ads

Sunday, September 4, 2016

Kisah pintu pagar terbuka


"Saya rasa pintu pagar rumah bos tidak bertutup rapat?" 



Memahami bahasa berkias atau tersirat

Kisah Seorang Pengurus sebuah syarikat, memasuki pejabat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa menyedari seluarnya tidak dizipkannya. Meakibatkan terlopong dan disedari oleh seorang kerani cun, kakitangan baru di pejabatnya.

Bagi mengelakkan bosnya malu dan menutup aib, kerani itu menggunakan bahasa berkias tetapi masih tidak difahami oleh pegawainya.

"Saya rasa pintu pagar rumah bos tidak bertutup rapat?" 

Bos itu menafikan dan akhirnya dia menalefon isterinya bertanyakan perihal pagar besi rumahnya. "Dah tutup kata isterinya, memberikan kepastian.

Lalu bos mendatangi kakitangan cun itu dan memberitahu bahawa pintu pagar besi rumahnya sudah tertutup.

Saya rasa pintu pagar rumah bos tidak bertutup rapat?" 


"BMW tak nampak la pulak, kancil nampak..."

Gambar hiasan

"Tidak, masih terbuka", kata keraninya tersipu malu sambil mengalihkan pendangan. Lalu mensyorkan menalefon isterinya kembali.

Tanpa berlingah, dia mengarahkan isterinya memeriksa pintu pagar rumahnya semula. Dan memberitahu memang tertutup rapat.

Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya, fikir isteri. Lalu mengarahkan memeriksa diri dan pakaian suaminya. Sedarlah dia bahawa seluarnya terlopong dan tidak berzip lalu tergesa-gesa dia menyempurnakannya.

Tanpa berlengah dan cuba menutup malu dia merapati gadis itu dan berkata, "Kalau pintu pagar rumah saya tidak tertutup ada kamu nampak BMW saya?, tanya bosnya menduga.

Kerani cun itu tercengang dan tergamam dengan pertanyaan tanpa diduganya.

Dengan pelahan dan berhati-hati kerani comel itu berkata, "BMW tak nampak la pulak, kancil nampak...".

Bos terlopong dan menonong berlalu...
"Aiik Kenitnya..."





Tazkirah subuh - Anetdot...



No comments: