. Kemanisan yang ada pada Islam tidak pernah mereka dapat rasai. Hanya mereka yang berjuang dengan sukar untuk mendapatkannya seperti diri saya ini, merasakan Islam itu begitu indah dalam diri saya. 

Dan kini kepada mereka yang melemparkan kritikan sebegitu kepada saya, ini jawapan yang akan saya berikan. 

"Muslim dan Islam adalah berbeza. Terlalu jauh ketara perbezaannya. Muslim itu orang Islam yang mewarisi Islam dan diajarkan dengan ajaran agama Islam tetapi tidak semestinya mereka semua mengamal apa yang mereka pelajari. Walhal Islam itu pula adalah satu ajaran. Oleh itu saya memilih Islam kerana saya ingin belajar dan terus belajar. Belajar untuk menjadi insan yang terbaik pada pandangan-NYA."

Tidak kurang juga ada sesetengah daripada sahabat saya seperti memberikan satu 'ugutan' kepada saya. 

"Islam itu mudah, tetapi kamu jangan ambil mudah sangat. Nanti nampak buruk Islam itu jadinya."

Perkataan 'mudah' itu tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan saya, apatah lagi berkaitan dengan ajaran agama. Sebagai seorang yang tidak mewarisi agama Islam dari lahir, dan memilih untuk memeluk agama Islam secara sukarela tanpa paksaan dan bukan kerana ingin kahwin, sudah semestinya perkataan 'ambil mudah' itu tidak pernah wujud. 

Ibarat seorang bayi yang baru lahir, saya perlu belajar untuk meniarap, merangkak, mengangkat kepala, berjalan dan seterusnya berlari. Terlalu banyak lagi ruang yang perlu saya explore dan terlalu banyak lagi ilmu yang saya perlu pelajari dan perbaiki. Namun saya tahu bahawa dalam kesusahan dan kepayahan saya mendalami agama Islam ini, ALLAH Subhanahu Wa Ta'alasentiasa bersama dengan saya, membimbing dan memimpin saya. Sebagaimana firman ALLAHSubhanahu Wa Ta'ala dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 286:

ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai TUHAN kami! Janganlah ENGKAU mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai TUHAN kami! janganlah ENGKAU bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah ENGKAU bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai TUHAN kami! Janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah: 286)

Dalam ayat lain ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya DIA lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan IA tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. IA menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada ALLAH! DIA lah Pelindung kamu. Maka (ALLAH yang demikian sifatNya) DIA lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 
(Al-Hajj: 78)


Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh kerana itu kerjakanlah dalam kadar semestinya, atau mendekati dengan kadar semestinya dan bergembiralah (dengan pahala ALLAH) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebahagaian malam”
 (HR Bukhari no.39)

Islam itu mudah bukan dengan tinggal perkara yang telah disuruh kepada manusia tunaikan kerana kebanyakan perkara di atas dunia ini perlukan bayaran. Maka, bayaran untuk syurga itu terlebihlah mahalnya untuk kita menganggap mudah akan agama (dalam erti kata berehat-rehat) bagi mencapai nikmat di akhir sana.

Adapun sifat mudah Islam itu bukan suatu perkara yang asing tetapi perlu difahami secara jelas dan dilihat dalam skop islam secara keseluruhan yang mana terkesan dalam kehidupan insan.

Inilah karakter sebenar Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai oleh ALLAH yang diturunkan dalam keadaan yang sempurna kepada umat akhir zaman. Dan inilah faktor mengapa saya memilih untuk memeluk Islam. 

Saya seorang muslim kerana Islamlah yang benar. Islam yang memuliakan saya sebagai manusia, memelihara hak saya sebagai manusia, melarang saya sebagai manusia menindas satu sama lain. Islam yang menjadikan hidup sebagai suatu kehidupan yang penuh kemuliaan, yang tidak berlaku penindasan satu bangsa kepada bangsa yang lain dan satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.

Inilah Islam. Inilah hakikat Islam bagi orang yang memerhatikannya dengan ilmu pasti mendapati ianya benar tanpa sedikitpun keraguan padanya. Thomas Carl seorang Orientalis berbangsa Inggeris pada kurun ke 19 yang membenarkan hal ini pernah berkata: 

“Saya dengan penuh yakin bahawa Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bukan datang dengan dakwaan yang palsu, tetapi ajarannya adalah ajaran yang benar."

Beliau menyatakan untuk membuktikan hal ini; “Satu kaum yang jauh terasing lagi jahil di tengah padang pasir, beliau mampu membuatkan mereka menjadi satu bangsa atau umat yang bertamadun dan maju. Bukankah ini sudah cukup membuktikan bahawa agamanya ialah agama yang maju, membangun dan bertamadun”. 

Bahkan Bernard Shaw juga seorang orientalis berbangsa Inggeris pernah berkata: “Jika tidak kerana Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam datang dengan membawa agama sudah tentu akhlak manusia tidak akan menjadi baik padahal manusia sangat memerlukan agama ini”.    

Beliau turut berkata: “Seandainya Muhammad masih hidup pada zaman kita ini tentulah segala permasalahan dunia akan selesai sedang ia meminum secawan kopi”.   

Inilah sebab saya memilih agama Islam. Saya sentiasa berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala agar memberi taufik kepada saya dan menolong saya di atas agama-NYA dan menjadikan saya, insha Allah antara seorang para pendakwah kepada agama-NYA dan pembimbing kepada hidayah-NYA. Sesungguhnya ALLAHSubhanahu Wa Ta'ala yang menentukan segala sesuatu.

Temubual berakhir sebelum tengahari disebabkan Allen sekeluarga bergegas untuk pulang ke PJ. Ini kerana keesokkan hari, anak sulungnya akan bersekolah. Saya sekeluarga meneruskan aktiviti perkemahan yang masuk hari kedua. Kami ingin mendekati alam, merasai nikmat sejuk di lereng gunung, mendengar suara nyaring cengkerik dan di paginya pula suara burung murai hutan berceritra.




Ladang Tea : Saujana mata memandang.















Boh Tea Centre terletak di tengah ladang dan disediakan Tea Corner bagi penggemar minuman itu.







Besoknya sebelum pulang ke KL kami akan singgah di Ladang Tea Boh untuk menikmati real tea. Dan singgah pula di Tanah Rata untuk membeli sayur segar RM10 untuk 6 jenis sayur-sayuran. Buah Strawberry cukup sekadar dibeli secara packet kerana kesuntukkan masa...

..................................................

Puisi Berkemah

Mentari mulai terbenam
gelap gulita gantikan sang mentari 
siang menjadi malam
kami berkemah di hutan malam ini

Jauh dari keramaian di kota
Jauh dari bunyi kenderaan di jalan
kami dirikan khemah bersama
kami berkemah di hutan malam ini

Api unggun menari-nari di atas kayu bakar
kala kami berkumpul dan menghangatkan diri
di bawah bulan penuh cahaya malam ini
kami berkemah di hutan malam ini

Dalam kesejukan mengigit
1380 dari paras laut
Kami dikemahi hutan tebal setinggi 6 tingkat bangunan
tidur kami dibentengi sleeping bag
sarung tangan dan setokin tebal

Berbagai kisah dalam dua malam
ditemani dengungan hidupan malam
bersenandung, melupakan gelolak hidup
kami tidur di hutan malam ini...