ads

Thursday, May 16, 2013

Catatan jadi 'YB'


Kepada anak muda, hayatilah sejarah dan ambillah pengajaran bagaimana Malaya memperolehi kemerdekaan dari British. Dan pada zaman Jepun bagaimana kepayahan hidup semua bangsa menghadapinya. Ini semua mengajar kita…



Tahun 1995, saya mulai berghairah untuk menyertai UMNO di Wangsa Maju. Ini kerana desakan sahabat lama Dr Marzuki Ibrahim (Allahyakham). 'Belajarlan berpolitik'. Mzuki menubuhkan cawangan UMNO di Taman P. Ramlee  berserta teman-temannya. Seramai sekitar 20 orang antara rakan-rakan kami terdiri dari pelbagai kejaya membantunya berilusi @ berangan-angan @ harapan. Saya dilantik sebagai biro Perhubungan dan Media. 'Luangkanlah sedikit masa, mula-mula menjadi ahli UMNO dan bermasyuarat dan boleh mengenal orang banyak, kata Mzuki bersemangat. Sejak itu saya mulai sibuk dengan pelbagai agenda cawangan dan Bahagian Wangsa Maju. Ketika itu Bangunan UMNO di Wangsa Maju tersergam indah antara persimpangan jalan besar tetapi bangunan itu telah dirobohkan.

 Datuk Fauzi

  Datuk Norza

Datuk Kamal Saleh


UMNO Wangsa Maju, memang istimewa. Sepanjang sejarahnya parti BN tidak pernah mengalami kekalahan sebelum era millennium. Mood pengundinya terbukti memihak kepada Barisan Nasional. Tahun 1995, Dato Kamal Salleh memegang tampok pemerintahan dan terkenal bersikap terbuka dan mudah didekati. Saya mula mengenai Datuk Dr. Mohd. Shafie ketika itu Ketua Bahagian? lupa? (telah kecundang di Parlimen Wangsa Maju PRU13), Datuk Ahmad Fauzi Zahari ketika itu sebagai Naib Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju kini ahli Parliman Setiawangsa dan Datuk Norza sebagai Ketua Pemuda dan ramai lagi.



Suatu yang masih diingat ketika persidangan dan melantik calon-calon perwakilan ke persidangan Agong di PWTC. Saya salah seorang wakil dari cawangan mengundi bagi meletakkan beberapa orang calon yang difikirkan ok. Ketika itu gejala membeli undi sudah berbirus. Undi kami dibeli untuk memilih senarai pewakilan, Masalahnya, sebahagian calon tidak dikenali jadi jalan terbaik ikut list yang diedarkan. Saya terfikir… Lepaslah seluar levi's sehelai…

Semasa bersidang dan melantik calon-calon perwakilan ke PWTC di hotel-hotel di KL bertembung dengan Zainal Headwind dan Norman KRU. Waa… dia orang tak kurang berpolitik…


Datuk Shafie Abdullah... kecundang di Parlimen Wangsa Maju PRU13.

Wang Pelincir

Sogokan ketika perhimpunan Agong UMNO untuk jawatan ahli MT lagi 'taboo'. Disurahkan RM1000 hingga mencecah RM5000 diagihkan kepada pewakilan. Sewa hotel percuma serta duit poket dan dihadiahkan trip ke Phuket atau Bandung…

Saya mengenali Datuk Mohamad Norza Zakaria, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,  beliau dikenakan tindakan dan di tuduh memberi rasuah wang tunai kepada perwakilan UMNO bagi dorongan mendapatkan undi dalam Pemilihan UMNO 24 Mac 2009.

Rasuah wang tunai RM1,500 kepada orang kanannya sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan-perwakilan yang boleh membantunya mendapatkan undi untuk memenangi jawatan ahli MT UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Norza didakwa memberi rasuah wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan. Ketika itu Mohamad Norza yang juga Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju.

Datuk Norza yang terlibat dengan pembelian undi di Temerloh. Saya melihatanya sebagai seorang yang bersemangat dan bercita-cita tinggi. Sayang, bintang politiknya malap dan tengelam kini.

Kenangan di Pulau Pangkor bersama Dr. Marzuki Ibrahim

UMNO Wangsa Maju sering menganjurkan trip atau rombongan. Saya jarang menyertai kerana sahabat saya, Mzuki sudah tidak aktif di Wangsa Maju. Kenangan mencuit rasa ketika UMNO Wangsa maju menganjurkan rombongan motivasi ke Pulau Pangkor tahun 1997. Hari kedua di Pangkor, orang berseminar motavasi saya, Datuk Norza dan Datuk Fauzi menaiki boat mengitari pulau dan Pangkor Resort. Kenangan yang tidak dilupakan, mengenali seorang anak gadis 'orang Kuat' Wangsa Maju yang kebetulan menyertai rombongan. Ketika itu teknologi Pager digunakan. Seringlah bertukar massage dengan gadis ayu ini. Hubungan terputus begitu saja kerana hambatan hidup.


Lambaian Anak Mami

Sekitar 1998 saya tidak lagi aktif kerana pioneer saya, Mzuki telah tewas dalam pewakilan ke Pemuda Pusat dan beralih ke Kepala Batas di tanah tumpahnya bagi meneruskan agenda politiknya. Di Kepala Batas bintangnya cerah dan menang sebagai Naib Pemuda UMNO. Zaman kemuncak ketika 'orang kampung' Pak Lah berada di tahta pemerintahan. Banyak jugalah projek dibolotnya ketika itu dan saya lebih cocok menjadi orang di belakang tabir.

Beliau sering berulang-alik ke Penang dan Kuala Lumpur. Sudahpun membuka 'cawangan' untuk persingahan tetap di sana berdekatan rumah keluargannya. 'Mana larat, Pak Lah balik aku kena balik, acap bulan ke Kepala Batas mesyuarat, kena tunjuk muka … cari anak Mami…, katanya berseloroh. 'Satu base kat KL dan satu lagi kat Penang, cukup 2 dulu…', katanya berseloroh.

Kalau nak pergi jauh dalam politik, kita perlu mempunyai wang, terang Mzuki. Ini membantu mencari penyokong. Penyokong memerlukan wang sebagai pelincir. Setakat nak beriotik semata, lupakan saja. Nampak gayanya saya terpaksa 'pencen' berpolitik. (Saya bukanlah orang yang sanggup duduk berjam-jam dengan kawan-kawan berpolitik dan seangkatan dengannya). Jadi orang di belakang tabir mengerakkan projek, itu dikira berbaloi.

Kisah YB sepenggal menjadi Adun cukup melucukan. Budget diperuntukkan untuk penyokong tidak dilaburkan akibatnya YB ini kalah dalam PRU13. Tetapi untung jugalah budget itu bolehlah dibuat modal untuk kesenimbungan hidupnya. Mungkin PRU14 beliau muncul kembali.

Sekadar anetdot, PRU13, peluang mencari duit pocket bagi orang-orang BN. Seorang teman memberitahu mendapat RM300 hanya membawa pengundi dengan kereta sendiri pergi ke tempat mengundi. Kalau jauh sekitar kawasan parlimen mendapat RM8000. Hanya kerja sehari, siapa tak mahu… 


'Penguasa negara bisa menggunakan cara binatang, terutama ketika menghadapi lawan-lawan politiknya'. 

"Matlamat menghalalkan cara' Machiavelli (1469 - 1527), namanya sering dikaitkan dengan praktik-praktik busuk kekuasaan Machiavelli Approach.

Politik pada akhirnya merupakan perjuangan yang tidak pernah berakhir. Pada zaman dahulu, politik selalu menekankan kebajikan, kebaikan dan keadilan (etika) dalam berbagai-bagai segi hubungan antara warga dengan negara. Kerana dari tiga unsur itulah, individu atau masyarakat (termasuk penguasa negara) dibezakan dari makhluk lain. Tegasnya, baik atau buruknya Negara tergantung pada kesedaran etika politik warganya.

Politik pada zaman moden, politik moden lebih tertumpu pada masalah individu dan hak-haknya yang berfokus ehwal kebebasan, kewibaaan, kekuasaan, hak asasi, kewajipan, konsensus, demokrasi dan keadilan. Semua penekanan tersebut tentu selaras dengan perkembangan situasi yang dihadapi.

Yang menjadi masalah kini bahawa dalam kemaruk kepentingan warga dan kepentingan negara selalu terbuka kepentingan lain 'Kantung Sendiri' yang jelas meninggalkan prinsip dasar pembenaran (falsafah) politik.


Ayat-ayat politik Samy Vellu yang tersohor...

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

3. Yang paling kelakar di dunia sepanjang abad ialah:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"



Meraikan demokrasi di Parlimen Gombak, menunggu keputusan PRU13

Berbeza pandangan Politk

Gab, teman sepelaris yang tinggal di Terangganu tidak berganjak dengan parti usangnya. Kami sering bercanggah pendapat tetapi akhirnya akur dengan pandangan masing-masing. Ini cara kami meraikan demokrasi.

Akhir sekali, buat semua rakyat Malaysia, bersatulah sebagai rakyat walaupun kita berbeza pandangan dalam berpolitik.

Bila mana perlu, berhujahlah dengan fakta dan bukti secara rasional tanpa emosional untuk mencari kebenaran, bukannya mencari permusuhan.

Jangan mudah percaya serta menyebar fitnah dan nista yang menyebabkan sengketa. Takutlah kepada Penguasa yang kepada-Nya kita akan kembali.

Semoga, kita dapat hidup dengan aman, harmoni dan sejahtera sehinggalah kita semua mati dalam keadaan yang baik dan dijanjikan dengan kebahagiaan yang abadi.


Meraikan demokrasi, menunggu keputusan PRU13 yang cukup taboo...

MELAYU WAJIB BERSATU!!! SUPAYA AGAMA, BANGSA DAN TANAH MELAYU DAPAT DI PERTAHANKAN. MELAYU BERKUASA BANGSA LAIN TIDAK DI ABAIKAN. TAPI KALAU SEBALIKNYA. MELAYU AKAN MEREMPAT DI TANAHAIRNYA SENDIRI!!!


...............................................................


Pantun : 

Undi

Di sambar kilat henti nadi
Umpama bunga jatuh layu
Sedih lihat daftar pengundi
Ramai Cina dari melayu

Jalan berbatu tempuh titi
Mencari dara gadis ayu
Cina bersatu tidak kira parti
Tujuan asal jatuhkan melayu

Ciongsam putih pakaian nyonya
Sari ungu pakaian india
Melayu masih besar egonya
Konon melayu tak hilang di dunia

Jika ke hulu mencari angsa
Berpusing nanti buruk padahnya
Bila melayu hilang kuasa
Baru bising seluruh dunia

Di tinggal ibu hidup merana
Di tengah kota penjara besi
Jika melayu di perintah cina
Tinggal nama lidah dan gusi

Gadis arab kening melentik
Berbaju labuh kain parsi
Jangan di harap ahli politik
Asyik bergaduh rebut kerusi

Arah barat cari mayat
Dalam gua jumpa mangsa
Jangan di harap wakil rakyat
Kumpul harta lupa bangsa

Dari dulu tinggal di kuah
Jual baja membeli padi
Duhai melayu semangat tuah
*Kerah semua daftar pengundi*


Nukilan :
Yusoff Mat
 Kuala kangsar

Sent from my iPhone

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 'Naskah buat YB

Ego YB menjadi Panas Miang…

 Aku Bersama UMNO
dari Facebook - Demi Rakyat da...


Tuai padi antara masak
Padi muda dibuat emping
Bila berjaya janganlah riak
Sudi kiranya jalan seiring


Politik den raso adalah satu jenama dan pado asalnyo dio tak kotor tapi sekarang ni orang dah diiktirafkannyo sebagai War Without Bloodshed. Yang mengkotorkannyo adalah spesis yang dinamokan manusio. Macam mano warak dan alim sekali sorang tu, Kalau dah terojon dalam politik dio mesti tak banyak atau sikit kono burukkian lawan dio. Bilo dah jadi macam ni, mako jadilah politik itu kotor. Sodih Den dongan orang yang baik dan alim macam Ustaz tu masuk politik, dulu tak pornah dongar orang usik dio, tapi la ni ado dongar macam-macam hal dio... kalau kito tanyo orang karang torus dio kato fitnah dan konspirasi, tanyo orang BN dah adat orang berpolitik, cam mano, fikirlah sendiri, macam den ni duax DUN dan Parlimen semuo mata sepet bertanding… poning…

 Dari Facebook - Demi Rakyat da...


Apo nak dikato

YB dari Selatan ini, 5 deked dulunya diiktiraf 'winnable candidate', prihatin dan peka terhadap masalah teman-teman yang memperjuangkannya untuk tercalon menjadi Adun. Kini terbukti rapuh dan terkulai dek pangkat. Seolah-olah ' Kiambang bercerai biduk tersepai… Apo nak dikato?. Ujian pangkat kedudukan dan harta juga jadi pertimbangan dan tertewas akhirnya…

Cukup memualkan, keluh 4 sahabat yang merupakan rangkaian 5 orang (Hang Tuah 5 bersahabat, ke sawah dan ke pamah sama dijejaki) meluah rasa berbuku terhadap YB 'Jetset' ini. Nak hubungi teman-teman lama cukup berat. Pelik, nombor hp ado… Hantarlah SMS dan balaslah SMS teman-teman…

Riak kekeruhan dan rasa terpinggir kian berbahang antara teman-teman seperjuangan yang bertungkus-lumus membantu dan menjadikannya YB. YB ini telah melupakan secara total sahabat berlimanya. Mereka-mereka inilah berjuang membenamkan lawannya TKO dan menaikkannya menjadi Adun. Kini YB tercalon lagi tanpa teman-teman rapat yang membantunya dahulu. YB dikelilingi orang-orang baru yang entah baik, entah barriar di sekelilingnya… Talam Dua Muka @ Tumpang Semangkok' @ 'Kepentingan proksi'. Pandai bercakap belum tentu hebat bekerja. Bijak berforum tapi menjarakkan sahabat lamanya, PAnyalah memisahkan teman-temannya lama YB. Gampang, sekali lagi… Jang Minang menghamun.

YB ini "winnable candidate", tetapi sudah terkeluar daripada skrin calon paling berpotensi. 'Dio ni berubah 180 darjah'. Anak watan ini cukup mengejutkan 4 orang teman rapatnya. Apatah lagi Jang Minang yang sama-sama membantu jiwa raga menaikknya dan kini bertahta sebagai YB. "Kalau nak tulis cukup panjang sejarahnya berjela-jela selama 22 tahun, Jang Minang membuka bual cerita dan meluah rasa.


Kejaya politiknya cukup menyerlah...
Bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan tahun 90an. Di penghujung tahun dipilih menjadi Ketua Pemuda Bahagian.

Tahun 2003 beliau kalah, pertandingan Pemuda Bahagian dan tersinggkir kerana ada komplot terancang menjatuhkannya. Tahun 2004 menjadi Sayap BELIA 4B dan NGO. Seterusnya tahun 2008 menjadi Adun mengalahkan Calon Pas.


Kito dah terkeno

Jang Minang dengan mata berkaca menghitung masa. "Semua menjadi kenangan". Mereka selalu berborak @ bermasyuarat di pankin di bawah pokok beringin di kerusi di depan rumah YB hingga hampir setiap malam merayap hingga ke jam 2 pagi. Mengatur strategi dan merancang merobekkan musuh. Kalau pokok beringin itu boleh berkata-kata, tentu menangis sebak mengenangkan tuannya. 'Give me 5 second, i'll give you 5 years'... slogan ini tidak memberi makna lagi.

Hari-hari terakhir seorang Pembatu Politikus bersurah. "Saat paling menyeronokkan dan cukup membahagiakannya sewaktu menyaksikan YB menerima Watikah Pelantikan menjadi Adun dari Sultan di Dewan Undangan Negeri. Jang Minang tidak dapat berkata apa-apa dan air mata menitis tanpa disedari. Kejayaan besar melihat anak watan menjadi wakil rakyat. Rasa puas dan berbaloi mengenangkan perjuangan 5 sahabat selama 22 tahun menaikkannya seperti kisah Hang Tuah berperang melawan musuh.


Koto timon dio durian

"I got northing to loose", Jang Minang menyembunyikan perasaannya walaupun teman-temannya mengetahui hubungan rapatnya. "Kita jujur bekerja dan membantunya, tidak meminta balasan. Hubungilah, sekurang-kurang bertanya khabar…". Ini kalilah, bah…

Sebenarnya ada lagi pelbagai isu yang berlegar di Dun itu tetapi Jang Minang enggan berinteraksi. "Semoga YB paneh akan bertambah paneh lagi selepas pru 13. Ini mungkin pengajaran besor!. Jangan lupa kawan-kawan atau kawan-kawan akan melupannya. Apo cito kawan baik ese tu si YB?.. kek mano dio nak bertanding? Lupokan sajo…

"Semua menjadi kenangan". Mereka selalu berborak @ bermasyuarat di pankin di bawah pokok beringin di kerusi di depan rumah YB hingga hampir setiap malam merayap hingga ke jam 2 pagi.


Sebangsa, senegara, sejiwa - SeMalaysia - 1 Malaysia

Dalam politik, dendam mendendam lumrah tetapi kali ini, terang dan berani; tidak pernah berlaku begitu terserlah, begitu defiant dalam sejarah Umno. Secara terbuka oleh orang kuat parti seperti …………. dan lain-lain. Pada saya, lebih baik mereka melakukannya terang-terang daripada yang bermuka-muka, (bilangannya lebih ramai) yang terus menjadi api dalam sekam (juga berlaku dalam semua parti bertanding). Kumpulan serang hendap ini lebih berbahaya daripada yang berani terang-terang menentang, mencabar parti dan ketuanya!.

Krisis memasukkan semua elemen berpolitik daripada yang paling luhur hingga yang paling kotor. Konsep demokrasi terlalu baru bagi rakyat negara ini. Dalam pertarungan politik, semuanya dihalalkan. Seperti halnya dengan watak Lebai, agama menjadi alat politik atau agama dipolitikkan. Perlu diingat Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959, pilihan raya yang pertama selepas kemerdekaan. Krisis mengingatkan kita bahawa politik tidak banyak berubah sejak 54 tahun yang lalu.


Calon BN dan PAS kempen bersama.
Tahniah buat Pak Lang Hasbullah dan Ustaz Nazri. Anda menjadi contoh kepada yang lain. Ini yang kita mahukan. Insyaallah.. satu hari nanti kita akan bersatu. Amin..

Tak ada guna nak gaduh, debat, perlekeh sesama kita setakat penyokong.... Kita yg kita suka kita hormat yg orang lain suka. Dari Facebook.


Biarkan Anonymous yang berbicara...

Anonymous said...
DUN XX diteraju oleh YB XX, UMNO. Dia sudah terkeluar daripada senarai calon paling berpotensi menang dan terbaik. Kena tukarlah. 


Anonymous said...
YG NAK MEMERINTAH XX IALAH BN calon yg ada itu cuma batu loncatan sahaja...



Anonymous said
...
Saya amat risaukan kredibitili YB dalam mentadbir DUN ini.

Saya banyak mendengar pelbagai reaksi negatif mengenai ADUN ini. paling utama isu yang berlegar ialah kegagalan ADUN dalam mengurus lambakan peniaga asing...

dalam pada itu, pelbagai lagi rungutan yang saya terima daripada rakan-rakan baik ADUN yang sudah sifatkan ADUN sebagai ego dan tidak mesra...





Penulis/pemblogger
Tahniah, dicalonkan semula di XX. Selamat myumbangkan bakti. Diiringi doa peroleh kmengan besar. 
- menghantar SMS

- Penulis mengenali YB agak lama (1992) dan pernah mengendalikan beberapa projek bersamanya. Sepanjang perkenalan dan berurusan dengannya semua berjalan lancar dan mudah. Hati-budinya yang lohor dan prihatin dengan kawan-kawan. Semasa saya kemalangan beliau datang melawat dan saya cukup berbesar hati. Saya mendoakan YB boleh pergi jauh menyumbang bakti kepada anak watan. Saya juga mendoakan YB succces dan apa-apa kekilafan itu mungkin dari pihak ketiga.

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Al-An'aam, Ayat 67


- Sheikh Mustafakamal Alaziz


Gambar/Grafik cuma hiasan semata.




Wednesday, April 17, 2013

Prihal berguru...


 Sejak awal tahun lagi beliau menanam tekad untuk belajar 
dan menamatkan pengajiannya.

Haji Ibrahim 'pendahaga Ilmu'. Beliau sanggup memandu kereta berulang-alik dua kali seminggu ke Masjid Negara. "Mata masih jelas tapi badan dah tak kuat", katanya. Sejak awal tahun lagi beliau menanam tekad untuk belajar dan menamatkan pengajian tajwid Al-Qurannya. Di usia senja minat belajar kian membaja. "Nak buat apa lagi dah pencen, anak dah besor… ". Beliau senang diajak bersembang dan berterus-terang bila memperkatakan tentang 'berguru'.

Hj Ibrahim Mat Nor dari Taman Desa Ria, Bentong, Pahang. Pesara kerajaan, berusia 75 tahun mempunyai 3 orang anak yang sudah berkahwin dan tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Manakala di rumahnya tinggal beliau bersama isteri terkontang-kanting. "Terkadang terasa rugi kalau tak belajar". Beliau membulatkan tekadnya untuk berguru bagi membetulkan bacaan Al Quran mengikut Resam Usmani sebagai kelangsungan dan kesempurnaan keadah Baghdadiyah.

Sementara umur masih berbekas, beliau menguatkan semangat untuk terus mengaji. Manalah kita tahu tentang sisa hidup, sementara masih bertenaga kita dituntut untuk mencari ilmu, katanya.

Di Masjid negara tersedia guru-guru yang bertauliah dan berkelulusan. Di sini pelajar akan diajar dan mengulang-kaji kembali tanda--tanda bacaan bahasa Arab dalam Al-Quran, tanwin, sukun, mad dan qasr, tasydid, bunyi-bunyi asas, tajwid, alat-alat ucapan dalam makhraj-makhraj huruf dan bacaan saktah dan lain-lain lagi. Ustaz-ustaz yang berpengalaman dan diselangi anetdot tidak membosankan. Belajar dalam suasana yang terdiri dari pelbagai golongan menyeronokan, cerita Haji Ibrahim.

"Dah tak berani memandu waktu malam, 
CPU dah lemah, lambat connet...


'Belajar Memondok'


Haji Ibrahim pernah 'memondok' di Pasir Mas di Kelantan selama satu setengah tahun. Seronok menetap di sana, orangnya baik-baik belaka mudah meminta pertolongan. Tetapi takdir menentukan segala. Beliau di serang sakit jantung langsung di hantar Hospital Bentong kemudian ke hospital Temerloh terus ke IJN, KL. Injapnya tersumbat dan terpaksa di angiogram.

Kesan dari rawatan itu dan salah memilih permakanan mengakibatkan Haji Ibrahim mula terasa sakit bahagian dada. Penyakit Haji Ibrahim pelbagai dan terpaksa menelan 10 jenis ubat setiap pagi dan malam. Pesara kakitangan Risda memberitahu belanja perubatanya di IJM mencecah 20 ribu. "Nasib baik pesara kerajaan, dapatlah percuma". Haji Ibrahim tetap mahu meneruskan pengajiannya di Masjid Negara walau agak uzur dan terpaksa bermalam bertilamkan totoo. "Dah tak berani memandu waktu malam, CPU dah lemah, lambat connet...


Pelbagai kisah berguru...

* Disurahkan oleh seorang, tentang tuntutan belajar: Pasangan dari Muazam Shah, Kuantan, Pahang berulang alik setiap Sabtu ke UM, KL. Pasangan ini begerak sekitar jam 3 pagi dan sampai jam 7.30 pagi untuk meneruskan pengajian Usuluddin selama 2 tahun hingga tamat.

* Pasangan dari JB sanggup berulang-alik ke Masjid Negara belajar Bahasa Arab dua kali seminggu selama 2 tahun. Pejalanan memakan masa  4 jam dianggap 'sepele' demi menuntut ilmu.

* Seorang lagi berusia sekitar 70an berulang-alik dari Bidor menunggang motor Jaguh ke Masjid Negara selama dua tahun demi mempelajari ilmu Al-Quran..

* Dua orang perempuan 20an dan 40an berulang-alik dari Seremban belajar Al Quran hampir dua tahun dan berhasrat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan memakan masa sekitar 2 tahun lagi.



Syahid menuntut ilmu

Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah?. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid?.

Sudah dimaklumi bahawa menuntut ilmu adalah kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Gesaan berkenaannya telah diriwayat dalam hadis dan Nabi SAW telah bersabda:

Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW:

Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.

"Barang siapa mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama islam, maka dia berada di dalam Surga kelak satu darjat dengan para nabi."

Kesimpulannya, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.


Kisah Yazid Al-Bustami...

Abu Yazid Al-Bustami seorang ahli Sufi terus berguru sehingga jumlah gurunya lebih kurang 113 orang. 

Pada suatu hari, beliau mendengar ada seorang guru di Kufah, lalu beliau teringin berguru lagi. Namun, setelah bertemu dengan guru itu, dilihatnya guru itu meludah ke arah kiblat. Beliau terus membatalkan niat untuk berguru dengan lelaki tersebut kerana baginya meludah ke arah kiblat bererti menghina Kaabah.

Riwayat Abu Yazid al-Bustami, sering disurahkan oleh ahli Tarikat. Beliau membatalkan niat menamatkan pelajaran dalam bidang tasauf kerana tiada peningkatan dalam pelajaran dan pulang ke rumah melalui jalan yang jarang dilalui orang. 

Ini kerana beliau merasa malu jika diketahui orang banyak. Langsung saja mengikut celahan bukit dan pengalaman mistik melewati kawasan air menitik jatuh ke atas seketul batu besar. Batu keras membekaskan kesan  dari air yang lembut. Ini membulatkan tekad Abu Yazid al-Bustami untuk meneruskan pengajian dengan gurunya. 

Dalam masa singkat Abu Yazid Al-Bustami menguasai Ilmu Marifat dan mendapat gelaran Sultan Aulia. (Pangkat tertinggi kedudukan makam di kalangan wali Allah).

Kehidupan pelbagai seorang sufi ditempuh dalam perjalanan yang cukup panjang, sekitar 30 tahun. Beliau berkelana menyusuri padang pasir, hidup zuhud, makan serba kekurangan, tidur yang sedikit. Dari kezuhudan itu beliau dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh ma’rifat yang hakiki mengenal Allah.

Lupa nama anak murid

Hampir setiap hari Abu Yazid Al Bustami begitu asyik dengan Pencipta. Keasyikan itu membuat dia sering lupa ketika memanggil nama seorang muridnya yang telah belajar selama tiga puluh tahun.

"Anakku, siapakah namamu?" Tanya Abu Yazid kepada murid tersebut.
 "Guru, suka mengolok-olok saya,” kata murid. "Sudah tiga puluh tahun saya belajar tetapi hampir setiap hari guru menanyakan nama saya".

"Bukan aku mengolok-olokmu, Anakku," Kata Abu Yazid Al Bustami. "Tetapi nama-Nya telah memasuki hatiku dan mengeluarkan semua nama lain sehingga aku selalu lupa setiap kali mengingat nama baru."


Friday, March 22, 2013

Hue-hue life






 Kisah Chop hutan dara

'Kalau pergi ke Negeri Pahang
Lihat-lihat lori balak'

 - Senario di Negeri Pahang lewat 80an


Sekitar 80an, di Pekan Kuala Krau ada seorang 'budiman'. Berumur sekitar 40an. Berkulit sawo matang, berwawasan dan nak keluar dari kepompong lokal ke glokal. Berpakaian kemas, rambut disebakkan ke belakang menampakkan dahi berkilat walau terpantul cahaya dari kacamata rayban hitamnya. Setiap kali memulakan bual bicara tercermin daya intelektual dari peribadinya yang jujur serta lurus bendul. Bila berbual di Kedai Mamak Aji Kunyit, kakinya digerakkan hingga menghasilkan bunyi dari lapik sepatunya. Ini ketika sedang 'bekok' pasal pemohonan balak hutan dara yang hampir berjaya…

Chop, panggilan mesra, popular di pekan itu sering kelihatan dan pandai beretorik. Apabila bersembang di kedai kopi, Chop akan memberitahu secara jujur duduknya perkara. "Kawan sibuk ni, katanya dan sering memulakan bicara. Sekejap ke Mentakab, sekejap ke Temerloh dan sering ke Kuantan dan acapkali ke KL. "Urusan hutan dara tidak selesai, jabatan tanah di Jerantut, pegawainya cuti, plan tanah kena traces-out… macam-macam gebangnya apabila ada teman-teman nakal mencampuri urusannya. Plan tanah hutan dara sudah diserahkan kepada Menteri Besar, sedikit hari lagi luluslah… katanya, Kawan-kawanya tidak mempertikaikan kesohehan ceritanya. Benar belaka dan mereka mendoakan Chop berjaya menjadi jutawan 'segera'. Dan dapat membina banglo suatu hari nanti menandaingi banglo tiga tingkat setengah berdinding mozik dari Turki Sheikh Nordin Sheikh Ahmad (Datuk) di pinggir bukit di Kampung Batu Gading itu.



Resident Sheikh Nordin, mozik dari Turki dan
memgambil masa 10 tahun lebih untuk disiapkan.

Chop, menceritakan kepada teman-temannya ketika berjumpa Menteri Besar, "Awak boleh bercakap pelbagai masalah di komoditi tapi jangan cerita pasal balak bila berjumpa dengan saya". MB tidak mahu mendengar dan melayaninya, tapi kawan pandai swing, sambung Chop lagi… bila MB jumpa kawan segala urusan menjadi sede (mudah).

Ada teman-teman hendak mengenakan atau mempertikaikannya walau mereka mengetahui kejujuran Chop. Chop menerangkan kedudukan perkara dan mereka menjadi akur. Mereka terdiam lidah terjelir, apalagi Chop membelanja mereka minum. Ada sedikit masalah berkenaan hutan dara di kawasan Chrea dekat Kg. Datuk Sharif Ahmad. Kena pending dulu. Ramai memohon berlapis-lapis, terangnya. Ada selapis lagi permohonan hutan dara di Ulu Cheka dan dekat Felda Chomomoi, kawan tidak ralat, terangnya. Semua
orginal dokumen ada dalam envelop A3 ini. Sambil menepok envelop besar yang dikepitnya. 


Hail Amir, era 70an

Sesekali ternampak seperti Hail Amir dengan mengenakan seluar bill-bottom berkasut satu setengah inci mengitari pekan. Dan terkadang duduk di kerusi Kedai Gunting Rambut Mat Minyak Gas, melihat orang lalu lalang. Itulah Chop, mewarnai hue-hue Pekan Kuala Krau yang cool.


Pemandangan Pekan KK waktu senja. 
(Foto: Mahyuddin Yasin)

Arwah bapanya bertugas sebagai Tok Penghulu Kuala Krau. Hasil duit pencen dan tanah getah pusaka masih lunas. Chop yang masih membujang tidak risau tentang komitmen hidupnya. Menginap di rumah besar pusaka di Kampung Masjid cukup segala makan pakai. Begitulah berterusan life stylenya memakan tahun hingga beliau meninggal dunia.

Chop Balak dikhabarkan masih tidak berjaya dengan usaha untuk mendapatkan tanah balak hutan dara… Cita-cita besar golongan marhean tidak kesampaian. Akhir kata dan pendek kata kerana Chop mengikut prosedur biasa.  Inilah halangan dan punca yang dikenal pasti... 


Al Fatihah buat Chop@Yusuf. Amin.

* Kisah Sh. Nordin akan menyusul nanti. Tunggu...


........................................


Former Judge juling

Sekitar jam 7 petang, acap kali kelihatan susuk tiga suku abad ini berjalan membawa sebatang tongkat kayu mengelilingi taman perumahan. Tongkat dipegang sesekali disentuh ke tanah. Masih berkudrat mungkin sering berexercise. Berpakaian sukan kemas lengkap, lagaknya aristocrat tanpa 'mengembalakan' orang lalu lalang. Kerana sering melintas di sekitar taman ada cuba menyapa. Dia membalas sapaan dengan hanya secebis senyuman sumbing. Kerana sering kelihatan berexercise bersendirian tanpa mengindahkan orang lalu lalang, menimbulkan persoalan? Siapa?

Setelah disiasat, susuk ini adalah seorang Bekas Hakim Besar: Former Judge (FJ). FJ akan melintasi taman waktu maghrib. Manakala orang bersiap-sediia ke surau atau bersembahyang di rumah, FJ bersendirian berexercise . FJ berterusan berjalan hingga waktu maghrib menyunsung lalu. Seolah-olah tiada apa yang menjentik sanubarinya.

FJ bersikap tidak menyantuni, sedangkan usia semakin lanjut… Barangkali, FJ telah diasuh oleh carrernya tidak mencampuri orang awam atau bermasyarakat. Takut 'bias'  menjatuhkan hukuman barangkali…


........................................

Bekas hakim bunuh diri

Teringat kisah trajis, seorang bekas hakim membunuh diri beberapa deked lalu. Disurahkan beliau membunuh diri kerana kesunyian melampau. Isteri yang sangat dikasihi meninggal dunia akibat barah. Bekas Hakim Besar: Former Judge (FJ) ini menembak diri sedas di kepala di rumah besar di pingggir bukit di utara tanah air. Ini menjadi berita taboo...

Persoalannya, FL ini tinggal terasing dari lingkungan sosial. Tidak mencampuri masyarakat dan memandang diri mempunyai kedudukkan tinggi. Sudah memakan tahun memenggirkan diri dan kekok mencampuri masyakat. Dan lingkaran kerjayannya juga tidak mengalakkan mencampuri masyarakat dikuatari sesuatu kes mahkamah bias. Darjat yang diciptanya memakan diri seperti anai-anai memamah tiang rumah.


Disurahkan FJ menulis puisi sebagai tanda sangat menyaintai isterinya dan diterbitkan dalam akhbar sehingga kematiannya. Daripada sumber-sumber, FJ berkata bahawa pada setiap ulangtahun kematiannya, FJ ini telah mengambil iklan halaman penuh, dan berdedikasi cintanya kepada isteri dalam puisi ditulis dalam bahasa Latin, bersama-sama dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

Sejak kematiannya isterinya, FJ ini sangat tertekan. Memandang sekeliling sebagai tembok besi yang semakin merapatinya. Ujian besar ini tidak sanggup dihadapinya berbanding tugas besar yang dipikulnya ketika mengendalikan kes-kes profile tinggi. Ujian Illahi tidak dipandangnya sebagai dugaan hidup yang patut ditempuhinya dan memandangnya sebagai 'pencerahan' dan akhirnya mati di hujung pistol miliknya. Tinggallah legasi seorang bekas Hakim Kanan negara menembak diri akibat kematian isteri…



* FJ adalah salah satu 5 hakim kanan yang telah digantung dalam krisis kehakiman 1988, krisis yang dieja sebagai tanda buruk kematian kebebasan kehakiman Malaysia.


Friday, March 1, 2013

A okay - Hj. Baks…

Kita mesti telanjang,
dan benar-benar bersih,
suci lahir dan batin,
tengoklah ke dalam sebelum bicara,
singkirkan debu yang masih melekang… ooo…. ooo...

Anugerah dan bencana,
adalah kehendakNya,
kita mesti tabah menjalani…


Ebiet G. Ade



Bermukadimah tentang sahabat, ana masih tercari-cari phasa 'sempurna' mengambarkan berterus-terangan…

Ana mengenalinya Hj. Baks sekitar 23 tahun. Bila ketemunya, seakan tidak percaya. Kulit putihnya semakin malap dan berkedut. Hj. Baks berusia 50an tewas dikekang atmosphere. Ana mengagak Hj. Baks bersikap khilaf tentang permakanan dan menjaga kesihatan lagi.

Berpakaian ala Tabligh. Berkopiah hijau tua lusuh di baluti janggut kambingnya.

Hj. Baks meninggalkan bidang copy writing/translation di akhbar hampir 15 tahun dan kini sebagai free-lancer bebas.

Bekas penuntut UITM dalam Mass Comm. Seorang yang sedarhana dan berprinsip. Pernah satu masa, ketika sedang marah dan diremehkan lalu beliau beredar. Ketika kembali dan diberitahu, ke bilik air mengambil wuduk meredakan panas barannya. Itulah cara Hj. Baks memperbaiki fi’il dan merawat perasaannya.

Tahun 1990, Hj. Baks mempelawa aku/ana menyertai jemaahnya dan bermalam di masjid bulat PJ. Hj. Baks mengajar kami membaca Al Fatihah. Beliau menasihatkan kalau berkesempatan pergi ke Mekah belajar dengan sheikh Arab membaca al fatihah dengan sebutan yang betul. Ini kenangan dan meninggalkan bekas yang panjang, seperti gajah meninggalkan gading…

Hj. Baks pernah ke Pakistan dan India beberapa kali mengikut jemaah Tabligh dan menjelajah Malaysia. Tentang belanja, jangan risau…


Jamaah Tabligh merupakan pergerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.
 




Apa itu Tabligh? 

(layari: http://en.wikipedia.org/wiki/Tablighi_Jamaat)
 
Jamaah Tabligh “Kelompok Penyampai” adalah gerakan misionaris Islam dengan tujuan kembali ke ajaran Islam yang kaffah. Aktivitas mereka tidak hanya terbatas pada satu golongan Islam saja. Tujuan utama dari gerakan ini adalah membangkitkan jiwa spiritual dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jamaah Tabligh merupakan pergerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.


•    Dakwah: Artinya: Mengajak
•    Tabligh: Artinya: Menyampaikan


Maksudnya:
▪ Memperbaiki diri, iaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah.
▪ Menghidupkan agama pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka.


Zikir Qalbi iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan hati.

