ads

Sunday, September 13, 2009

Saya pakai purdah BUKAN kerana alim...

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 3


PENGASAS SENDAYU TINGGI - PUAN ROZITA IBRAHIM
 
Rozita Ibrahim ialah contoh klasik mengenai seorang yang hidup miskin dan menghadapi kesukaran demi kesukaran tetapi akhirnya mencapai kejayaan gemilang menerusi Sendayu Tinggi, syarikat yang diasaskannya sendiri. Siapa sangka, seorang ibu tunggal dan juga penoreh getah boleh merubah hidupnya dan membina empayar bernilai berjuta juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang lain.

Bagi Rozita sendiri, bukanlah mudah untuk mencapai tahap yang dinikmatinya kini. Banyak liku liku kehidupan dan ranjau kehidupan yang terpaksa diharunginya sebelum menempah kejayaan bersama Sendayu Tinggi. Pada usia yang mentah iaitu 18 tahun, dia telah berkahwin dan juga terpaksa menempuhi perceraian dan dalam masa yang sama membesarkan anak anaknya. Lebih malang lagi, salah seorang daripada anaknya jatuh sakit dan meninggal dunia tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya.

Pada zaman kesukarannya, pelbagai bidang kerja yang diceburinya untuk menyara diri dan keluarganya tetapi hasilnya amatlah tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi kesihatan berasaskan herba. Untuk menguji keberkesanan produknya, beliau sanggup untuk menambahkan berat diri sendiri dan mencuba produk ciptaannya yang diberi nama Sendayu Tinggi.

Kini, segalanya adalah sejarah. Pada hari ini, produk Sendayu Tinggi adalah antara produk yang sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan di Malaysia. Malah, produk produk hasilan Sendayu Tinggi kini telah mendapat tempat di pasaran luar termasuk Brunei, Singapura dan lain lain. Pada tahun 2005 sahaja terdapat lebih 2000 pengedar sah. Beberapa pengedar Sendayu Tinggi di sekitar Kuala Lumpur juga dikatakan mencatat jualan sehingga mencecah RM1 juta sebulan.

Rozita mengakui bahawa kehidupan yang dinikmatinya sekarang adalah hasil daripada ketabahannya menghadapi segala keperitan dan rintangan hidup selama ini.


Sumber: Terjemahan dari article Rozita Ibrahim & Sendayu Tinggi di Skor Career.
Gambar: Ehsan Sendayu Tinggi website.
...........................
Jutawan Sendayu Tinggi pakai purdah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang..

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah..

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan.

Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanakuntuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasukperasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
...............................


email dari: Ahmad Abd Aziz  

Tuesday, September 8, 2009

Pesan iman alghazali


Jika ingin selamat di akhirat





DUNIA ini penuh dengan tipu daya. Ia memancarkan segala keindahannya sehingga kita terkadang lupa akan hari akhir yang kekal itu. Dunia selalu menggoda manusia agar melupakan tujuan sebenar kehidupan. Padahal, dunia hanya alat atau ladang untuk mengeruk sebanyak-banyaknya amal kebaikan sehingga bisa dibawa sebagai bekal nanti.

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

Barangsiapa yang memilih harta dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar. Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini akan membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya...

1) Soalan yang pertama, 
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". 

Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah *"MATI"*. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185).

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". 

Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah *"MASA LALU"*. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.. 
"Apa yang paling besar di dunia ini?". 

Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah *"NAFSU"* (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah, 
"Apa yang paling berat di dunia ini?". 

Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah *"MEMEGANG AMANAH"* (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah, 
"Apa yang paling ringan di dunia ini?" 

Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah *"MENINGGALKAN SOLAT"*. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah, 
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?" 

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah *"LIDAH MANUSIA"* Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

*Rujukan Kuliah Subuh Hari Ini* *-Dr.Yusof Mohamd*
*6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..*



..........................................................


SIRI MEMANTAPKAN IMAN!

