ads

Tuesday, October 4, 2011

Syukur, diberiNya Tempo...


Bah besar tahun '71, rumah bertiang tinggi 10 kaki naik air...

Rumah Mak Long Salmah  (Mak Saudara) di Kampung Benom banyak menyimpan kenangan semasa kecil. Di belakang rumah ini terbentang Sungai Pahang dan di hulu kelihatan Gunung Tahan. Di sinilah kami sering mandi bersama sepupu.

Bertimbun kenangan yang sukar dilupakan, yang pahit... ianya akan kekal sepanjang hayat!.

Tahun 1971 ketika banjir besar melanda, rumah yang kami diami di Kampung Paya Raja. (Kisah Kampung Paya Raja disurahkan... Lihat cerita di bawah).

Masih tak lekang diingatan, ketika banjir besar membadai. Ketika hujan rintik, aku sedang belajar berenang ditemani abang di bawah rumah besar bertiang tinggi yang ampuh. Ketika itu aku berumur 7 tahun dan hampir lemas... Satu cahaya dari atas kelihatan dan bunyi sayup-sayup ditelinga. Aku terasa  berada di dunia asing ketika itu. Aku terus cuba mengerakkan tangan berkayuh dan kaki memukul air. Akhirnya aku selamat... Syukur!.


Kenangan kereta Prelude warna merah...
Tragedi kemalangan kereta bersama Sh Ali dan John di Taman Kosas September 1997.  

Sebetulnya aku bersama adik, John pergi ke Taman Kosas untuk melihat pejabat yang ingin disewakan oleh seorang untuk kami membuat kerja advertising. Selepas melawat pejabat itu kami menjemput sepupu di apartment berdekatan, untuk makan malam. Semasa melalui persimpangan menghantar sepupu pulang kereta kami dilanggar.

Aku tercampak keluar kereta melalui cermin belakang yang pecah akibat hentakkan kuat. Akibatnya kepala dan perutku luka. Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan luka usus dan kepala merebak dapat dikawal.

John patah tulang rangka kiri akibat terhentak streng kereta prealudenya manakala sepupuku Sheikh Ali patah tulang bahu akibat tercampak dari depan ke kedudukan belakang kereta Honda Prelude merah bersun-roof itu. Nasib baik bersun-roof...


CT Scan, sedikit sebanyak merosakkan sel-sel tubuh.

Jab, abang kandungku datang sekitar jam 4 pagi ke GH. Beliau berkata aku acapkali memegang kepala yang berdarah. Doktor menyesurkan di CT Scan. Dan disurahkan aku sering meletakkan tangan di perut walaupun separuh sedar. Doktor mendapatkan pengesahkan bertulis dari abang sekiranya apa-apa berlaku kemudian hari. Lalu doktor membedah kira-kira sejengkal di tengah-tengah perut . Parutnya masih kekal dan menjadi ingatan. 


Susulan rawatan yang masih dianetdot, doktor bertanya bolehkah aku kentut? Aku tergelak, rupaya itu sebahagian dari rawatan...

Ramai rakan taulan melawat dan ada yang menangis melihat keadaan aku. Mukaku bengkak dan sukar dikenali. Hingga kini kesayuanku memuncak bila mengenangkan tragedi itu.... Syukur, aku selamat.


Tahun 2004 aku berulang alik ke Tawakal berjumpa Dr. Hisham. 

Gall bladder atau pundi hempedu aku mengandungi batu karang atau gallstone. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi terpaksa dilakukan bagi membuang pembentukan daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

Tetapi kes aku berbeza kerana pernah dibedah tanun 1997. Alasannya menyukarkan  pembedahan laparoskopik kolesistektomi lalu doktor membuat pembedahan sekali lagi di tempat sama diperut. Syukur, aku selamat.

Kini tahun 2011 aku berjumpa Dr. Shatar untuk membuat Angiogram. 

Ini kerana dibahagian dada aku merasa kurang selesa. Semacam ada angin yang bergerak-gerak, Nasib tidak PCI - percutaneous cononary intervention kerana arteri tidak tersumbat dan dibuka atau dipintas menggunakan alat khas dikenali 'sten' atau dikenali angioplasti bagi membolehkan darah mengalir ke jantung.

Angiogram yang mengayatkan. Urat ditangan dimasukkan wayer dan kemera
digantung di atas dada bagi melihat pergerakkan wayar di urat dada. Manakala
monitor di gantung di kiri bagi melihat sama ada saluran darah atau arteri tersumbat.
Jika tersumbat akan dimasukkan wayer di pangkal peha terus ke dada bagi melakukan 
angioplasti untuk membolehkan darah mengalir semula ke jantung dengan lancar.

Sebelum itu Dr. Shatar mencadangkan, CT-Scan atau xray tetapi aku memikirkan ini bukan jalan terbaik. Angiogram terbaik... Selesai angiogarphy doktor mendapati aku bebas dari penyakit jantung. Gall bladder yang telah dibuang mengakibatkan angin sekitar usus perut bergerak ke bahagian ke atas. Punca angin di bahagian dada adalah disebabkan gestrik. Syukur, aku selamat.

Tregedi yang menyayat hati gara-gara jeti diserang 
pengunjung yang ingin melawat Penang...

Sekitar Julai 1988 aku terselamat dari bencana jambatan runtuh di Feri Pulau Pinang yang mengorbankan 32 orang dan ramai tercedera. 

Tragidi berlaku sekitar jam 4.40 petang. Pada tarikh 3 Julai itu, Pulau Pinang menjadi tumpuan khususnya masyarakat Cina dan penganut Kristian bagi meraikan dua perayaan besar yang kebetulan jatuh serentak.

Sewaktu itu aku berkerja di Bank Pertanian Malaysia di bahagian Perhubungan Awam. Aku sering ditugaskan out-station bagi mengendalikan urusan pameran dan perancangan gerai pameran. Sewaktu itu ada pameran Kementerian Pertanian di Seberang Perai. Setelah usai tugas keesok harinya aku bercadang ke Pulau Pinang menaiki feri. Tetapi membatalkan niat dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Meskipun ia bukan cuti umum, perayaan Kwan Yin di Georgetown dan Festival St. Anne di Bukit Mertajam yang cuma disambut sekali dalam puluhan tahun itu bertambah meriah apabila dirayakan pada hari minggu.

Ribuan pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut hadir termasuk rakyat tempatan dari seluruh negara.

Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown adalah dengan menaiki feri.

Kehadiran pengunjung yang mahu ke Pulau Pinang dianggarkan lebih 10,000 orang memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan pangkalan dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.

Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu pangkalan turut ditutup tetapi jumlah orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka yang datang berduyun-duyun.

Malang tidak berbau. Pelantar jeti setinggi lima meter yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Ribuan penumpang tergelongsor jatuh ke dalam laut manakala tiang dan kayu binaan berat menghempap jasad mereka. Sebanyak 32 nyawa tumpas manakala kira-kira 1,700 orang lagi cedera. 

Syukur, aku terselamat....DiBeriNya kesempetan... Amin!.  Nukilan Emkl.


(Kisah asal disurahkan... Pembesar yang menobatkan dirinya Raja berebut kuasa menjadi Tuanku memerintah negeri (Asal menjadi raja adalah pengaruh dan keturunan). Sebuah kerajaan, raja yang melarikan diri dari pergaduhan berebut kuasa dengan pembesar kanannya lalu membina penempatan di kampung ini. Raja itu membangunkan sawah padi yang terbentang sekitar 20 ekar. Disurahkan pengikutnya sedikit demi sedikit menghilangkan diri dan pengaruhnya semakin terhakis lalu akhir cerita 'kepupusan'. 


Masih diingatan... ketika kami kecil, aku sering terjumpa serpihan pinggan mangkok tembikar raja di sekitar paya itu. Kini tinggal sawah bendang menjadi saksi terkadang kering kontang terkadang banjir kilat. Sawah bendang @ paya telah dibina pengaliran air oleh Datuk saya dan dipanggil Caruk Mat Tahir satu ketika dulu. Tanah berdekatan paya itu telah ditanami bunga pudin pelbagai warna dan pokok buah-buahan telah terbiar dan kini bakal menjadi Tanah Kubur terbesar di daerah itu tidak lama lagi).

.............................

Footnote:

Gallstone
A gallstone is a crystalline concretion formed within the gallbladder by accretion of bile components. These calculi are formed in the gallbladder, but may pass distally into other parts of the biliary tract such as the cystic duct, common bile duct, pancreatic duct, or the ampulla of Vater.
Presence of gallstones in the gallbladder may lead to acute cholecystitis, an inflammatory condition characterized by retention of bile in the gallbladder and often secondary infection by intestinal microorganisms, predominantly Escherichia coli and Bacteroides species. Presence of gallstones in other parts of the biliary tract can cause obstruction of the bile ducts, which can lead to serious conditions such as ascending cholangitis or pancreatitis. Either of these two conditions can be life-threatening, and are therefore considered to be medical emergencies.

Angiogram
An angiogram is an X-ray test done to take pictures of the blood flow in an artery or vein. During the test, you lie on a table and a dye is injected into a blood vessel in the groin or elbow. A special camera takes pictures of the dye as it moves through the blood vessels.
In this picture, the radiologist uses monitors and table controls to position the person before an angiogram. The large C-arm can turn to take X-ray pictures from many different angles.

Angiography
What is angiography?
Angiography is usually one imaging to visualize blood vessels required for this substance in contrast, to circulate around them, allowing the observation of their shape, thickness, layout and permeability. An angiogram angiography but is actually done on the network of vessels of the fundus (retina) and a special dye called fluorescein substance (red-orange).

Why use a fluorescent substance?
This type does not use X-ray angiography as the other angiography, because the image is photographed directly by the fluorescence light and the substance used by the network of vessels of the retina is the only part of the circulatory tree we can see directly. Why not require radiation to penetrate into the body, such as X-rays or other.

Monday, September 12, 2011

Kenangan berhari raya di zaman kanak-kanak

Sebuah Sketsa



Pejam celik pejam celik sudah sampai pertengahan Syawal. Sungguh pantas masa berlalu.

Nasib baik raya kali ini jatuh hari Ahad, dapatlah pulang beraya dengan hati yang lapang kerana jalanraya tidaklah begitu sesak. Tapi bila dikenang-kenang dan fikir-fikirkan balik, rasanya Hari Raya di Malaysia semakin lama makin kurang uummmnya!. Dah tak happening macam masa kecik-kecik dahulu. I dono why?. Mungkin faktor veteren, jadi dah makin hilang auranya.

Aku nak mengimbau dan mengajak kita mengenang kembali Hari Raya zaman kanak-kanak dulu. Zaman dulu raya memang best!. Meriah tak terkata. Antara benda-benda best masa raya dulu yang kami buat ialah:-



1. Aku dan Abg. Jab serta sepupu (Atan, Mat Robort, Lee, Abek) di rumah Atan di kampung Benom bermain meriam buluh menggunakan karbait yang dibakar dengan minyak tanah. Di hujung mariam buluh diletakkan bekas tin susu. Bila dibakar, tin susu terbang akibat tekanan. Meriam dihalakan ke pokok mangga yang buahnya hampir ranum. Sesiapa yang tepat sasaran dan dapat menjatuhkan buah mangga akan dihadiahkan mercun batik warna merah yang 'power'. Selalunya bukan buah yang gugur sebalikkan daun mangga berleraian!.



2. Main mercun roket merah berwarna batik dan menghala ke jalan raya. Sepupu sorang pergi tunggu tepi jalan tengok ada kereta datang ke tak. Kalau ada kitorang bajet-bajet dengan sumbu mercun tue then bakar. Berdentum mercun roket tue kat tepi kereta. Siap ada kereta berhenti terus membelek-belek tayar... ingat tayar kereta meletup!.

3. Kes Mat Robort, sepupuku memang haru. Peristiwa ini belaku ketika bulan puasa sewaktu (Atan, Lee dan Abek) merancang menangkap ikan menggunakan mercun di isi dalam botol dan karbait di sungai Pahang. "Ini experiment baru, kata Atan. Orang lain tak berani melakukan missi itu dan menyerahkan tugas kepada Mat Robort yang hero. Akibatnya dia terkena serpihan kaca dari botol yang dimasukkan mercun batik serta karbait. Mercun itu meletup sebelum dicampakkan ke sungai. Akibatnya serata badan berdaram dan berdarah kaca terlekat langsung dihantar ke hospital Mentakab. Itulah sejarah yang masih terpahat...

Disurahkan Mat Robort sepupuku yang dicintai telah dibebaskan mahkamah dari dakwaan kesalahan menjual mercun power tahun lalu.


4. Bab mercun batik ni saya teringat ada orang lama di kampung membakarnya di setiap pintu rumah bagi menghancurkan iblis syaitan yang menginap disekitarnya. "Biar hantu lari...., katanya.

5. Main karbait. Ala menatang benda yang diorang letak dalam meriam buluh tue. Tapi kami tak letak dalam meriam buluh. Kitorang buat lubang. Letak air sikit dalam tue. Pastue letak karbait. Pastu letak tin atas lubang tue then cucuh ngan lidi. Kadabom!. Makin tinggi tin terbang makin syok dibuatnya. Selalu serombong dihalakan ke objek tertentu...


6. Cara dapat duit raya dengan menyertai kumpulan bertahlil di kubur di Kuala Tekal. Maka lepas satu tahlil ke satu tahlillah kami menyertainya... Sampai seharian kami di kuburan. Masa tu jarang orang menghadiahkan RM hanya siling semata. Teringat kawan lama Arwah Sy Darun, Gab, Lit, Sy Mail, Syed Iqra (YB), Yati, Jamie, Jah dan lain-lain yang dilupai...

7. Malam raya atau petang raya kedua kami berkumpul depan TV selalunya cerita P. Ramlee. Rumah yang ada TV ketika itu boleh dibilang. Rumah Cikgu Seman, Rumah Pak Cu Mal (Jamil) dan rumah Pak Cik Melee.

8. Malam raya mesti tidur lambat, nak buat tu buat ni. Tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar karpet, isi biskut & kuih-miuh dalam balang, bersihkan laman rumah. Mak dan kakak sibuk masak macam-macam benda. Bebudak pulak sibuk main bunga api (mercun), memang seronok. Hiburan lain tiada ketika itu.

9. Pagi raya…Subuh2 lagi dah bangun, dengar Takbir Raya dari surau…best je rasa. Tak sabar nak pakai baju melayu nak gi sembahyang raya. Keluar rumah pagi-pagi raya rasa tenang… bersih je, bau masakan dari rumah-rumah jiran…pergh. Kalau hari raya, pagi-pagi tu yang best, terasa betul kerayaan dia tu.


10. "Jika puasamu bolong satu hari saja tanpa alasan, maka puasa-puasa lain di bulan itu tidak akan diterima,” kata Mualim Man (arwah) seingat aku. Ajaib, untuk pertama kalinya puasaku penuh sebulan!.

Kata-kata ajaib ibu itu terus menjadi motivasi buatku untuk selalu berpuasa dan tak ingin bolong satu hari pun. Namun, seiring usia, justru aku merasa puasa terasa semakin berat dan penuh godaan tinggal di KL ini.

11. Yang sangat berat bagiku ketika kecil tentu saja bangun untuk makan sahur. Selepas sahur maka bermulalah puasa. Aku masih teringat ada yang kata tidak boleh telan air liur, maka bermasaahlah aku. Setiap 10 minit terpaksa meludah... siap disediakan tin susu da...

12. Tahun 80an masih ramai tidak mempunyai peti ais. Aku mengambil kesempetan menjual air batu di tepi jalan di KDSA yang dihantar bekalan oleh arwah Ami Man. Boleh tahan juga income... belanja raya!.

13. Masa nak berbuka puasa di rumah Pak Lang Cha, terminum minyak ikan yang diletakkan di dalam gelas di atas meja. Aku dengan muka sardin mencari air kosong... Awak Ok, Kama?, tanya Mak Ngah Limah.


14. Pakaian baru - semalaman mencuba dan mengayakannya. Tak menyabor...

15. Raya ke 3 pergi ke rumah Mak Saudara Chu Kecik di simpang 3, Temerloh-Mentakab. Ketika itu aku berumur 9 tahun tidak pernah ke pekan bersorangan tetapi aku nekad (duit raya banyak) walaupun rumah Mak Saudara tidak diketahui. Nasib baik ketika merayau-rayau di kedai dan terjumpa dengan Tok Wah (nenek) ketika sedang membeli sesuatu yang ketika itu menginap di rumah Chu Kecik.

16. Selalunya raya ketiga kami pergi memonton wayang di panggung Rex di Temerloh. Seronoknya ketika menyerbu ke kaunter dan berebut-rebut membeli tiket. No displin. Ada yang terkoyak baju, jatuh, dompet hilang dan sebaginya. Kedengaran riuh-piruk jeritan.


17. Pada suatu petang hari raya yang ke berapa aku bersama Ab. Jab pergi ke Jerantut untuk melawat abang sulung. Kerana ketika itu filem Hindustan 'Rapoo Chakar' filem hebat lakonan Ragist Khana dan Zaneat Aman. Apa lagi kami pulun filem dulu, pergi rumah abang lain cerita. Keluar panggung hari dah senja, takut kena marah. Apa kami buat? Tidur di masjid besar Jerantut. Dikejutkan bilal surau kerana tidak dibenarkan tidur di dalam masjid atas carpet, tidur kat luar atas simen, arahnya...
Apa kami buat? Tidur di masjid besar Jerantut la...

18. Tahun berikut bersama seorang kawan bernama Nazeri budak Jenderak, kami ke Kuantan mencari rumah ayahenda di Peramu. Sampai ke Kuantan waktu petang dan tidur di masjid di tengah bandar itu. Malamnya aku tidak boleh tidur kerana sebelah masjid itu terletak kilang membuat air batu. Bunyi pekerja memotong ais dan sungguh tidak tenteram. Kini masjid negeri Sultan Ahmad Shah itu sudah dibesarkan dan gah di bandar itu.


Sampai di rumah ayahenda kami dijamukan. Aku tidak menyentuh air milo panas kerana takut diracun akibat momokan filem Nasib Si Anak Yatim...


Setiap insan pasti mempunyai 1001 kenangan Hari Raya yang tersimpan di fikiran yang tidak mungkin boleh dilupakan. Kenangan-kenangan ini pasti akan menjelma saat menjelang Hari Lebaran. Tidak kira sama ada ianya kenangan manis, sedih atau pahit sudah pasti sukar untuk dilenyapkan.

Monday, August 1, 2011

Siapakah Uwais Al Qorni sebenarnya


Gambar Hiasan

Wali Allah: Tidak dikenal di dunia, terkenal di langit...

Sufi besar yang telah diriwayatkan Nabi kepada sahabat-sahabat. Uwais bin Amir bin Juz bin Malik bin Amru bin Mus'adah bin Amru bin Sa'ad bin Ashwan bin Qorn bin Rodman bin Najiyah bin Murod Al Murodi. Uwais, yang hidup di zaman Nabi akan tetapi tidak pernah bertemu.

Kulitnya kemerah-merahan, tidak lekang berzikir: dagunya menempel di dada. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Makanannya air mentah dan tamar dan tidak pernah memakan makanan dimasak oleh api. Tiada orang yang menghiraukannya dan malah kehadirannya tidak pernah dirasakan.

Nama yang memainkan peranan biografi mistikal nabi. Siapakah Uwais Al Qarni?. Pernah disebut oleh Rasullullah lewat sebuah hadith. Uwais Al Qarni tidak dikategorikan sebagai sahabat, malah beliau tidak pernah pun berjumpa dengan Rasulullah SAW walaupun beliau hidup di zaman Rasulullah. Tapi beliau telah diiktiraf oleh baginda Rasulullah sendiri sebagai penghuni langit.
Rasulullah pernah menyuruh Sayidina Umar RA dan Ali KW untuk mencari Uwas, menyuruh mereka meminta supaya Uwais memohon keampunan (istighfar) “Pohonlah al-maghfirah (keampunan) daripada Allah swt.”. Sayidina Umar RA dan Ali KW merasa hairan siapakah Uwais ini?, begitu tinggi darjatnya sehingga boleh mengistighfarkan Amirul Mukmin, sedangkan Umar adalah salah seorang yang telah dijanjikan syurga.

Jabal Nur

Sekitar gua hira
Pertemuan
Pencarian selama 10 tahun setiap musim haji menemui jalan buntu. Selepas 10 tahun ketika berjumpa, Uwais berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua. Begitulah Uwais, telah mengetahui perkara dihadapannya.
Jawab Uwais: "Tuntutlah rahmat Allah ketika mentaatiNya, dan harapan tuan di celah-celah yang demikian."

Umar bertanya, "Bagaimana hal engkau wahai Uwais?"
Jawabnya, "Bagiamanalah tuan fikir seorang lelaki kalau pagi hari ia mengira ia tidak akan sampai kepada petang hari dan kalau hari telah petang ia kira tidak akan sampai kepada pagi hari."

"Bagaiman tuan telah dapat sampai kepada kedudukan yang demikian tinggi, hai Uwais?".
Jawabnya, "Saya hidup pada maqam takut kepada Allah, iaitu satu maqam, manakala seseorang telah sampai ke sini, ia pun akan takut kepada Tuhan seperti ia berdosa membunuh semua manusia." Uwais menasihati Umar, supaya takut kepada Allah pada taraf pertama, kemudian taqwa kepada Allah pada taraf kedua.

Demikianlah Uwais sangat menjaga adab dalam beribadat hinggakan menjulurkan kaki ke arah kiblat tetap dihindirinya kerana malu dan hormat akan Allah s.w.t. dan mengibaratkan berada di majis-majlis besar yang sepatutnya bersopan-santun.

Pengembara di dunia yang fana.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai".
Kemudian Uwais hendak pergi. Lalu berkata, "Saya kira tidak ada seseorang pun mengenal Tuhannya akan merasa senang bersenang-senang dengan yang lain Tuhannya", kemudian beliau lari dengan kencangnya.


Di surahkan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah saw mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau saw, sekalipun ia belum pernah melihatnya.


Peperangan Uhud
Tahun berlaku : 7 Syawal, dan ada yang mengatakan pada 15 Syawal tahun ke-3 Hijriah.
Tempat peperangan : Berdekatan bukit Uhud di Madinah Al-Munawwarah

Ketua tentera muslimin : Nabi Muhammad S.A.W.
Bilangan tentera muslimin : 700 orang
Pemegang panji : Mus'ab bin Umayr
Bilangan syuhada' : 70 orang.

Ketua tentera musyrikin : Abu Sufyan Sakhr bin Harb
Bilangan tentera musyrikin : 3000 orang
Pemegang panji : Talhah bin Uthman
Bilangan tentera yang terbunuh : 22 orang menurut pendapat Ibnu Ishaq, dan 37 orang menurut pendapat Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri (pengarang kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum).


Membawa ibu menunaikan haji
Uwais berpenyakit sopak, badannya putih. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga sampai dewasa. Walaupun dia sopak tetapi seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh dan telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.
 
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan mudah sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.



Berbakti kepada yang tersayang. Mendukung ibu ketika mengerjakan haji.

Aku jadi tungganganya dan tidak menolak
Di saat semua menolak tapi aku bertindak
Jasa bunda melahirkanku, menyusuiku sangat banyak
Labaikallah Humma Labaik….

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Uwais menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”.
Uwais menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga“.
Ibunya berkata lagi:
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini“.
Uwais berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala“.
Ibunya menambah:
“Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit siling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.
”Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “

Demikianlah Uwais sangat menjaga adab dalam beribadat 
hinggakan menjulurkan kaki ke arah kiblat tetap dihindirinya. Gambar hiasan.

Peristiwa angin kencang

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Nama Uwais kembali tenggelam tidak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais.
Satu waktu, seseorang bercerita ketika sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.


“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami!” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”. Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak?” tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah!, katanya. “Kami telah melakukannya". “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal kami serta isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu waliyullah berkata pada kami, ”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?”. Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya. “Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.


Saat kematian

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “Ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tidak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.).

Kufa berdekatan Najaf, Iraq

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni?. Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta?. Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tidak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.

Masjid di Kufah, Iraq

Biodata Uwais Al Qorni

Uwais Al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk Islam semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Berasal dari daerah Qaran di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.
Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib khalifah yang sah ketika itu dalam Perang Siffin yang diperangi Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.
"Sesungguhnya aku merasakan nafas ar-Rahman, nafas dari Yang Maha Pengasih, mengalir kepadaku dari Yaman!” Demikian sabda Nabi SAW tentang diri Uwais, yang kemudian dalam tradisi tasawuf menjadi contoh bagi mereka yang memasuki tasawuf tanpa dituntun oleh sang guru yang hidup.

 "Tuntutlah rahmat Allah ketika mentaatiNya, dan harapan tuan di celah-celah yang demikian.", Uwais.

Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya". “ Pohonlah al-Maghfirah (keampunan) daripada Allah swt. ”
Para sufi yang mengaku dirinya telah menempuh jalan tanpa pemba’iatan formal kemudian disebut dengan istilah Uwaisi. Mereka ini dibimbing langsung oleh Allah di jalan tasawuf, atau telah ditasbihkan oleh wali nabi yang misterius, Khidhir. Uwais yang bernama lengkap Uwais bin Amir al-Qarani berasal dari Qaran, sebuah desa terpencil di dekat Nejed. Tidak diketahui bila beliau dilahirkan. Dilahirkan oleh keluarga yang taat beribadah. Tidak pernah mendalami pendidikan kecuali dari kedua orang tuanya yang sangat ditaatinya.
Dalam kehidupan kesehariannya ia lebih banyak menyendiri dan bergaul hanya dengan sesama penggembala di sekitarnya. Oleh karenanya, ia tidak dikenal oleh kebanyakan orang disekitarnya,

“Ia tampak gila, tinggal sendiri dan tidak bergaul dengan masyarakat. Ia tidak makan apa yang dimakan oleh kebanyakan orang, dan tidak tampak susah atau senang. Ketika orang-orang tersenyum ia menangis, dan ketika orang-orang menangis ia tersenyum”.
*(Terkenal dengan sebutan Uwais Al Qorni yang zuhud, ini sebagaimana dinasabkan oleh Ibnu Al kalbi didalam kitab Usudul Ghobah 1/95, hadits yang dikelurakan oleh Ibnu Manduh dan Abu Nu'aim). 


 Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum 'Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. 'Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.



Sebuah syair memujinya
Kawan tercinta kekasih Allah; Di tanah Yaman, Uwais al-Qarani. Dia tidak berbohong; dan tidak makan makan haram Di tanah Yaman, Uwais al-Qarani Di pagi hari ia bangun dan mulai bekerja, Dia membaca dalam dzikir seribu satu malam Allah; Dengan kata Allahu Akbar dia menghela unta-unta Di tanah Yaman, Uwais al Qarani Negeri Yaman “negeri di sebelah kanan“, negeri asal angin sepoi-sepoi selatan yang dinamakan nafas ar-rahman, Nafas dari Yang Maha Pengasih, yang mencapai Nabi dengan membawa bau harum dari ketaatan Uwais al-Qarani, sebagaimana angin sepoi-sepoi sebelumnya yang mendatangkan keharuman yang menyembuhkan dari kemeja Yusuf kepada ayahnya yang buta. Ya’kub (QS, 12: 95), telah menjadi simbul dari Timur yang penuh dengan cahaya, tempat di mana cahaya muncul, yang dalam karya Suhrawadi menggambarkan rumah keruhanian yang sejati. “Negeri di sebelah kanan “ itu adalah tanah air Uwais al-Qarani yanag memeluk Islam tanpa pernah betemu dengan nabi.

Perihal Uwais
Bagi para sufi, dunia adalah kubah, dan perilaku seseorang adalah gema dari pelaku yang lain. Secuil apapun kebaikan yang kita lakukan, ia akan kembali. Jika bukan dari seseorang, ia akan datang dari orang lain. Itulah gemanya. Kita tidak mengetahui dari mana sisi kebaikan itu akan datang, tetapi ia akan datang beratus kali lipat dibanding yang kita berikan. Demikianlah, berdoa untuk kaum mualim akan bergema di dalam diri yang tentu saja akan berdampak besar dan positif dalam membangun dan meningkatkan kualiti kehidupan spiritual seseorang. Paling tidak, doa ini akan memupus ego di dalam diri yang merupakan musuh terbesar, juga sekaligus akan melahirkan dan menanamkan komitmen dalam diri “rasa cinta” dan “prasangka baik” terhadap mereka, yang merupakan pilar lain dari ajaran sufi, sebagai manifestasi cinta dan pengabdian kepada Allah swt. Uwais tidak pernah lengah untuk berdzikir, mengingat dan menyebut-nyebut nama Allah meskipun ia sedang sibuk mengurus binatang ternaknya. Dzikir dalam pengertiannya, yang umum mencakup ucapan segala macam ketaatan kepada Allah swt.

Namun yang dilakukan Uwais di sini adalah berdzikir dengan menyebut nama-nama Allah dan meningat Allah, juga termasuk sifat-sifat Allah. Ibn Qayyim al-Jauziyyah ketika memaparkan berbagai macam faedah dzikir dalam kitabnya.

“Al-wabil ash-shayyab min al-kalim at-thayyib,
”Menyebutkan bahwa yang paling utama pada setiap orang yang beramal adalah yang paling banyak berdzikir kepad Allah swt. Ahli shaum yang paling utama adalah yang paling banyak dzikirnya; pemberi sedekah yang paling baik adalah yang paling banyak dzikirnya; ahli haji yang paling utama adalah yang paling banyak berdzikir kepada Allah swt; dan seterusnya, yang mencakup segala aktiviti dan keadaan. 

Mekah

Syaikh Alawi dalam,
“Al-Qawl al-Mu’tamad,” menyebutkan bahwa mulianya suatu nama adalah kerena kemuliaan pemilik nama itu, sebeb nama itu mengandung kesan si pemiliknya dalam lipat tersembunyi esensi rahsianya dan maknanya. Berdzikir dan mengulang-ulang Asma Allah, Sang Pemilik kemuliaan, dengan demikian, tak diragukan lagi akan memberikan sugesti, efek, dan pengaruh yang sangat besar. Al-Ghazali menyatakan bahwa yang diperoleh seorang hamba dari nama Allah adalah ta’alluh (penuhanan), yang berarti bahwa hati dan niatnya tenggelam dalam Tuhan, sehingga yang dilihat-Nya hanyalah Dia. Dan hal ini, dalam pandangan Ibn Arabi, berarti sang hamba tersebut menyerap nama Allah, yang kemudian merubahnya dengan ontologis. Demikianlah, setiap kali kita menyerap asma Allah lewat dzikir kepada-Nya, esensi kemanusiaan kita berubah. Kita mengalami tranformasi. Yang pada akhirnya akan membuahkan akhlak al-karimah yang merupakan tujuan pengutusan rasulullah Muhammad saw. Di lihat dari sudut psikologis sufistik, pertama-tama dzikir akan memberi kesan pada ruh seseorang, membentuknya membangun berbagai kualiti kebaikan, dan kekuatan inspirasi yang dimencadangkan oleh nama-nama itu.


Dan mekanisme batiniah seseorang menjadi semakin hidup dari pengulangan dzikir itu, yang kemudian mekanisme ini berkembang pada pengulangan nama-nama secara otomatis. Jadi jika seseorang telah mengilang dzikirnya selama satu jam, misalnya, maka sepanjang siang dan malam dzikir tersebut akan terus berlanjut terulang, karena jiwanya mengulangi terus menerus. Pengulangan dzikir ini, juga akan terefleksi pada ruh semesta, dan mekanisme universal kemudian mengulanginya secara otomatis. Dengan kata lain, apa yang didzikirkan manusia dengan menyebutnya berulang-ulang. Tuhan kemudian mulai mengulanginya, hingga termaterialisasi dan menjadi suatu reality di semua tingkat eksistensi. 


...................

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw (mafhumnya kira-kira) sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menyintai akan makhluuqNya yang bersifat:

(i) Al-asfiyaa (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allaah swt) lagi bersifat

(ii) Al-akhfiyaa (iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber'uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah swt) lagi bersifat

(iii) Al-abriyaa (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah swt) lagi bersifat

(iv) Asy-sya'ithah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut gemusut, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat

(v) Al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allaah swt) lagi bersifat

(vi) Al-khomsoh butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa dsbnya), dan lagibersifat

(vii) Iaitu orang-orang yang bila memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat

(viii) Kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (lam yunkahuu, iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat

(ix) Kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat

(x) Kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat

(xi) Kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidak melawat/ mengunjungi mereka), dan lagi bersifat

(xii) Kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi mayat-mayat mereka).

(Setelah mendengar sabdaan Baginda saw itu), maka mereka (ya'nii para sahabat r.a.) telah bertanya: Wahai Rasuulallaah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada mereka itu (iaitu orang-orang yang dicintai Allah swt yang mempunyai sifat-sifat di atas)?.

Sabda Baginda saw : Itulah Uwais Al-Qoroniy. Mereka (iaitu para sahabat r.a.) bertanya lagi: Dan bagaimanakah (sifat-sifat) Uwais Al-Qoroniyy itu?.

Peta Yaman

Sabda Baginda saw: (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru-biruan dan juga berwarna kemerah-merahan/perang, di antara kedua bahunya agak jauh (ya'nii bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri, mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkan kepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullah), pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilawahkan Al-Quran, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh, tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan oleh orang ramai), sentiasa memakai kain sarung/izaar yang diperbuat daripada suuf (bulu) dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuat daripada suuf (bulu), tidak dikenali (majhuul) pada kalangan ahli bumi, dikenali (ma'ruuf) pada pandangan ahli langit, seandainya dia bersungguh-sungguh memohon kepada Allah swt pastilah Allah swt akan memberikan bahagian-bahagiannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunya yang kiri terdapat bintik putih, ketahuilah bahawa bila datang hari qiyamat nanti dikatakan kepada hamba-hamba: Masuklah kalian ke dalam syurga!, dan dikatakan kepada Uwais: Berhenti, dan mintalah syafaa'at! Maka Allah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor.

Terkenal dengan sebutan Uwais Al Qorni yang zuhud, ini sebagaimana 
dinasabkan oleh Ibnu Al kalbi didalam kitab Usudul Ghobah 1/95,
hadits yang dikelurakan oleh Ibnu Manduh dan Abu Nu'aim. 

Wahai 'Umar! Wahai 'Ali, apabila kalian berdua telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohon istighfaar (kepada Allaah swt) untuk kalian berdua, nescaya Allah akan mengampun kalian berdua (menerusi istighfarnya itu).

(Perawi) meneruskan cerita (mafhumnya): Maka mereka berdua (iaitu Umar dan Ali r.huma) terus menanti dan mencari akan Uwais rah.a. selama sepuluh tahun, tetapi mereka berdua tidak mampu (tidak berpeluang) untuk bertemu dengannya. Tetapi pada akhir tahun itu (iaitu tahun kewafatan Umar r.a.), maka Umar .r.a. terus naik ke Bukit Abu Qubais (iaitu sebuah bukit yang berhampiran dengan Masjidil Haram) lalu menyeru dengan suaranya yang kuat: Wahai ahli-ahli haji (iaitu jemaah-jemaah haji) daripada Yaman! Adakah Uwais di kalangan kalian?
Pemandangan Jabal Nur. Mungkinkah pertemuan di sini?

Maka lalu berdirilah seorang tua yang berjanggut panjang dan menjawab: Sesungguhnya kami tidak tahu akan siapakah itu Uwais. Akan tetapi, saya ada seorang anak saudara yang dipanggil Uwais, sebutannya/namanya tidaklah gah pada pandangan orang ramai (iaitu dia adalah amat tidak masyhur), lagi pula dialah yang paling tidak memiliki harta, dan segala urusannya sangat mudah, malah jauh lebih mudah daripada apa yang dapat saya terangkan kepada tuan, dan sesungguhnya dia adalah yang menjaga/mengembala unta kami, dan pada pandangan kami dia adalah seorang yang tidak berharga (iaitu dipandang rendah olehorang ramai).

(Daripada penerangan itu), Umar r.a. masih merasa samar-samar lagi, seolah-olah beliau tidak mahu akan dia (ya'nii tidak menduga akan dia). Lalu 'Umar r.a. pun bertanya lagi: Anak saudara kamu tu, adakah dia berada di Haram kita ini?.

Jawab orang tua yang berjanggut panjang itu: Na'am (Ya).

Tanya Umar lagi: Di manakah ianya boleh didapati?
Jawab orang tua itu: Nescaya dia memperlihatkan dirinya kepada tuan di Arafah.
(Perawi) melanjutkan ceritanya lagi (mafhumnya): Maka Umar dan Ali r.huma pun dengan segera menunggang menuju ke Arofah, maka disana mereka berdua mendapati seorang yang sedang berdiri solat, ke arah sebatang pokok, dan ada unta di sekelilingnya yang sedang merumput. Maka mereka berdua r.a. pun menambat kedua ekor himar mereka kemudian menghadapi lelaki itu sambil berkatalah mereka berdua: Assalaamu'alaikum wa rahmatullaah!.


Uwais rah.a. meringankan (memendekkan) solatnya kemudian menjawab  Assalaamu'alaikumaa warohmatullaah!

Mereka berdua r.a. bertanya: Siapakah lelaki ini (siapa saudara?)

Jawab Uwais rah.a.: (Saya) adalah seorang pengembala atau penjaga unta dan juga seorang pelayan kepada suatu kaum.

Mereka berdua r. huma membalas: Bukanlah kami bertanya tentang penjagaan /pengembalaan itu, dan bukan juga tentang pelayanan. Siapa nama saudara?.

Jawab Uwais rah.a: Abdullaah (hamba Allaah).

Balas mereka berdua r.huma. lagi: Sesungguhnya kami sudah mengetahui bahawa semua ahli langit dan ahli bumi adalah Abiidullah (hamba-hamba Allah). Siapakah nama saudara yang mana ibu saudara telah menamakan saudara?.

..................




Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata:
“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
.....................

Suatu saat Rasulullah Saw bercerita kepada para sahabat, “Sungguh, kelak ada orang yang termasuk tabi’in terbaik yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepadanya. Sehingga, kalau dia mau berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Dia punya sedikit bekas penyakit kusta. Oleh karena itu, perintahkan dia untuk berdoa, niscaya dia akan memintakan ampun untuk kalian.” [HR Muslim].


....................

Illustrasi/Gambaran hidup kaum suffah

Ahli Suffah

Ahli Suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah SAW yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah SAW di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan Ahli Suffah yang demikian, kaum Muslimin tidak menganggap mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.
 

Mereka faqir pada pandangan dunia, tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Apa yang mereka cari hanyalah keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya.

..........................

Rujukan dan sumber:
    1.    Dari buku Ilmu Tasauf karangan Hj. Zainal Ariffin Abbas, Pustaka Aman Sdn. Bhd.
    2.    Mukhtashor Tarikh Dimaskus, Ibnu Mandzur jilid 2
    3.    Usudul Ghobah jilid 1
    4.    Al kamil fit Tarikh jilid 2
    5.    Al Muntadzim jilid 2, Ibnul Jauzi
    6.    http://www.almihrab.com
    7.    Uwais Qarni - Wikipedia, the free encyclopedia
    8.    Dan dari berbagai sumber di intenet.


Wednesday, July 20, 2011

Mengapa 4 Inde Collaborate ke Bali?

 Lukisan mural di Airport Ngurah Rai.


Berlatar-belakangkan monumen Pengeboman Bali yang berlaku 12 Oktober 2002 di Pekan Kuta, yang mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain. Kebanyakannya pelancung asing.


Sekitar Julai 2009, 'Indiana Jones Jalan Riong' (sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2009/07/candi-borobudur-dari-kaca-mata-indiana.html) pernah investigate reporting ke Jogja pengkhususan Candi Borobudur.

Komentar mereka gampang, bukan pemandangan alam saja yang indah, tetapi soalnya segala tempat bersejarah ribuan tahun. 

Dan tahun ini, '4 Indiana Jones Jalan Riong' kembali menjengah ke Bali. Ini kerana telah digula-batukan oleh penulis yang sudah dua kali melawat Bali. Banyak keajiban di sana, selidiklah... 

Rombongan kali ini, John Roos, Ir Fauze, Ben Den dan John Ally Todd (terlepas Inde Ezam Chelsea) berlibur di Bali.

 
 John Roos dengan helmet exotic ala punk di Ubud.

Apa sebenarnya yang menarik dan yang dapat diceritakan secara khusus tentang Bali ini? Tanya penulis sekembalinya Inde-Inde? Bali "memang lain" dari yang lain. Dapat di simpulkan, bahwa hampir setiap orang Bali adalah seniman!, jawab John Roos terkuntang dan menafikan keajiban.

 
 Dengan Rupiah5 ribu terhasillah lukisan Bali di t'shirt.

Orang Bali lebih dari 90 persennya adalah tahu dan mengenal seni, bahkan banyak yang menguasainya. Kalau tidak sebagai pengukir, atau penari, tentulah pemahat, pematung atau penabuh gending, atau pemain muzik, alat muzik Bali. Atau penghasil kerajinan tangan yang mengandung dan berisikan seni yang amat berkualitinya. 

Agama orang Bali, Hindu, banyak sekali meritualkan wajah seni, seperti berbagai perwujudan tarian. Dari segi agamanya saja, banyak menuntut orang Bali agar mendalami beberapa mata acara yang bersifat seni. Kebiasaan dari kecil begini, menjadikan suatu kehidupan yang rapat dan bersenyawa dengan kesenian. Pantaslah ada nyanyian yang sudah hidup puluhan tahun, yang sampai kini masih dinyanyikan, 

 
Penjual jagung di pantai.... . Inde-Inde bersantaian sambil menunggu matahari terbenam sambil disajikan tarian tradisional Bali yang 'ngangkung'.

Pulau Bali Pulau Kesenian. Dalam perjalanan kehidupan, atau selama hidupnya, orang Bali akan banyak menemui berbagai upacara ritual agama yang mengandung kesenian. Misalnya seseorang anak-gadis atau pemuda seharusnya bisa menari, bisa mengukir, bisa memainkan alat musik, dan membacakan sajak-sajak mantra, doa yang penuh puitik. Seluruh jelujur kehidupan agama begini, menjadikan orang Bali banyak mengetahui, bisa dan menguasai banyak mata acara kesenian.



 
Pemandangan yang sentiasa berubah-rubah, kalau bernasib baik kita akan dapat melihat pelangi, kabus tebal berarak dan terkadang hujan atau mendung. Kintamani merupakan tempat terindah dan tinggalan gunung berapi yang pernah meletup. 

Lalu alam Bali memang sangat indah. Perpaduan pantai, laut dan pemandangan pegunungan, padang rumput yang memang banyak "dihidupkan" sebagai penghias, bukannya lapangan golf, menambah plus nilai keindahan Bali. Lalu keramah-tamahan penduduk Bali betul-betul bisa dijadikan ladang yang paling subur buat pasar wisata, tanpa pengertian negative.
 

Walaupun pemandangan alam yang luar-biasa bagusnya, tetapi kalau penduduk sekitarnya atau para pekerja-wisatanya tidak ramah, pemarah, dan selalu curang dan sangat tidak jujur, maka kaum touris takkan lagi punya minat kembali ke tempat itu! Dan di sinilah kemenangan Bali. 

 Pemandangan indah di Uluwatu Temple.

Ambillah contoh dunia wisata Lombok dan Jogja, alam wisatanya sangat bagus, masih asli, belum banyak terpengaruh luar. Tetapi menurut Indiana Jones Jalan Riong, pekerja-wisatanya belumlah se-profesional orang-orang di Bali. Bali dalam soal pekerja-wisatanya, mengingatkan kita pada profesionalnya orang Thailand di Pattaya, Phuket. Setiap orang yang ada hubungannya dengan pekerjaan wisata, selalu tahu benar dan menguasai apa yang harus dikerjakannya. Apa yang harus didulukan, mendapat priority utama buat menyenangkan para tamu, membikin rasa senang dan puas para wisatawan dalam dan luar negeri. Dan ini benar-benar dijalankan di Thailand, termasuk juga di Bali. Itulah sebabnya yang membedakan antara Bali dengan daerah atau tempat lainnya, dalam persoalan pekerjaan profesional ini. Mungkin Bali karena punya pengalaman sejak puluhan tahun yang lalu.

 
 Ben Den di pintu gerbang ke pantai Sanur.

Orang yang sudah terbiasa menjalani pengalaman wisata, tentulah akan merasakan bahwa Bali memang lain dari daerah lainnya. Ada nilai plusnya yang tersendiri. Baik secara alamnya, maupun manusianya dengan ritual agamanya yang di tempat lain tidak terdapat. Lalu apakah yang ditemukan yang agaknya baru dengan perbandingan yang tahun-tahun lalu? Tentu saja cukup banyak. Tetapi paling menonjol, kalau dulu Bali dengan enak dilalui jalan lalu-lintas mobil yang cukup lancar, maka kini kemacetan bertambah "menggumul" perkotaan. Kini jalaraya di Bali dijadikan jalan sehala cukup menambahkan 'kemacetan'.

  
Aksi Ben Den (bermediatasi) selepas kacamata dicopek oleh kera dan dilarikan ke pokok tinggi. Puas dipujuk kera itu tetap nonong. Diberikan Rupiah10 ribu kepada peniaga kedai makan berhampiran untuk mendapatkannya lalu peniaga itu menghulurkan telur kepada kera tersebut dan berakhirlah 'truma'. Ngeri aku, teriak Ben Den...

Seorang kawan yang lain juga terkena: Kebarangkalian kera-kera ini telah dilatih bagi mendapatkan RM...


 
Selepas pulang dari Kintamani, pekena kopi ginsing... bercadang nak pekena Kopi Luak tetapi musang di serang penyakit sembelit...  'kantoilah plan malam ini'.


Dan pengaruh asing sudah semakin menonjol. Di Hotel, sama sekali sudah tak ada lagi keterangan yang berbahasa Indonesia. Dan tv hanya menyiarkan satu pemancar saja yang dari Jakarta, yang lainnya semua tv asing, Barat, Hongkong dan Jepun. Dan yang gilanya lagi, di Hotel, rupiah tidak laku! Semua harga dengan dollar AS, lalu nantinya nilainya diurus dengan rupiah, tapi rupiahnya tak pernah muncul! Dan makanannya sangat mahal, ada yang lebih mahal daripada di Perancis maupun di Holland. 


Badang M'sia bikin gempar di Bali degan kuasa tolakan batu..

Lalu, apa yang boleh dikongsikan di Bali? "Banyak, keramahan penduduknya, keseniannya", terang Ben Den selamba. John Roos tidak menafikan dan memberitahu telah memborong hampir 10 keping lukisan. "Apa aku kisah, sampuk Aji Anep (Pengembara Sufi) semangkok, lalu mengesyorkan Inde-Inde ini pergi ke Lombok. Banyak lagi menarik di sana, Bali kalah....  "Aaa.... ni aku kisah".

* Aji Anep - Pengembara Ibn Battuta/Sufi Moden ke Lombok melalui Bali. Beliau pernah menjelajah Eropah dan kebanyakkan negara sebelah Asia menceritakan perihal lelaki Lombok dan penafian melarikan anak gadis orang Malaysia serta keindahan buminya. Tunggu, keluaran akan datang.

Catatan dari Sobron Aidit dan catatan pengalaman Indiana Jones Jalan Riong.

Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/bali-selepas-sabtu-kelabu.html
Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/gunung-berapi-batur-pari-manta-dan-gwk.html