Hj. Baks juga seorang mengamalkan Tarikat Nasbandiah

(http://id.wikipedia.org/wiki/Tarekat Naqsyabandiyah)
(http://www.angelfire.com/journal/suluk/index.html)


Tariqat Naqsyabandiyah merupakan salah satu (tarekat atau jalan-jalan /panduan-panduan yang sempurna menuju penemuan khalik dan haq).

Tarekat yang mengajar berpandukan kepada pemahaman hakikat dan tasauf yang mengandungi unsur unsur pemahaman rohani yang sulit,seperti bab rasa atau "zok". Di dalam pemahaman yang meng"isbat"kan zat ketuhanan dan "isbat" akan sifat "maanawiyah" yang maktub didalam "roh" anak anak adam mahupun pengakuan didalam "fanabillah" mahupun berkekalan dlam "bakabillah" yang melibatkan zikir zikir hati (hudurun kalbu).

Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus untuk menuju Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah dan merupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dan diwahyukan kepada sekelian Nabi dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan yang paling khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup Sekelian Nabi dan Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam.
 
Apabila digambungkan kedua jalan menujuNya, lahirlah seorang hamba yang zuhud. Sebenar-benar yakin tentang janji Allah!. Kerjakan apa yang diarahkanNya mengikut sunah dan Al Quran dan tingalkan apa yang dilarang, nasihat Hj. Baks.


Hj. Baks koma

Begitu Hj. Baks terlantar koma lebih dari seminggu di hospital Seremban, jemaah dari surau kami datang melawatnya. Jemaah diminta membacakan Surah Yassin dan mendoakan kesihatannya. Ini kerana jemaah surau mengenali beliau dan pernah menetap di teman kami.  

  Semasa sedang nazak, heard beat monetering memaparkan bentuk perkataan Allah, 
selepas itu meninggal dunia.
 Gambar Hiasan

Tangannya hanya bergerak-gerak dan melambai jemaah ketika hendak pulang. Ini menjadi keheranan sedangkan beliau masih koma?, antara sedar dan bawah sedar mungkin mendengar dan beberapa maklumat penting masuk ke otaknya dan dapat diproses. Jari telunjuknya sentiasa bergerak dan menandakan sedang berzikir kalbi atau zikir hati. (Ini menginggatkan kepada seorang Jemaah Tabligh. Semasa sedang nazak, heard beat monetering memaparkan bentuk perkataan Allah, selepas itu meninggal dunia. Dan di poket seluarnya sebatang kayu sugi peningalannya).


Disurahkan, Hj. Baks diserang ulser secara tiba-tiba dan pengsan. (Ulser peptik luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus, merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh kebanyakan orang berpunca kebanyakan ulser di perut dan bahagian atas usus kecil (duodenum) adalah jangkitan kuman atau ubat-ubatan dan bukannya stres atau diet. Ulser esofageal juga boleh terjadi dan lazimnya dikaitkan dengan refluks asid perut. Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD).

Hj. Baks juga di dapati berpenyakit anemia. Kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam darah, mengakibatkan di pucat dan keletihan. Ini benar-benar memeranjatkan keluarga dan teman-teman.

Di samping ulser, anemia Hj. Baks diserang darah tinggi. Darah tinggi atau Hipertensi setinggi 200 sedangan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.

Alhamdulillah, dikurniakan kesempetan kepada sahabat. Lebih 2 minggu di hospital, Hj. Baks dibenarkan pulang. Ketika lewat hp, dekahan khas Hj. Baks kedengaran dan ana tidak gusar lagi…

Nota:
Zikir terbahagi kepada 2:
1.Zikir Qalbi iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan hati.
2.Zikir Lisani iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan lidah.




Sentiasa mengingati mati

“Tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (S. Ali-Imraan:
185).
 
Yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (S. Ali-Imraan: 133).

•        Kajian daripada para saintis menunjukkan bahawa mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama.
    •    Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya
    •    Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain.
    •    Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya.
    •    Ringkasnya saintis telah meolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita. Baca laporannya di sini.
    •    Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari. Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati. Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu saat masuk ke kubur.
    •    Semua persoalan tersebut boleh kita cuba rungkaikan dengan melihat hadith-hadith di bawah:
    ◦    Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.
    ▪    ”اكثروا ذكر هادم اللذات”
    ▪    Ertinya, “Perbanyakkan ingat  terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”.
    ▪    Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات) Jawab Baaginda; iaitu mati.
    ◦    Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya;
    ▪    “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal?.
    ▪    Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang  sempurna akalnya?.
    ▪    Jawab Baginda:“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya”.
    ◦    Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya;
    ▪    sabda Nabi s.a.w.“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.
    ▪    Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal”.
    ◦    Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya,
    ▪    sabda Nabi s.a.w.“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.
    ▪    Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.
    ◦    Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
    ▪    “كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.
    ▪    Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.
    ◦    (Bahan bacaan Kitab al-Tazkirah, karangan al-Qurtubi)


Monday, February 18, 2013

Erasable You! Abg. Tan...


Mengimbas kenangan, Jab yang pernah tinggal bersama Abg. Tan sekitar 80an meriwayatkan pelbagai antedate dan anetdot!. Abg. Tan tinggi lampai, rambut di sisir kemas berminyak disebakkan ke belakang menampakkan dahi jendul dan berkilat. Berkanta mata besar dan kepalanya di tunduk rapat ketika membaca. Abg. Tan mempunyai sebuah restoran di Lucky Garden, Jerantut menpelawa adiknya apabila cuti sekolah membantu perniagaan di restorannya.

Jab melihat Abg. Tan berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa. Restorannya berdaya saing dan sentiasa beridea bagi memajukan perniagaannya. Dari masakan gulai lemak cili padi berserta ulam-ulaman hinggalah ke masakan kari Mamak. Siapa mengajarnya memasak?. Kedudukan restoren yang strategik menegelamkan pesaingnya. Semangat Mat Kilau menyelinap masuk dalam dirinya. Pantang mengalah sebelum mencuba sesuatu. Kebetulan juga keluarga ayahnya (seorang guru) mengalir darah Mat Kilau dan menetap pula di Kampung Mat Kilau… Berbual dengannya jarang terdengar unsur-unsur negatif dan berputus asa kata adiknya. Mungkin deruan semangat kekentalan Mat Kilau melawan penjajah meresap dalam tubuhnya. (Lihat: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2009/01/my-real-hero-pahlawan-mat-kilau.html)

Suatu kenangan semasa cuti panjang persekolahan masih kukuh diingatan Jab. Selain membantu kedai makanan abangnya, Jab pernah bekerja di kilang roti, pam station dan Pasar Besar Jerantut sebagai pembantu kedai Cina penjual sayur-mayur . Pengusaha kedai sayur datang berjumpa Ab. Tan menyerahkan gaji Jab dan berterima kasih kerana adiknya cekap bekerja dan jujur. Sedikit sebanyak Jab belajar bahasa Cina di waktu sengengnya. Suatu kenangan yang menjadi penyesalanya belaku ketika berurusniaga. Jab menggunakan plastik besar bekas mengisi daging babi untuk mengisi ubi keledek apabila di minta pembeli berbangsa Melayu. Sepatutnya Jab memberitahu Pengusaha Cina itu tentang kekilafan itu.

