ads

Tuesday, September 21, 2010

Anjuran Nasib...



Email dari seoarng teman, menganjurkan beberapa petua semasa balik beraya sama ada di rumah ibu-bapa atau mentua lewat tazkirah ibunya...
 

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang. Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik. (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6). Ateh akan mendirikan rumah-tangga tak lama lagi.

Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik : Betul, mestilah ghumah ibu dulu.


Ibu : Dengar dulu.... contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik: Ghumah ibulah.



Mak Saudara yang dikasihi, Siti Rubiah binti Sheikh Hassan . 
Bersama anak saudaranya. Beliau mempunyai 6 orang adik-beradik, 
4 perempuan 2 lelaki. Kini tinggal 3 orang yang lain sudah kembali 
ke rahmatullah termasuk ibu saya.
.........................................

Ibu: Tidak. Ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: Mengangguk. (Tanda faham ler tue. Dia nie banyak ikut perwatakan ibu. Penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut, di antara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh. Kena gilir-gilirlah baru adil.
(Dia nie memang kaki bangkang pun out spoken sikit kalau dia tak puas hati).


Ibu: Ingatlah. Jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti. Taatlah pada suami dan mentua.

Acik: Macam kaum h**** lak...
Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.

Ibu: Bukan macam tu. Islam tu indah, setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu dan seperkara lagi untuk menjaga suami tidak sesusah mananye. Hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM.



Sepupuku, Jap, Yee dan Lan. Bergambar selepas mengait buah rambutan di rumah mak saudara. Tahun ini buah-buahan menjadi sungguh hinggakan tidak mempunyai harga lagi.

JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA.
InsyaAllah dia tak akan ke mana, kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa.

Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.

Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar.


Ibu: Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar: Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).


Ibu: Adakah ini desakan dari isteri kamu?.
Abang ipar: Tidak bu.... saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu: Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar: Mereka tiada halangan. (Dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu nie biarkan jerlah Acik nak beraya di sini).


Ibu: Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (Abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu. Lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (Sambil menitis airmata). Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya ke arah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.



Setelah selesai menjamah nasi manis dan dodoi mereka mencari pokok rambutan dan duku langsat pula. Raya tahun ini memberi seribu makna dan kernangan. Siapa berani memanjat?, Tanya Yee mencabar Abang Tan yang sudah boroy itu.


Saya sekeluarga lewat datang. Mak Saudara mempelawa makan nasi gulai ikan patin. Dia ni terkenal 'Tukang Masak di Raja' dan pernah mendapat tander kantin SKKT. Setelah berbual-bual panjang dia menyuruh saya memanjat pokok duku langsat yang meranum di belakang rumah. Saya menolak, Lagi pun hari dah senja bolong dan phobia jatuh pokok.


Raya ke 3, Mak Saudara Siti Rubiah bertandang ke JB untuk meraikan perkahwinan anak sulungnya. Saya tidak dapat menghadirinya dan melihat akad nikah di facebook anak perempuannya. Rupanya majlis sungguh gemilang-gemilang - Married of the Year 2010, kata Manja selamba dan menjemput kami sekeluarga datang kenduri doa selamat sempena perkahwinan itu di rumahnya di Rawang pada minggu ini.


......................................

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain. (Tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpatlak).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga. Masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......

Sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu?
Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?. Berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu?.

Ya Allah, berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.

Terima kasih Jamie kerana emailkan cerita ini. Saya fikir wajarlah cerita ini dipaparkan dalam blogger saya untuk tatapan kerana mood raya masih terasa. Moral of the story. Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik nasihat jamie. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...


Foto: Ihsan dari Ayu.


Monday, August 30, 2010

3 pertanyaan dari gadis sunti



Siri 2 ceramah Bulan ramadhan

Menurut Iman Muda, pada zaman sahabat, didatangi seorang gadis cantik. Seorang gadis tergesa-gesa datang dan sedikit menganggu sahabat nabi yang sedang bermuzakarah itu. Cerita ini memang  benar dan wujud.

Gadis comel bertanya sahabat nabi yang ramai dalam kumpulan itu. Sanggupkah mereka beramal ibadat seperti yang diinginkan. Dan jika sanggup  gadis itu menawarkan dirinya sebagai hadiah. Berkahwin dengan gadis cantik tanpa hantaran mas-kahwin yang mahal-mahal. "Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu, walaupun hanya cincin dari besi". (HR. Bukhari-Muslim)

Saya akan menjadikannya suami jika ditemui orang yang boleh mengerjakan amalan mulia ini berpanjangan:

1. Berpuasa sepanjang tahun

2. Sembahyang sunat sepanjang malam

3. Membaca al-Quran sepanjanjang masa



Mustahil boleh mengerjakan amalan sebegitu rupa. Sahabat nabi tidak sanggup dengan tawaran gadis itu. Masing-masing mengelengkan kepala tepi kelihatan air liur meleleh di bibir. Nasib badan kata orang kita.

Tiba-tiba ada seorang pemuda bersetuju dan menonjolkan diri. Sahabat-sahabat hairan dan bertanya sama-sendiri. Ada juga yang berani untuk mencuba tetapi cara menyelesaikan masalah itu ingat-ingat lupa. Pemuda tadi mendapatkan gadis comel itu dan menangani permasalahan yang dikemukan satu-persatu.

Jawaban 1: Puasa 6 selepas Ramadhan

Jawaban 2: Bersembahyang subuh di masjid

Jawaban 3: Membaca surah Al-Ikhlas 100 kali


Jelas, itulah jawaban pada permasalahan yang wajib itu. Jika kita tidak mampu beramal sedemikian umatnya ditawarkan alternatif. KekayaanNya, dimudahkan umat-umat Islam beramal.





 -  Takzirah Ramadhan disampaikan oleh Iman Muda, Ustaz Yusuf Talib dari Wilayah Potisat, Kemboja. Di samping meimankan solat Tarawih beliau mengutip derma mengumpul dana untuk membangunkan Tahfiz Al-Quran di tempatnya. 

Tahun lepas beliau datang dan telah berjaya mengutip derma membangunkan masjid. Melihat gambar-gambar yang ditunjukkan membuktikan masjid telah didirikan. Ramai anak-anak murid, kalangan orang ramai bersembahyang di masjid itu. Dilampirkan juga kanak-kanak, remaja dan gadis-gadis pelajar berhijab yang comel lote sedang belajar di pondok buruk tahfiz itu.

Tahun ini di surau kami beliau berjaya mengumpul RM3,000 ringgit selama 3 hari hasil ikhlas dan dermawan rakyat Malaysia yang prihatin. Insyak Allah akan terdiri Tahfiz itu tidak lama lagi dan beliau mempelawa datang ke tempatnya. Ada suara sumbang bertanya, kalau nak tambah cawangan, kahwin kat sana macam-mana ustaz?. "Silakan.... hantaran tidak mahal, yang penting jadi... demi ummah....", sahut Ustaz Yusuf Talib selamba.

Tuesday, August 17, 2010

Pemutus Segala Kenikmatan

 Siri Tazkirah Bulan Ramadhan

Nak jadi iktibar kepada sesiapa yang mendapat hidayah. Memulakan takzirah, Iman Muda menceritakan kisah teman-temannya yang telah pergi awal mengadapNya, sebagai mukadimah tazkirah selepas sembahyang tarawih malam itu.

Dahulu mereka ini bersama-sama kita dan masih terasa gelak-ketawanya. Tahun ini tidak lagi, semakin berkurangan kawan-kawan tahun demi tahun. Mereka yang telah pergi ini sama-sama satu kumpulan tadarus. Mereka ini telah banyak menyumbangkan bakti, katanya Iman Muda lagi.

Iman Muda bertanya, tahun ini siapa nak bertadarus dengannya?. Semacam ada badi, gementar rasanya, diambilNya nyawa saya pula selepas ini, kata Iman Muda selamba sambil teringatkan teman yang bertadarus bersamanya. Tercuit hati mengenangkan kawan-kawan yang telah pergi.

Seterusnya Iman Muda menceritakan kisah Nabi Sulaiman ketika sedang memberi nasihat kepada pengikutnya. Dalam kumpulan yang ramai itu ada seorang jejaka yang khyusuk mendengar nasihat Nabi Sulaiman. Jejaka itu merasa tidak selesa kerana ditenung oleh seorang lelaki tampan. Nada tenungan yang semacam ini seakan memberi sesuatu gambaran yang mengerunkan. Dia cuba mengelak diri tetapi lelaki ganjil tetap tidak berubah merenungnya tanpa beranjak dan mengalih pandangan. Jejaka yang ditenungi itu paranoid dengan tingkah laku pemuda asing itu.

Sejurus usai majlis, jejaka itu datang mendapatkan nasihat Nabi Sulaiman dan menceritakan segala-galanya. Jejaka itu ingin melarikan diri dan pergi ke suatu tempat jauh supaya tidak lagi bertemu dengan jejaka ganjil itu. Dia meminta pertolongan Nabi Sulaiman. Dan Nabi Sulaiman mengabulkan hasrat hati pengikutnya yang setia itu.

Selang kemudian, jejaka asing ganjil itu datang mengadap Nabi Sulaiman dan memperkenalkan diri. Dia adalah malikat Izrael yang diarahkan mencabut nyawa jejaka itu. Sepatutnya jejaka itu akan mati. Dan dia merasa hairan kenapa jejaka itu masih berada bersama Nabi Sulaiman sedangkan nyawanya akan tercabut dan kematiannya di tempat lain yang jauh. Tujuannya merenung jejaka itu untuk memastikan identiti lelaki yang akan dicabut nyawanya itu seperti diarahkanNya.


Itulah ketentuanNya. Kematian tetap datang. Tidak beranjak walau sesaat umur kita.



1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kokoh atau berlindung di balik teknologi kedokteran yang canggih serta ratusan dokter terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walau pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikurniai hidayah-Nya. Berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jembatan jembatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya.

Nasihat Iman Muda kepada dirinya dan tuan-tuan dan puan-puan sekaliannya...


..............................


Rujukan: http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/proses-kematian.html


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Wednesday, June 30, 2010

Demam bola di Johannesburg

Turut merasai keseronokan kejohanan Piala Dunia pertama dianjurkan di benua Afrika

AZHAR, Penulis di tengah kelayak tidak melepaskan peluang menyokong pasukan yang diminatinya.

IMPIAN melihat Piala Dunia secara langsung dan berada di dalam stadium bersama puluhan ribu penyokong dari seluruh dunia adalah impian penulis dan semua yang meminati arena sukan bola sepak.

Piala Dunia hanya empat tahun sekali tetapi pemain negara yang dihimpunkan adalah bertaraf antarabangsa dan di situlah gelanggang yang mempamerkan skil individu dan strategi terbaik dirancang.

Satu hari penulis dikejutkan dengan khabar gembira tak terkata, di mana penulis diberi peluang keemasan ke Johannesburg, Afrika Selatan oleh syarikat penulis bekerja iaitu The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd. Penulis diberi tiket untuk menghadiri upacara pembuka tirai Piala Dunia dan perlawanan di antara Afrika Selatan menentang Mexico.

Peluang ini tidak akan disia-siakan penulis memandangkan ia hanya datang sekali seumur hidup. Penulis bertolak ke Johannesburg bersama seorang teman yang turut mendapat tiket ke sana.

Perjalanan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu transit terlebih dulu di Bangkok selama tiga jam sebelum berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan yang mana perjalanan mengambil masa lebih 11 jam.

Sekitar jalan ke stadium yang di penuhi bendera wc2010.

Walaupun keletihan kerana perjalanan jauh, namun bila dikenang kembali tiket Piala Dunia bernilai AS$300 (RM1,000) dan peluang keemasan diberi itu, terus hilang segala kepenatan sekelip mata.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tambo, penulis diberi air tin Coca-Cola dengan ayat tertera ‘Welcome to South Africa, World Cup 2010’ sebagai tanda penghargaan kedatangan pengunjung.

Penulis tidak sampai hati untuk minum kerana ‘packaging’ tin yang cantik dan ia sangat sesuai dijadikan barang kenangan.

Cuaca di sini boleh dikatakan sejuk, dianggarkan 4 darjah Celsius pada waktu pagi, tengah hari dan petang, 10 darjah Celsius manakala malam boleh mencapai 0 darjah Celsius.

Perjalanan penulis dari lapangan terbang ke Hotel Grand Airport yang didiami penulis adalah kira-kira 15 minit. Penulis dikatakan bertuah kerana pihak hotel menyediakan van ‘shuttle’ untuk kemudahan tetamunya.

Ini kerana kemudahan awam di sini boleh dirumuskan agak lemah dan pelancong perlu lebih berhati-hati kerana bandar Johannesburg terkenal dengan kadar jenayah tinggi.

Sejurus tiba di hotel, penulis terus menyimpan bagasi dan keluar berjalan bersama teman untuk melihat suasana dan keadaan sekitar seawal jam 10 pagi.

Di sini penulis dapat melihat kedai dan perumahan didirikan agak teratur dan tersusun di samping kain rentang dan bendera negara yang digantung di setiap jalan.

Di luar stadium rancak peniaga memperagakan jualan wc2010.

Penulis juga melihat sekumpulan remaja kulit hitam mengambil peluang menjual bendera negara di tepi jalan dengan harga 240 Rand (RM102) dan beberapa cenderamata lain.

Ada antara mereka juga menari ala Afrika untuk mendapatkan tip daripada pemandu kereta yang lalu-lalang. Kesusahan rakyat di sini dapat dilihat dan diselami penulis. Penulis ada membeli lukisan hasil lakaran pelukis jalanan untuk dijadikan simpanan.

Kemudian penulis singgah seketika di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman panas kerana cuaca terlalu sejuk. Penulis sempat bertanya selok-belok keadaan dan jalan di sini kepada wanita pengusaha kedai itu.

Penulis diberitahu, Stadium Soccer City (lokasi pembukaan) agak jauh dari hotel penginapan penulis iaitu mengambil masa 45 minit perjalanan. Penulis dinasihatkan memilih perkhidmatan van shuttle ke stadium dan elak menaiki teksi yang tidak dikenali kerana faktor keselamatan.

Difahamkan, kerajaan Afrika Selatan memberi cuti sekolah selama tiga minggu untuk mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Di sini juga buat pertama kali penulis dikejutkan dan diperkenalkan dengan bunyian-bunyian vuvuzela. Sungguh kuat bunyinya, malah boleh dikatakan sepanjang jalan bersahut-sahutan vuvuzela ditiup warga Afrika Selatan.

Ada pelbagai jenis vuvuzela dapat dilihat penulis; daripada jenis yang kecil hinggalah besar dan ada pelbagai warna juga corak.

Sedang penulis berjalan menuju ke pusat membeli-belah berdekatan, penulis ditegur penduduk sekitar yang lalu-lalang sambil mengatakan “My friend, we will beat your country” (Kawanku, kami akan tewaskan negara anda) dalam nada melawak.

Penulis terpinga-pinga sebentar sebelum menyedari baju sejuk yang dipakai tertera bendera negara Australia. Ketawa besar penulis dan teman.

Pusat membeli-belah di sini boleh dikatakan besar serta ramai pengawal keselamatan menjaga setiap penjuru di dalamnya. Ini mungkin untuk memperketatkan keselamatan kerana ramai pengunjung dari luar negara.

Pusat membeli-belah ini dikenali sebagai East Rand Mall. Peniaga di sini sangat ramah, malah memberi layanan baik kepada penulis dan teman. Di sini penulis membeli beberapa cenderamata, termasuk vuvuzela, untuk dibawa pulang.

Penulis dan teman juga tidak lupa membeli jersi Afrika Selatan dan bendera memandangkan kami berdua sepakat menyokong pihak tuan rumah. Sedang asyik menjamu mata, penulis terlihat sejenis topi kontraktor yang diubah suai bentuknya untuk dipakai sempena Piala Dunia.

Tanpa disedari, masa berlalu dengan pantas dan hari mulai senja, menyebabkan penulis pulang ke hotel untuk berehat. Di hotel, penulis melihat ramai pelancong dari luar negara seperti Brazil, Argentina dan Mexico duduk berborak semeja. Riuh rendah melihat gelagat mereka. Penulis berpeluang untuk turut serta dengan duduk semeja.

Setiap mereka memperkatakan kekuatan pasukan negara kelahiran. Bagi Argentina mereka mempunyai tonggak utama iaitu Lionel Messi, penyokong Brazil percaya pasukan mereka mampu merangkul Piala Dunia, bagi Mexico pula mereka yakin dengan barisan pasukannya manakala Afrika Selatan mempunyai jurulatih bagus dan berpengalaman.

Kelakar bila berada di samping mereka, tetapi itulah ertinya semangat negarawan dan fanatik bola. Penulis ada memberitahu bahawa dalam perlawanan pembukaan di antara Afrika Selatan menentang Mexico, seorang daripada pengadilnya (pengadil simpanan) dari Malaysia.

Mereka terkejut lalu berkata “It’s better be good” (lebih baik jadi bagus -merujuk pengadilan perlawanan) dalam nada gurauan. Penulis juga berpeluang bertukar kad, malah penyokong Brazil, Mr Camargo mengundang penulis tinggal di rumah mereka apabila berlangsungnya Piala Dunia di Brazil.

Hari dinantikan penulis untuk ke Stadium Soccer City sudah tiba. Seawal jam 8 pagi, penulis diberitahu oleh pihak hotel untuk menaiki van shuttle berbayar dari Lapangan Terbang Tambo ke tempat bernama Westgates.

Dari Westgate, penulis bertukar kenderaan menaiki bas awam terus ke stadium itu. Di dalam bas, penulis ditegur mesra oleh penduduk Afrika Selatan sebagai ‘My Brother’ kerana memakai jersi kebangsaan mereka.

Mereka terharu dengan sokongan yang kami beri. Bas yang penulis naiki penuh dengan penyokong pasukan tuan rumah dan ia sangat menghiburkan.

Setibanya di stadium, penulis antara terawal sampai dan tidak perlu beratur panjang. Penulis kagum melihat pemandangan seni bina stadium yang mampu memuatkan seramai 94,700 penonton. Suasana sekeliling riuh rendah dengan sorakan peminat fanatik selepas pintu pagar stadium dibuka pada jam 10 pagi. Penonton perlu melalui pengimbas sekuriti terlebih dulu sebelum masuk.

Gadis Afrika yang malu-malu di depan kemera.

Ketika di pekarangan stadium, penulis melihat ramai penonton dari pelbagai negara turut hadir dalam perasmian sukan berprestij ini. Ada yang hadir lengkap dengan bendera di badan, topi kontraktor/ bola serta penonton asyik menyanyi sambil menari, manakala sebahagiannya pula meniup vuvuzela sekuat hati.

Penulis tertarik melihat pancaragam yang membawa pelbagai alat muzik unik. Di sini juga penonton dihiburkan dengan gaya tari patung besar yang dikawal oleh jurumudinya. Penulis sempat bergambar kenang-kenangan bersama patung unik dan penyokong dari pelbagai negara.


Suasana itu umpama pesta besar-besaran dan kedengaran jeritan ‘Bafana bafana’ dari penyokong Afrika Selatan yang bermaksud pemain lelaki.

Bagi penyokong Mexico mereka tidak mahu kalah daripada segi pemakaian, ada yang memakai topeng gusti dan menconteng muka untuk meraikan pasukan negara. Malah mereka memakai topi besar Mexico yang cantik dan menarik.

Keadaan di dalam stadium dikawal rapi oleh pengawal keselamatan. Stadium bergema dengan ribuan tiupan vuvuzela ketika perasmian yang meriah dengan disusuli jet pejuang melintasi ruang atas stadium, selain persembahan pelbagai tarian unik Afrika.

Perlawanan pembukaan antara Afrika Selatan menentang Mexico berlangsung sengit dengan sorakan kuat dari seluruh isi stadium.

Penulis berasa bangga kerana melihat pengadil Malaysia (Subkhiddin Mohd Salleh) ketika perlawanan itu. Tanpa berlengah, penulis berkesempatan merakam suasana berharga itu menggunakan kamera video untuk tatapan di kemudian hari.
Shakira Waka Waka lyrics Shakira released "Waka Waka" as the FIFA World Cup 2010 

People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa.

Penulis bersyukur kerana diberi peluang sebegini kerana impian yang diidam-idamkan tercapai jua. Walaupun tempoh percutian singkat, pengalaman ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pasti menjadi memori indah yang sukar dilupakan sepanjang hayat.
Oleh AHMAD AZHAR MOHAMAD NOR
aazhar@nstp.com.my


Disiarkan di Metro Ahad 27 Jun 2010 dalam Ruangan Ekspresi.


Monday, June 14, 2010

Terima kasih Mak

Cerita ini datang dari email seorang kawan yang berasal dari tanah Felda Jenderak Utara. Saya mengalir air mata membacanya... Cerita dari kawan lain, katanya. Berkebetulan Pak Najib, Perdana Menteri sedang ingin mengubah nasib para penorka Felda. Go Glokal... Jadi molek bebenorlah ditampilkan cerita pendek ini untuk menjadi pedoman kita di hari muka.

...........................................

Kalau nak kira Mak aku la harta yang paling mahal, palig berharga, tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat ngan Mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami...



Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak. Ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolah dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi rumah.

Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
Masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak Abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, Mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik. Pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus Abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. Kekadang tu aku bawak gak 2, 3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.

Aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama Vokesional Temerloh. Tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.

Petang Jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik. Mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, Ada set tu... mamang makan tak ingat punya. Kekadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3, 4 kali ulang makan nasik.

Duk asrama 2 taun lepas SPM aku kerja sementara kat Tekam Resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. Gaji RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.

Benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. Dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu RM75 satu set. Balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p UITM (masa tu masih ITM) Shah Alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. Mak kata ada surat kat depan. Dan dan aku p ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna.

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu abg sulung aku tanggung. Masa tu dia di Jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.

Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. Abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. Syukur pda Tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Ssetahun lepas adik lahir mak sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. Lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. Abah bawak pegi pada pakar kat hospital Mentakab. Diarang ambik semple darah.

Lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan. Ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate. Mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. Aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. Mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". Air mata memang tak leh tahan.

Sampai masa mak terpaksa operate jugak. Doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. Balik kampung kena jaga adik.

Lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. Lepas 2 minggu Mak kat spital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.

Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak p hospital jengka. Bermula hari tu...keadaan mak makin hari, makin teruk. Seminggu mak kat spital. Kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. Masuk makanan mak muntah.

Doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap.

Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. Walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.

Seksanya mak, tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.

Semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. Abg di Jepun pun balik.
Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. Dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.

Hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua misi, doktor dah kenal. Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. Memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa Mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya Mak kami bawak balik ke umah. Sebab Mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. Mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.

Bila mak sampai rumah. Suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka, apa yang dia sebut kami cari. Kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. Mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas Mak tersekat-sekat... masa tu Mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.

Tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "Ma... Emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa Emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum Emie selama ni, Emie mintak halal air susu yang Emie minum", banyak lagi aku nak sebut pada Mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi Mak.... kami cium tapak kaki mak.

Air mata Mak mangalir. Kami letak adik tepi Mak. Bagi Mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata Mak mengalir bila tengok adik. Kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa Mak. Tak dapat merase kasih sayang Mak. Mak bisikkan sesuatu pada Abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi Mak.
Kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan Mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami syangkan Mak. Tak nak seksa mak.
Tak lama mak sesak nafas. Abah ajar mak mengucap.Allahhuakbar seksanya menuju kematian. Innalillahiwainnahiro-jiun..... Ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

---------------------
INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.
KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN. JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.
AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
---------------------
Bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abang adik beradik...
...........................
Assalamualaikum.


Tak pasti lak kisah benar ke dak..Nampak macam benar. Yang menarik tu kisah datang dari tempat kita...


Yang penting pengajaran yg patut diceduk dari kisah tersebut...baik kita sebagai anak atau ibu bapa. Koi dah 2 kali meleleh airmata membaca cerita nih..


...........................


- ini cerita benar ke?.... tanya saya.

...........................

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Thursday, May 6, 2010

BELASUNGKAWA buat sepupu ku...

Tinggal kenangan. Majlis Persandingan yang meriah. Sesi fotography yang dihadiri oleh adik-beradik dan kaum keluarganya.

Bergambar bersama sepupu ku yang terakhir berkahwin.


“Saya sedih kerana hajat membawa anak, Boestanual Hisham Sheikh Othman, 35, menunaikan umrah sempena musim cuti sekolah 23 Mei ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan,” kata ibu mangsa, Wan Hasmah Wan Awang, 67. Mangsa mati di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, selepas kereta Satria Neo yang dipandunya bertembung sebuah Proton Waja, kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Katanya, ketika kejadian, anaknya yang baru genap sebulan mendirikan rumah tangga dengan seorang kerani restoran di Kelab Golf Bukit Beruntung, Nor Hasima Ismail, 22, dalam perjalanan pulang selepas mengambil kad pengenalan barunya di Pejabat Pendaftaran Negara di Rawang.

Suratan takdir. Beberapa tahun lalu beliau pernah jatuh dari tingkat 3, apartmentnya tetapi selamat cuma patah kaki dan tulang punggung retak. Diberitahu beliau merangkak menggunakan siku beberapa meter untuk mendapatkan bantuan kerana kedua kaki tidak lagi berfungsi.  Ini disebabkan kebanyakkan orang sudah pergi kerja. Kejadian itu pada waktu pagi. Dan di masukkan di HUKM hampir sebulan.
“Ketika itu hujan lebat, arwah gagal mengawal kenderaannya di selekoh tajam sebelum melanggar kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu. Ketika itu saya berada di rumah anak di Ampang. Anak saya meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan Hasmah berkata, anaknya yang juga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, di sini, sempat menghubunginya untuk bertanya khabar sehari sebelum kejadian.

Katanya, arwah seorang anak yang baik dan cukup menghormati keluarga.
“Saya terkilan namun pasrah kepada Tuhan atas ujian yang cukup menyayat hati ini. Tidak sangka harapan anak mengambil kad pengenalan sebelum memohon pasport antarabangsa untuk menunaikan umrah, tidak kesampaian.
“Ketika kejadian menantu saya berada di tempat kerjanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Beberapa mangsa daripada sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum dapat dikenal pasti kerana dibawa orang awam ke klinik berdekatan untuk rawatan. Dilaporkan semua mereka hanya cedera ringan.
“Polis masih menyiasat kejadian ini. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Surau Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, kira-kira jam 8.30 malam tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, sejam kemudian.

Alfatihah 


Baru nikah mati berdarah
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/05/05
BUKIT BERUNTUNG

Monday, April 26, 2010

Jumpa teman lama selepas 30 tahun...


Berdiri dari kiri, Sheikh Ali. Jafri Derani, Fauzi, Dr, Mahyuddin dan Cikgu Sudin (mengajar di SMKKK 1978-1982)
manakala di hadapan berdiri dari kiri Abang Musiron (lupa namanya), Aku, Jamie, Ismail, Cyma Hani dan Musiron Tumin


Reunion SMKKK 77 -79

Tak semena-mena jam 11 pagi, sekitar awal April, aku terima panggilan dari Dr. Mahyuddin yang tidak pernah-pernah berutus panggilan walaupun kami mempunyai no. hp. Dia adalah kenalan di pekan (SMKKK) semasa sekolah menengah dulu. Kini beliau membuka klinik Tawakal yang semakin popular di Ampang.

Aku kebetulan berada di Jaya Jusco Wangsa Maju sedang membeli sesuatu kerana nak melancong ke Pattaya dan Bangkok hujung minggu itu lihat (Pabila pembloger melawat Pattaya... Nak Jazz-up momentum kehidupan...

Dr. Mahyuddin memberitahu ada Reunion pada 25 April di Kelab Shah Alam. Ramai turun, yang sudah setuju 6 orang, Cyima Hani dan Jamie datang, katanya lewat hp. Aku cukup teruja dengan jemputan ini maklumlah kawan-kawan hilang sejak tiga deked lalu bertemu kembali dalam suasana cukup berbeza.

Fikiran aku melayang di tahun 1977 hingga 1979 di SMKKK. Ketika itu kami masih renta dan muda belia. 'Play & Study' bersama. Bergaduh dan macam-macam terfikirkan.

Idea Reunion datang dari Dr. Mahyudin tentunya mengundang polimik fikir ku. Musiran Tumin, pencetus idea lewat Facebook, kerana nak jumpa sangat-sangat dengan kakak angkatnya semasa sekolah dulu iaitu Sima Hani, kata Dr. Mahyuddin menafikan yang bukan ideanya.

Fauzi Abu Husaini yang kini ditukarkan ke Lipis kira-kira sebulan lebih - Mr Golfer, yang sudah terjerumus ke sukan 'Tiger Wood' dan masih tegap berkulit 'sunburn'. Aku habis U, bertugas di MPK, Pahang katanya dan sambung belajar di oversea dan bertugas di MPC, Pahang dan kini ditukarkan ke MPKL katanya menerangkan kedudukan. "Boring", kata Mail kalau main golf ni.... pukul bola dan berjalan-jalan dan pukul lagi. Kalau nak cari contact boleh lah bersuaian dengan bidang kerjaya tatapi aku tak perlu contact ni... Mail memberitahu semua golf set dijualnya... Lihat Jogging till u Giggong

Jafri Derani - semasa bersekolah terkenal berpakaian kemas dan rambut diminyak hingga dahi berkilat. Jefri yang kini bertugas di Putrajaya cukup terkilan semasa membawa rombongannya melawat Cameron Highland dan bertemu Fauzi yang ketika itu bertugas di Majlis itu. Kerana 30 tahun tidak bertemu masing-masing tidak mengenali. Sedangkan mereka cukup mesra ketika pertemuan itu. "Hampas betul Fauzi ni, sepatutnya terangkan kedudukan dari mana asalnya semasa itu kata Jefri marah yang sangat-sangat...

Sheikh Ali, sepupu aku yang rapat telah susut badan akibat penyakit diabetes. "Ali ni semasa sekolah terkenal dalam sukan dan agak Remeo", kata Jamie yang tidak mengambil masa lama untuk mengenal Sheikh Ali. Ali berkerja sendiri dan mempunyai kolam ikan patin sungai di kampung. Ali berbadan besar tinggi dan masih hansom. Ketika solo Ali ni agak ligat dan banyak cerita tersimpan di pocket aku...

Mata dah kelabu, kata Mail ketika sedang memberi no. hp Cikgu Islamiah.

Masing-masing menceritakan pahit-ranjau 30 tahun lalu.... Dr. Mahyuddin sipi-sipi menyampuk. Sedikit-sebanyak aku mencatat di kertas.

Ismail Yusuf habis sekolah masuk USM, Penang dan terjurus ke Mechanical Engenering dan bertugas di UEM tinggal di Kajang. 'Simpol' dan loghat Pahang masih lekat bila berjumpa rodong lama. Manakala Mahyuddin terkenal kerana 'ulat buku' menyambung di UKM di bidang kedoktoran dan membuka klinik sendiri di Ampang. Kami terputus hubungan hinggakan diberitahu oleh Ali kerjayanya.

Syima Hani - pendiam dan cerdik ketika itu duduk sebelah aku dan banyak menolong subjek Math. (Norhayati juga, gadis cantik putih melepak tetapi ketentuan Ilahi, suaminya meninggal dan kini tinggal di Kampung). Lihat PESAN RAHMAH dan lihat Sayang Roslina
Kesemua mereka ni genius belaka... aku nak jadi apa besar nanti?. Kini Syma Hani sudah berumah tangga mempunyai 3 cahayamata dan tinggal di Kelang berdekatan dengan tempat kerjanya. Selepas sekolah beliau memyambung pelajaran di UKM dan berjumpa Mahyuddin rakan sekampung. Agak lama menganggur kerana bidang yang diambil tiada ketika itu katanya.