"Sesuatu kalau sering disentuh akan berkurang rasanya"


Kastrotul masaas yufqidul ihsaas, Ini adalah pepatah Arab yang artinya adalah sesuatu kalau sering disentuh akan berkurang rasanya. Pada sentuhan pertama kita akan merasakan rasanya sangat kuat tetapi pada sentuhan kedua, ketiga, dan seterusnya, rasa itu akan terus berkurang. Pertama kali manusia menembus angkasa dan mendarat di bulan, beritanya begitu menggemparkan. Tetapi, ketika ekspedisi kedua, ketiga, dan seterusnya gaung beritanya mulai berkurang.

Begitu juga dengan diri kita terhadap dosa. Pertama kali berbuat dosa, diri yang fitri akan bergetar takut. Rasa takut ini akan berkurang apabila dosa yang sama diulang kedua kalinya. Dan, akan terus berkurang pada pengulangan ketiga, keempat, sampai akhirnya pekerjaan dosa itu menjadi biasa, menjadi adat dan kebiasaan.

Imam Hasan Al Bashri berkata, ''Yang aku takutkan adalah apabila hati kita telah terbiasa dengan dosa-dosa. Hati adalah bagian yang sangat peka dalam diri manusia, tetapi kepekaan ini akan hilang dengan dosa yang berulang-ulang.''

Dengan jelas Rasulullah saw juga telah menggambarkan hilangnya kepekaan hati. Hati itu, kata Rasulullah saw, pada awalnya ibarat kain putih tanpa noda. Bila seseorang melakukan dosa maka akan ada titik hitam pada hati itu. Jika dia bertobat, maka titik hitam itu akan dihapus dan hatinya kembali putih. Tapi, bila tidak dan dia kembali mengulang berbuat dosa maka titik hitam itu ditambah lagi sampai akhirnya hatinya menjadi hitam legam. Hati seperti ini tidak lagi peduli dengan kemungkaran dan tidak lagi mengenal kebajikan. Inilah hati yang disebut AlQuran sebagai Al Qulub al Qosiyah, yang lebih keras dari batu sekalipun.

Secara lebih jelas dapat dirinci fase-fase hati menjadi qosiyah (keras membatu) sebagaimana dijelaskan Alquran. Pertama, dimulai dengan lupa dzikir kepada Allah karena dikuasai setan: ''Setan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah,'' (QS 58:19). Kedua, karena lupa kepada Allah maka Allah lupakan mereka kepada diri mereka sendiri: ''Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri,'' (QS.59:19). Ketiga, kemudian setan akan menjadi teman paling dekatnya: ''Barang siapa yang berpaling dari dzikrullah maka akan Aku jadikan setan sebagai teman yang selalu menyertainya,'' (QS.43:36).

Keempat, setan ini akan menghiasi semua perbuatan mungkar yang dilakukan sehingga nampak baik dan benar baginya: ''... Dan setan pun menghiasi bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka,'' (QS.29:38). Kelima, karena itu semua maka hati mereka mengeras bagai batu bahkan lebih keras daripada batu.

Tetapi yang lebih berbahaya dari hilangnya kepekaan hati terhadap dosa adalah hilangnya kepekaan atas azab Allah. Sering orang tak tahu bahwa ia sedang diazab Allah karena dosanya. Azab ini bisa berbentuk musibah, bencana, krisis, dan sebagainya, tetapi juga bisa berbentuk kenikmatan duniawi.

Ibnu Qoyim berkata, ''Ketahuilah sebesar-besar cobaan adalah kegembiraan karena berhasil berbuat dosa dan sebesar-besar azab adalah ketika manusia tidak merasa sedang diazab.''


http://www.republika.co.id/berita/65809/Rasa_Berdosa


Oleh: Ahmad Hatta/Kamis, 30 July 2009
Grafik: FLICKR.COM

Wednesday, August 26, 2009

22 Soalan Paderi Dan 1 Persoalan Pemuda Islam..

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 1

Seorang pemuda Arab yang baru menyelesaikan kuliahnya di Amerika Syarikat telah dikurniakan nikmat oleh Allah berupa anugerah berpengetahuan mendalam tentang agama Islam. Pemuda bertakwa ini selain belajar, dia juga seorang pendakwah bebas.

Kebetulan seorang paderi yang dikurniaNya pengetahuan mendalam tentang Islam juga tetapi tidak mendapat taufik hidayahNya memeluk Islam, ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut di tengah kelayak. Pemuda Arab itupun menerima tentangan debat tersebut dengan dada terbuka.

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dan berkata...

Satu yang tiada duanya ialah Allah s. w. t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.. w. t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s. w. t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."
(Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s. w. t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
(Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

 

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."
(Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s. w. t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. . "
(At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf: 98).

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s. w. t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
(Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi yang serba berkebolehan itu dan para hadiran merasa takjub mendengar jawapan pemuda Arab itu. Kemudian pemuda Arab pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "


Paderi tersebut berkata, "Sesungguhaku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah".

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".

Orang ramai termenggu... Kebenaran terserlah kini. Sesungguhnya Allah telah meanugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa...


.......................................................


Kisah Imam Abu Yazid al Bustami dan Paderi Sama'an
Dialog ketua paderi dengan Abu Yazid Al-Bustami seperti tertera...

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan
Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Pertanyaan Ketua PaderiJawapan Abu Yazid Al-Bustami

1.Yang satu tidak ada duanya
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2.Yang dua tiada tiganya
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3.Yang tiga tiada empatnya
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4.Yang empat tiada limanya
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5.Yang lima tiada enamnya
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6.Yang enam tiada tujuhnya
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7.Yang tujuh tiada lapannya
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8.Yang lapan tiada sembilannya
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9.Yang sembilan tiada sepuluh
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10.Sepuluh yang sempurna
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11.Yang sebelas
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12.Yang dua belas
Bilangan bulan dalam setahun.

13.Yang tiga belas
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.Jumlahnya tiga belas.

14.Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15.Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata

Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16.Tempat roh dalam badan manusia
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17.Al Zariyati Zarwa
Nama empat macam angin.

18.Al Hamilati Wakra
Awan gemawan di dada langit.

19.Al Jariyati Yusra
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20.Al Mukassimati Amra
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21.Yang empat belas
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22.Kubur yang berjalan dengan penghuninya
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23.Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24.Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25.Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26.Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27.Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28.Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29.Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30.Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31.Gunung yang paling utama
Gunung Tursina

32.Binatang yang paling utama.
Kuda.

33.Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34.Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35.Tentang Atta’mah
Hari Kiamat.

36.Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37.Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38.Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39.Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40.Sabid dan Labad
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41.Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42.Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43.Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44.Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45.Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46.Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47.Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48.Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

49.Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih...

50.Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas itu Abu Yazid menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"


Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH." Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."

Semua paderi memeluk Islam Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.

"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.

"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.

"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!.



http://s10.invisionfree.com/Hikmah/index.php?showtopic=171
Layari: http://s10.invisionfree.com/Hikmah/ar/t171.htm 




.................................

source: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Monday, August 17, 2009

Jogging till u Giggong

“Jogging” telah menjadi 'priority' untuk menyihatkan badan dan minda.

Sejak bersekolah lagi saya berjogging hingga kini!.

Banyak tempat menjadi kenangan semasa berjogging. Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Kapas, Sarawak dan Genting Highland Lihat: Layan Rozita Che Wan dengan Pop-corn Kawasan sekitar Kuala Krau, Jerantut, Temerloh, Mentakab, Kuantan Lihat: Dari Berhari Raya ke Falun Gong dan sekitar Telok Chempedak, Port Dickson, Ampang Tasik, Bukit Belacan, Lake Garden dan kini Tasik Titiwangsa dan sekitar Taman Melewar merupakan lokasi untuk “berjogging”...


Saya melakukan 'jogging' menggunakan gadget larian Nike+ dan sebuah Apple iPod 2GB dan sehelai T-Shirt Nike+ Powersong. Saya merasa 'teruja' dengan memakai gadjet moden dan merasa keseronokan tahap 'dewa'.

Teknologi Apple iPod dan peranti sensor Nike+ merupakan gadget larian popular pada masa kini dan sehingga kini telah membentuk hampir sejuta pelari dari komuniti-komuniti pelari baru seluruh dunia yang bersaing dalam pelbagai cabaran online atau maya.


Menggabungkan muzik dengan latihan larian dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelari disamping mewujudkan keseronokan dalam aktiviti senaman itu sendiri.

Tidak hairanlah sejak saya mula menggunakan gadget ini pada awal Mei 2007 yang lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan dari 72kg kepada 68kg iaitu sebanyak 4kg penurunan. Untuk sihat, saya mengadakan latihan berbentuk jogging 2 atau 3 hari seminggu dan 2 hari seminggu untuk senaman gym.


Hampir setiap petang, aktiviti “jogging” ini diamalkan untuk kesihatan diri dan keseronokkan. Antara pukul 6.30 petang hingga 7.15 petang atau 8 malam hingga 9 malam merupakan masa saya “jogging”. Ini bergantung kepada 'zon keselesaan' pulang dari berkerja. Saya perlu memikirkan keadah lain untuk mengalih masa maghrib ini!. Atau jogging selepas subuh!.

Kekurangan melakukan aktiviti fizikal boleh mudaratkant kesihatan. Jadi saya memilaih aktiviti “jogging” bagi menyihatkan tubuh badan serta meningkatkan lagi ketahanan fizikal dan mental.

Ianya mudah dilakukan secara perseorangan untuk menyihatkan tubuh badannya dan membantu mengamalkan gaya hidup sihat. “Jogging” boleh mengurangkan tekanan dari pelbagai tugasan.Kita hanya memerlukan kasut dan pakaian sukan saja, mudah dan tidak berbelanja besar!.



Aktiviti “jogging” ini dapat dilakukan dan diamalkan oleh kita semua tanpa memerlukan kos tetapi dapat menyihatkan tubuh badan dan dalam masa yang sama mengurangkan tekanan seseorang. Berbanding dengan sukan lain seperti badminton, ping pong atau takrow memerlukan pasangan. Ini menyusahkan lagi pun memerlukan perbelanjaan!.

Jogging tidak memerlukan peruntukan besar bagi yang kurang berupaya... hanya sekadar berpakaian dan sepasang kasut yang sesuai, sudah memadai. Kalau berkemampuan, kasut nike, jam casio, cap dan MP3!.


Aku mula-mula berjinak dengan jogging ini sejak di bangku sekolah lagi. Seingat aku sejak top-ten dalam acara cross county sekolah, rupanya bidang sukan ini menjadi kegemaran. Make seringlah aku berjogging terkadang mengelilingi kampung, padang, bendang dan sebagainya. Melalui taman ke taman perumahan juga menyeronokan kerana dapat melihat rekabentuk rumah atau apartment dan sebagainya. Ini mendatangkan ilham untuk merekabentuk berkreatif!.

1970 - 1976 - SKKT - Berlari dan terus berlari...

1977 - SMKKK - Saya mula mengenali sukan cross-country

1981 - SMKT - Di Mentakab - Saya mula mendekati sukan ini secara exstrim... Bukanlah bermakna saya seorang olahragawan tetapi aktiviti sukan bagi saya menyeronokan dan dapat menghilangkan stress. Kebetulan 'buah hati' berada sekitar 8km jaraknya dari rumah saya. Dengan melihat bumbung rumahnya sudah memadai ketika itu tetapi bila bertembung dengannya yang kebetulan berada di sisi tingkap cukup bermakna buat aku, kumbang kesunyian.

1984 - Saya bekerja sambilan di Pawagan Kepong (pelawaan seorang kawan) dan tinggal di belakang kain putih (screen) bersama seorang kawan. Di panggung ini ditayangkan kebanyakan filem-filem Cina dan Tamil.

Sebelah petangnya bersukan dan jogginglah menjadi pilihan aku mengelilingi taman di Kepung itu.

