Kita-kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling 'epic' di zaman millennium ini.
Ini kerana kitalah 'otai', generasi yang mengalami loncatan teknologi@technology transfer yang begitu berevolusi di kurun ini.
Di bawah ini adalah renjetan sejarah kepenggunaan kita yang tidak lagi diguna-pakai bagi genarasi terkini. Ianya sudah menjadi rare@antik dan kita memandangnya sebagai 2 fungsi...
Sekadar kita tau..
1. Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.
2. Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.
3. Kitalah generasi semasa kanak-kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik burung, gasing, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget .
4. Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon/sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya...
Kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kitapun tetap bisa berdi grup Facebook/WhatsApp .
5. Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.
6. Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati jalan kaki berkilo meter tanpa perlu berpikir ada penculik yg membayangi kita.
7. Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah saluran sana sini.
8. Kitalah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.
9. Generasi yang bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin.
10. Generasi Anak tani bersawah berselut, era tradisional yang membuatkan keakraban sesama kita..
11. Generasi funfair yg indah. Konsert Rock car park. Berebut-rebut masuk stadium memecahkan pagar...
Itulah kita....
"SELAMAT HARI MERDEKA"
No comments:
Post a Comment