"Roh jahat akan hapus dan muncul roh baik akhirnya, itulah hakikat kehidupan". Menyaksikan tarian tradisi Bali, Tarian Barong. Seribu wajah jahat muncul di pentas menentang kebaikan. Mempekosa anak raja dan menporak-porandakan kerajaan. Akhir hikayat muncul raja monyet menyelamatkan negeri itu. Aman makmurlah negeri itu untuk jangka masa panjang. Itulah secebis kisah drama tarian Barong yang tersohor...
Setahun berlalu, Bali mula bernafas, sektor pariwisata telah mula sibok. Pelancong mula mendarat kerana hotel-hotel penginapan menurunkan harga paras pinggang. Pelancong-pelancong wanita mulai ramai berbogel dada macam ikan buntang di pantai Kuta.
"Dia bukan membunuh 202 nyawa tapi berjuta nyawa di Bali..." komen seorang pemandu teksi semasa pulang dari Planet Hollywood jam 12 malam ke hotel Intan Bali di Seminyak tentang tragedi pengeboman di Paddy Irish Pub dan Sari Club pada Oktober 12, 2002 yang meragut nyawa lebih 200 orang. Kuta - Graund Zero Asia Tenggara menangis dengan tragedi kemanusiaan dikenali dengan "Sabtu Kelabu". Apa tidaknya mata pencarian penduduk Bali adalah bergantong penuh pada pelancongan. Bali yang merana, menimpa hampir keseluruhan nadi kehidupan mereka. Pantai Kuta terus-terusan sepi. Pelancong datang dan pelancong pergi. Dianggarkan 1.6 juta pelancong datang ke Bali sebelum tragidi itu. Kini Bali menangis...
Tugu Pengingatan mangsa pengeboman 2002
Bali diketemukan oleh orang Belanda sekitar tahun 1579 untuk mencari rempah-rempah. Mereka tidak menemukan rempah-ratus tetapi sebuah kehidupan dengan kebudayaan yang menurut mereka sangat unik dan tidak pernah dijumpai di tempat lain. Alamnya sangat indah dan mempunyai tarikan tersendiri. Kini penduduk Bali dianggarkan 3 juta orang.
"Bali bukanlah pulau yang cantik tapi ada sesuatu di sana, sukar untuk menterjemahkannya...
Tahun1970-an pendapatan ber kapita Bali begitu tinggi sehingga kepercayaan dunia luar terhadap Bali begitu besar. Pelabor, pelancong dan kegiatan ekonomi tumbuh subur. Bali begitu aman sehinggakan angka jenayah sangat rendah. Sebenarnya modal kejujuran masyarakat Bali merupakan modal penting. Ini diakui oleh dunia luar. Bali akan kembali diminati sedikit masa lagi.
Binaan dinding taman atau pintu gerbang taman Bali mula diperkenalkan oleh Peter Muller, akitek Australia tahun 1972 pada mulanya bertujuan membina bilik air taman di villa di Bali. motif pada dinding pintu gerbang diolah dari pengamatan kuil-kuil lama atau efek-efek dramatik Hindu. Pulau Bali dipopularkan oleh pelancong asing sekitar tahun 1930an. Ba li bererti upacara atau sacrifice (suku kaum membuat pengorbanan kepada tuhan-tuhan mereka). Penduduknya 95% adalah Hindu-Bali. Pulau ini dipanggil Pulau Surga atau Pulau Dewata Raya dan macam-macam lagi.
Hinke dan Walter Zieck pasangan dari Belanda yang hampir 15 tahun tinggal di Bali berkata. "Seperti kanak-kanak kecil, saya banyak membaca tentang Bali", ujar Hinke. Saya menghayalkan Bali, senyumannya, suara alamnya, bila tiba di sana. saya menjumpainya...". "Bali bukanlah pulau yang cantik tapi ada sesuatu di sana, sukar untuk menterjemahkannya... itulah istimewanya Bali".
Para pelancong dinasihatkan membeli lukisan-lukisan ini di pinggir Pasar Seni Guwang, Sukawati. Ianya agak murah dan boleh tawar-menawar sesuka hati.
Orang-orang Bali sangat menaruh perhatian pada lukisan. Kedatangan orang barat seperti Walter Spies, Arie Smith dan Rudolf Bonnet benar-benar menambah keahlian seniman-seniman pelukis Bali dari segi anatomi dan teknik pewarnaan. Mereka telah mempengaruh dan mengembangkan seni Bali jauh ke dapan. Bugil dada atau mendedahkan dada keseluruhan adalah seni lukisan Bali. Wanita berbogel dada selalunya mengenakan kain batik paras pinggang duduk atau berdiri secara esotika, cukup cantik dan menghayalkan. Lukisan Bali bermutu tinggi dan sangat rugi jika tidak membelinya. Para pelancong dinasihatkan membeli lukisan-lukisan ini di pinggir Pasar Seni Guwang, Sukawati. Ianya agak murah dan boleh tawar-menawar sesuka hati.
Di Bali ramai yang berkemahiran seperti pelukis, perekabentuk batu dan hasil seni. Seorang pelancong dari Malaysia berkata kalau sebatang pokok kelapa itu diberi kepada orang Bali, dia tahu menghasilan dari objek seni. Dari lidinya, pelepah, batang dan sebagainya. Contohnya dari lidi-lidi kelapa, mereka mengumpulkannya bukan untuk membuat penyapu lantai tetapi mengikat dan mewarnakannya. Di tengah pangkai lidi itu di letakkan mentol lampu dan diikat manakala di hujung lidi-lidi itu dibuat ikatan kecil. Jadilah sebuah lampu seni Bali boleh digantong atau diletakkan di pinggir bilik.
Ketika menaiki bas melalui pendalaman kita akan menikmati pemandangan yang berubah-ubah dan sangat berbeza dari tempat lain. Misalnya para petani dengan kerbaunya berkerja di sawah yang hijau cemerlang di pinggir-pingir bukit. Ada desa kecil dengan warong-warong di tepi jalan yang menjual apa saja. Cenderahati-cenderahati di gantong di luar setiap kedai-kedai atau rumah, menunggu dan mencuri mata pelancong. Pemuda-pemuda Bali asyek bersabong ayam sambil mempertaruhkan wang. Kaum wanita berjalan berbaris di tepi jalan menjunjung sesuatu untuk upacara adat. Penjual buah-buahan tempatan seperti buah salak tidak kurang kalau di musimnya. Di tepi jalan sepi di mana monyet-monyet kelihatan penuh rasa ingin tahu, sambil menjilat-jilat tubuh mereka sendiri dan melompat-lompat
Pada masa lalu, sekitar =-1920an, sering dijumpai wanita Bali cantik tanpa penutup dada, mencuci dan mandi di sungai di Bali. Suasana seperti ini sering menjadi alasan para seniman asing menetap di Bali. Wanita Bali dikatakan telah menjadi daya penarik. bahkan pada masa ini, kalau kita bertuah kita akan bertemu wanita-wanita Bali tanpa penutup dada di desa-desa Bali yang jauh dari kota. Bahkan kita mungkin dapat menyaksikan wanita-wanita bogel mandi di sungai.
Night Live di Bali memang hebat, malam tiada penyudahnya. Kalau anda bersiar-siar di Pekan Kuta bersama pasangan terasa muda 10 tahun. Suatu yang dapat diambil dan dibawa ke Bangsar atau Hartamas ialah Restoren 24 jamnya. Mereka menyediakan banyak TV dan banyak siaran langsung sukan-sukan dunia. Sesiapa yang berminat dengan American Football disediakan satu sudut lengkap begitu juga dengan raqbi, bolasepak dan sebagainya. Pelanggan nampak relax dengan sukan masing-masing dan sambil minum-minum mereka bersembang-sembang tenang sesekali kedengaran jeritan gembira.
Meninggalkan kenangan di Pantai Kuta.
Minum pagi di hotel diselangi muzik gamelan Bali cukup mengasikkan. Sesekali kedengaran ombak memukul pantai dengan kuatnya. Para penjual cenderahati kecil-kecilan berebut pembeli di tepian pantai. "Murah Pak, murah Pak, sila ambil..." teriak penjual-penjual itu. Pelancong dari barat mula berjemur dan kaum wanitanya mula berbogel dada mencari cahaya matahari yang sangat dicemburuinya.
"Kerjaku memang suka berjanji, di sana berjanji di sini berjanji tapi tunai belum tentu". "Kalau sudah berkahwin tentu punah segala..." Kata Ardy, pemandu pelancong yang ramah tamah itu. Katanya lagi kalau mahu berkahwin jangan pilih suami yang berkerja sebagai pemandu pelancong kerana tidak menunaikan janji. Ardy pemandu pelancong mula sibok dengan tugasnya. Banyak panggilan-pangilan yang terpaksa dilayannya dan cuba membuat janji tetapi menunaikan belum tentu katanya kerana kesibokkannya... Itulah senario Bali selepas tragidi 'Sabtu Kelabu'...
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
No comments:
Post a Comment