1986 - Taman Tasik Subang - Tinggal di Subang Jaya dan waktu petang saya sudah berjogging di sekitar tasik 8 ke 10 pusingan. Jogging di Subang menyeronokan selain angin petang yang bertiup lembut, muzik di pasang di taman permainan dan saya masih ingat lagu 'ready for love' nyanyian Smokey dan menjadi kenang-kenangan...



1987 - Ogos 1989 - BPM - Agro Bank
Semasa saya berkerja di BPM, saya berjogging di Lake Garden. Saya memulakan berjogging dari tangga Bank lagi dan terus menyusur Masjid Negara merayap ke Taman Rama-Rama. Menuruni bukit dijerkah oleh monyet dan mengelilingi tasik sebanyak 5 atau 6 kali sudah cukup mencabar dan memenatkan!.

Saya suka “jogging” di taman tasik berbanding dengan “jogging” di taman perumahan. Kawasan taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok lebih menyegarkan dan suasananya lebih nyaman. Di Tasik ini ada menyediakan peralatan sukan yang lengkap. Lagi pun ramai pesaing-pesaing dan gaya yang hebat-hebat belaka. Saya menjadi seronok melihat mereka yang cukup cergas dan berstamina dan ini menjadikan satu cabaran!.

1988 - September 11, Ahad, spot aid 88, The Race Against Time memakai nombor 2, 415, 591 anjuran RTM dengan sepupu-sepupu di waktu malam berjogging sekitar Kuala Lumpur. Ini merupakan sukan charity mencari dana anjuran RTM.


Saya tinggal lama di Ampang Tasik - Jadi seringlah saya berjogging dari Ampang Tasik ke Bukit Belacan. Kira-kira 45 minit, saya menyelami suasana hutan sambil mendengar suara burung dan terkadang terus mandi... atau berjogging ke Ampang Tambahan dan Bukit Langat yang masih berselerak dengan projek perumahan... melihat rekabentuk bangunan, apartment atau rumah.... Kebetulan arwah ayah berkepandaian dalam bidang pertukangan rumah, sedikit-sebanyak menurun ke anakendanya. Amin.

Di Kangar, Perlis - Dari Hotel ke sekitar melalui bendang yang saujana mata memandang. Satu pengalaman yang menyeronokan!. Dapat merasakan perbezaan berbanding jogging di taman atau perumahan!.

Di Medan, Indonesia - Di Tasik Danau Toba saya cuba bermain wind surfing - bersama sepupu, satu pengalaman baru dijelmakan. Mengapa tak mencuba sukan air ini?. "Berapa banyak air kau minum?", tanya Jax kepada aku kerana sering kali jatuh akibat tidak dapat meseimbangkan badan. Sekurang-kurangnya mencatat kenangan.


Pulau Pangkor, Mei 1996 - Menginap di Sri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, aku tidak melepaskan peluang berjogging dari resort ke Pekan @ Jeti Pangkor dan melilau ke bekas kota peninggalan Belanda (Duch Fort) tahun 1641 dekat Telok Gedung. Inilah cara sentimental untuk memahatkan kenangan di sesuatu tempat.


1997 - Di Sydney - Dari Hotel sekitarnya dan terus ke Pearl Harblur bersama kekawan berlari-lari untuk menghilangkan kesejukan - suhu sekitar 22 djh celsius. Jogging sekadar memahatkan kenangan setelah menjejakkan kaki ke negara kanggaroo ini!. Lihat: ...


Di Penang - Menginap di Hotel Mutiara Beach di Tanjung Bungah - di Pantai Frenggi aku berjogging mengitari pantai yang landai itu. "Aku sudah menodai pantai ini!". Lihat:...



 
2004 - Di Ngombo, Colombo, Sri Lanka - Dari The Swiss Residence Hotel, Kandy. Puncak bukit, cuma berlari anak menuruninya untuk makan malam bersama rakan. Pemandangan cantik dan kelihatan di atas bukit terduduk patung Buddha. Ini pun untuk memahatkan kenangan!. lihat: Kisah tapak kaki Nabi Adam, perawatan herba dan ombak besar


2004 - Di Bali kebetulan menginap di Hotel yang mengadap ke pantai - pagi itu aku berjogging mengelilingi pantai yang bersih - bertembung dengan para penjual cenderahati yang ramah tamah sambil menunggu-nunggu matahari terbit. Aku seronok kerana sudah meninggalkan kenangan pantai di Bali!. Lihat: BALI Selepas Sabtu Kelabu...


2008 - Jogging di pertengahan jalan menuju ke Tankuban Perahu - menikmati suasaa hutan simpan yang cantik, ini menjernihkan minda!. Suhu agak dingin. Ini pun untuk catatan kenangan. Lihat:...


2008 - April - Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, berjogging di Pantai Patong sambil melihat matahari terbit. Dan ini sekurang-kurangnya mencatat kenangan mengingatkan aku pernah menjejakkan kaki ke Pulau pelarian keluarga Mashuri ini!. Lihat: Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

Jaguh Acara Dunia dari Penang


'Selain itu saya akan berlari dan naik turun bukit di belakang rumah saya . Apabila saya menaiki bukit, saya membina ketahanaan diri manakala jika saya berlari ke bawah, ia bermakna saya membina kelajuan", kata Tamin Marican, 78 tahun berasal dari Penang yang menjadi sumber inspirasi saya dalam sukan ini. (Satu-satunya pemenang pingat gangsa dari Asia dalam acara 200m di World Master Athletics Indoor Championship. Linz, Austria dengan cacatan masa 28.76 saat).

Sejak kecil mengidap penyakit lelah. Olahraga adalah ubat terbaik bagi menangani penyakit yang dihadapinya. Beliau mengambil inspirasi daripada atlit Amerika, Thane Baker 70 tahun yang pernah merangkul pingat perak olimpik.

"Saya meminati olaharaga kerana ia memberi kepuasan yang lebih baik buat saya. Olaharaga adalah sukan yang boleh dilakukan secara bersendirian. Saya tidak perlu bergantung kepada orang lain", cerita Mohamad Tamin Marican lagi dalam EPG, Berita Harian keluaran 30 Desimber 2004.







Susuk yang menjadi sumber insperasi dan semangat untuk berjogging ialah Prof. Ungku Aziz. Aku mengaguminya hingga kini... lihat: Siri Hero 1 - UNGKU AZIZ - Sebutir Permata Di Menara


Petua Penjagaan Kesihatan bagi saya.. Kesihatan badan, perasaan dan mental, penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan di samping pemeriksaan berkala perubatan!.
Jogging till u Giggong (giggong - tidak membawa apa-apa makna) da... Pulser dalam bahasa French dan pareggiare dalam bahasa Italian bermakna jogging. Ayuh! mulai sekarang kita berjogging!. Inilah sedikit sebanyak hikayat 'jogging' untuk catatan Nota Global!.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


Thursday, August 13, 2009

Hidup & Mati bermatlamat


Kisah 1/Rujuk kepada Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Seorang teman dalam perjalanan menuju ke desinasinya melalui sebuah tanah perkuburan. Kuasa Allah, tidak semena-mena telah dibukakan hijab oleh Allah dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Dia dapat melihat mayat di salah sebuah kubur dipanggang oleh Malaikat yang besar. Api menyala membuak-buak membakar mayat itu hinggakan menjadi merah dan hitam legam. Kemudian mayat itu elok kembali dan dibakar berulang-ulang menjadi merah dan hitam legam kembali. Begitulah seterusnya berulang-ulang. Jeritan dan pekikan tidak dapat disembunyikan lagi hinggakan binatang yang ada di tempat itu tidak sanggup mendengarnya.

Teman itu terkaku, tersentak dengan kejadian itu. Lama dia termenung dan berfikir lalu menelifon Ustaz Wan Sohor Bani Leman bertanyakan punca sebenarnya. Adakah angkara iblis syaitan yang menyesatkan.

