ads

Wednesday, October 12, 2016

Kematian itu Pasti : Tidak dapat ditangguhkan walaupun sesaat


Kematian itu Pasti :
Tidak dapat ditangguhkan walaupun sesaat

WALAU sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya. Firman Allah SWT bermaksud:

“Bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan), maka apabila telah sampai masanya, mereka tidak dapat menangguhkannya walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.” (al-A’raf: 34)

Sebagai umat Islam pastinya menanam cita-cita untuk menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.

Namun, tidak semudah itu, perlu diketahui bahawa faktor yang menentukan kematian adalah berkait rapat dengan amalan dan cara hidup ketika di dunia.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada pengakhiran hidupnya.” - Riwayat Bukhari

Justeru, bagi mencapai husnul khatimah tidak dapat tidak setiap umat Islam perlu memperbanyakkan amal solih, istiqamah (berterusan) dalam menjunjung perintah Allah dan mengamalkan sunah Rasulullah serta menjauhi segala larangan-Nya.


PERLU RAJIN TINGKATKAN KETAKWAAN

Dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, umat Islam tidak boleh sesekali berasa putus asa atau malas untuk melaksanakan amal kebajikan sebaliknya perlu sentiasa berusaha meningkatkan amalan seperti solat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau surau, sentiasa bersedekah, menjaga hubungan baik dengan semua.

Selain itu, umat Islam juga perlulah sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menjaga hubungan dengan pencipta iaitu Allah dan juga setiap makhluk di bumi ini, menghindari daripada segala amalan khurafat lebih-lebih lagi ketika menghadapi saat kematian (sakaratulmaut).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, hendaklah kematian mendatanginya di kala dia berada dalam keimanan kepada Allah dan hari akhirat.” - Riwayat Muslim

Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa memohon ampun kepada Allah, bertaubat atas segala kekurangan dan dosa dilakukan serta diiringi dengan melakukan amalan solih untuk membersih diri serta menyucikan jiwa daripada maksiat.

Sedangkan Rasulullah SAW yang merupakan individu dijanjikan syurga dan terpelihara daripada sebarang dosa (maksum) melakukan taubat sebanyak 70 kali sehari bagi membersihkan jiwa, justeru hendaklah kita mencontohi sunah pesuruh Allah SWT tersebut dengan memperbanyakkan taubat.

Malah, Allah juga menyeru agar umat Islam sentiasa memohon ampun kepada-Nya sebagaimana firman Allah maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha’. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai...” (al-Tahrim: 8)

Sehubungan itu, umat Islam perlu sentiasa berdoa agar amalan yang dilakukan diterima Allah sebagaimana doa Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: “Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan mentaati-Mu.”

Antara doa lain yang diamalkan oleh ulama bagi memohon agar dimatikan dalam husnul khatimah ialah, “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah (pengakhiran yang buruk).”


Tanda husnul khatimah
- Akhir kata dengan mengucap kalimah shahadah.

  • Meninggal dunia pada hari Jumaat.

  • Syahid dalam perang

  • Mati kerana melahirkan anak.

  • Mati kerana mempertahankan agama.


Misteri Kematian

Janganlah cemas ketika anda hendak wafat.

Janganlah terlalu cemas juga ketika jantungmu berhenti.

Janganlah juga panik saat engkau merasakan  sekarat

Jangan perdulikan jasad anda yg akan hancur

Kerana kaum muslimin ada saja yang...

Akan melaksanakan kewajiban mereka


1. Menanggalkan pakaianmu

2. Memandikanmu

3. Mengkafanimu

4. Menggalikan lobang lahatmu

5. Mengeluarkanmu dari rumahmu

6. Mengangkat jenazah kamu ke van jenazah

7. Mengantarkanmu ke tempat tinggal barumu (kuburan)

8. Banyak orang yg akan berdatangan untuk mengangkat jenazahmu, bahkan banyak pula yang meninggalkan pekerjaannya demi untuk menguburmu, boleh jadi banyak dari mereka yang melupakan nasihat yang pernah Engkau sampaikan pada suatu hari yang telah berlalu.
ً
9. Peralatanmu akan segera diselesaikan, berpindah tangan

- kunci-kunci kendaraan dan rumahmu 

- buku

- beg

- handphone mu

- kasut

- pakaian

- apabila keluargamu baik, maka mereka akan menyedekahkannya agar ia bermanfaat untukmu 




Pastikanlah bahwa:

Bumi tidak akan sedih atasmu 

Tidak pula alam semesta

Keadaan juga akan berjalan seperri biasa, tidak terpengaruh dan tidak berubah dengan perpisahanmu 

Perekonomian akan terus berlanjut

Pekerjaan anda, akan datang orang lain untuk mengantikan

Hartamu akan dibagikan secara halal kepada ahli waris 

Sementara anda akan dihisab atas segala sesuatu hingga perkara yg hina dan kecil

Yang pertama akan runtuh darimu ketika wafat adalah namamu..

Oleh kerana itu, setelah meninggal orang akan berkata tentangmu: dimana mayatnya?

Mereka tidak memanggil lagi dengan menyebutkan namamu 
Namamu tinggalah kenangan belaka.

Ketika akan mensolati, mereka berkata: hadirkan jenazah..

Mereka tidak memanggil dengan menyebutkan namamu

Betapa cepat namamu hilang berlalu....

Ketika akan menguburkan, mereka berkata: dekat kan mayatnya, tanpa menyebutkan namamu..

Tidak akan ada yg membela, baik suku, kedudukan ataupun keturunanmu

Betapa rendahnya dunia ini dan betapa besarnya apa yang akan kita hadapi setelahnya

Catatan dengan tinta emas


Kesedihan atasmu akan terbagi menjadi tiga:

1. Orang yg mengenalmu sepintas akan mengatakan: kasihan dia!!

2. Teman-teman mu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka akan kembali kepada canda dan tawanya..

3. Kesedihan mendalam di rumah ! Keluargamu akan bersedih sepekan, satu-dua bulan atau hingga satu tahun

Kemudian mereka akan meletakkannya dalam memori ingatan


Demikianlah

Kisahmu telah terakhir pada kalangan manusia

Engkau tinggal hanya ALBUM KENANGAN

Kisahmu akan dimulai bersama suatu yang nyata

Dialah alam akhirat


Telah sirna darimu

1. Keindahan

2. Harta

3. Kesihatan

4. Anak

5. Anda telah berpisah dari rumah dan istana

6. Istri

Dimulailah kehidupan Yang sesungguhnya


Pertanyaan sekarang:

Apa yang telah Engkau siapkan untuk kubur dan akhiratmu?????

Ini adalah hakikat Yang perlu untuk direnungkan



Jagalah selalu atas:

1. Ibadah yg wajib

2. Ibadah yg sunnah

3. Sedekah tersembunyi

4. Amal sholeh

5. Shalat malam

Dengan harapan anda menjadi selamat

Jika anda bantu orang lain dengan menyebar peringatan ini

Akan anda dapati hasil dari kebaikannya dalam timbanganmu pada hari kiamat

"Berilah peringatan kerana peringatan akan bermanfaat bagi orang beriman"


Kenapa mayat memilih

"Sedekah"

Jika kembali ke dunia

Sebagaimana firman Allah 

"Ya Allah, jika Engkau akhir kan ajalku sedikit saja, niscaya aku akan bersedekah"

Orang tsb tidak mengatakan:

Niscaya aku akan umrah

Atau akan shalat

Atau akan puasa


Para ulama menjelaskan:

Seorang mayat tidak mengatakan kecuali sedekah, tidak lain kecuali dikeranakan dia telah melihat betapa besarnya impak yang dihasilkan dari sedekah bagi mereka yang telah wafat

Maka dari itu, perbanyaklah sedekah

Kerana nanti pada hari kiamat, seorang mukmin akan berada di bawah naungan sedekahnya

Sedekah terbaik yang boleh anda lakukan sekarang ini 

Menyebarkan risalah ini dengan niat sedekah

Keranana setiap orang yang mengamalkan nasihat ini dan mengajarkannya kepada generasi berikutnya, maka ganjarannya

Akan sampai kepadamu insya Allah.


Thursday, October 6, 2016

Perihal *MAKAN*



Pak Najib makan durian guna sudu kecoh dalam viral...



40 Cerita Perihal *MAKAN*


Rasulullah bersabda, “Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan.” Artinya, sudah menjadi kebiasaan bahwa raja-raja membuat daerah larangan atau wilayah penjagaan yang berupa taman-taman atau ladang tumbuh tanaman dan rerumputannya. “Dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan.” Maksudnya, segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah atas hamba-Nya adalah wilayah penjagaan-Nya. Sebab, Allah melarang mereka untuk masuk kedalamnya.



1.   Paling sedap *makan* free.
2.   Paling mahal *makan* angin.
3.   Paling pahit  *makan* hati.
4.   Paling lama nak pencen *makan* gaji.
5.   Paling susah *makan* pasir.
6.   Paling celupar *makan* penampar.
7.   Paling terkesan *makan* dalam.
8.   Paling sikit *makan* tepi.



9.   Paling best *makan* tidur *makan* tidur.
10. Paling bahaya break tak *makan*.
11. Paling berdosa *makan* rasuah.
12. Paling teruk *makan* tuan.
13. Paling seimbang pandai *makan*...pandai simpan...
14. Paling malas dah *makan* tak pandai basuh.
15. Paling cela *makan* yang haram. 
16. Paling lama *makan* garam.



17. Paling takut *makan* diri.
18. Paling bosan *makan* tahun.
19. Paling tidak terasa *makan* usia.
20. Paling degil tak *makan* saman.
21. Paling boring *makan* masa.
22. Paling hina *makan* kawan.
23. Paling  bahaya *makan* jalan.
24. Paling baik kena bagi *makan.*
25. Paling comel tak *makan* tua.
26. Paling benggang dah pancing tak *makan²*.


27. Paling kecewa harapkan pagar, pagar *makan* padi.
28. Paling derita pantang *makan*.
29. Paling risau budak² tak mau *makan*.
30. Paling sibuk cari *makan*.
31. Paling sopan *makan* beradab.
32. Paling kerap salah *makan*.
33. Paling tak jujur *makan* hak orang.
34. Paling engkar curi² *makan*.
35. Paling seronok *makan* kenduri.
36. Paling diingat jaga *makan*.
37. Paling tak sihat *makan* tak pantang.
38. Paling sihat *makan* bila lapar.
39. Paling mulia *makan* nasihat.
40. Paling akhir *makan*kena suap...

Dari wattsapp : Rodongan

Tuesday, September 20, 2016



“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 

(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

............................................




Apa nak dibanggakan?

Ada orang bangga dengan pasangannya...
akhirnya pasangannya itu CURANG padanya.
+
Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.
+
Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
+
Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.
+
Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Hilang kecantikkannya.
+
Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.
+
Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.
+
Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.
+
Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..
Manusia hari ini suka sangka-sangka
+


Disebalik sangka baik

Ada sangka baik..
+
Ada sangka buruk..
+
..Orang beribadah disangka riak
+
..  Orang rileks disangka malas
+
..  Orang berpakaian baru disangka menunjuk
+
..  Orang berpakaian buruk disangka hina
+
..  Orang makan banyak disangka pelahap
+
..  Orang makan sedikit disangka diet
+
..  Orang yang senyum disangka mengejek
+
..  Orang yang masam disangka merajuk
+
..Orang berbincang disangka mengumpat
+
..Orang yang diam disangka menyendiri
+
..  Orang yang menawan disangka menggoda
+
..  Orang yang ceria disangka mengada
+
..Orang yang bertanya disangka menyibuk
+
Hakikatnya...
+
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
+
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
+
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
+
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
+
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
+
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
+
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya
+
Dari itu maka...
+
Sesuatu perkara yang kita lihat..
+
Jangan suka sangka-sangka
+
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
+
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
+
Jangan terlalu bersangka-sangka
+
Jauhi sikap bersangka-sangka
+



Makna Abjad

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman
T api..jika gagal..
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...




Kertas yang tidak sempat dibaca

Kehidupan ini adalah
seperti kertas..,
dilipat ..,
simpan .., koyak dan kemudian dibuang ...

Dunia semuanya
Seperti kertas...
Ramai yang bersedih..,
Bangga..,
Malu dan
Gembira..
Kerana KERTASNYA...

Kerana kertas..
manusia dipuji..,
Kerana kertas..
manusia dipuja ..,
Kerana kertas..,
manusia dihina..,

Kerana kertas..
manusia terpisah .....
Kerana kertas..
manusia berkuasa ....
Kerana kertas..
manusia merana ...

Sijil Kelahiran - Kertas..
Sijil Penghargaan - Kertas..
Sijil Kelulusan - Kertas..
Sijil PerKahwinan - Kertas..
Ijazah - Kertas..
Buku akaun - Kertas..
Saman - Kertas..
Tesis - Kertas..
Passport - Kertas..
Sijil perubatan - Kertas..
Jemputan kawin - Kertas..
Duit - Kertas..

Hanya satu kertas..
yang DIMILIKI seseorang
tetapi TIDAK DAPAT
DILIHATNYA sendiri...

Sijil MATInya....
Take time to read...



Renung2knlah...Dari sahabat kita...


wattsaps : Rodongan


Tuesday, September 13, 2016

Apakah yang kita punya?


"Ciri kemenangan seorang hamba itu, Jika usianya semakin bertambah, maka semakin berkurang pula cita-cita dunianya."


- Ibnul Qayyim



MANUSIA bila ditegakkan tulang belakangnya akan berkata semua kita punya. 

Sebenarnya tiada yang kita punya. Semua milik ALLAH. Semuaya ALLAH bagi pinjam dan amanah. Sebelum dapat, kita berkata "YA ALLAH tolonglah, tak tahu nak buat macam mana?. Bila dapat kita kata kita yang buat. 

Ya ALLAH ampunkan dosa kami kerana tiada dakwah, tiada usaha, tiada air mata, tiada darah, tiada doa untuk orang Islam dan bukan Islam. Yang tinggal penghinaan kepada orang Islam dan kebencian dan permusuhan kepada yang bukan Islam. Itupun kami kata kami baik dan mulia. Ya ALLAH ampunkan dosa kami. Malu kami nak jumpa Nabi SAW di akhirat nanti. Ampunkan dosa kami...

...................................


Sebuah pertanyaan siber menjadi viral rodongan...

*_Lahirmu :_*
_Dilahirkan oleh orang lain._

*_Namamu :_*
_Dinamakan oleh orang lain._

*_Pelajaranmu :_*
_Diajar oleh orang lain._

*_Pendapatanmu :_*
_Diberikan oleh orang lain._

*_Hormat :_*
_Diberi oleh orang lain._

*_Mandian pertama dan terakhir :_*
_Dimandikan oleh orang lain._

*_Selepas mati :_*
_Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain._

*_Pengkebumianmu :_*
_Dibuat oleh orang lain._

*_Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita .._*

_Begitulah Kita Semua .._
*_Fikir2kanlah .._*


    Rabani berlagu tentang hak milik...
    Mana milik kita
    Tidak ada milik kita
    Semua yang ada
    Allah yang punya

    Tidak ada kita punya
    Kita hanya mengusahakan saja
    Apa yang kita dapat
    Allah sudah sediakannya
    Kita Allah punya
    Dunia ini ciptaan-Nya
    Miliklah apa saja
    Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
    Mana kita punya
    Tidak ada kepunyaan kita
    Kita hanya mengusahakan
    Apa yang telah ada
    Mengapa kita sombong
    Memiliki Allah punya
    Mengapa tidak malu
    Kepada Allah yang empunya
    Patut bersyukur kepada Allah
    Yang memberi segalanya
    Malulah kepada Allah
    Kerana milik Ia punya
    Janganlah berbangga
    Apa yang ada pada kita
    Kalau Allah tidak beri
    Kita tidak punya apa-apa
    Janganlah mengungkit
    Mengungkit jasa kita
    Jasa kita di sisi-Nya
    Yang sebenarnya Allah punya
    Marilah kita bersyukur
    Bukan berbangga
    Bersyukur kepada Allah
    Bukan mengungkit jasa
    Gunakanlah nikmat Allah itu
    Untuk khidmat kepada-Nya
    Selepas itu lupakan saja
    Agar tidak mengungkit-ungkitnya