Jamie masih kekal cantik dan menjadi idaman Cher (Ketua murid SMKKK) dulu dan Cyma Hani tak kurang bergaya....

Jamie berkerja di jabatan kerajaan - pelajar 'rambut tocang 2' dan pandai bergaya dan sering memakai skit singkat seingat Fauzi. Jamie yang menjadi ...uu...vitt... kawan-kawan dan salah seorang bernama Cher (Kawan sekelas. semasa di hostel Cher membungkus Lampu suluh, lilin, buku nota dan sebagainya untuk birthday Jamie yang ke 15, dan menerangkan makna-makna pemberiannya, seingat aku). Datang agak lewat semacam nak menangis dan terkelu meneka antara kami sama ada masih mengenali atau sebaliknya. Mail saya kenal tapi agak kurus... kenapa ya? Mus masih hansom, ngaku Jamie yang masih kekal manja dan bersuara lembut mirip anak Pahang jati walaupun sudah tinggal lama di KL dan pernah menatap di Sabah mengikut suami.

Aku nak jadi apa besar nanti? Kawan-kawan semua masuk U. Aku (Fer, pangilan kawan-kawan di hostel) sehabis SPM terus ke KL berkerja dan menyambung belajar di MIA di bidang Art and Design. Terjerumus di bidang penerbitan hingga kini. Dari syarikat penerbitan kecil, dapat tawaran di DBP, masuk agensi advertising, kerja di Bank dan seterusnya di penerbitan terbesar di Malaysia. "Kau terkenal kerana pandai melukis dan tulisan paling cantik", kata Jefri kawan sekelas yang kemas dan menjadi pengawas. Aku ketua kelas ketika itu. Dan Fauzi jiran sekelas, mengakui sama bahwa aku mempunyai tulisan paling cantik. Kau ingat tak ada kawan-kawan mintak kau tuliskan buku mereka?...

Musiron, Jefri dan Sheikh Ali. Kawan lama berlainan kerjaya.

Aku masih mengenali Jefri tetapi dahinya agak luas dan sudah memakai kacamata berkanta rendah. Berbadan tegap dan agak tengelam antara kawan-kawan. Gebangnya tidak serancak dulu mungkin pengaruh kerja di Human Resourse. Jerfri di beritahu sebelum berkerja di Putrajaya, berkerja di Kementerian Pelancongan dan menyambung belajar ke peringkat tinggi.

Teka siapa? Cyma Hani masih mengenali dan mengatakan aku tidak berubah banyak. Berbeza dengan Fauzi yang 'bump head'. Mahyuddin juga masih kekal 'smart' hanya rambut saja dah mula meliar uban.

Perjumpaan meleret hingga jam 11 malam. Selepas agenda makan, pemberian cendrahati dan kami bergambar beramai-ramai. Kami bersetuju untuk berjumpa lagi. "Kenapa tak bawa isteri?, tanya Jamie. Saham masih laku kata Mail selamba. Kalau dipanjangkan umur kita akan membawa isteri dan akan datang ke rumah masing-masing di KL...

Dr. Mahyuddin memberi cenderahati begitu juga Cyma Hani. Sampai di rumah aku membukanya. Kain pelikat dan mug dari Cyma Hani bertulis Reunion SMKKK 77 - 79.

Lalu aku teringat theory kain pelikat cap gajah duduk - Beza antara kain pelikat cap gajah dengan gajah? Apa dia Jamie? Gajah mempunyai belalai di luar iaitu di muncungnya tetapi kain pelikat cap gajah mempunyai belalai di dalam bila 'lelaki' memakainya.... ukk...ukk.... Aku masih mencari jawapan kenapa Dr. Mahyuddin menghadiahkan kami kain pelikat cap gajah duduk berbeza dengan Cyma Hani menghadiahkan mug bertulis ' REUNION SMKKK 77-79... Itu theory merapu sebenarnya. Insya Allah, ketemu lagi....


Tak Hadir: Islamiah Mohamma Maidin gadis genit comel yang berair-muka serius - (sesuai bebenor) menjadi guru sekolah mengikut jejak ayahendanya dan sekarang mengajar di Kota Tinggi, Johor. Lihat NOSTALGIA GURUKU... KISAH GURU KENCING BERDIRI.... Ayahenda Islamiah, Cikgu Maidin masih sihat walfiat. Tak garang-garang lagi tapi suara masih tinggi kata Miah lewat hp. Dah sikapnya macam tu nak buat macam-mana?...