“CARA TERBAIK UNTUK MENGALAHKAN & MEMPENGARUHI ORANG ADALAH DENGAN KEBAJIKAN.
Pada zaman Cina Kuno, ada seorang petani yg mempunyai seorang jiran yang bekerja sebagai pemburu & mempunyai anjing-anjng yang galak namun kurang terlatih.
Anjing-anjng itu sering melompati pagar dan mengejar biri-biri petani.
Petani itu meminta jirannya untuk menjaga anjing-anjngnya, tapi ia tidak dipedulikan.
Suatu hari anjing-anjng itu melompati pagar dan menyerang beberapa biri-biri, sehingga cedera parah.
Petani itu merasa tak sabar dan memutuskan untuk pergi ke bandar untuk mengadu kepada seorang hakim.
Hakim itu mendengarkan cerita petani itu dan berkata; "Saya boleh menghukum pemburu itu, memerintahkan dia untuk merantai dan mengurung anjing-anjngnya, tapi anda akan kehilangan seorang kawan dan mendapat seorang musuh. Mana yang anda inginkan, kawan atau musuh yang menjadi jiranmu?”.
Petani itu menjawab bahawa ia lebih suka mempunyai seorang kawan.“Baik, saya akan mencadangkan satu jalan penyelesaian yang mana anda dapat menjaga biri-biri, supaya selamat dan akan membuat jiran anda tetap sebagai kawan".
Mendengar cadangan hakim, petani itu setuju.
Ketika sampai di rumah, petani itu segera melaksanakan cadangan hakim.
Dia mengambil tiga biri-biri terbaiknya dan menghadiahkan kepada 3 anak jirannya itu, yang mana mereka menerima dengan sukacita dan mulai bermain dengan biri-biri tersebut.
Untuk menjaga mainan baru anaknya, si pemburu itu mengurung anjing buruannya.
Sejak saat itu anjing-anjing ini tidak pernah mengganggu biri-biri Pak tani itu lagi.
Sebagai rasa terima kasih atas kedermawanan petani kepada anak-anaknya, pemburu itu sering menghadiahkan hasil buruan kepada petani.
Sebagai balasannya, petani mengirimkan daging biri-biri dan keju buatannya.
Dalam waktu singkat jiran itu menjadi teman yang baik.
Sebuah ungkapan Cina Kuno mengatakan,
“CARA TERBAIK UNTUK MENGALAHKAN & MEMPENGARUHI ORANG ADALAH DENGAN KEBAJIKAN.
”GIVE & GIVE, NOT TAKE & GIVE...“
Sedapat-dapatnya, kalau hal itu bergantung padamu, hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang...
No comments:
Post a Comment