ads

Friday, February 10, 2017

Kisah Nazri 3P...




Jangan peduli berapa kali anda jatuh tapi berapa kali anda bangun...


Bertemu Rodong selepas 36 tahun...
.......................
Pertemuan sayu tetapi mengembirakan. Merah mata Nazri ketika kami berpelukan. Por, awok tak banyok berubah, kata Nazri sebak.
Saya tidak pernah bertemu dengan Nazri lagi sejak 1980. Anggaran perpisahan cukup lama sekitar 3 dekad lebih.
YBDP Nazri Pilus, berasal dari Pahang. Teringat tahun 1980 bertemu dengan Nazri di Temerloh ketika itu kami berusia 15 tahun merancang hari itu, hari itu juga jadi pergi ke Kuantan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan : Tidur di Masjid di Kuantan

Dan bersama-sama tidur di masjid di Bandar Kuantan. Ketika itu, saya mengajaknya menziarahi bapa dan ibu tiri. Akibat terpengaruh dengan filem Indonesia - Ratapan Si Anak Tiri... "Ibu tiri kejam, tak kena gaya diracunnya kita". Langsung bila ibu tiri menghidangkan air milo, terus saja saya mencurahkan minuman itu ke luar tingkap tanpa disedarinya. Keputusan untuk beradu di masjid pula disebabkan takut teramat sangat diracun atau dibelasahnya. Kebetulan bapak ketika itu di luar kawasan.
Sekarang Pak Nazri kelihatan bergaya dan 'successful'. Ada 3 biji rumah dan 3 isteri, beritahunya.

'Magizhchi'
Ingat, melangkah itu mudah menentukan arah itu yang sukar dan susuh...

Kisah menjadi taboo bila Nazri menceritakan isteri ke 3, masih menuntut dan berusia 21 tahun. Ketika di usia pra emas, belaian kasih sayang isteri muda cukup istimewa dan 'magizhchi', sampuk Nazri lagi seakan mempelawa sama menambah selimut...
Ketika sesudah berkahwin, kedua ibubapanya tidaklah menyukainya 100%. Ini kerana usia Nazri hampir sama dengan usia ibu mentuanya. Manakala Pak Mentuanya seorang pendidik pun serupa dan tidak begitu bersetuju dengan tindakan anak bongsunya. Apakan daya, jalan da...
Memakan masa melayan kerenah mereka tapi Nazri - 3P, bukan kepalang orang. Pernah bekerjaya sebagai Pakar Perubatan Tradisonal, Pakar Motavasi dan mengetuai Kesatuan Pekerja yang dianggotai ribuan orang.

Kita mesti kuat bila didorong oleh satu kehendak..., Nazri Si Pakar Motavasi.

Bagaimana memikat hati Bapak Mentua?. Mudah saja, kebetulan dia kaki kareoke, layan je dan labur hanya RM50 dengan beberapa lagu kesukaannya. Lepas itu ajak makan di luar, balik rumah senyum la...
Mak mentuanya lagi mudah, ketika makan di luar di restoren kesukaannya, cucunya diletakkan diribaan emak mentuanya. Sambil makan masakan 3 rasa sambil menepuk cucu kesayangannya. Amin.
Pak Nazri cukup beruntung dan bijak membagi masa. Layanan manja isteri ketignya perfect, katanya sambil menepuk meja.
Tetapi seperkara yang melucukan acapkali berlaku ketika ke pasar. Isterinya tidak pandai membeli barangan dapur. Misalnya, kalau membeli udang untuk membuat rencah isterinya akan membeli sekilo atau setengah kilo. Isterinya tidak pandai untuk membeli secara sedikit, 100 gram misalnya komen Nazri. Tetapi kes berskala kecil boleh diselesaikan di atas katil je, katanya penuh makna.

Manusia menempuh malam yang gelap sebelum melihat fajar yang indah...

Setelah hampir 3 tahun tahun berkahwin dengan yang ketiga dan ketika ditanya adakah ingin menambah 'selimut tebal'. Senang cerita menambah koata, Nazri tersenyum, "Aku dah berseloro dengan isteri ke 3 ni, kalau abang kahwin lagi nak cari yang berumur 18 tahun", kata Nazri penuh makna dan menutup perbualan di petang jumaat itu.
Dan Nazri pasrah serta memberi satu jawapan klasik. 'There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada perkara yang diketahui dan kita tahu... ada perkara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada perkara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu….

Walahuallam.

..........................
'Magizhchi' - sempurna, tagline Rajinikanth dalam filem fiksyen - Kabali.

No comments: