ads

Tuesday, September 20, 2016



“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 

(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

............................................




Apa nak dibanggakan?

Ada orang bangga dengan pasangannya...
akhirnya pasangannya itu CURANG padanya.
+
Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.
+
Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
+
Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.
+
Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Hilang kecantikkannya.
+
Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.
+
Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.
+
Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.
+
Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..
Manusia hari ini suka sangka-sangka
+


Disebalik sangka baik

Ada sangka baik..
+
Ada sangka buruk..
+
..Orang beribadah disangka riak
+
..  Orang rileks disangka malas
+
..  Orang berpakaian baru disangka menunjuk
+
..  Orang berpakaian buruk disangka hina
+
..  Orang makan banyak disangka pelahap
+
..  Orang makan sedikit disangka diet
+
..  Orang yang senyum disangka mengejek
+
..  Orang yang masam disangka merajuk
+
..Orang berbincang disangka mengumpat
+
..Orang yang diam disangka menyendiri
+
..  Orang yang menawan disangka menggoda
+
..  Orang yang ceria disangka mengada
+
..Orang yang bertanya disangka menyibuk
+
Hakikatnya...
+
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
+
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
+
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
+
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
+
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
+
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
+
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya
+
Dari itu maka...
+
Sesuatu perkara yang kita lihat..
+
Jangan suka sangka-sangka
+
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
+
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
+
Jangan terlalu bersangka-sangka
+
Jauhi sikap bersangka-sangka
+



Makna Abjad

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman
T api..jika gagal..
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...




Kertas yang tidak sempat dibaca

Kehidupan ini adalah
seperti kertas..,
dilipat ..,
simpan .., koyak dan kemudian dibuang ...

Dunia semuanya
Seperti kertas...
Ramai yang bersedih..,
Bangga..,
Malu dan
Gembira..
Kerana KERTASNYA...

Kerana kertas..
manusia dipuji..,
Kerana kertas..
manusia dipuja ..,
Kerana kertas..,
manusia dihina..,

Kerana kertas..
manusia terpisah .....
Kerana kertas..
manusia berkuasa ....
Kerana kertas..
manusia merana ...

Sijil Kelahiran - Kertas..
Sijil Penghargaan - Kertas..
Sijil Kelulusan - Kertas..
Sijil PerKahwinan - Kertas..
Ijazah - Kertas..
Buku akaun - Kertas..
Saman - Kertas..
Tesis - Kertas..
Passport - Kertas..
Sijil perubatan - Kertas..
Jemputan kawin - Kertas..
Duit - Kertas..

Hanya satu kertas..
yang DIMILIKI seseorang
tetapi TIDAK DAPAT
DILIHATNYA sendiri...

Sijil MATInya....
Take time to read...



Renung2knlah...Dari sahabat kita...


wattsaps : Rodongan


No comments: