ads

Saturday, May 4, 2019

Mistri Guling Tajau... Berguling

Kampung Guling Tajau memang terkenal satu ketika dulu. Kampung itu terletak antara Kampung Kuala Tekal dan Kampung Benom. Di persimpangan Temerloh-Mentakab menghala ke Jerantut, selepas melalui Pekan Kerdau sekitar 7km. Menyusuri Kampung Kuala Tekal sekitar 10km. Di seberang sungainya terletak Kampung Kiak, Kampung Dingkir dan Kampung Tampin.


Di sungai Pahang itu terdampar sebuah lubuk misteri yang dalam. Lubuk Guling Tajau mengambil sempena 7 biji Tajau bergolek ke dalam lubuk berkenaan. Lubuk itu terdapat banyak ikan dan udang. Ini menyeronokkan kaki pemancing. Ada yang memancing, memasang jaring, mengaran, melukah dan meletakkan tajur panjang ke dalam lubuk misteri itu untuk mendapatkan ikan besar.

Sekitar 70 an, penyelam professional  pernah cuba menorkai untuk mengetahui sedalam mana lubuk berkenaan. Kononnya lubuk itu amat dalam dan ada sebuah gua menghala ke daratan. Penyelam itu membatalkan niat memasuki lubuk kerana terdapat seekor ikan besar bermata merah menunggu setia di pintu lubuk. Disurahkan lubuk itu masih menyimpan 7 takar tajau mengandungi emas tulin terbenam di dasarnya. Tiada siapa berani memecahkan 'kod rahsia' lubuk itu...

Rakan-rakan sekampung sering juga berkemah dan bermalam di batu timbul atas lubuk itu jika air surut. Terkadang memancing atau mengambil angin. Ramai juga yang seram bulu tengkok melihat Lubuk Guling Tajau. Ini kerana arusnya yang deras mengundang pelbagai bunyi. Suara budak menangis, gadis merengus, mendesah dan sebagainya.
Tajau atau tempayan yang mengandungi emas yang bergolek dari atas bukit terus ke lubuk...

Disurahkan, ada seorang tua pernah bermimpi bagaimana untuk mendapatkan tajau atau tempanyan yang mengandungi emas tertanam dibukit. Ini berlaku sebelum kejadian 7 Tajau bergolek ke lubuk itu. Di dalam mimpi, orang tua itu diarahkan pergi seorang diri ke atas bukit pada tengah malam dengan membawa pencedok tanah. Dia gagal melakukan seperti diarahkan dan menceritakan kepada nenek kawan saya, Syarifah Raudah (arwah - Al Fatihah). Tajau-tajau itu terpaksa berhijrah kerana tempat persemadiannya akan diranapkan disebabkan kerajaan akan membangunkan jalan menghubungkan kampung yang berdekatan.

Semasa Tajau itu berguling ke lubuk ada disurahkan oleh orang kampung. Waktu petang pada hari Jumaat sewaktu hujan panas. Ketika itu orang kampung sibuk metetak daun mengkuang yang banyak terdapat di pinggir bukit tepi gaung itu untuk dibuat tikar. Ketika sedang mencantas mengkuang terdengar suara "mengku... mengku... banyak kali kedengaran dari arah pokok tinggi. Orang kampung tidak ambil pot dan tiba-tiba bergolek tajau yang memancar-mancar cahaya dari lubangnya, sebiji demi sebiji. Kejadian itu berlaku sekitar 10 minit. Orang kampung hanya memerhatikan kejadian dengan mata terbeliak dan lidah terjelir.

Juga disurahan, jika orang faham maksud 'mengku' ialah mengkuang. Mereka hanya perlu memotong sehelai daun mengkuang dari batangnya dan menggunakan untuk megait tajau yang bergolek itu. Itulah serba sedikit Lagenda Guling Tajau sekitar penghujung tahun 50an.


Cahaya emas memancau-mancau... untuk mendapatka hanya perlu mengaitnya dengan mengkuang.

Sekitar 70an, orang kampung masih menggunakan air sungai. Api dan letrik masih ketinggalan. Di sebelah petang ramailah anak dara mandi di jamban (dibina dari batang kayu besar dan diikat ke batang pokok yang berhampiran sungai) atau mandi terjun ke sungai. Ini menimbulakan keseronokan, kedengaran suara riuh-pikok hingga ke seberang sungai.

Masih segar diingatan, Aku. Gab dan Lit duduk di sebatang pokok tumbang (banir) berdekatan Lubuk Guling Tajau bagi merangka masa depan sekitar 80an. Lit tak banyak bercakap sesekali menyampuk sinis. Sepanjang aku mengenai Lit, dia adalah seorang yang taat kepada kedua ibu-bapanya. Dia begitu jarang mengeluarkan idea spontan yang bertentangan dengan naluri. "Aku tak tau nak jadi apa bila habis SPM ni.... kata Gap. "Kau bolehlah banyak sedara kat KL, sampuk Lit. Gab terdiam. "Awak, apa kurang...", aku mengajukan persoalan kepada Gab.

"Kau boleh tinggal di KL kerana suka pakai smart", kata Gab selamba dan Lit memanggok tanda setuju. Aku memang suka berpakaian kemas sejak kecil lagi. Ini kerana arwah ayah bekas polis dan mempunyai displin tinggi tentang kebersihan. Pakaian sekolah kena berkanji dan bergosok kemas. Bagi menyambut cabaran aku bergegas ke KL. Mereka masih berteka-teki untuk meneruskan kerjaya.

Kini sahabat sekampung ku, Lit menatap di Kuantan. berdekatan surau tabligh. Beliau menjadi jemaah yang taat dan sering keluar 40 hari. Seingat aku ketika bertemu sewaktu hari raya dulu. "Banyak pancaroba sekarang... anak-anak kita bagaimana ya? Ana (aku) ingat tak mahu beli tv kerana ini merosakkan anak kita... meluah-rasa lewat pertemuan. Aku tidak tahu sama ada dia merealisasikan plannya itu atau sudah mempunyai flet-screen 42 in?.

Allahyarham Amran dari Kampung Chenkenik. Kawan yang bijak Math mempunyai mata yang sedikit hijau. Diriwayatkan beliau meninggal dunia akibat terkena bedilan bapaknya sendiri. Ketika itu Amran di atas sebatang pokok sedang menjaga kebun dari gangguan monyet. Bapaknya sangkakan di atas pokok itu monyet lalu mengambil senapang dan membedilnya se das. Itulah kisah yang cukup menyayat hati dan menjadi kenangan. Al Fatihah. Aamin.

Baha - pandai bermain gitar dan sehabis sekolah rendah terus menyambung ke sekolah Menagah di Mentakab. Bila cuti sekolah, balik ke kampung sering membawa gitar dan memakai over-rall. Suaranya macam Ritche Blackmore kumpulan Deep Purple. Kawan sekampungku yang sukar dibaca emosinya, sering mandi-manda di Sungai Pahang . Kini usahawan sabun susu kambing dan tinggal di Selangor.

Berdiri no. 2 dari kiri, Badaruddin Mat Sam (Si DJ bersuara emas), Ahmad Ghalib (Lit) yang cool, Sabri, sportman dari Kg. Paya Luas, KK dan duduk di sebelah kanan, Mr. Blogger. Gambar ini di ambil semasa melawat kawan-kawan di Sekolah Menengah Vokasional, Sanggang sekitar tahun 1982.

Badar - Semasa di sekolah menengah kreativinya menonjol. Dia berkebolehan meniru tandatangan guru dan seringkali guru tertipu. Sangat berminat dengan bentuk tulisan aku dan sering membantunya. Kesudahan, tulisannya lebih cantik daripada tulisan aku. Dia juga berkebolehan menjadi pengulas sukan... Suaranya begitu sinonim dengan Hasbullah Awang di RTM dan boleh meniru rentaknya sebiji. Dialah menjadi penghibur ketika itu. Selesai SPM kami tidak pernah bertemu. Terkadang terdengar di radio Pantai Timur mirip suaranya... mungkinkah dia?...

Aku berbaju kuning, Gab dan Arun. Kami duduk di tangga rumah Allahyahram Arun di Kampung Telok sebelum beliau berpindah ke kampung lain yang berdekatan sekitar tahun 1983. Kami sedang merancang sesuatu sehabis SPM.

Syed Arun - pelajar genius yang nakal... Seingat aku, kami seing meminta tolong menyelesaikan subjek math dan Sains. Kawan sekampung berketurunan Syed yang peramah dan senang diajak berbincang. Semuanya beres belaka jika berunding dengan alahyahram. KetentuanNya beliau meninggal dunia sekitar 2003.

Syed Gab - penuh realistik dan berterus-terang. Kawan seusia yang baik hati dan memahami erti persahabatan dan penghidupan. Semasa di darjah 5 beliau bertukar ke sekolah di Cheras dan tinggal bersama bapa saudaranya hingga ke peringkat tinggi. Bila cuti sekolah beliau balik kampung dan kami bersama. Kami mencari ikan, mandi sungai, masuk hutan, memanjat pokok jambu di tepi jalan dan beraktiviti. Aku sering bermalam di rumah neneknya yang peramah dan pandai bercerita itu dan terkenang kata-kata neneknya berkenaan persahabatan.

Kini beliau sekeluarga tinggal di Terangganu. Bertugas sebagai polis dan sering out-station. Minatnya yang mendalam sebagai anggota polis terpamer ketika di alam remaja lagi. Bentuk badannya yang tegap (sebab itu dipanggil Gab) tetap  maintain hingga kini.

Kami bertemu kembali di Kedai Makan 'Ikan Pedas Melaka' berdekatan Ampang Galaxy dan berbual panjang. Hampir 2 jam dengannya yang berkebetulan ditugaskan di IPD Ampang Jaya selama sebulan.

Ambil kertas ambil pensil,
Sambil menulis makan manggis;
Terkenang-kenang semasa kecil,
Rasa sedih hendak menangis.

Tanam pisang tanam ubi,
Ubi ditanam buatkan batas;
Banyak orang bertanam budi,
Dalam ingatan hendak dibalas.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Pantun di bawah ini yang sering diuarkan oleh ayahenda ketika kami masih kecil yang masih diingati. Sila anda hayati...

Rumah besar tiang seribu,
Rumah kecil tiang sebatang;
Dari kecil ditimbang ibu,
Sudah besar ditimbang gelombang.







Friday, June 29, 2018

Suka duka tinggal di asrama... Cikgu garang sokmo...




Setiap pelajar berlumba untuk tinggal di asrama. Terdapat beberapa kebaikan pelajar tinggal di asrama. Antaranya, pelajar akan mempunyai banyak masa untuk belajar.

Pelajar yang tinggal di asrama mempunyai jadual belajar, aktiviti riadah, solat dan tidur yang teratur. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan. 

Pelajar akan ditegur dan didenda jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pelajar yang tinggal di asrama juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. 

Nilai-nilai murni ini dapat diterapkan dalam diri pelajar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bertolak ansur, bekerjasama dan berdikari. Amalan nilai-nilai murni ini dapat menjadikan pelajar berakhlak mulia dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik untuk masa depan.. 



Berbalik ke era 70an, tinggal di asrama@hostel menjadi mimpi ngeri bagi kami yang dibuka tahun 1965 ini. PIBG kurang berfungsi mengakibatkan kebajikan kami cukup terabai. Sepatutnya tubuhkan jawatankuasa di peringkat asrama melibatkan murid-murid dan pengurusan atau sebagainya.

Masaalah permakanan kurang berkhasiat, masalah air terputus setiap penggal dan tahun terpaksa mandi di perigi dan perigi kering kami ke sungai. Sepatutnya sudah tersedia Plan B bagi menangani permasalahan ini. Menyewa lori untuk menghantar air atau membeli tangki air untuk simpanan. Membina perigi dua atau tiga biji lagi di sekitar lopak di tepi padang asrama, misalnya. 

Masalah bersembahyang terawih terpaksa melintasi jalan keretapi ke pekan sekitar 8 batu setiap malam di bulan Ramadan. Kalau mengikut keadaah sekarang amatlah merbahaya kepada pelajar. Ini juga dapat mengelakkan murid-murid penat dan tumpuan kepada pelajaran lebih fokus. (sepatutnya boleh diselesaikan secara mudah)

Masaalah letrik yang sering tergendala dan yang lebih parah masalah pembentungan. Pembentung pecah mengakibatan najis bertakung di belakang asrama memakan tahun. Tidak dibaik pulih dan mengundang pencemaran yang berterusan. Kami dah lali dengan aroma ini... dan pelbagai masaalah sepele lainnya. Kita pun menjadi hairan, adakah warden asrama ketika itu tidak pernah berkhusus cara pengurusan asrama dan memahami S.O.P nya?. Entahlah... Pengurusan asrama@Sekolah hanya menunggu sesuatu jatuh dari langit!.

Lebih mendukacitakan, pengurusan asrama bersikap 'tidak sensitif'. Selain kes di asrama kes di sekolah pun tak kurang, rungut bekas pelajar. 

Tujuan entry ini bukanlah mencari 'kambing hitam di atas kambing putih' dan menunding jari atas kesalahan atau kekilafan yang telah berlaku kerana kata orang kesilapan atau kelemahan adalah proses kematangan. Inilah deja vu di Sekolah!. 

Jadi berlapang dadalah semua membaca kisah menjentik hati ini...




Kes 1

Budak dibelasah, dihalau malam kerana merokok


Riwayat tinggal di Hostel ini banyak kerana kamilah pioneernya. Awokme ada pelbagai nostalgia kalau ditanya. Kalau nak disurahkan kena ada kenkawan membuka cerita sebab kes mencuit rasa sudah dimamah usia. Banyak terpadam!.

Kami tinggal 3 tahun di hostel tahun 1997 - 1979. Satu yang tidak boleh dilupa ialah pengalaman satu malam ketika sedang study. Warden asrama ketika itu orang Selatan dan Warden untuk asrama lelaki orang Pantai Timor dan seoarang lagi hanya menjadi permerhati ketika kejadian itu. Mereka telah menangkap 2 orang rodong yang tidak hadir study malam kerana menghisap rokok di bilik. Apa lagi kedua budak itu namanya Abdulla dan Hanin (bukan nama sebenar) telah di arahkan ke depan kantin dan disaksikan budak-budak lain dibelasah oleh kedua cikgu ini. Ditumbuk, ditampar dan diterajang. Membantai budak yang tak membela diri. 

Setelah membelasah sampai berdarah mulut keduanya dihalau dari asrama malam itu juga tanpa diberikan peluang. Beg pakaian mereka dicampak luar bilik. Sepatutnya bagilah tempoh ke esok harinya. Kalau apa-apa berlaku, contohnya di makan serigala, kan susah!. Sedih bebenor kami melihatnya terhoyong-hayang menahan sakit. Bagi kami cikgu ini bukanlah berjiwa pendidik sebenarnya hanyalah mengikut nafsu amarahnya semata-mata. Kes merokok besar sangat ke dosa?.


Gambar hiasan

Sayang, kalau kes ini berlaku dewasa ini siaplah cikgu ini disaman oleh emak bapak bebudak itu. Senang aja nak memerangkap cikgu unapologetic itu . Emak bapak hanya perlu membuat laporan polis kononnya anak hilang atau dibelasah cikgu atau sebagainya jadilah kes berprofail tinggi.


Kes 2

Pengsan kata pura-pura

Cerita yang paling melucukan terjadi di dalam bilik tingkat bawah bila mana seorang budak kononnya ada ilmu persilatan tiba-tiba pengsan. (bagi memantapkan seni persilatan budak ini belajar lagi di asrama yang di dirikan pondok persilatan di sebelah kantin mengadap ke hutan). Tujuan warden menubuhkan pusat persilatan adalah untuk kebaikan pelajar di kemudian hari cara mempertahankan diri. 

Suatu pagi hari ahad tiba-tiba budak tidak sedarkan diri. Kenkawan mengatakan  
pura-pura berlakun kerana nak menarik perhatian senior tentang ilmunya. Kami cuba mengejutkan tetapi tidak juga sedar. Ada yang mencubit pipinya dan menjerit namanya tetapi tidak berkesan.

Lalu si senior menampar mukanya, di renjis air pun tak sedar. Setelah pelbagai cara dilakukan barulah memanggil warden asrama untuk menyelesaikan masalah yang kelam wal kelibut ini.



Kes 3

Kawan dan Nasir Itik kena jemor

Seingat kawan, semasa tinggal di asrama di tingkatan 1 kisah pilu berlaku. Kisah ini sedikit sebanyak merencatkan penghormatan kepada orang bernama cikgu.

Ketika usai makan tengahari tak tau nak buat apa-apa, kawan bersama Nasir Itik (Sabri Paya Luas memberi nama itik kerana gaya berjalan Nasir macam itik. kononnya) bermain ping pong di dewan study. Kebetulan papan ping pong sudah tersedia.

Keadaan menjadi agak bising dan ini membuatkan Cikgu hitam manis ini lagak apparatchik lantang memanggil kami turun. Cikgu memarahi kerana menganggu anak kecilnya beradu.

Kemarahannya maksimum lalu memberi sebiji bola menghukum kami bermain di panas buta di padang berpasir di sebelah jalan. Dalam cuaca panas sekitar jam 2 petang kami dipaksa bermain tak tentu arah. Nasib baiklah kami tidak terkena demam atau wabak lain.

Kisah panas hati kepada cikgu ini berlarutan dan sukar nak dipadamkan. Semasa itu, kawan terfikir kalaulah cikgu menasihati kami secara insianiah alangkan baiknya, mboh tak buat lagi...




Kes 4

Padan muka cikgu kena main...

Kes ini berlaku sekitar '79 ketika itu kami di tingkatan 3 ketika menghadapi SRP.

Kami marah sangat-sangat kepada cikgu hitam manis (warden ketika itu) kerana pilih kasih dan berbulu mata menengoknya memakai seluar baggy menyapu jalan. Dan ada dua orang murid yang disayangi dan boleh study dalam bilik di rumahnya tingkat bawah. Di atasnya bilik study kami yang besar boleh memuatkan 2 kelas sekaligus. Keadaan bising dan tidak boleh fokus, komen pelajar ini.

Cikgu ini mempunyai isteri seksi dan sering memakai skirt ketika mengajar sisi petang, baru melahirkan anak kira-kira 2 bulan dan anak kecilnya sering menangis waktu malam.

Apa kami buat?
Kami telah merancang sesuatu nak memberi 'padan muka'. Lalu kami memasang tali panjang mengikat meja dan kerusi besi lalu mendirikan setinggi-tinggi hingga ke siling. Tali itu terus ke bilik kami melalui tingkap belakang dan tepat jam 1 pagi kami menariknya serentak dari bilik 10 dan bilik 12. Bilik cikgu yang terletak di tingkat bawah dewan meranum bunyinya bila meja itu jatuh. Kebisingannya memecahkan kesungian malam. Macam bom di hirosima layaknya.

Apa lagi?, kedaaan menjadi kacau-bilau kerana kebisingan meja kerusi besi jatuh ke atas simen lantai. Anak cikgu menagis, budak menjerit dan kami menjerit sama menambahkan keseronokan malam syahdu itu.

Cikgu hitam manis bingkas naik ke atas, tak tentu arah lalu membuka pintu. Tapi kami telah mengikat getah dan pintu itu melenting lalu kena ke dahinya... aduh!...

Apa lagi kerana marah dia langsung merotan bebudak yang sedang lena tidur berdekatan pintu itu (budak-budak junior ditempatkankan di katil berdekatan dengan pintu). Kami yang belakang tidak dilawatinya dan berselubung pura-pura tidur tetapi mengetahui segala-galanya yang berlaku...

Besoknya ketika sedang mengambil makanan pagi di kantin dua tiga budak masih menagis, sebak dan merah mata. "Aku kena rotan oleh cikgu, kenapa Ya?...", kata Borhan iman muda kami...



Kes ke 5

Mengajor cikgu menghukum tanpa usul periksa


Cikgu Ikang punya cerita... Cikgu putih kuning agak rendah yang spotif. Aku ada menyimpan 'panas hati' dengan cikgu Ikang ini kerana merotan kami tanpa usul perisa dan tidak menghormati kami (lihat Berita Harian helaian 30 rabu 30 ogos 2010 atau Youtube - Murid kurang ajar).

Apa aku buat?
Aku tahu cikgu setiap petang bermain bola dengan kami kerana memang sukan kesukaannya. Aku juga bermain bola ketika itu dan mencari peluang untuk mencederakannya. Peluang yang ditunggu tiba, Apa lagi ketika menanduk bola tinggi aku menyanga dagunya sekuat hati. Bola ke mana yang jatuh Cikgu... mulut berdarah dan terus keluar padang mencari ubatan. Aku pura-pura sakit dan puas hati, lies dan distortions kawan menjadi.

'Kes padan muka' cikgu menghukum tanpa usul perisa...

Maafkan saya cikgu... Zaman bebudak tidak berfikir panjang.


Gambar hiasan

Kes 6

Mari mandi Tarzan!

Saat yang paling seronok ketika air tiada/terputus di asrama. Kami dibolehkan mandi di sungai Terengin dari jam 2 petang hingga 5 petang. Masing-masing berjalan beramai-ramai sambil menyanyi lagi Allycat... Hingga akhir nanti... Carefree... rindu bayangan... dan Othman Hamzah ... musliha... oo... musliha.... sambil membawa baldi. Mustafa Sintol mempunyai suara yang 'wow' dan kami mengikutnya lagu itu sipi-sipi mengharapkan Pho meneruskan nyanyiannya.

Sesampai ke sungai maka acara bermula. Mandi Tarzan dari jambatan beramai-ramai. Ruslan Aksah (seorang rodong yang realistic yang agak popular dan kenakalannya dapat disembunyikan gara-gara sikap selambanya) mengayakan cara Tarzan terjun. Dan kami cuak jugak menengok stail Lan terjun kepala dulu ke sungai, risaukan batu tajam ternganga dan membaham kepalanya.

Melalui kampung ke Sungai Terengin itu banyak mengimbas nostalgia. Masih dalam ingatan, sebuah rumah papan berlangsir bunga dan di tepi lamannya banyak tertanam bunga kertas berwarna-warni. Aku menjadi teruja melihat bentuk rumah dan laman bunga-bungaan...


Penasaran di malam perpisahan


Tinggal di asrama banyak kenangan dan keseronokan. Zaman kanak-kanak mana ada cerita duka lara. semuanya indah belaka. Pelajaran merosot pun tak ambil pot...

Teringat akhir tahun sekitar '78, Kami ketika itu Tingkatan 2, diadakan Malam Perpisahan dan menjemput pancaragam yang power di sekitar pekan KK. (bermakna kami ke tingkatan 3 dan kawan-kawan tingkatan 3 akan meninggalkan sekolah).

Sebelum acara kemuncak, sesiapa yang menyertai giat berlatih. Ada yang berlakon di bawah pimpinan Cikgu Shafie. Lawaknya yang masih diingati tentang budak dengan pen yang besar terjatuh menimpanya. Mula-mula aku ingin menyertai lawak jenaka itu tetapi membatalkan niat kerana terasa lawak itu 'joke murahan'.

Saat yang ditunggu tiba. Malam itu terasa cukup indah dengan memperagakan pelbagai pakaian baru (golongan pelajar wanita). Aku dan kawan-kawan berdiri di tepi jaring berdekatan kugiran di kantin asrama itu. Satu demi satu persembahan dari kawan-kawan berlangsung. Melihat kugiran dan pemain gitar solonya, aku memasang angan-angan suatu hari nanti menjadi pemetik gitar seperti Steve Vai atau Jeff Beck...

Mustafa Sintol dari Kampung Sintok Gunung Senyum kebanggaan kami menyumbangkan lagu Dlloyd bertajuk Mengapa harus Jumpa. Phor memenangi pertandingan itu dan hadiahnya tidaklah dapat diingati lagi mungkin duit RM1000. Tetapi ramai penyanyi dari kalangan wanita. Rosmawati dari Kampung Bengik juga tidak kurang hingga bertukar suara mengulangi korus beberapa kali. Wan Mazmah membawa lagu Sudir... Hujan yang turun...


Tidak disangka-sangka, Rahmah Adam si gadis Tingkatan 3, cinta monyet aku menyumbangkan sebuah lagu bertajuk: PENASARAN nyanyian Emila Contessa. Lihat: PESAN RAHMAH dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/pesan-rahmah.html. 

Ketika itu aku sudah berada di dalam dewan dan melihat persembahannya, berdebar dan bedeguk-degok jantung. 'Kalau belum bisa aku mendapatkan, sungguh mati aku jadi penasaran...' Aku bersedih kerana sudah memutuskan hubungan angkara nasihat Budin yang bodoh itu.

Malam itu, sesudah show usai, mata aku terbelalak sampai dinihari. Ngap dapat tidur. Apalah nasib badan... orang nak berbaik-baik dengan kita, awok menolak...


Kes 7

Komen Wan tentang penasaran


Sheikh..u recall my memori ler... mlm tu saya masuk pertandingn nyanyi tu... mustafa sintol, no 1 dan saya dapat no 2.. nyanyi lagu 'hujan yg turun..bla..bla... mmang band handalan yang mengiring... dan masih ingat persembahan penasaran tu... kah... kah... - wan mazmah.


Wan, saya cukup syahdu ketika Rahmah menyampaikan lagu itu lewat persembahannya. Si Rahmah menyampaikan lagu itu semacam saja dan saya rasa dia dapat melihat saya yang berada di tengah dewan. Sebenarnya saya rasa menyesai kerana mengikut nasihat kawan upaya memutuskan hubungan itu tanpa usul perisa.


Selang setahun kemudian suratnya menyusul, menasihatkan saya supaya jangan tinggal solat (lihat: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/pesan-rahmah.html) dan saya menggangap nasihat keramat sampai kini. Saya fikir inilah nasihat seorang kawan sejati...


Kes 8

Kisah puasa geng senior


Satu kes yang masih segar diingatan ketika bulan puasa. Kami semua berpuasa, ingin menunaikan fardu yang satu inilah katakan....

Ketika waktu nak berbuka puasa kami berbaris beramai-ramai mengambil makanan di kantin dengan membawa tray. Cukup seronok, pelajar perempuan tersenyum-senyum melihat kami yang berpuasalah katakan... Sebenarnya ramai yang tak berpuasa tapi berpura-pura nampak penat dan letih.

Bila waktu bersahur, saat paling menyeksakan. Semua lampu dipasang, menyilaukan mata. Kami dikejut ketika enak dibuai mimpi. Alangkah sedihnya hendak bangun bersahor.

Tetapi ada cerita bagi pelajar senior, kerana terlalu kreatif geng senior tingkat 3, bilik 17 menyemarakkan api menggunakan kertas buku untuk memasak air. Seorang mengipas bara api dan seorang mengipas asap takut ternampak oleh warden asrama. Bila air suam-suam kuku mereka memasukkan maggie. Lalu membahamnya terbahak-bahak. Satu nama yang masih diingati Azmi Buntal, Black dan Lan Akasah yang mendalangi fenomena ini...

Kalau warden datang untuk membuat 'sport-check' mereka sudah menyiapkan diri. Mereka telah membuka siling bilik itu dan boleh menyembunyikan diri serta-merta tanpa dikesan.

Cerita ini merebak hingga ke tingkat bawah, bilik 5 tempat aku menginap ketika tingkatan 3. Aku dan Cher@Nasa (ketua Murid) hanya tersenyum dan mendiamkan diri saja tidak mahu menjadi nasi tambah...




Kes 9

Sembahyang Tarawih bersama Badar


Ketika di bulan Ramadan dan sembahyang tarawih, warden mengizinkan kami sembahyang di Masjid Pekan Sari KK. 

Dengan bersenandungkan lagu Ramli Sarip "Camelia' berduyung-duyunglah bebudak berjalan melalui railway station yang bersejarah itu... Gugusan hari-hari indah bersamamu Camelia.... terjerit-jerit Mustafa Sintol menyanyi dan Borhan cuba-cuba memasukkan lagu nasyid Al Jawahir...

Sewaktu sembahyang saat yang cukup mencabar kalau bersebelahan dengan Badaruddin Mat Sham dari Dingkir. Dia akan menjadi DJ mengubah pelbagai rentak suara tokoh popular. Kami tidak dapat menghabiskan 20 rakaat lalu balik awal/nongol ke asrama terbahak-bahak dan terkentut-kentut menahan ketawa...

Pulanglah kawan dengan Badar ke asrama meninggalkan kenkawan menghabiskan sembahyang Tarawih berjemaah.

Orang tua berpesan berkawan dengan orang begini, beginilah jadinya...



Kes 10

Bada study dalam locker...


Ketika hampir menghadapi SRP kami study lintang-pukang. Kami tidak memperdulikan sesiapa lagi. Rasidah Mohd. Said lalu pun kami tidak berahi... Cikgu Rosnaha si putih kuning melintas depan padang kami tidak menjeling langsung...

Ketika itu di asrama study dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Itu compulsory!.

Ada satu cerita dengan kawan aku bernama Badaruddin Mat Sam. Dia ini teman sebilik, tingkat 1 bilik 10. Dia dipanggil Burung Hantu kerana jarang tidur waktu malam. 

Dengan menggunakan cahaya lilin dia akan membuat pelbagai kerja, mengemaskan locker, melipat kain dan sebagainya. Sok-sek bunyi kerenahnya. Terkadang menganggu rakan-rakan tidur.

Ada ketikanya dia akan menjadi DJ atau pengulas sukan. Kerana perbuatannya kami tidak dapat meneruskan tidur dan menyertai sama. Maka riuh-rendahlah dengan gelak-ketawa hingga larut malam. Warden, meniup wisel dan menjerit dari bawah memberi amaran.

Satu yang meninggalkan kesan kepada aku ialah tabiatnya ketika hendak menghadapi SRP. Dia akan membuat jadualnya sendiri ketika orang lain sudah tidur.... Apa dia?

Dengan bersumberkan sebatang lilin Bada akan meneruskan study di dalam locker yang semuat badannya itu. Dia tekun study dan kira-kira 10 minit dia akan membuka locker untuk mengeluarkan asap-asap yang terkandung di dalam locker itu. Dan meneruskan study 1 atau 2 jam...

Ketika itu undang-undang asrama melarang budak-budak study lewat malam takut terganggu atau tidak fokus semasa di sekolah.

Itulah kisah Badar, teman sekampung kawan yang kreatif dan inovatif...



... Idoklah kena flying kick, tetapi pelempam kedua-belah pipi. 

Gambar Hiasan

Kes 11

Apa nak dikato? Bila cikgu meradang...


Cikgu membantai seorang murid masih segar diingatan. Tragedi berlaku ketika kami di tingkatan 1 pada tahun 1977. Kes kesalahan tidaklah seserious kes sekarang tetapi tidak diingati lagi. 

Cikgu ini naik angin (Menunjuk kegarangannya) bersuara tinggi memarahi Si Mamat berkulit gelap ini. Suara cikgu kedengaran jelas (kerana bilik darjah kami dan bilik-bilik lain bersebelahan dengan bilik guru di tingkat atas). 

Orangnya kurus tinggi, dan mengingatkan aku pada sebuah filem romantik klasik - Casablanca tahun 1942 lakonan Humnhrey Bogart dan Ingrid Bregman, wajahnya hampir seperti Hero filem ini. 

(Layari: https://www.youtube.com/watch?v=w7IWLZcVU64 ) https://www.youtube.com/watch?v=IBJGHvt7I3c



Cikgu garang ini kalau menggantikan guru lain masuk ke kelas, kami semua gementar dan kecut perut (tolonglah, janganlah masuk kelas kami). Cara mengajar memang tidak menyeronokkan kerana perasaan takut kami mengatasi cara berfikir yang rasional, kreatif dan inovatif. 

Berbalik kepada kes itu, Cikgu ini cukup marah dan kemarahannya tidaklah dapat dibendung lagi, mentang-mentanglah guru displin. Sepantas kilat bertubi-tubi membantai dan melempam kedua-belah pipi murid ini. Maka berpinorlah murid ini kesakitan dan menahan malu. Budak ini tertunduk, rambut terkucai tidak terurus lagi. Terus turun tangga dan menghilangkan diri...

Apa nak dikato, mungkin cara terbaik dilakukan di waktu itu atau itulah guideline guru-guru, Wallah hu akhllam...




# Selang seminggu, kelihatan seorang tua cukup bersopan meninggalkan capal getahnya di bawah lalu menaiki tangga ke pejabat untuk sesuatu urusan. (Naluri ku kuat mengatakan itulah ayah Si Budak berurusan tentang anaknya).

.............................



Al Fatihah buat cikgu yang diingati dan teman-teman yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. 

Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkan kekilafan mereka, Amin

......................................



déjà vu | DA zh ä Voo |
kata
perasaan setelah sudah mengalami keadaan ini.
• kebiasaan membosankan: untuk menyenaraikan penentang dasar-dasar beliau adalah untuk menjemput kebosanan dan rasa déjà vu.
ASAL awal peratus-20 .: Perancis, secara literal 'sudah dilihat.'

Monday, January 22, 2018

Tuesday, December 19, 2017

Bisakah Manusia Mengubah Takdir?.

Saya  lebih melihat bahwa takdir itu adalah ketentuan Allah. Dan ketentuan itu tidak akan mengalami perubahan ataupun kalaupun berubah, maka manusia “ditakdirkan” untuk tidak mampu mengamati perubahan dari takdir itu sendiri.




Allah berfirman :

QS 48. Al Fath 23. Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.

Firman ini menegaskan bahwa kita tidak akan dapat menemukan perubahan (melalui pengamatan) bahwa takdir mengalami perubahan. Jadi apa saja yang kita akan jalani dalam kehidupan, termasuk mimpi-mimpi sekalipun berada dalam arena yang telah ditetapkan.  Kemanapun kita melakukan pilihan melangkah, termasuk menghindari terantuk dari batu, atau memilih makanan pedas atau asin, semua adalah pilihan dari takdir.  Jadi kemanapun kita berjalan, kita akan memenuhi takdir kita!.


Jadi, bisakah manusia mengubah takdir?.

Pertanyaan yang aneh?.
Di sini kita menangkap dua pengertian terhadap takdir dalam  masyarakat :
Pertama : Takdir sebagai suatu ketentuan yang tidak mengalami perubahan dan telah berlaku sejak dahulu, seperti disampaikan ayat di atas. Dalam pemahaman ini, tentunya bekerja aksi-reaksi, hukum-hukum alam atau hukum fisika yang diberlakukan sejak penciptaan pertama terhadap hukum-hukum alam semesta.

Kedua: Takdir sebagai prosesi kejadian – Yang terjadi pada manusia.  Ketika manusia berada pada posisi beruntung, entah mendapat jodoh atau diterima untuk bekerja, maka yang bersangkutan mencapai suatu posisi dari pilihan takdirnya.

Kembali ke pertanyaan awal : Dapatkah manusia mengubah takdir?.
Pertanyaan ini sulit juga ya dijawabnya.  Kok ditanya lagi !, bukankah kita “tidak akan” mampu melihat perubahan takdir.  Tapi, jelas pula bahwa Allah juga tidak menyebutkan bahwa takdir itu tidak akan berubah, takdir bisa berubah, namun manusia tidak mampu menemukan perubahannya.  Kalau begitu, bagaimana manusia tahu bahwa telah terjadi perubahan takdir!.


Bisakah mengubah  takdir?.
Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya. Padahal, takdir itu bisa diubah. ‘Memang, tidak semua takdir bisa diubah’. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak bisa diubah menjadi seorang perempuan (walaupun ada yang merubah dari laki-laki jadi perempuan ini bukan merubah takdir tapi mendustai takdir).

Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir?
Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw.
Bagi Anda yang belum tahu, bahwa takdir bisa diubah, silakan semak hadist berikut:
Hadits dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda:

“Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdo’a, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya do’a bermanfa’at bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir kecuali do’a, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada do’a”. 

(HR Turmudzi dan Hakim).


........................................




Merubah Takdir...

SUATU hari, Malaikat Maut mendatangi Nabiyallah Ibrahim, lalu bertanya:

Malaikat
Siapa anak muda yg tadi mendatangimu wahai Ibrahim?.

Nabi Ibrahim :
Itu tadi sahabatku dan sekaligus muridku.

Malaikat
Ada apa dia datang menemuimu..?

Nabi Ibrahim 
Dia ingin menyampaikan akan menikah besok pagi.

Malaikat
Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi. Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pun pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim. Hampir saja Nabiyallah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, guna menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematiannya. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan anak muda melangsungkan perkahwinannya.

Hari pun berganti, minggu berganti, bulan berganti dan tahun pun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya hingga usia anak muda ini 70 tahun.

Nabiyallah Ibrahim pun bertanya kepada Malaikat Maut, kenapa berbohong tempo hari menyampaikan jika anak muda itu akan mati besok pagi, ternyata tidak mati, bahkan umurnya panjang.


Malaikat Maut 
Dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, karena Allah menahannya, dan kenapa Allah SWT menahan tanganku untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu (dulu)?.

Ketahuilah wahai Ibrahim, bahwa di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan inilah yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.

Kematian memang di tangan Allah SWT, justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam RasulNya, Muhammad SAW bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur.

Saudaraku, marilah kita perbanyak bersedekah.

Mari kita awali sedekah kita ini, dengan membagikan kisah yang bermanfaat ini, baik kepada keluarga, saudara dan handai taulan kita. 




Selamat bersedekah dengan tulisan ini, semoga dicatat sebagai ibadah... Aamiin.


Dari Whatsap...



Thursday, November 23, 2017

Mereloh = TEMERLOH



Sejarah awal Pekan Sehari 
di Temerloh



Pekan Sari Tradisional 
Gambar dibawah diambil sekitar tahun 1942.
Matawang sendiri dinamakan Nukud Semantan telah digunakan


Boat penumpang menjadi pengangkutan utama sekitar 1942 hingga awal 1970an.




Setelah penempatan baru dibuka seberang Kuala Sungai Semantan oleh Panglima Bagus dari Perak yang berkahwin dengan anak perempuan keturunan Tuk Suji Bilang, dari semasa kesemasa semakin ramai peniaga sama ada penduduk tempatan atau peniaga luar yang menggunakan Sungai Pahang. Ini menjadikan tebing Sungai Semantan (Temerloh Explande) sebagai tempat pertukaran barangan (berniaga). 

Dipercayai aktiviti ini bermula sekitar awal tahun 1800an dengan ketibaan Orang Kampar yang terkenal sebagai peniaga yang gigih. Kemajuan perniagaan dan sambutan penduduk di sekitarnya menjadikan Pekan Sari di Temerloh semakin maju dan terkenal. Matawang sendiri dinamakan Nukud Semantan telah digunakan dan dikuatkuasakan. 

Begitulah sejarah awal pekan sehari Temerloh yg kini dipercayai telah berusia lebih 250 tahun. 


Kredit gambar: Izmal Karim
Kredit info: Temerloh koi
#ciksuekoreagojes



............................................

Mereloh sekarang...


Gambar ketika banjir tahun 2016.



Suasana Pekan Sari ketika ini...





SEJARAH TEMERLOH

Daerah Temerloh, sebelum ketibaan peneroka dari luar merupakan kawasan yang di diami oleh kelompok- kelompok Orang Asli dengan beberapa penempatan kaum asal ini masih wujud sehingga kini. Sekitar tahun 1620an, adalah dipercayai kumpulan keluarga bangsawan dan penduduk dari Kerajaan Acheh yang sedang menakluk Negeri Pahang telah meneroka kawasan di pinggir Hulu Sungai Pahang. Beberapa penempatan baru telah dibuka oleh kumpulan masyarakat Minangkabau ini seperti Chenor, Kuala Bera, Kuala Triang, Kg Mengkarak dan Lebak. 
     Apabila kelompok pendakwah dan peneroka ini tiba di sebatang muara anak sungai yang didiamai oleh Orang Asli, mereka telah melihat terdapat kumpulan Orang Asli yang leka tidur di tebing muara anak sungai tersebut. Tidur dalam istilah tempatan di sebut 'MERELOH'  dan mengambil kejadian tersebut, kumpulan peneroka berkenaan menamakan anak sungai tersebut dan kawasan penempatan baru di sekitarnya sebagai MERELOH. Kumpulan peneroka ini seterusnya membuka penempatan baru di sekitar Kuala Sungai Semantan sekarang.
        Peneroka dan pembukaan penempatan di Kuala Sungai Semantan oleh masyarakat Minangkabau ini telah menarik minat lebih ramai masyarakat lain datang. Selain bermastautin, masyarakat juga telah membuka pusat pengajian Agama Islam dan pusat peniagaan yang penting di Kuala Sungai Semantan. Adalah dipercayai, selain dari penduduk sekitar, peniaga dari Ulu Pahang, Kelantan, Raub, Bentong serta dari penempatan- penempatan hilir Sungai pahang telah menjadikan Kuala Sungai Semantan sebagai pusat perniagaan yang penting. Rentetan dari itu, adalah dipercayai sebutan TEMERLOH mula digunakan oleh peniaga dan penduduk yang merujuk kepada sebutan MERELOH.
                 Perkembangan penempatan dan pusat perniagaan di TEMERLOH semakin berkembang dengan ketibaan lebih ramai penduduk di sekitar Nusantara. Adalah dipercayai urusan perniagaan ketika itu telah menggunakan matawang tempatan sendiri yang di beri nama NUKUD SEMANTAN. Kemajuan penempatan ini juga dipengaruhi oleh kemakmuran dan struktur pemerintahan beraja yang diamalkan di Negeri Pahang. Jawatan-jawatan pemimpin masyarakat seperti Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Berlapan, Orang Kaya Enam Belas dan Penghulu adalah wakil kepada institusi pemerintahan Beraja di sekitar Temerloh. Peneroka penempatan telah dilakukan oleh penduduk dengan membuka penempatan baru di sepanjang Sungai Semantan seperti di Songsang, Pasir Rawa, Lubuk Terua sehingga ke sempadan Bentong. Manakala penempatan baru di Sepanjang Sungai Pahang seperti Kg Bangau, Kg Sanggang, Kg Berhala Gantang, Kg Gunung Senyum, Kuala Krau sehingga ke Lubuk Perlang.
                   Ketibaan Inggeris di Negeri Pahang telah mengubah lanskap penempatan dan kemajuan Daerah Temerloh. Melalui sistem pentadbiran Residen Inggeris dan penggunaan Sistem Torrens dalam pentadbiran tanah, daerah Temerloh telah diwartakan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah dipecah mengikut Mukim-Mukim. Walaupun pihak Inggeris mendapat tentangan dari masyarakat tempatan namun Sistem Pentadbiran yang diperkenalkan oleh mereka bertambah dan terus digunakan sehingga sekarang.

https://akuanakpahang.blogspot.my/2015/02/senarai-pasar-malam-pekan-sehari-dan.html

.............................

Sejarah Temerloh dan Kuala Semantan sejak awal abad ke-15


Mengikut kajian sejarah; sejarah politik Pahang bermula sejak 1880-1935 iaitu perkembangan politik utama di Pahang sejak pemerintahan salah seorang pemerintahnya yang terkenal iaitu Wan Ahmad. Menurut Prof Dr Aruna Gopinath dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur pengkajian ini penting.

Dahulu, negeri Pahang adalaha sebahagian daripada Empayar Johor-Riau-Lingga yang kemudiannya secara beransur-ansur telah membabaskan diri dan membentuk sebuah kuasa politik yang bebas di bawah pemerintahan Bendahara.

Menurut kajian, seperti negeri-negeri yang lain di Semenanjung Tanah Melayu, sejarah Pahang telah dirumitkan dengan kelemahan dalaman yang membuka jalan kepada penyusupan masuk kuasa-kuasa luar.

Pahang sebenarnya telah wujud sebelum atau sama Kerajaan Awal di Asia Tenggara iaitu sama dengan Kerajaan Champa, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, tiada penulisan sejarah hanya buktinya sahaja yang terdapat di Tasik Cini yang belum dibongkarkan.

Sungai Pahang telah wujud lama dan menjadi perhubungan utama penduduk di persisirnya. Kegiatan ekonomi dan pertanian dijalankan terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.

Sejak dahulu, rotan, kayu gaharu, damar, dan hasil-hasil pertanian menjadi sumber ekonomi Pahang. Dari Hulu Tembeling, ke Jerantut dan singgah di Kuala Semantan merupakan kawasan perdagangan yang utama sejak abad ke-15 lagi. Buktinya Perahu Kajang iaitu perahu yang beratapkan kajang menjadi pengangkutan utama ke Kuala Semantan.

Kuala Semantan mendapat nama daripada “Seman” dan “Tan” dua sahabat yang tinggal di tebing Sungai Pahang iaitu di Kuala Semantan yang  sering membawa hasil hutan seperti buah-buahan, damar, kayu gaharu, rotan dan hasil getah.

Nama Kuala Semantan diambil sempena nama Seman dan Tan dan dikenali ramai oleh penduduk sekitar seperti dari Kampung Songsang, Kampung Mambang Berulang, dan Pasir Rawa (kini Mentakab). Mereka ini mungkin orang Rawo atau Rawa yang berdagang di Kuala Semantan.

Sementara nama Temerloh pula diambil sempena peristiwa seorang pengayuh perahu kajang yang tertidur apabila tuannya singgah di Kuala Semantan untuk menjual hasil-hasil pertanian dan hasil hutan di Kuala Semantan. Disebabkan terlalu letih dia “temerloh” yang bermaksud tertidur sebentar. Begitulah seperti yang diceritakan oleh para pencerita dan sejarawan seperti Allahyarham Datuk Zakaria Hitam.

Diceritakan juga sebelum dan selepas 1885, Orang Kaya Indera Segara dari Temerloh berkuasa dari Sungai Triang sehingga sempadan Rembau dan Selangor. Di daerah Hulu Pahang iaitu Orang Kaya Semantan amat dihormati oleh orang Melayu di situ dan mendapat layanan yang sesuai dan berpatutan sebagai seorang bangsawan.

Orang Kaya Semantan dikatakan pernah ditawarkan untuk menerima wang sebanyak $840 setahun dan elaun dalam lingkungan $120 hingga $240 kepada penghulu-penghulu. Usaha jahat pihak penjajah Inggeris ini mendapat tentangan daripada Orang Kaya Semantan itu Datuk Bahaman yang mengetahui muslihat untuk menjajah Pahang.

Penjajah Inggeris melihat Pahang banyak mempunyai hasil hutan dan hasil-hasil lain yang boleh mengayakan mereka. Di Pahang juga pada masa itu terdapat 24 buah lombong emas dan timah yang menjadi idaman pihak British.

Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 1892 di Temerloh sahaja terdapat 14,592 kaum terdiri daripada Melayu, 7 Eropah, 13 India, 7 Jawa, 80 Arab, 256 Bugis,  1 Singhala, 36 Bangali, 256 Cina berjumlah 15, 247 orang yang membuktikan bahawa kawasan Kuala Semantan dan Temerloh menjadi pusat perdagangan penting khususnya di kawasan Pekan Sehari Temerloh sekarang.

Bagi melengkapkan kajian dan sejarah tentang Kuala Semantan dan Temerloh ini suatu kajian ilmiah berdasarkan sejarah haruslah dilakukan bagi tatapan generasi akan datang. Semoga tulisan dan kajian ringkas ini membuka pandangan Persatuan Sejarah Pahang untuk mengkaji tentang penulisan semula berdasarkan sumber pertama, sumber lisan dan sumber bertulis bagi Sejarah Pahang.


Sejarah Temerloh dan Kuala Semantan sejak awal abad ke-15.
OLEH DR AMINUDIN MANSOR

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu, UKM.