"Anta bertuah, itu adalah kejadian benar-benar belaka...", kata Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Itu adalah akibat memperlekehkan sembahyang.

Kesimpulannya kita janganlah tinggal sembahyang sewenang-wenangnya. Kita hendaklah merasa takut di dunia lagi akibat perbuatan kita, nasihat Ustaz Wan Sohor Bani Leman kepada temannya itu.

Kisah 2/Rujuk kepada Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Melihat jenazah dibawa ke kubur oleh orang yang mengusungnya. Teman itu dapat melihat mayat itu menjerit dan meronta-ronta. Mayat itu tidak mahu diusung ke tanah perkuburan. Dia meronta-ronta, terpekit-terlolong tetapi tidak diketahui oleh pengusungnya. Mayat itu sudah tahu yang dia akan diseksa dikuburan nanti. Dia sudah melihat gambaran itu. Dia menjadi teramat takut diseksa kerana sudah nampak malikatul-maut menanti kedatangannya.

Teman itu terpaku melihat kejadian aneh itu. Lalu meraba-raba muka dan mengagak dia bermimpi. Lantas menalifon Ustaz Wan Sohor Bani Leman, meminta buah fikirannya. "Anta bertuah, itu adalah kejadian benar-benar belaka...", kata Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Itu adalah akibat memperlekehkan sembahyang.

Kesimpulannya kita janganlah tinggal sembahyang sewenang-wenangnya. Hendaklah merasa takut di dunia lagi akibat perbuatan kita, nasihat Ustaz Wan Sohor Bani Leman kepada temannya itu.

Antara nasihat Ustaz
• Buatlah sesuatu perkara itu dan tinggalkan sesuatu perkara itu kerana Allah. Bertaqwalah pada Allah dan hendaklah kita mati sebenar-benar kerana Islam;
• Akidah sama maknanya dengan iman. Ia juga mengandungi makna Islam, tauhid, kepercayaan kepada syariat dan undang-undang Allah.
• Akidah juga adalah akal dan pemikiran mengenali Allah taala, tanpa ada perasaan was-was atau syak wasangka dengan mengenali Allah. Ia juga akan mengikat hubungan dengan Allah dan menafikan hubungan yang lain iaitu “kufur”.
• Semua perkara-perkara yang asas atau perkara yang mutlak (perkara yang tidak berubah) dalam hidup kita ini semuanya telah ditentukan oleh Allah taala. Ia juga berkaitan dengan kepercayaan kepada syariat dan undang-undang Allah;
• Sebagai contoh perkara yang mutlak ialah seperti membina masjid – apabila mendirikan sebuah masjid itu ianya mestilah dibina menghadap kiblat, maka inilah yang dipanggil perkara mutlak, perkara yang tidak boleh diubah. Perkara yang boleh diubah ialah kita mengubah reka bentuknya saja yakni mengikut kesesuaian Islam.
• Biarlah dunia berubah, tetapi ugama jangan sekali kali diubah;
• Menerima hukum dan undang undang Allah adalah satu akidah. Perkara yang halal jangan dicampurkan dengan perkara yang haram;
• Islam mengajak kita hidup dalam lingkungan pahala dan menolak lingkungan dosa, buang saja perkara perkara yang bertentangan dengan hukum Allah;
• Biarlah dunia maju dan semoden mana sekalipun, undang-undang Islam tetap tidak boleh diubah maupun dipinda. Makanan yang haram tetap haram dan jangan sekali kita menghalalkannya;
• Perkara yang menyebabkan akidah umat Islam lemah pada zaman ini kerana:-
1. Kita berfikiran selain dari pemikiran Islan itu sendiri;
2. Nafsu telah melencong dari landasan landasan Islam;
3. Kita lemah dan sekadar mengikut saja dan menurut saja. Kita sudah tidak ada pendirian. (Menyerah diri pada kezaliman adalah fasikh).


- Ceramah Ramadhan dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman,
penceramah bebas dan pensyarah di UIAM, Kuala Lumpur.