ads

Thursday, August 28, 2014

"Rumah-tangga bercakap"




Sebuah renungan...

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan s
iang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“


 


Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang lain.


Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk


  
 
Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka




"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."

"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."

 
(AlHujurat:12)

   
Perubahan 10 perkara

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rez
eki yang ada.
 

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
 

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
 

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
 

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
 

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
 

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
 

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
 

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
 

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."

 
~ Antara isi khutbah Rasullah s.a.w.


Thursday, July 31, 2014

BerReunion: Beraya di rumah Dok, di kampung Masjid...



Zaidah, sebak dipangkuan Simah.


Alhamdulillah, syukur adanya... berjumpa kembali...
 
Jamie jas air mata, menahan sebak...
 
Senyuman usia pra emas... Simah, Jah dan Jamie
 


Steady... Ali, Dok, blogger, Po, Zaaba, Fauzi dan Ghani.

 

Masih manis, Jamie dan Cikgu Intan.
 
Cikgu Razak dan Zaaba

 Kenangan indah bersama rodongan.

 
 Fauzi, seorang yang natural senang diajak berbincang.
Datang sorang... dan mempunyai keluarga besar.

Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang

Dari kecil ditimang ibu
Sudah besar ditimang gelombang



Dua minggu sebelum raya, Dok menelefon, menjemput ke Majlis Gilang-gemilang Aidil Fitri 'Reunion SMKK 2014' di rumah adiknya di KK. Ini bertepatan kerana 'masing-masing' sudah barang tentu balik kampung. Dan menjemput 'selagi dapat' kekawan 1977 - 1979 menghadirinya. 'Tidak boleh tidok'.

Saya seterusnya menghubungi Ali (sepupu) supaya memanjangkan jemputan Dok kepada kenkawan lain yang seangkatan, jauh dan dekat, 'menkalau boleh'. Di kampung, di pekan, di baruh atau di mana-mana.

Seterusnya saya berjumpa Mustafar Sintol (bertugas di UIA) dan sembahyang Tarawih bersamanya. Selesai 8 rakaat kami 'mengeteh' dan memberitahu hajat murni Dok, rodong kita yang 'cekna' itu.

Por sungguh teruja dan saya dapat merasainya. "Mohlah kita..., gamang kas..." Apa perasaan meke...?

Saat ditunggu sudah tiba
Raya kedua menogoi kita...

Tarik matahari mencuri di celahan daun
Fenomena al nino tidak terasa

Mahligai di pinggir jalan pembuka cerita
Dok, bersongkok tinggi sudah bersedia...

... Anak lelakinya menjadi cemeramen
Yang lainnya bahagian penangah
Pendek cerita... semuanya 'nomoro ono'


Begitu sampai, kenkawan sedang menikmati hidangan. Fauzi (Orang kuat Kuala Lipis) berselero, berpeloh dahi menikmati gulai tempoyak ikan patin. Por dan Gani 2 x 5. "Awok tak meneral?"... Tunggu, kawan nak ambil angin dulu...

Dok berpesan... awok me kena makan ni, banyak tu.. hidangan istimewa ni, ala kampong. 'Eat till u drop...". 

Gulai daging masak kawah dan patin sebelanga tersedia...


Pelbagai juadah disediakan. Satay, kueh mueh, kek, mee kari, laksa, gulai ikan patin tempoyak, gulai umbut kelapa dan air panas dan sejuk serta tembikai madu.

Kami rancak berborak dan diselangi gelak ketawa sementara menunggu barisan kaum wanita.

Diumumkan pasangan keluarga Masitah Ahmad datang... kemudian Jamie berpasangan bersama tiga anaknya disusuli Jah sekeluarga dengan senyum melimpah.

Berselang, Norizam Razali, Pairus Mohamad, Zaidah dari Jerantut Feri, Cikgu Miah @ Intan bersama 2 anak gadisnya (ngapa tak bawok suami?) dari Sanggang menetap di Johor muncul. "Koi kenal.... ni... ni...".

Rosnah Ramli, Nor Hashimah Abu Hani dan keluarga. Rozaidah dan keluarga dari Gunung Senyum menyusul tiba dengan tersenyum juga. Rasidah Said dari Jenderak dan menginap di Shah Alam pun tidak ketinggalan.

Maka 'bekok'lah suasana dengan kedatangan kaum wanita. Perpisahan 30 tahun lebih, memungkinkan pelbagai nostalgia dan momento. "Ya... do'ooh le... bukan koi...". Ada yang sudah menjadi ibu tunggal, berkahwin dara sunti, menyambut menantu dan menjadi nenek.  
Selebihnya lipat dan simpan kemas-kemas di sudut hati kita.

Sambil berborak sambil bergambo
Isteri melior mencuri pandang
Suami ber'sirap' berdiam memerhati...
Palor je le... Lantok awok me la...

Mentari beringsot, sorang-sorang meninggalkan tetamu
Wajah puas tak dapat digambo'
Demikianlah 'Reunion 1977 - 1979 meninggalkan 'ceritara'.



Feeling so blessed. Alhamdulillah...

Start each day with a grateful heart...



"Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi..."


**Ada yang tertinggal dalam catatan ini mohon maaf ...

*ceritara - riwayat, kisah atau berita.

Tidak hadir: Jefri Derani, Sedee, Saidi....dan lain-lain.



Entry berkaitan, Layari: 

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2010/04/jumpa-teman-lama-selepas-30-tahun.html

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2012/08/reunion-ll-selepas-30-tahun-di-rumah.html

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2010/05/lagenda-guling-tajau-dan-rakan-sebaya.html

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/nostalgia-guruku-kisah-guru-kencing.html


Friday, July 11, 2014

Kahwin satu lagi… Rezeki...




"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang), maka ALLAH SWT akan memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih dan sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)



Pada suatu hari yang cerah, Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin dan tergambar dari pakaiannya. Dan ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan yang menjerut dirinya.‬

‪Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.‬

‪Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya. “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih lagi miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.‬

‪Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia terasa malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus ku lakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.‬

‪Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa kebahagiaan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.‬





‪Sabda Rasulullah bermaksud:‬
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)‬

Firman Allah Taala bermaksud:‬
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)‬

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.‬

‪Berani cuba? Janji Allah Benar! Maka jika yakin dengan janji-janji Allah, bersabarlah dan taati perintahNYA dan RasulNYA.‬



- Dari WattsApp Rodong

Friday, June 20, 2014

Rayuanku...‬ kahwin 2

 

Pelamin anganku terapung...

'Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat."‬
(Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)‬

Madu itu Manis tetapi Kelat‬
Hakikatnya, tiada siapa yang mempertikaikan hukum yang termaktub dalam al-Quran itu. Poligami adalah harus hukumnya dan kita juga bersetuju jika seseorang lelaki itu berkemampuan dari segi zahir dan batin, mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya, mengapa hendak dibantah.‬ ‪Tetapi, apa yang dibimbangkan jika poligami itu diiringi dengan ketidakadilan daripada pihak suami, dan seterusnya menzalimi wanita.‬ ‪Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang, sehingga empat pada satu masa bukan bersifat menguntungkan kaum lelaki semata-mata. Poligami juga bertujuan mendatangkan kebaikan kepada wanita mendapat perlindungan, kasih sayang dan nafkah.‬



Cerita seorang kawan, sudah beristeri dan berkemampuan kahwin tiga tetapi takut menyatakan hasrat hatinya. Bergelombanglah beliau dengan dosa di apartment keduannya.

 ..............................................................................

Surat rayuan kepada isteri tersayang bagi menyokong menambahkan koata.‬ 


Isteriku yang dikasihi sepanjang hayat.‬

‪Pekara di atas adalah di rujuk.‬

2. Sebab utama permohonan ini adalah kerana Abang ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan Illahi. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah bermaufakat. Adalah 'terbaik' jika dapat di penuhi dalam masa terdekat. ‬

Akhir-akhir ini Abang merasakan 'kekontangan' perhatian dan 'kemarau' belaian manja. Kerenah anak-anak yang sudah meningkat usia menghilangkan kehangatan hubungan kita. Abang impikan
seorang gadis berbangsa maghribi, menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana...

Jumlah anak menjadi keutamaan Abang (kini cuma 3 orang semua anak perempuan). Jika diizinkanNya, abang ingin menambahkan zuriat lelaki yang dapat mendoakan kita nanti.

Barisan impian yang bakal menjadi isteri dalam radar perhatian ialah Cik Nora Denish atau Erra Fazira (status janda ketika entry ini dicatat). Puan, jangan mentertawakan Abang. Abang mempunyai 'bluetooth' dengan pihak yang rapat dengan mereka ini, jangan pandang sebelah mata…


Asraf Muslim kahwin 2 dan Salleh Yaakob 4 terus...



Nikmat bermadu, contoh terdekat lihat Asraf Muslim bersama 2 isterinya, Dayang dan Sakinah yang mesra dan sungguh rapat. Begitu juga dengan Saleh yaakob. Abang impikan sikap yang tiada bermusuh-musuhan dan dendam-mendendam. Kita sendiri sedia maklum. hidup ini sementara. Puan patut berterima kasih dengan sikap abang yang berterus-terang menyatakan hasrat melalui surat rasmi ini. Walaupun Abang udah banyak kali membayangkan 'Cabinet' ini melalui senda gurau kita.

Abang tidak mahu menjadi seorang kawan, sudah beristeri dan berkemampuan kahwin tiga tetapi takut menyatakan hasrat hatinya. Bergelombanglah beliau dengan dosa di apartment keduannya. Ketika umur 60 tahun beliau ingin bertaubat, soalnya usia bukan milik kita… walaupun kita sudah pra-usia emas tetapi semangat Abang tetap 'gagah' bagi menjayakan ‪Surah an-Nisak ayat 3 itu‬.

***‪Wanita yang dimadukan jangan memikirkan nasibnya dimadukan, tetapi fikirkan apakah nasib wanita yang terus hidup tanpa suami. Berkongsi suami lebih baik daripada tidak bersuami. Apakah nasib isteri jika Islam tidak membenarkan poligami, sedangkan suami ‘hendak’ sesuatu yang tidak mampu dipenuhi oleh isteri. Antara kehendak itu ialah kecantikan, ingin zuriat, status, isteri tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan sebagainya.‬


Sebenarnya Abang ada beberapa pilihan.‬

2a. Abang mempunyai kenalan di laman web: http://abushahid.wordpress.com/2010/12/12/gadis-maghribi-offer-baik-punya/ dan menawarkan peluang untuk berkahwin dengan gadis Maghribi yang serba murah dan serba mudah. 


Abang lampirkan syarat-syarat untuk rujukan buah hati pengarang jantung Abang.


Syarat ‬mengkhawini gadis Maghribi‪ ialah:‬
1. ‪Anda perlu ada RM14,000‬.
2. ‪Ibu, ayah atau keluarga sudah setuju untuk kahwin dengan orang luar (tunjukkan laman web saya semasa beritahu mereka, sebab ramai salah anggap dengan kahwin Indonesia yang bermasalah)‬.
3. ‪Income anda jika di kampung ialah RM1700 sebulan selepas support family jika ada‬ ‪RM2000 jika luar bandar dan RM3000 jika dalam bandar‬.
4. ‪Selepas bertukar gambar, jika berminat, boleh chat melalui webcam dan terus bersedia datang dalam masa 40 hari‬
5. ‪Boleh juga nak datang dulu, kemudian buat proses di Morocco selama 30 ke 40 hari‬
6. ‪Sila beri alamat di I/C anda, no tel. tempat kerja jika ada, dan no. tel rumah keluarga‬. ‪Gambar anda dan gambar keluarga jika ada‬
‪**pastikan dulu apa maksud anda datang‬
7. ‪Saya syorkan lebih baik buat pilihan bertukar gambar dan webcam chat dari Malaysia, iaitu cara kedua, pilih dahulu sebelum datang‬.
8. ‪Sebab kalau cara datang dahulu, kalau anda berminat dengan gadis, kena tunggu 30 hari di Morocco sebab proses nak buat I/C baru dan passport untuk si gadis,  boleh juga anda datang selepas 3 or 4 bulan telah bersetuju untuk kahwin, untuk cara ini sila email pada saya‬.