Separuh duit gaji itu digunakan untuk membeli kasut adidas yang diidamkan, tetapi akhirnya kasut itu hilang kerana dipinjam kawan.


Penyanyi nasyid tersohor Allahyarham Asmadi Hassan bertajuk Godaan Dunia.

Layari : https://www.youtube.com/watch?v=_z7vZARblXA&list=PL470A9C3713EB0A70

Di sebelah depan pasar itu terpacak canopy menjual cassatte dan cartridge. Setiap pagi berkumandang lagu-lagu dan menegelamkan 'kebekokkan' pasar besar. 

Lagu yang menjadi ingatanya nyanyian nasyid Asmadi Hassan bertajuk Godaan Dunia.
Hidup di dunia, hidup di dunia… berwaspada berwaspada… godaan mengoda…  godaan mengoda… semua manusia... sedarlah, awaslah teman semua….

Jab bersurah, dengan menaiki basikal kira-kira 5 kilometer ke bandar mereka menonton wayang bila malam minggu berlabuh. Kenangan yang tidak dapat dilupakan, mereka dikejar anjing hinggakan hilang selipar di kegelapan malam. Hero dan herion menjadi idola Jab, Rajesh Khanna dan Zeenet Aman. Fesyen rambut Rajesh Khanna menjadi ikutannya dan terkenal sebagai pendua pelakun tersohor itu. Filem qurbani, dostana dan rafo chakar masih dalam ingatannya. 


Rajesh Khanna


Fesyen rambut Rajesh Khanna menjadi ikutan Jab dan terkenal sebagai pendua pelakun tersohor itu.
 
Di rumah kedai setingkat itu tidak mempunyai bilik tidur. Hasil kreatif Abg. Tan telah mendirikan rumah papan dua bilik di bumbung bangunan itu bersetentang dengan kedainya. Di situlah Jab melelapkan mata manakala ada yang tidur di ruang kedai. Apabila menjelang pagi mereka kelam kabut mengalihkannya. Alah bisa tegas biasa. Abg. Tan bangun subuh bolong sekitar jam 4.30 pagi. Ini sangat mengundah-gulanakan Jab. Waktu tidurnya diragut sedemikian rupa. Waktu itu Jeb berumur 14 tahun.

Suatu kenangan yang lain, Abg. Tan datang ke kampung mencari rumah ibunya. Ini berlaku sekitar Jab berumur  8 tahun (emak Jab menceritakan bahawa dia mempunyai seorang abang dengan suami pertamanya dan tinggal di Jerantut). Jab melihat Abg. Tan, seorang yang hansom, tinggi, berkulit putih memakai kaca mata besar. Abg. Tan datang ke rumah ketika cuti sekolah Agamanya. (Sila lihat:http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/siti-najat.html). Suatu petang ketika mandi Jab melihatnya cukup berhati-hati menghulurkan tali diikat baldi mengambil air. Maklumlah orang bandar fikir Jab.

Abg. Tan diserang penyakit mata (Glaucoma), 2 tahun sebelumnya kematian isterinya. Penyakit matanya bertambah teruk sehinggakan menjadi buta. Peristiwa ini belaku setahun sebelum beliau bersara dari Jabatan Kerajaan. Alangkah getirnya hidup, dari boleh melihat menjadi kabur dan terus buta. Begitu beragam pengalaman hidupnya, dipisahkan dari ibunya sejak kecil, penyakit mata hingga menjadi buta dan kematian isteri. Ketentuan nasib tiada insan dapat mengubahnya walau jenuh berubat. Abg. Tan bersyukur kerana 5 anaknya sudah berkejaya. 2 oarang anak kembarnya, seorang telah berkahwin dengan saudagar outlet di Bandung dan seorang menjadi pakar takaful di Maybank dan sering mendapat 'token' ke luar negara. Anak perempuannya sudah berkahwin manakala yang lain tinggal di Kuala Lumpur. 


Setelah isterinya sekitar 46 tahun meninggal dunia tahun lepas kehidupannya berubah 360 darjah. Rumah teresnya yang terletak di Taman Mat Kilau kelihatan usang sekali. Abg. Tan sukar menguruskan dirinya tanpa isteri. Abg. Tan sungguh beruntung kerana jiran sebelah memahami keadaannya dan sering menghantar makanan. Abg. Tan tinggal bersama anak bungsu lelakinya yang sudah bekerja di jabatan kerajaan.

Jab bersurah, semasa kematian ibunya 5 tahun lepas. Sementara menanti untuk menyembahyang, Abg. Tan duduk berdoa di tepi tiang masjid. Kemudian dibimbing mendekati jenazah ibunya. Abg. Tan tersendu dan menitipkan doa tanpa kedengaran suara. Ibu telah tiada katanya dan memegang tangan Jab membekaskan wang bagi membiayai kenduri tahlil arwah. Kemudian beliau bergegas pulang ke Jerantut kerana anaknya ada urusan tugas dan tidak sempat melawat ke rumah adik-adiknya di KL.


Celek mata hati, reset minda: Fasa baru dalam kehidupannya, Abg. Tan menajak usia 56 tahun secara sukarela menyertai orang-orang senasib dengannya di Rumah Tunas Harapan (Orang Buta) di Temerloh. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk mendalami Islam, mengaji, belajar braille dan kraftangan. Ini bagi membantu golongan ini berdikari. Alhamdulillah, cahaya di dalam terowong mulai terpancar…. Abg. Tan meloloskan diri dari kebosanan melampau. Kini beliau mampu berdikari dan menjalani hidup seperti adanya. Alhamdulillah…

Melalui adik perempuannya, pecah berita, Abg. Tan ingin berkahwin… tolong carikan pasangan…



Erasable You - boleh dipadam oleh anda...