 

Gadis Maghribi‪... 
Abang impikan, seorang isteri menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana...
Gambar hiasan

 
Untuk tunjukkan anda mampu dan serius untuk berkahwin, sila dapatkan info lengkap dalam bentuk ebook berharga RM100 Bank : Maybank No. Akaun : 1620 2144 9106 Nama : Hanane Rida 3rd Party E-mail: ‬ym_class@yahoo.com‪ Sila email saya selepas membuat pembayaran, dan sila soal pada email yang tertera di atas‬.

Layari: http://kahwinmaghribi.blogspot.com/

2b. Puan sendiri mengetahui, sebagai seorang blogger, abang mempunyai ramai kenalan on-air di Facebook, tweeter, wattsaps, Skype, dan viber. Terbaru, seorang gadis pelajar Pensetarian di Jakarta sudah 'dikira jadi'. Jika tiada kekangan nafsu terus saja Abang luahkan niat suci ini untuk memperisterikannya.


 

Ustaz Yusuf bin Toyib, Mudir Madrasah Al-Tahfiz Darulhuda, Cambodia.
"Membantu dan merapatkan saudara sesama islam..."

2c. Abang juga rapat dengan Imam Muda di surau kita yang sering menghantar derma ke Madrasah Al-Tahfiz Darulhuda, Cambodia. Melalui Imam Muda ynag ingin membantu, beliau menawarkan package lengkap jika berhajat menambahkan koata. Kos hangus sekitar RM5k, ini diakui sendiri oleh Ustaz Yusuf bin Toyib dari Mudir Madrasah Al-Tahfiz Darulhuda, Cambodia. Beliau sering datang ke Malaysia menjadi Imam ketika bulan Ramadhan, memberikan Tazkirah dan mencari bantuan. Apa salahnya kalau niat suci dan menambahkan umat, katanya.


Gadis Kelantan mempunyai mata menarik.


Aksi gadis pantai timur yang santun.

Gambar hiasan

3. Untuk makluman Isteri tersayang, sebenarnya masalah 'berkematu' ini telah lama Abang fikirkan tetapi memandangkan dompet Abang yang jarang mengembong, terpaksalah Abang menangguhkan permohonan di samping kurangnya rasa keyakinan dan rendah diri. Kini, Abang dimurahNya rezeki dan mendapat projek tetap (freelancer). Dicampurkan dengan gaji kasar dah dikira ok dan Puan sedia maklum. Dan tibalah masa yang cukup sesuai untuk 'pengembaraan jauh' ini. Abang merasakan semangat 'bermadu' membuak-buak bagai air keluar dari pemetung.‬

Abang akur, soal bermadu bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan perkongsian hidup sehingga ke akhir hayat. Amanat itu Abang tetap pegang dan Puan janganlah mahsul dan gusar.



Berkahwin dengan gadis Maghribi yang serba murah dan serba mudah. Tersukan...
Gambar hiasan

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua-belah pihak dan pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin Puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang Puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar dan rantai besar dan figure pun 'bergetah'. Ini kerana tahun lepas abang telah menghadiahkan Puan,Treadmill Kettler. In sya Allah jika diizinkan, Abang akan membeli sebuah rumah lagi untuk isteri kedua.

Dalam hal ini, Puan diberi keistimewaan dan dikurangkan kebergantungan Abang demi menjaga kesihatan…. 'Bawak berihat'.

5. ‪Puan sedia maklum, kalau kahwin lebih daripada satu itu, maka bertambah kayalah pasangan itu. Sebab itulah, jarang-jarang kita tengok orang yang MISKIN kahwin lebih dari satu, kadang-kadang orang yang MAMPU kahwin lebih dari dua, dan banyak-banyak orang yang KAYA kahwin lebih dari tiga.‬ Seperti dijanjikan, hadiah 'Payung Emas' akan menjadi milik mutlak puan nanti...

***‪Suami berpoligami jujur menunaikan hak setiap isterinya mengikut kemampuan. Suami bertanggungjawab di hadapan Allah di atas amanah dan tanggungjawabnya. Setiap isteri berhak mendapat pembiayaan daripada suami, walaupun dia mempunyai sumber kewangan sendiri yang cukup.‬


7. Saya harap Puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika menyambut bayi kita. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 20 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.‬

‪8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini mendapat perhatian penuh. Semoga kita bersama-bersama melaksanakan program 'package' ini dengan jayanya.‬



‪Sekian, Ciuman sayang buatmu.‬





Gambar hiasan

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"‬

‪Yang Ikhlas Memohon,‬
‪Suamimu...‬

 

..............................................................

Luahan rasa: Phor Hartamas.

Tunggu…. jawapan dari isteri di keluaran akan datang….


 Layari May (3): Izin…‬, tapi… balasan surat ini dari isteri tercinta.


Tuesday, May 27, 2014

Antara Raja, pembesar dan Tukang Kebun...




HAYATILAH ini satu cerita; kisah tukang kebun yang bijaksana; kepintarannya selamatkan pembesar negeri daripada hilang kuasa; ini kisah nasihat dahulu kala, bukannya auta!




Pada suatu hari di suatu zaman, seorang raja mengajukan soalan kepada pembesar negeri (PN).




Titah raja: "Sudah lama mamanda nikmati jawatan, harta dan kuasa. Hari ini, beta bentangkan tiga perkara. Jika gagal, mamanda akan hilang segalanya dan dinyahkan dari negeri beta. Mamanda ada tujuh hari menjawabnya."




Maka PN pun jadi gundah-gulana, makan tak lalu tidur tak lena, berjumpa semua pembantu, anak isteri dan sanak-saudara, meminta tolong cari jawapannya.




Hari demi hari berlalu, fikirannya bercelaru, wajah dan pakaiannya tidak segak macam dahulu.




Pada hari keenam, PN disapa si tukang kebun (TK).




"Hamba nampak tuan sangat sugul. Apakah masalahnya?. Beritahulah, biar hamba cuba-cuba tolong," kata TK.




"Pembesar-pembesar negeri pun tidak mampu selesaikan, ini pula si TK," fikir PN.




Namun, memandangkan waktu terlalu suntuk, suka tidak suka PN terpaksa juga tunduk. Kepada si TK dibentangkan soalan, dengan harapan mendapat jawaban.




"Soalan pertama; raja mahu tahu", kata PN, "Dalam banyak perkara palsu, apakah kepalsuan yang paling besar?




"Itu mudah sahaja. Kepalsuan paling besar adalah dunia. Jika dunia ini sesuatu yang bukan palsu, ALLAH tidak akan memberi segala kemewahan kepada mereka yang mengkufuriNya.



Gambar hiasan: Harta pangkat tertolak ke tepi... dalam banyak-banyak kebenaran, apakah yang paling benar?




"Pada ALLAH, dunia ini lebih kecil nilainya daripada sebelah sayap seekor nyamuk.


"Apakah kita membawa jawatan, pangkat, harta dan kuasa ketika menemui ALLAH? Kita hanya akan dibalut dengan kain tidak berjahit dan dikebumikan enam kaki dalam tanah.




"Kita akan tinggal segalanya dan membawa amalan, sedekah jariah dan anak-anak yang mendoakan. Bahkan kita akan membawa dosa.




Termenung PN mendengar huraian TK.




"Soalan kedua?" tanya TK. Raja mahu tahu, dalam banyak-banyak kebenaran, apakah yang paling benar?




"Itu mudah," ujar TK. "Jawapannya ialah 'mati'. Semua orang tahu, setiap makhluk akan mati. Yang kufur, malah ateis pun mengakui mati itu benar.




"Tuan, saya dan semua makhluk tidak tahu apakah kita akan mati lima minit, lima hari, lima bulan atau lima tahun dari sekarang, tetapi kita pasti mati apabila tiba giliran kita.




"Betapa malangnya apabila ada yang tipu helah untuk mencapai kehendak nafsu secara salah, maki hamun untuk mendapat jawatan, mengaut harga dan kuasa, sedangkan di penghujungnya kita akan pergi tangan kosong, meninggalkan perbuatan buruk dan nama yang mengaibkan, sedangkan kita membawa dosa untuk dibentangkan di depan ALLAH."




PN sebak. "Soalan ketiga?" tanya TK. "Raja mahu tahu, dalam banyak-banyak perkara yang tinggi, apakah yang paling tinggi di dunia?," kata PN.




"Itu pun mudah," kata TK, cuma tuan balik dahulu, siapkan makanan yang paling tuan gemar dan bawa kepada saya esok."




Bengkeng diarah demikian rupa oleh TK, tetapi kerana tiada pilihan, PN terpaksa akur.


"Tuan makan makanan ini, bukan saya," kata TK apabila PN menghulurkan makanan paling digemarinya kepada TK.




"Sila duduk dan kongsi makanan dengan haiwan ternakan saya ini," kata TK.




Kemarahan PN memuncak, tetapi kerana itu adalah hari terakhir untuk dia menyembahkan ketiga-tiga jawapan kepada raja, maka PN terpaksa menelan ego dan menurut perintah TK.




Setelah habis, TK bertanya: "Tentunya tuan tahu sekarang apa yang paling tinggi".




"Maruah?" tanya PN. "Bukan," jawab TK. "Ego?", tanya PN. "Itu pun bukan," kata TK.


"Jawapannya", kata TK, "ialah matlamat. Bayangkan, fikiran tuan berkecamuk, diri tuan tidak terurus, pakaian tuan kusut. Tuan sanggup meminta bantuan sesiapa sahaja, tidak kira walaupun orang biasa, bahkan tuan lakukan yang bertentangan dengan ego tuan selama ini semata-mata untuk mencapai matlamat tuan agar tuan dapat membentangkan jawaban kepada raja supaya tuan tidak hilang jawatan, harta dan kuasa."




PN mengangguk. Air matanya mengalir mengakui hakikatnya.






Tajuk asal: Tukang kebun yang bijaksana
 

FARUSH KHAN/Sinar Harian

28 Mei 2014

Sunday, April 20, 2014

Makna Mimpi... Singa, Tikus, Ular dan madu Lebah...


Suatu malam yang dingin seorang lelaki bersendirian tidur dan bermimpi. ‬

Di dalam mimpinya seekor singa mengejarnya. Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..‬

Dan memandang ke bawah. Singa yang kelaparan tidak berganjak menantinya dengan mata merah dan mulut ternganga di bawah pokok itu.‬

Lelaki itu ketakutan dan mengeletar segala angkotanya. ‪Kemudian dia itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus. Seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi  dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut. ‬

‪Pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar-benar berada di dahan di bawah tempatnya duduknya. Andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan dipatuk atau masuk ke mulut ular itu‬.

Di dalam kegelisahannya dia memandang ke atas,mencari kalau-kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk berpaut. Tiba- tiba dia terpandang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya. ‬

‪Beberapa tetes madu menitis melintasinya. Lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelir lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.‬

‪Wau, sedap! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...‬

‪Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk. Pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya di bawah. ‬

‪Tiba-tiba dahan tempat duduknya hampir patah. Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya...‬







Lelaki itu terjaga dari tidurnya...‬

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya. Orang alim itu berkata, "Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi. Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam. Putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian. Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.‬
 

Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. ‬

‪Akhirnya kita lalai dan hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil.‬





‪Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat sebagai bekalan untuk bertemu-Nya ...‬


Dari WattsApp rodongan